Brunei Akan Laksanakan Hukuman Hudud Bagi Pesalah Zina dan LGBT

Sesiapa yang melakukan kesalahan zina dan seks sejenis di Brunei akan dikenakan hukuman rejam sampai mati bermula minggu hadapan.

Undang-undang Syariah yang sudah lama ingin diperkenalkan oleh Kerajaan Brunei namun ditunda selama empat tahun kerana kritikan hebat yang diterima. Ternyata perlaksaan undang-undang baru itu mengejutkan kumpulan-kumpulan hak asasi yang menyuarakan bantahan semalam.

Malah mereka juga menggesa agar pelaksanaan hukuman baru itu segera dihentikan kerana menyifatkannya sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Bermula hari Rabu hadapan, Kerajaan Brunei juga akan turut melaksanakan kanun jenayah yang lebih berat itu dengan merangkumi hukuman pememotongan tangan dan kaki bagi kesalahan mencuri.

Perbuatan homoseksual sudah diharamkan di Brunei namun kini ia merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman mati. Undang-undang Syariah bagaimanapun hanya berkuat kuasa ke atas umat Islam sahaja.

Brunei mengamalkan hukuman Islam yang lebih tegas berbanding negara-negara jiran Malaysia dan Indonesia.

Jangan lupa like page kami Berita Tular

Add Comment