Yusuf Azmi Archive

TERKINI…PPIM Terjah Kopi Pak Belalang…Scammer Rupanya Diorang ni!!! [Video]…

PPIM Kembali lagi, kali ini dengan Skim Kopi Pak Belalang yang telah memperdaya lebih 300 ribu mangsa seluruh Malaysia, di serbu oleh PPIM yang diketuai oleh saudara Yusuf Azmi daripada UTK PPIM.

Skim MLM Kopi Pak Belalang yang diserbu PPIM didakwa menjalankan kutipan wang tidak berlesen dengan menjanjikan pulangan wang berganda kepada para pelabur. Ada yang melabur Rm5000 dan ada paling banyak sehingga Rm 3.8 juta. Ada juga laporan di mana ada pelabur yang disaman balik oleh kopi pak belalang sebanyak 17 juta.

PPIM telah memberi masa 7 hari untuk CEO Kopi Pak Belalang iaitu Dato’ Sri Dr Rozaini Hasan untuk menjelaskan tuduhan oleh mangsa-mangsa syarikat tersebut.

Tonton video Sdr. Yusuf Azmi serang bos Kopi Pak Belalang :

Tonton Video sidang media Sdr. Yusuf Azmi selepas membuat report polis :

[Video]…Yusuf Azmi PPIM : “Dalam FB sekarang ini semua cakap saya bab*, sedangkan saya tak terlibat dengan RM500K”…

KUALA LUMPUR – “Janganlah tohmah saya ini babi ke apa, saya ini hanya manusia biasa,” demikian kata aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi yang kesal digelar dengan gelaran yang tidak sepatutnya oleh netizen gara-gara pemberian peruntukan RM500,000 dari Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini.

Baca berita berkaitan : Zahid Hamidi umum dana RM500,000 kepada PPIM…

“Pengarah Unit Tindakan Khas (UTK) PPIM itu berkata, PPIM mempunyai banyak biro dan wang yang diberikan itu adalah digunakan untuk membantu golongan pengguna.

“Yang dapat itu adalah pusat (PPIM). Kita tidak tahu menahu dan selama ini pun kami bergerak atas inisiatif kami sendiri, sukarelawan kami, kami hanya aktivis,” katanya yang turut menyatakan beliau sendiri tidak berada di majlis yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi.

“Saya menyuarakan masalah rakyat. Saya menyuarakan masalah golongan marhaen seperti saya. Jadi bila saya kritik, tegur adalah benda yang benar dan jelas dan tolong ambil (tindakan).

“Jadi kadang-kadang kita lihat ada cyber-cybertrooper ini yang tiba-tiba menghentam kami dan mengatakan kami nak buat duit. Cuba beritahu kami, selama tujuh tahun saya kendalikan Unit Tindakan Khas PPIM, di mana yang mengatakan kami buat duit?

“Sebenarnya RM500,000 itu sikit. Patut bagi RM100 juta, RM200 juta barulah puas hati. Barulah saya boleh selesaikan semua masalah ahlong pengadu-pengadu saya.

“Jadi benda itu saya tak tahu. Tapi inshaAllah, ini saya pun janji saya tidak akan ambil RM1 pun dari peruntukan itu. Bukan sebab duit itu haram, tidak. Tetapi bukan bahagian saya dan bukan saya yang patut terima. Yang patut terima duit itu mungkin tuan-tuan.

“Saya hari ini masih mampu bergerak walaupun tidak ada duit. InshaAllah. Tetapi kita tidak menafikan bahawa pengumuman itu dilakukan oleh TPM kita, itu kita ucapkan terima kasih.

“Saya ini, kasihan saya tuan-tuan. Di dalam Facebook sekarang ini semua cakap saya babi. Semua ingat saya ambil. Kalau saya nak ambil, dari (awal) join persatuan saya ambil. Boleh checklah, inshaAllah saya tak ambil.

“Tapi sekarang ini saya dah kena babi dan macam-macam. Saya doakan orang yang kata pada saya supaya ingatlah apa yang saya buat untuk rakyat. Janganlah tohmah saya babi dan sebagainya sebab saya ini orang biasa. Saya jadi sedih sebab saya tak ambil.

