Guru Sekolah Menengah Katolic Di London Digantung Kerja Kerana Tidak Boleh Membaca Mahupun Menulis

Kesukaran untuk membaca dan menulis tidak cukup untuk menghentikan seorang cikgu untuk mendapatkan kerja di sekolah rendah yang terbaik.

Faisal Ahmed diberi ‘lampu hijau’ oleh program latihan guru elit, TeachFirst walaupun mempunyai kesukaran dengan tulisan tangan, masalah membaca dan memahami ujian bertulis.

Baru beberapa hari mula bekerja di St Thomas More sekolah katolik di Wood Green, utara London, dia dipanggil oleh pengetua dan terus digantung kerja, lapor The Sun.


Mr Ahmed mengalami dyspraxia iaitu kondisi yang menggangh ko-ordinasi, dan dia memberitahu pengetua Mark Rowland yang dia tidak mampu untuk menulis lebih beberapa minit kerana kondisinya menyebabkan kesakitan yang teramat sangat.

TeachFirst merekrut pelajar graduasi yang top yang terus diambil oleh sekolah semasa mereka masih belajar untuk kualifikasi mengajar dengan organisasi tersebut menerima sumbangan yang berjuta-juta banyaknya.

Skandal ini muncul apabila Mr Ahmed yang berusia 30 an, menyaman sekolah tersebut kerana pemecatan konstruktif dan diskriminasi terhadap ketidakupayaan selepas dia berhenti dalam penuh kemarahan.
Dokumen yang dimiliki oleh The Sun menunjukkan yang Mr Ahmed kalah dalam perbicaraan saman sekolah tersebut dan rayuan yang seterusnya berhubung skandal 2016, dengan Pekerjaan dan Tribunal Pusat London membuang tuntutannya bulan lepas.

Mr Ahmed sepatutnya mengajar subjek yang penting iaitu GCSE dan pelajaran A-Level kepada remaja belia.

TeachFirst mengaku yang mereka tidak memaklumkan kepada pihak sekolah mengenai kondisi Mr Ahmed.

Jangan lupa like page kami Berita Tular

Add Comment