Pulau Pinang Bakal Mengenakan Caj 50 sen Untuk Plastik Kerana 20 sen Ternyata Tiada Kesan

Semua sudah ketahui, caj untuk beg plastik dikenakan sebanyak 20 sen. Meskipun sudah dikenakan caj untuk penggunaan beg plastik, namun masyarakat masih kurang kesedaran kerana dilihat tiada masalah untuk mengeluarkan wang membeli beg plastik.

Oleh yang demikian, kerajaan negeri Pulau Pinang kini sedang mempertimbangkan untuk menaikkan caj beg plastik kepada 50 sen dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan beg plastik.

Walaubagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh berkata cadangan itu masih dalam peringkat perbincangan dan memerlukan kelulusan kerajaan negeri sebelum dapat dilaksanakan.

Katanya lagi, ramai yang merasakan caj sebanyak 20 sen ini terlalu murah dan tidak menghalang mereka untuk terus menggunakan beg plastik. Katanya lagi, disebabkan itu mereka membuat kajian untuk menaikkan caj beg plastik.

Selain Pulau Pinang, negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga antara negeri yang mengenakan caj 20 sen untuk setiap penggunaan beg plastik.

Please la you guys….. Guna beg shopping.

Jangan lupa like page kami Berita Tular

Add Comment