Tabung Haji Umum Hibah Sebanyak 1.25%

PUTRAJAYA – Lembaga Tabung Haji mengumumkan hibah sebanyak 1.25 peratus bagi tahun kewangan 2018 berakhir 31 Disember lalu yang melibatkan agihan sebanyak RM913 juta kepada semua pendepositnya.

Ia jauh lebih rendah berbanding 6.25 peratus bagi tahun 2017.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof di sini, hari ini.

Jelasnya, Tabung Haji telah mencatatkan lebihan aset sebanyak RM1 bilion bagi tempoh berkenaan hasil penstrukturan semula syarikat tersebut.

Ini membolehkan Tabung Haji membayar hibah mengikut aktanya.

“Sudah empat tahun Tabung Haji membayar hibah dengan melanggar aktanya.

“Bonus mengambil kira pembayaran zakat berjumlah RM86 juta,” katanya ketika mengumumkan prestasi kewangan dan hibah Tabung Haji di sini.

– MalaysiaGazette

Jangan lupa like page kami Berita Tular

Add Comment