tmj Archive

“Tak logik kami tak mampu bayar gaji Mario Gomez” – TMJ sindir dalam sinis…

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia yang juga Penasihat Diraja kelab Johor Darul Takzim, Tengku Ismail Sultan Ibrahim, nampaknya mempunyai cara tersendiri untuk menjawab tuduhan bekas pengendali kelab itu, Mario Gomez.

Tengku Ismail yang biasa disapa TMJ, memuat naik beberapa status bernada sinis untuk memberi jawapan terhadap tuduhan itu.FOTO/FB Johor Southern Tigers

Gomez dalam laporan akhbar hari ini memaklumkan akan mengheret pengurusan JDT ke mahkamah atas dakwaan gagal melunaskan baki gaji.

Tidak melatah dengan tuduhan itu, sebaliknya Tengku Ismail yang biasa disapa TMJ, memuat naik beberapa status bernada sinis untuk memberi jawapan terhadap tuduhan itu.

Dalam kemas kini di laman Facebook Johor Southern Tigers dua jam lalu, dua keping gambar dimuat naik, dengan kedua-duanya memaparkan gambar TMJ sedang bersantai, beserta kapsyen yang agak mencuit hati.

Dalam salah satu status, TMJ berkata, dengan reputasi JDT, tuduhan tidak melunaskan tunggakan gaji adalah sangat tidak munasabah.

Menerusi kemaskini terbaharu yang dimuat naik sejam yang lalu pula, kelab itu melalui Pengarah Teknikalnya, Alistair Edwards, memperincikan dakwaan Gomez sebagai ‘merapu’.

Kata Edwards, tuduhan tidak membayar gaji adalah tidak benar sama sekali.

“Faktanya ialah sebahagian daripada kontrak Encik Gomez bersama JDT adalah beliau dikehendaki membayar gaji pembantunya, Raul Longhi.

“Sejak 2015 JDT telah membayar komponen gaji ini secara terus kepada Encik Longhi daripada gaji Encik Gomez mengikut permintaan khususnya selaras dengan kewajipan dalam kontrak Encik Gomez,” kata Edwards.

Edwards juga menyatakan mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan kerana yakin apa yang dilakukan selama ini adalah selaras dengan undang-undang.

“Barisan peguam kami telah bersiap-siaga dengan segala fakta dan asas yang kukuh kerana kita yakin bahawa tindakan diambil sebelum ini adalah bertepatan dan selari dengan ‘rules of law’.

“Saya nasihatkan beliau supaya dapatkan nasihat undang-undang yang betul sebelum merapu di media,” tambahnya.

Sumber : astroawani.com

Mario Gomez Heret JDT Ke Mahkamah?

Bekas pengendali JDT, Mario Gomez akan memulakan tugasan bersama kelab baharunya di Liga Indonesia, Persib Bandung pada minggu hadapan.

Namun demikian Mario Gomez jelas masih mempunyai sesuatu yang belum selesai bersama bekas majikannya, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Dalam satu artikel yang disiarkan oleh sebuah portal berbahasa Inggeris The Malay Mail Online, Mario Gomez dilaporkan akan mengheret pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail Ibrahim (TMJ) ke mahkamah berhubung isu gaji tertunggak.

Mario Gomez dipetik sebagai berkata dalam artikel tersebut:

“Kami akan berjumpa di mahkamah dalam masa terdekat. Mereka enggan membayar gaji saya. Peguam saya sedang bekerja untuk membawa kes saya ke FIFA.”

“Saya akan memberikan maklumat yang sensitif untuk diperkatakan di sini kepada FIFA” ujar Gomez kepada Mailsport ketika dihubungi dari Buenos Aries.

Pada 27 Ogos yang lalu, akhbar yang sama turut melaporkan Mario Gomez telah menggesa JDT melakukan penyelesaian segera ke atas tunggakan gaji beliau, atau akan mengambil tindakan undang-undang jika perlu.

Gomez menjelaskan, setelah JDT tidak memerlukan khidmat beliau lagi pada Januari 2016, beliau sepatutnya masih dibayar gaji berdasarkan perjanjian yang terkandung di dalam kontrak.

Pengendali yang bertanggungjawab membawa JDT bergelar juara Piala AFC 2015 itu turut mengesahkan peguam TMJ turut telah tampil untuk melakukan perbincangan untuk tujuan penyelesaian, namun ia tidak dipersetujui oleh Gomez.

