Anak kecil berusia 3 tahun menjaga adiknya yang masih kecil selama berhari-hari setelah ibu bapanya mati bunuh diri

Pihak berkuasa memuji aksi hero anak kecil yang menyelamatkan nyawa adiknya yang masih bayi setelah ibu bapanya mati akibat pembunuhan dan bunuh diri pada awal bulan yang lalu.

David Kooros Parsa, 46, dan Mihoko Koike, 38 ditemui mati ditembak di tingkat atas bilik tidur mereka di kediaman mereka di Chatsworth, Calif pada 14 April menurut laporan Associated Press.

Parsa dipercayai menembak isterinya semasa dia sedang berbaring di atas katil sebelum akhirnya menembak dirinya sendiri, menurut Jabatan Polis Los Angeles.

Sepasang kanak-kanak berusia 3 tahun dan bayi berusia dua bulan masing-masing tidak mengalami sebarang kecederaan.

Para penyiasat mendapati anak kecil tersebut mampu menjaga dirinya dan adik kecilnya selama beberapa hari selepas kematian ibu bapa mereka.

 “Gadis kecil tu mampu menjaga dirinya dan adiknya,” kata ketua polis Los Angeles Kapten Maureen Ryan. “Bayi kecil tu bayi ajaib dan gadis kecil itu merupakan hero!”

Olivia dan James Robinson, yang tinggal di seberang jalan dari tempat kejadian ini berasa bimbang setelah polis menjalankan pemeriksaan kebajikan pada Parsa dan Koike pada 14 April yang lalu.

Jabatan Polis Los Angeles mendapati tiada keraguan yang ditemui pada kediaman tersebut semasa dalam pemeriksaan yang dijalankan atas permintaan ahli keluarga yang lain. Tidak pasti sama ada polis memasuki rumah tersebut atau mengetuk pintu hadapan.

Keluarga Robinson, mengatakan yang mereka mendengar pasangan tersebut bertengkar pada malam 10 April, pergi ke rumah beberapa jam setelah mengetahui mengenai pemeriksaan kebajikan. Mereka memasuki kediaman tersebut dan menemui anak kecil berusia 3 tahun itu dalam keadaan yang sangat menyedihkan, menurut laporan KTLA.

“Dia basah lencun dengan air kencing dan mempunyai tenungan yang kosong di wajahnya,” kata Olivia Robinson.

“Dia sangat senyap, terlalu senyap.”

Apabila ditanyakan di mana ibu bapanya, James Robinson berkata anak kecil itu beritahunya,

“Mereka ada di atas dan cedera.”

“Pada ketika itu kami tahu yang sesuatu tidak kena berlaku,” tambah James.

Ambulan datang mengambil anak-anak tersebut ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan. Kedua-duanya diletakkan di bawah jagaan Jabatan Perkhidmatan Keluarga dan Kanak-Kanak.

Detektif mula menyiasat kejadian tembak tersebut. Masih tiada lagi motif yang ditemui.

Jangan lupa like page kami Berita Tular

Add Comment