HBO Akan Menyiarkan Dokumentari Musim Terakhir Siri Game Of Thrones

MUSIM TERAKHIR kisah saga fantasi HBO ini akan disiarkan pada 14 April dan siaran itu menyediakan bonus untuk peminat siri ini iaitu dokumentari sepanjang dua jam yang akan disiarkan seminggu selepas finale siri tersebut.

Pembikin filem dokumentari Britian Jeanie Finlay (Seahorse) berada dalam set penggambaran enam episod produksi tersebut dan sirinya yang berdurasi seperti filem ini Game of Thrones: The Last Watch adalah kronikal mengenai drama fantasi 8 episod termasuklah cabaran dalam merealisasikan dunia fantasi George RR Martin kepada dunia perfileman.

Projek ini akan menjadi “laporan terkini dan personal dari pelbagai sisi produksi, termasuklah kesemua krew dan pelakonnya.

Glimmer Films merupakan penerbit projek dokumentari ini dan DB Weiss dan David Benioff sebagai penerbit eksekutif.

Game of Thrones kembali untuk musiam terakhirnya (sama waktu penyiaran US) di Malaysia pada 15 April pada waktu 9 pagi dengan tayangan pada hari yang sama pada waktu 10 malam secara ekslusifnya di siaran HBO. (Siaran Astro 411 / 431 HD).

Jangan lupa like page kami Berita Tular

Add Comment