Jurufoto dari Russia Kongsikan Detik-Detik Majlis Perkahwinan Sultan Kelantan dengan Miss Moscow

Awal tahun yang lalu, seluruh rakyat Malaysia terkejut sebaik tularnya berita bekas Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V meletak jawatan secara tiba-tiba.

Pertama kali berlaku dalam sejarah negara, apabila seorang Yang di-Pertuan Agong tidak menghabiskan tempoh pemerintahan baginda.

Orang ramai pun tertanya-tanya, sekiranya peletakan jawatan itu mempunyai hubungkait dengan penularan gambar-gambar perkahwinan baginda bersama bekas ratu cantik Moscow di Russia pada hujung tahun yang lepas.
Namun kali ini, lebih banyak gambar-gambar ekskusif perkahwinan itu tersebar — selepas gambar-gambar tersebut dimuatnaik oleh jurufoto rasmi majlis tersebut, Max Koliberdin.
Antara yang dikongsikan adalah gambar baginda Sultan Muhammad V yang lengkap mengenakan sepasang baju Melayu berwarna biru — sedang memotong kek bersama isterinya, Oksana Voevodina.

Selain itu, beberapa gambar yang memaparkan aksi mesra kedua-dua mempelai berpegangan tangan — turut mencuri tumpuan netizen.

Jurufoto itu juga turut memuatnaik dua potret baginda, yang tidak kurang menariknya!

Mungkin ada yang rindu nak melihat wajah Sultan Muhammad v?

Pada 27 November tahun lalu, portal Daily Mail dalam laporannya menyebut Voevodina telah memeluk agama Islam pada awal tahun 2018. sebagai persediaan untuk melangsungkan perkahwinan dengan baginda.
Namun, setakat ini tidak banyak yang dapat dijelaskan oleh mana-mana pihak kerana tiada sebarang pengesahan rasmi daripada pihak istana sendiri — berhubung perkahwinan tersebut.
Ini turut diakui sendiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjelaskan — beliau tidak menerima sebarang pengesahan rasmi mengenai perkara itu.
Apa pun, sekiranya gambar-gambar ini menjadi bukti sahih baginda dan isterinya telah melangsungkan perkahwinan — tahniah kami ucapkan!
Sumber: Lobak Merah

Jangan lupa like page kami Berita Tular

Add Comment