Kisah Dorothy Eady yang dikatakan sebagai penjelmaan semula Omm Sety pendeta wanita zaman Mesir Purba

Dorothy Eady seperti kanak kanak biasa. Dia berlari, bermain dan ketawa sepanjang hari dan itu merupakan saat indah buat kedua ibu bapanya. Selepas itu kejadian malang berlaku. Satu pagi Dorothy berlari dan jatuh tangga di rumahnya berhampiran London. Keadaan budak berumur tiga tahun ini sangat teruk dia dikatakan m4ti di tempat kejadian.

Namun sesuatu yang ajaib berlaku tiba tiba Dorothy  sedar. Selama empat tahun ibu bapanya mempunyai anak perempuan mereka kembali. Pada 1908, semuanya mula berubah.

Pada lawatan mereka ke muzium British, ibu bapa Dorothy perasan yang anak mereka berkelakuan pelik. Setibanya mereka ke bahagian Mesir di muzium tersebut, Dorothy seperti terpaku. Dia termenung melihat semua artifak artifak dan duduk sangat lama berhampiran mumia di dalam kaca dan tidak mahu pulang. Ibu bapanya juga perasan yang anak mereka berlari mengelilingi patung dan mencium kaki patung tersebut.

Selepas kejadian ini keadaan menjadi bertambah teruk. Dorothy menjadi tertekan dan akan merenung melihat gambar gambar Mesir purba dan seringkali berkata negara tersebut merupakan rumahnya dan dia perlu pulang ke sana. Gambar  “Temple of Seti the First at Abydos” membuat Dorothy sangat teruja.

Dia bergegas menuju ke ayahnya dan menjerit yang dalam gambar itu adalah rumah lamanya.

Sebelum dia menemui gambar kuil tersebut, Dorothy bermimpi yang dia melihat bangunan dan permandangan semasa Mesir purba. Minat dan sayangnya terhadap Mesir meningkat dan dia menyertai kumpulan belajar untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penjelmaan semula dan spiritual.

Akhirnya dia pindah ke Mesir selepas berkahwin lelaki Mesir dan melahirkan bayi perempuan yang dinamakan Seti. Dia juga kini dikenali dengan nama Omm Sety. Perkahwinan Omm tidak kekal lama. Kebiasaannya yang selalu khayal dan menulis perkataan hieroglyfik pada waktu malam mengenai  semangat panduannya betul betul menakutkan suaminya.

Penulisannya yang berjumlah dalam 70 muka surat dan secara telitinya mengenai kehidupan Omm semasa di Mesir purba. Dalam penulisan tersebut berkisarkan yang Omm merupakan pendeta wanita di kuil Kom El Sultan dan mengandung anak firauan Seti semasa berusia 14 tahun. Walaubagaimanapun dia melanggar angkat sumpah pendeta wanita kerana kehilangan dara dan akhirnya memb*nuh diri sendiri sebelum firaun mengambil tindakan atas kesalahannya itu.

Hieroglyfik itu juga mengandungi banyak pertemuan spritual bersama Seti dan rancangan untuk bertemu Seti semula di alam barkazh Mesir.

Kisah fantasi ini disangkal oleh ramai sebagai kisah mengarut orang gila sehinggalah suatu hari Omm membantu para arkeologi menemui lokasi Taman Kuil yang tepat. Dia juga mengetuai mereka dalam menemukan terowong di bahagian utara kuil tersebut. Omm Sety meninggal dunia pada tahun 1981 selepas menghabiskan hidupnya di kuil Abydos. Tiada penjelasan yang tepat mengenai memorinya, mimpi dan pengetahuannya mengenai Mesir. Ramai yang berspekulasi bahawa jika benar Dorothy Eady adalah penjelmaan semula pendeta wanita pada zaman Mesir purba yang bernama Omm Sety.

Jangan lupa like page kami Berita Tular

Add Comment