Selain daripada kejuaraan Piala AFC 2015, Mario Gomez turut membantu pasukan Harimau Selatan untuk bergelar juara Liga Super Malaysia pada 2015 dan 2016.

Mario Gomez turut terpilih sebagai penerima anugerah Jurulatih Terbaik 2015 Liga Malaysia dan turut membantu kelab bola sepak dari selatan tanah air itu bergelar juara Piala Sumbangsih pada 2016.

Keputusan meninggalkan JDT selang beberapa hari sebelum sepak mula Liga Malaysia 2017 mengejutkan ramai pemerhati bola sepak tanah air. Beliau digantikan oleh Benjamin Mora sebelum Ulisses Morais dari Portugal mengambil alih JDT pada pertengahan musim.

Nama Mario Gomez turut disebut bakal menjadi ketua jurulatih skuad kebangsaan pada Mac lalu, namun rundingan untuk menetapkan bayaran gaji pengendali dari Argentina tersebut telah membantutkan niat FAM.

Gomez menafikan beliau meminta jumlah bayaran yang tinggi, dan akhirnya Nelo Vingada telah dipilih untuk mengisi posisi tersebut.

Gomez turut dikaitkan dengan jawatan sebagai Ketua Jurulatih Kedah FA sebelum ini, sebelum menamatkan spekulasi dengan menyertai Persib Bandung bagi menggantikan Djajang Nurdjaman.

Sumber : Malay Mail
Via : Semuanya BOLA

Piala Malaysia 2017 : TMJ Nasihat Pemuda Umno Negeri Kedah Jaga Mulut..

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menghalakan kritikan kepada Pemuda Umno Kedah menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah, Sabtu ini.

Beliau turut mensasarkan kelemahan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Aminuddin Omar sebagai punca ketegangan kedua-dua pasukan.

Justeru Tunku Ismail yang juga presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menasihati penyokong kedua-dua pasukan supaya tidak terus bertelingkah.

“Inilah terjadi apabila ada Menteri Besar yang kurang tegas dan terdapat orang bawahan yang buat kerja bukan-bukan termasuklah sengaja ingin menegangkan hubungan kedua pihak demi politik masing-masing,” katanya menerusi Facebook.

Semalam, bekas menteri besar Kedah dan Presiden Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa tiket perlawanan akhir itu dibedal oleh pemuda UMNO(klik link) Kedah.

Ketua Pemuda Umno Kedah, Saiful Hazizi Zainal Abidin bagaimanapun hari ini menafikan(klik link) tuduhan berkenaan sebaliknya mengatakan ia ditimbulkan pihak berkepentingan sebagai modal politik mereka.

“Kita bagi kepada peminat bola sepak, peminat bola sepak ini ada Umno, ada PAS, ada orang DAP, ada orang BERSATU dan ini (dakwaan tiket diagih kepada penyokong Umno) sangat subjektif,” katanya.

Tunku Ismail berkata beliau telah meminta Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) untuk melihat kemungkinan mencetak tiket tambahan bagi penyokong Kedah yang gagal mendapat tiket.

Beliau juga mengeluarkan amaran kepada Pemuda Umno Kedah, walaupun tidak jelas apakah ia mempunyai kaitan dengan isu tiket.

“Saya juga ingin menasihatkan kepada pemuda Umno Kedah, jaga sikit mulut anda semua. Di dalam sukan bola sepak kita sepatutnya bermusuh hanya di dalam padang sahaja bukan di luar padang.

“Jangan lupa parti politik awak dilahirkan di mana, dan belajar hormati Institusi. Apabila menjadi ahli politik, tugas anda adalah berkhidmat dan menjadi hamba kepada rakyat, bukan menjadi ahli politik semata-mata untuk kepentingan diri sendiri,” katanya.

‘Tidak kisah PAS atau Umno’

Sementara itu, Tunku Ismail turut membidas Aminuddin yang juga anggota exco Kedah kerana mengugut tidak akan menghadiri perlawanan akhir Sabtu ini.

Ini selepas FMLLP mencadangkan untuk menjemput Radhi Mat Din, seorang lagenda dan bekas ketua pasukan bola sepak Kedah bagi majlis pembukaan tirai perlawanan akhir berkenaan.