“Saya nak beritahu dan menjelaskan betul-betul. Kami ini bukan buat untuk tuan-tuan sokong kami. Kami buat untuk Allah dan Islam serta untuk tuan-tuan bersama kami sebab ramai lagi di luar sana yang ditindas dan memerlukan sokongan kita. Suara yang kami nak bawa adalah suara rakyat Malaysia.

Tonton Video :

“Jadi tuan-tuan, demi Allah kami ini susah, betul kami susah tetapi kami bukan orang yang meminta-minta dan saya bukanlah orang yang akan mengadaikan jiwa dan diri saya untuk rasuah. InshaAllah. Sebab saya yakin dengan Allah SWT punya pentadbiran daripada pemerintahan yang ada di Malaysia dan bumi Allah.

“Haih, tengah malam kena babi. Allahuakbar. Saya tak marah, cuma saya kasihan pada dia bila kata-kata dia yang begitu orang share,” katanya.

Sumber : thereporter.my

Dakwaan Atas PPIM : Siapa Yang Bodoh??? Satu Tamparan Kepada Semua!!!

Siapakah Yusuf Azmi?

Beliau adalah aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ini, Muhammad Yusuf Azmi, wajahnya sering terpampang dalam akhbar dan siaran berita televisyen jika ada operasi dilakukan badan tersebut selama ini. Dia seorang yang sangat baik dan telah membantu ramai umat Islam di Malaysia yang kebanyakannya teruk ditindas oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Hakikatnya PPIM sendiri sudah membantu ramai rakyat Malaysia tidak kira agama, bangsa dan budaya yang terlibat dalam masalah kepenggunaan seperti isu Along dan pelanggan ditipu oleh peniaga.

Yusuf Azmi

Pengenalan Tentang PPIM

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah ditubuhkan pada Jun 1997 dengan inisiatif sekumpulan ahli profesional yang terdiri daripada doktor, pensyarah universiti, para ilmuan agama dan individu-individu yang prihatin tentang permasalahan kepenggunaan dalam Islam. Penubuhan ini adalah bertujuan untuk menjaga dan membela hak dan mengembalikan maruah para pengguna Islam, melalui perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang proaktif dan berstrategi. PPIM berusaha dengan gigih untuk menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi umat Islam khasnya dan ekonomi Malaysia amnya sebagai ikhtiar untuk menjana ke arah perubahan yang positif di dalam kehidupan ummah.

Berikut adalah coretan daripada seorang netizen, Hazaruddin Abdullah yang dikongsi di laman sosialnya tentang Yusuf Azmi :

“Secara terus terang, setiap video yang Viral berkenaan PPIM di wakili oleh Saudara Yusuf Azmi menyelesaikan banyak masalah yang menghimpit masyarakat, jiwa aku sebak. Masih ada lagi rupanya yang benar-benar Fighter turun padang sanggup berdepan segala peluru dan tajam pedang. Atas nama perjuangan tentang hak.”

“Ambil tanggungjawab duduk di barisan hadapan SAMPAI selesai kes beb. Tu yang kau perlu salute dengan saudara Yusuf Azmi. Kau boleh bayangkan tak? Di ugut, di block habis-habisan, di kepung beramai. Tapi dia solidkan hati untuk bersama mangsa sampai berjaya. Apa jadi pun jadi lah. Asalkan mangsa semua tak balik dengan hampa.”

Berkenaan isu Serbu Gudang AGR Trade Sdn Bhd. Untuk pengetahuan korang, ini satu kejayaan NGO terbesar yang jadi dalam sejarah Malayia. Bila segala badan yang sepatutnya ada di barisan hadapan menyelesaikan isu ini semakin tenat dan lembab, Maka PPIM ambil langkah mencemar duli. Secara tak langsung, buka mata semua pihak. Masing-masing yang sepatutnya bertanggungjawab mula bangun daripada berlakon lepas lama jadi pelakon di sogok duit yang menimbun. Kau bayangkan lah, tengah kunyah kuaci sambil kaki atas meja tiba-tiba dapat tau yang boss dah hidu dia punya perangai.

Apa masalah korang semua ni? Tak kenyang lagi?

