Apakah itu HIPOGLISEMIA dan Bagaimana hendak Mengawal Diabetis

Hiperglisemia adalah suatu keadaan bagi penghidap diabetes, di mana paras gula dalam darah menjadi terlalu tinggi kerana tidak dikawal dengan baik.

Paras gula akan tinggi apabila insulin dalam darah anda tidak mencukupi kerana:

  • Lupa mengambil ubat atau mengambil ubat kurang daripada yang diarahkan, termasuk suntikan insulin.
  • Tidak memenuhi nasihat pemakanan, termasuk terlebih makan atau makan makanan yang mengandungi gula yang tinggi.
  • Tidak sihat, contohnya demam, jangkitan kuman, komplikasi vaskular strok, serangan jantung atau menghadap tekanan di mana badan memerlukan lebih banyak suntikan insulin.
  • Tiada aktiviti fizikal atau kurang bersenam.
  • Memakan ubat seperti steroid dan beberapa jenis ubat anti pyschotic.

Tanda-tanda Hiperglisemia:

  • Dahaga.
  • Penglihatan kabur.
  • Lemah dan letih lesu.
  • Pening.
  • Kerap membuang air kecil.
  • Mulut dan kulit kering.

Jika anda tergolong dalam golongan pesakit Diabetes Hiperglisemia, anda perlu tahu apa tanda-tanda penyakit anda semakin teruk.

Bagaimana nak elak dari terjadinya hipoglisemia?

Kita boleh mengelakkan hipoglisemia dari terjadi dengan memantau dan mencatat aras gula harian kita dengan mesin glukometer. Rekod ini dipanggil sebagai SMBG (Self Monitoring Blood Glucose).

Catatan aras gula ini perlu disimpan dan di tunjukkan kepada pihak dotor apabila pesakit mendapatkan rawatan susulan.

Dengan rekod aras gula dalam darah harian, doktor mampu menetapkan dos ubat kencing manis yang betul untuk mereka.

Dos ubatan kencing manis tidak sama untuk semua individu malah, dos ubatan kencing manis untuk seorang pesakit berubah mengikut masa, keadaan buah pinggang dan tahap umur pesakit itu.

Oleh itu, pesakit dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk rawatan susulan yang kerap secara tetap supaya dos ubatan dapat disesuaikan dengan aras gula dalam badan.

Seorang pesakit kencing manis dengan nasihat dan bimbingan profesional perubatan seperti doktor, jururawat dan pakar diet mampu untuk mengawal aras gula mereka sendiri.

Perkara yang perlu dilakukan jika hipoglisemia terjadi

Apabila anda atau ahli keluarga anda mengalami tanda hipoglisemia, anda disarankan untuk mengambil 15-20 gram gula glukos atau karbohidrat ringkas.

Gula glukos yang boleh digunakan antaranya:
Tablet glukos.
Pil atau gel gula.
2 sudu kismis/ sebiji kurma.
1/2 cawan jus.
1 sudu gula atau madu.
Gula-gula kecil berbentuk keras seperti jellybeans atau coklat.

15 minit selepas mengambil gula, sila periksa kembali aras gula anda. Jika masih rendah, perlu ambil gula sekali lagi dan periksa aras gula dalam darah selepas 15 minit. Ulang sehingga aras normal.

Apabila aras gula menjadi normal, sila makan sedikit snek jika masa makan anda lebih daripada 1-2 jam selepas daripada masa kejadian

Jika anda atau ahli keluarga anda mengalami kejadian hipoglisemia serius sehingga tidak sedarkan diri atau mengalami sawan, perlu segera ke hospital untuk mendapat rawatan kecemasan.

Di hospital, doktor boleh memasukkan cecair gula (dextrose) ke dalam aliran darah untuk menaikkan aras gula ke aras normal.

Selepas itu, pesakit perlu menjalani pemerhatian dan siasatan untuk mengenalpasti punca kenapa mereka mengalami kejadian hipoglisemia.

Jika anda atau ahli keluarga anda sering mengalami kejadian hipoglisemia yang serius hingga tidak sedarkan diri, anda juga boleh berbincang dengan doktor anda jika anda perlu menyimpan ubatan glukagon di rumah untuk digunakan semasa kejadian hipoglisemia yang serius.

Ini kerana jika tidak dirawat dengan pantas, keadaan hipoglisemia ini boleh memberi kesan buruk terhadap otak hingga boleh menyebabkan kecederaan kekal pada otak atau jarang sekali, kematian.

Suntikan glukagon boleh digunakan oleh ahli keluarga atau individu terdekat dengan pesakit apabila pesakit kencing manis menjadi tidak sedar diri akibat aras gula yang rendah.

Ini kerana apabila pesakit kencing manis menjadi tidak sedar, mereka tidak boleh menelan air gula atau menghisap gula-gula kerana risiko tercekik.

Dalam keadaan ini, ahli keluarga atau individu terdekat boleh memberi suntikan glukagon pada punggung, peha atau lengan pesakit (seperti yang tertera dalam panduan ubatan oleh pengeluar).

Apabila sedar, mereka mungkin akan merasa loya. Sila bawa pesakit ke hospital untuk pemerhatian dan rawatan selanjutnya.

Ingat, terlebih gula dalam darah adalah merbahaya, terlalu kurang gula juga tidak meletakkan kita dalam zon selamat!

Semoga memberi manfaat.

Jangan lupa like page kami Berita Tular

Add Comment