Seorang Bayi Lelaki Meninggal Dunia Setelah Tidak Sedarkan Diri

ALOR SETAR (Bernama): Seorang bayi lelaki berusia 9 bulan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri di pusat jagaan di Taman Mesra, Kupang, Baling.

Ketua Daerah Polis Baling Supt Shariffuddin Yusof berkata kejadian yang berlaku pada semalam (8 April) pada pukul 9.15 pagi itu, mangsa Muhammad Fawwaz Mohd Fadlan, diberi makan oleh penjaganya di dapur pusat jagaan tersebut.

“Mangsa yagn sedang disuap puree epal mula menangis dengan kuat kerana dia mahu mengikut penjaganya. Kemudian tiba-tiba sahaja dia tidak sedarkan diri.

“Penyelia pusat jagaan tersebut membawa mangsa yang ketika itu masih hidup ke klinik Kupang sebelum dihantar ke Hospital Baling di mana mangsa telah disahkan meninggal dunia,” kata Supt Shariffuddin dalam kenyataannya.

Menurutnya pemeriksaan didapati tiada kecederaan mahupun apa-apa benjolan pada tubuh mangsa dan jasad mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk post-mortem.
Polis masih menyiasat punca kejadian ini – Bernama

Add Comment