Rakyat semakin teruk di belasah. Di himpit dengan desakan hidup, apa lagi pilihan yang ada? Melainkan cari jalan tambah income untuk teruskan kehidupan. Masa ni lah kau boleh tengok Ikan jerung yang gunakan kepakaran untuk membunuh lagi ikan bilis marhaen macam kita. Di janjikan bulan bintang tentang income sampingan dekat kita dengan syarat, kita bayar atau serahkan harta pada mereka. Mudah. Lepas tu kita cuma tinggal janji yang di pegang, duit satu habuk pun tak merasa, dan depa kaya raya. Kena kencing. Atau bahasa popularnya, di samun atas persetujuan sendiri. Bukan apa, cuma termakan janji-janji bulan bintang sahaja. Dalam keadaan yang sangat terdesak nak pakai duit.

Aku setuju dengan Saudara Yusuf Azmi. Jangan bodohkan bangsa kita yang jadi mangsa AGR ni kononnya mudah tertipu. Melalui operasi menyelamatkan mangsa-mangsa dari Ahlong sebelum ini pun kau boleh tengok, orang melayu kita memang rata-rata miskin. Bukan sedikit tetapi ramai. Hingga ada yang nak beli susu, makanan anak pun terpaksa pinjam Ahlong RM500. Dan akhirnya hutang jadi RM70,000 di sebabkan bunga yang makin menambah. Bukan dia bodoh, tapi terlalu terdesak dan cuma nampak ini sahaja jalan yang tinggal untuk kehidupan anak.

Yang bodoh siapa? Kita ni lah. Kita tak pernah ambil kisah dengan nasib bangsa kita yang makin mereput. Makin susah. Kita sibuk nak ‘mengajar’ dari nak membantu. Sibuk nak menghukum. Kau bawa BMW, tapi jiran kau yang miskin tu sikit pun kau tak pernah ambil tahu apa yang kau boleh bantu. Melayu ke macam tu? Adik beradik kau kais pagi makan pagi, kau pulak kaya raya bercuti lapan ratus tiga puluh empat jam sehari. Sedikit pun kau tak peduli nasib darah daging sendiri.

Maka kau akan saksikan lah.

Menimbun lah rakyat marhaen ikan bilis macam kita mati akhirnya termakan umpan. Siapa yang kisahkan hidup kau ni? Siapa yang kisahkan nasib kau ini? Di aniaya kerana terdesak. Cyber troopers politik ke? Itu lagi boleh pergi jahanam.

Isu AGR ni sebenarnya dah lama. Macam-macam hal. Modus operandi yang sama dengan syarikat-syarikat scam di Malaysia. Sama sahaja jalan ceritanya dengan skim-skim yang dah hangus di Malaysia. Seperti Tok belagak, Kongsimakan Bhd, Highway group, skim emas dan seangkatan dengannya. Plannya sahaja yang berbeza. Hasilnya tetap sama, membawa beribu mangsa menjadi papa kedana dan sengsara. Fahamkan? Ini boleh dianggap kemenangan bergaya pertama Rakyat bersama NGO mengajar syarikat kurang ajar. Ini pun dah cukup buat ramai lagi kepala-kepala tak guna yang sedang jalankan skim-skim aniaya orang ini lebih berhati-hati.

Yelah, selama ini dia tahu rakyat Malaysia ni bangang!!

Lepas kena kencing bukan berani buat apa-apapun. Last sekali diam dan redha je duit lesap. Takda pilihan, mintak tolong orang lain kang, orang lain mintak duit. Kerjanya tak siap pun. Paling ekstrim yang boleh buat pun buat report polis je lah. Takkan nak balun depa? Polis pun tak berani kot.

Kan, sebab tu penyamun tarbus ni semua rileks.

Siapa je yang nak ambil tindakan? Polis? Ahli Politik? NGO melayu lain? Kah kah. Kau ingat kau Jep Sepah ke nak buat lawak? Mana ada orang yang ambil kisah pasal masyarakat kita yang ditindas gila babi ni. Masing-masing fokus tembolok sendiri. Macam biasa, kau jangan berani sebut mana-mana nama Cyber troopers politik. Takde istilah fighter pun untuk depa.

