Bazar Ramadhan Jalan TAR DITUTUP. Lokasi Baru Dipindahkan Ke Jalan Raja

Seperti yang diketahui tahun lalu DBKL telah mengumumkan penutupan bazar Ramadhan di Jalan Tunku Abdul Rahman bermula 15 Mac yang lalu. Selain kerana isu kebersihan seperti masalah sampah sarap yang terlalu banyak, punca utama penutupan adalah kerana banyak aduan pemilik kedai seperti laluan masuk kedai terhalang dan kesesakan trafik.

Namun, buat pengunjung setia bazar Jalan TAR jangan bersedih kerana lokasi baru bazar Ramadhan akan dipindakan ke Jalan Raja dimana tapak premis akan lebih tersusun dan teratur.

Dalam masa sama, pihak DBKL mahukan Jalan Raja menjadi tumpuan para pelancong di mana bazar-bazar yang dibina lebih terurus, bersih dan cantik. Malah tapak juga lebih lebih luas dan kawasan jalan kaki lebih besar. Ini semestinya memberikan keselesaan pada pengunjungnya.

Buat mereka yang tidak tahu dimanakah Jalan Raja, ianya terletak berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di ibu negara.

Lokasi bazar Ramadan itu akan bermula dari lampu isyarat persimpangan Jalan Gereja hingga ke lampu isyarat persimpangan Leboh Pasar Besar merangkumi jarak 0.2 kilometer dan 12 meter lebar.

Jangan lupa like page kami Berita Tular

Add Comment