Sultan Johor Rancang Untuk Membuka Pasar Raya Harga Berpatutan Untuk Rakyatnya

JOHOR BAHRU:  Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar merancang untuk bekerjasama dengan sebuah pasar raya besar dengan menjual barangan pada harga berpatutan bagi membantu golongan berpendapatan rendah.

Dalam entri yang dimuat naik dalam laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu, baginda bertitah, pasar raya  itu akan dibuka di negeri Johor dan menawarkan harga berpatutan.

Justeru itu, baginda merancang untuk menjalin kerjasama strategik dengan sebuah pasar raya besar untuk membuka pasar raya itu.

“Pasar raya ini memberi jaminan bahawa mereka boleh menjual barang-barang pada kadar 10 peratus lebih rendah, pada masa sama turut memberi jaminan pada kualitinya.

“Ini akan memudahkan rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah mendapatkan barang keperluan asas dan harian pada harga yang murah,” titah baginda dalam catatan yang dimuat naik pada Khamis yang dipetik Astro Awani.

Baginda bertitah, pengumuman lanjut mengenai perkara itu akan diumumkan baginda dalam tempoh terdekat.

Menurut kenyataan di laman rasmi Facebook itu, Sultan Ibrahim kini berada di Asia Barat atas lawatan peribadi, turut memikirkan mengenai keperluan rakyatnya.

Jangan lupa like page kami Berita Tular

Add Comment