Sungguh, ini perjuangan yang sangat besar untuk masyarakat. Kau jangan tak tahu, usaha PPIM dalam episod melawan Ah Long, melawan modus operandi geng Gores dan Menang dan macam-macam lagi. Ini semua skim yang dah banyak buat masyarakat menderita tapi di pandang enteng oleh badan yang bertanggungjawab. Tak besar ke perjuangan ni? Kau boleh buat? Taruh nyawa untuk kau yang tak pernah berjasa pun pada mereka. Boleh ke buat? Ini lah Fighter. Di pukul, di kepung, dapat ugutan bunuh bertalu-talu, di hunus pistol ketika dalam kereta, jiwa tetap solid kasihkan masyarakat. Bantu sampai dapat. Jadi benteng paling hadapan menyelesaikan kemelut yang menindas rakyat.

Kau tak sebakkah? Siapa dia ni? Saudara kau ke? Tak kan? Tapi kenapa berani dia pertaruh nyawa?

Kalau kau follow perjuangan PPIM ini, begitu banyak di bantai oleh Page-page di FB sebelum ini. Antaranya page-page yang acah pakar bongkar lah kan. Membantai tentang politik di dalam PPIM, isu-isu kepentingan di dalam PPIM. Eh pergi mati lah. Kau hargai lah dahulu usaha PPIM ini baru kau sibuk nak cari salah orang lain. Aku makin muak dengan geng cari salah ni. Kebanyakannya melayu pulak tu. Baru belajar luar negara, dah balik nak jadi Profesor.

Aku dulu belajar atas awan, takde pulak acah bagus macam tu. Siap lengan ni kadang kena petir lagi bila hujan lebat.

Sedih beb. Melayu kena ubah mentaliti. Jangan mulut tak habis bercakap tentang perjuangan untuk bangsa lagi selagi mana kau tak turun padang membela bangsa kau. Setakat menjerit, babi pun boleh menjerit. Hipokrit.

Dan atas rasa kasih dan sayang aku yang tak terhingga buat saudara Yusuf Azmi ini, aku menyeru semua sahabat tidak kira lapisan masyarakat, sama-sama turun padang menjadi ahli keluarga PPIM. Tanda sokongan kita pada arus perubahan baru yang lebih gentleman oleh NGO ini. Fighter untuk masyarakat. Solidkan hati duduk di belakang PPIM.

Bukan lagi jadi Aktivis yang hanya tahu bercakap terjerit-jerit, merempuh polis, buat provokasi dan lain-lain. Itu semua aktivitis temberang yang gila nama. Bab tindakan, haa pening kepala. Dia passing ke orang lain. Jiwa lembut macam ketam lembut, bila nak nama punya pasal acah berani duduk depan tabur janji dan harapan. Perjuangan hak melayu katanya, Kepala bana.”

Sumber : DailyRakyatDotCom

[Video]…ISU 9 DRAGON; Saya Maafkan Kamu, Tetapi Kamu Jawab Di Yaumal Qiyamah – Yusuf Azmi PPIM

Kita mesti teruskan perjuangan. Saya ingin maklumkan kepada semua pengguna di Malaysia yang di luar sana, terima kasih banyak-banyak kerana solat hajat dan sebagainya, yang mendoakan kebaikan untuk kita, negara, rakyat dan sebagainya.

“Saya tidak akan berundur walaupun apa masalahnya.” Ketua Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi semasa memberikan kenyataan selepas dibebaskan sebentar tadi.

Beliau yang pada awalnya mengatakan bakal didakwa di bawah Seksyen 427/447 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan, dibebaskan dengan ikat jamin RM 5,000.00 setiap orang bersama seorang lagi aktivis PPIM, Abang Ali.

Penahanan mereka berikutan tuduhan menceroboh ke premis yang terpalit dengan kontroversi melibatkan isu kereta pengguna yang dijadikan kereta sewa.

Dalam video penjelasan yang dimuatnaik oleh Yusuf Azmi semalam, beliau menjelaskan bahawa kejadian pada 10 Julai lalu, beliau bersama aktivis pengguna dan pemilik kenderaan menyerbu syarikat AGR untuk mengambil semula kereta yang diserahkan para pemilik kereta kepada syarikat tersebut untuk dijadikan kereta sewa.

Tonton Video :

Pemilik kenderaan mendakwa mereka hanya mendapat bayaran pada bulan pertama sahaja, dan mengambil keputusan untuk melaporkan kepada PPIM berhubung penipuan itu.

