Gigi Susu Kanak-kanak Boleh Digunakan Untuk Merawat Kanser dan Kencing Manis

BETHESDA – Perbuatan menyimpan gigi susu mungkin mampu menyelamatkan nyawa anak-anak pada masa hadapan seperti menyimpan sel stem daripada uri bayi.

Pusat Kebangsaan Maklumat Bioteknologi Amerika Syarikat (NCBI) baru-baru ini mendedahkan bahawa gigi susu kanak-kanak menyimpan sel stem yang boleh digunakan untuk merawat penyakit kanser dan kencing manis malah membentuk tisu mata dan tulang baharu.

Lazimnya, sel stem boleh ditemui dalam sumsum tulang dan prosedur untuk mengambil sel itu sangat sukar dan amat menyakitkan. Bagaimanapun, sel sama boleh diperoleh dengan mudah daripada dalam gigi susu jika gigi tersebut disimpan dengan baik.

Kajian terkini menunjukkan sel stem dalam gigi susu berusia 10 tahun masih boleh digunakan untuk tujuan rawatan. Sel dalam gigi susu juga terlindung daripada kesan persekitaran dan mampu bertahan lebih lama.

Sel stem daripada uri bayi boleh digunakan untuk menggantikan sumsum tulang penghidap kanser darah.
Penggunaan sel stem untuk kencing manis, penyakit kardiovaskular, hati, buah pinggang dan masalah imuniti badan masih dikaji saintis di seluruh dunia.

– Agensi

Jangan lupa like page kami Berita Tular

Add Comment