Akta Baru Dirangka Untuk Mengawal Selia Rokok Elektronik dan Vape pada Hujung Tahun Ini

PUTRAJAYA: Satu akta baru dirangka oleh Menteri Kesihatan mengenai pengawal tembakau akan termasuk pengawalan dalam rokok elektronik  dan vape kata, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

“Kami jangkakan akta tersebut akan sedia untuk dilancarkan pada hujung tahun ini. Akta ini akan termasuk penalti terhadap barangan ini (rokok eletronik dan vape),” kata beliau pada sidang media selepas merasmikan Hari Kesihatan Dunia di sini hari ini.

Peraturan yang sedia ada dipisahkan antara akta Pengawalan Produk Tembakau 2004, yang menentukan undang-undang terhadap rokok tradisional dan akta Racun 1952 yang mengawal produk mengandungi nikotin dalam cecair vape.

Jangan lupa like page kami Berita Tular

Add Comment