Syarikat Ini Mengubah Hasil Lukisan Kanak-kanak Menjadi Patung!

Setiap kanak-kanak suka melukis apa yang minda mereka imaginasikan. Ada ibu bapa yang bangga dengan hasil lukisan anak-anak mereka sehingga melekatkan di peti ais dinding dan sebagainya.

Tapi tahukah anda ada syarikat mengubah hasil lukisan kanak-kanak ini menjadi patung lembut yang sangat enak didakap?

Syarikat yang diberi nama Budsies ini diasaskan pada tahun 2013 oleh Alex Furmansky yang diinspirasikan oleh lukisan adik perempuannya. Selepas melihat adik kecilnya Michelle mendodoi anak patungnya tidur, tiba-tiba dia memikirkan,

“Macam mana kalau saya boleh tukarkan lukisan menjadi anak patung yang akan kekal selamanya?”

Jom lihat antara patung-patung yang dihasilkan oleh Budsies

Katanya mereka sudah menghasilkan lebih 76,000 patung sejak tahun 2013. Orang ramai dari 60 negara sudah memesan patung mereka dari merata-rata tempat seperti Australia dan India. Walaupun pada mulanya pesanan ini dibuat dari lukisan kanak-kanak, lama kelamaan artis dan orang dewasa juga memesan patung dari hasil lukisan mereka. Ada juga yang meminta untuk dibuatkan patung dari haiwan peliharaan mereka.

Perniagaan mereka semakin berkembang kemudian mereka menawarkan patung custom mengikut haiwan peliharaan yang kemudiannya dinamakan sebagai ‘Petsies’.

Laman web Budsies  kini menawarkan patung custom bermula dari harga $99 (RM404). Kos pengakhiran bergantung kepada jenis patung yang diminta, saiz dan perincian.

Jangan lupa like page kami Berita Tular

Add Comment