Studio Harman Pertama Dibuka Di Malaysia

HARMAN, satu jenama yang meluas oleh pengguna dan golongan profesional produk audio, baru-baru ini telah membuka studio pertamanya di Sunway Geo Avenue, Bandar Sunway.

Harman Studio ini adalah ruang pameran dua tingkat dengan keluasan 3,000 kaki persegi lengkap dengan audio gergasi mereka yang pastinya menggamamkan pengunjung mereka.

Dikatakan sebagai Studio Harman pertama di benua Asia ini, studio ini menawarkan pelbagai jenama seperti  JBL, Harman Kardon, Mark Levinson, Lexicon, dan Revel.

Pengunjung ruang pameran ni dapat merasai produk gaya hidup Harman ini bermula dari sekecil-kecil pembesar suara mudah alih dan fon kepala.

Golongan profesional dan peminat Harman dapat menenggelamkan diri mereka di dalam konsep kediaman Harman dan produk mereka seperti bar bunyi, sistem teater rumah dan bilik audio yang mewah.

Pengurus Perkembangan Perniagaan Asia Pasifik Harman, Mark Ng berkata pelancaran Studio Harman di Malaysia dapat memberikan pengguna pendedahan yang terbaik mengenai produk di bawah jenama Harman Kardon.

Dia menambah bahawa studio ini pastinya akan membantu para pengguna memahami produk ini dengan lebih baik dan pelbagai julat solusi audio yang disediakan oleh Harman.

Jangan lupa like page kami Berita Tular

Add Comment