37 Orang Pendatang Asing Rohingya Ditahan Di Kuala Perlis

KUALA PERLIS: Sejumlah 37 pendatang asing ditahan ketika tiba di perairan Kuala Perlis di sini awal pagi hari ini.

Ketua Polis Perlis Datuk Noor Mushar Mohamad berkata, pendatang asing tersebut kesemuanya lelaki sudah dipecahkan kepada tiga kumpulan semasa tiba namun ditangkap oleh Agensi Pengawalan Sempadan Kuala Perlis di beberapa lokasi mengikut informasi yang diberikan oleh orang ramai.

23 dari mereka ditahan di Sungai Baru, 10 lagi di Sekolah Kebangsaan Sungai Baru, Simpang Empat dan empat orang lagi di Kampung Banir Tembus, Simpang Empat.

Kesemuanya kini dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah Kangar untuk pemeriksaan kesihatan pada jam 8:30 pagi hari ini dan dilepaskan ke Bahagian Imigrasi, katanya di dalam kenyataannya hari ini.  — Bernama

Jangan lupa like page kami Berita Tular

Add Comment