Kedua-dua pihak kemudian mencapai persetujuan dengan AGR menyerahkan lima kenderaan dan 53 kunci kereta kepada PPIM selepas aktivis pengguna dan pemilik berkumpul sekali lagi di hadapan pejabat syarikat itu di Kajang.

Berkenaan tuduhan bahawa beliau bersama aktivis PPIM lain menceroboh premis tersebut, Yusuf Azmi menjelaskan semua pihak perlu faham bahawa pemilik sebenar tanah di premis tersebut tidak pernah membuat laporan polis terhadapnya atas tuduhan menceroboh.

“…. yang boleh membuat laporan terhadap saya ialah pemilik tanah… pemilik tanah bukanlah syarikat AGR dan syarikat AGR juga tidak kena mengena dengan pemilik tanah. Dan pemilik tanah.. sepuluh pemilik tanah dalam isu AGR ini, ada 10 penama pemilik tanah dan sepuluh-sepuluh penama ini membuat laporan polis ke atas AGR. Bukan ke atas saya.”

“Sekarang ini pemilik tanah sewakan kepada satu syarikat iaitu syarikat Wong, dan syarikat Wong ini tidak ada, tidak membuat laporan terhadap saya. Dia memberi sewa kepada AGR. Kalau ikut, perjanjian itu void, invalid.

Saya tanya kepada polis macam mana nak tuduh saya? Dia kata, sebab AGR buat laporan menyatakan saya menceroboh.” Yusuf Azmi dalam kenyataan yang divideokan selepas bebas sebentar tadi menjelaskan bahawa dia memaafkan perlakuan pihak tertentu yang telah menyebabkan beliau dan Abang Ali menghadapi situasi tersebut.

Beliau juga menyatakan bahawa pihak tertentu yang beliau maksudkan bukanlah dari pihak Polis Di Raja Malaysia. “Saya redha dengan apa yang berlaku, cuma, saya nak memberitahu, memberi maklum kepada orang yang melakukan sebegini kepada saya dan Abang Ali.

Ini perkara yang kamu kena ingat dan kamu kena faham dan dengar dengan jelas apa yang ingin saya sampaikan… dengan saya hari ini kamu boleh lakukan sebegini di muka bumi Allah.

Kamu harus tahu yang mentadbir muka bumi ini ialah Allah SWT dan saya ingin beritahu, saya maafkan kamu. Cuma saya nak beritahu, kamu akan dipertanggungjawabkan di Yaumal Qiyamah.”

Gempar!!!…Yusuf Azmi Dan Abang Ali PPIM Akan Didakwa!

MAKLUMAT PENTING DARI PPIM

23 Okt – Kami baru sahaja menerima maklumat bahawa esok Yusuf Azmi & Abang Ali perlu serah diri di IPD Kajang & kemudian ke Kompleks Mahkamah Kajang untuk didakwa berkenaan dengan kes kereta pajak AGR Trade.

Yusuf Azmi PPIM
Abang Ali PPIM

Kami difahamkan Yusuf Azmi & Abang Ali akan didakwa tanpa gagal atau mungkin direman sehingga 1 minggu. Kami dihujani pelbagai soalan – Apakah motif tindakan ini? Adakah untuk melemahkan semangat memperjuangkan hak masyarakat? Mengapa tiada dakwaan keatas Dato’ Kabi walaupun ratusan laporan polis dibuat mangsa? Mengapa tindakan diambil keatas pembela dan bukannya keatas penjenayah?

Kami memohon sokongan dan doa dari semua agar segala urusan dipermudahkan. Kepada yang ingin memberi sokongan, sila berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Daerah Kajang jam 7.30 pagi esok. Sila rujuk FB PPIM dari semasa ke semasa untuk mendapatkan perkembangan terkini.

07.30 AM
Berkumpul Di Hadapan Ibu Pejabat Daerah Kajang
IPD Kajang, (Jalan Cheras, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia)

08.55 AM
Bergerak Ke Kompleks Mahkamah Kajang
Kompleks Mahkamah Kajang (Jalan Cempaka Kuning, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia)

09.00 AM
Berkumpul Di Hadapan Kompleks Mahkamah Kajang

Waze / Google Maps: IPD Kajang

Sumber : FB Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)