“Ini disebabkan kerana saudara Radhi adalah seorang ahli parti PAS. Saya tidak kisah anda sokong PAS atau Umno kerana yang penting bola sepak atau sukan tiada kena mengena dengan politik.

“Saudara Radhi berhak untuk bersama dengan penyokong Kedah ketika majlis pembukaan tersebut di atas pencapaian beliau membantu Kedah menjuarai Piala Malaysia,” katanya.

Malaysiakini sedang cuba untuk menghubungi Aminuddin bagi mendapatkan reaksi beliau.

Kedah sebagai juara bertahan dan pemenang Piala FA bakal berdepan juara Liga Super musim ini, JDT, di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

Sumber : Malaysiakini

(23 Foto) Percutian TMJ Dan Keluarga Di Pulau Tinggi, Mersing Johor Yang Cantik Dan Eksklusif.

Siapa yang tidak kenal dengan Tengku Mahkota Johor atau lebih dikenali sebagai TMJ. Selain menggalas tugas sebagai Tengku Mahkota, baginda kini semakin sibuk dengan tanggungjawab sebagai Presiden FAM. Walaupun baginda sering dihentam oleh ‘haters’, namun baginda tetap menjalankan tugas demi menaikkan nama FAM.

Dari sudut tertentu, baginda dilihat sangat fokus menjalankan tanggungjawab sehingga ada pihak yang melabel baginda sebagai ‘penyibuk’ di dalam FAM. Walaupun baginda sibuk dengan aktiviti seharian, baginda tidak akan sesekali mengabaikan keluarga kecil yang dibina dengan kasih sayang.

Baginda turut berkongsi dalam fanpage Johor Southern Tigers aktiviti bersantai antara baginda sekeluarga di sebuah tempat eksklusif di perairan Pulau Tinggi, Mersing, Johor.

Persekitaran alam yang sungguh tenang dan damai dapat dirasakan oleh sesiapa sahaja yang melihat gambar TMJ sekeluarga dengan keindahan alam sekeliling dengan warna air laut yang biru.

Baginda berkongsi gambar yang dilihat sangat cantik dan eksklusif dengan sentuhan seni bina yang tampak mewah dan unik.

Pulau Tinggi yang merupakan sebuah pulau tropika yang mempesonakan. Ia adalah tempat yang sesuai untuk mereka yang menginginkan ketenangan diri dari kesibukan bandar.

Terletak 20 batu nautika Tenggara Mersing di Pantai Timur Laut China Selatan, pulau ini terkenal dengan suasana santai dan kecantikan fizikal semata-mata. Walaupun ia adalah sebuah pulau terpencil dan hampir tidak disentuh, ia adalah mudah diakses.

Perjalanan untuk ke sini dari daratan Mersing mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalanan dengan kelajuan bot dari Jeti Tanjung Leman ke pulau tersebut. Pulau Tinggi adalah persekitaran yang ideal untuk percutian keluarga, percutian romantik atau percutian pengembaraan.

Pulau ini mempunyai kedudukan geografi yang menarik, di mana ia terletak di tengah-tengah pulau, berdiri 600 meter di atas paras laut.

Ia juga terdiri daripada 8 pulau kecil yang sesuai untuk ‘island-hopping’, berenang dan snorkeling.

Pantainya yang panjang dan dipenuhi dengan gua, adalah rumah kepada terumbu karang yang penuh dengan kehidupan laut, menjadikannya syurga untuk fotografi di bawah air. Diisytiharkan sebagai Taman Laut dilindungi, Pulau Tinggi juga menempatkan sebuah muzium, pusat penetasan penyu, serta sebuah perkampungan Melayu yang menawan.

Jom layan gambar-gambar menarik di bawah :

Kredit : Johor Southern Tigers Page

“Jika Baginda TMJ Angkat Kaki, Pasti Semua Penaja Akan Tarik Diri” – Setiausaha Agung FAM

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mendedahkan badan induk itu akan berdepan masalah kewangan sekiranya Tunku Ismail Sultan Ibrahim melepaskan jawatan sebagai presiden.

Hamidin menjelaskan, ia termasuk hutang RM49 juta yang ditanggung FAM ketika ini selain tiada duit untuk tahun depan.

“Sekarang ini ada banyak syarikat yang hendak meletakkan duit disebabkan kepimpinan Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail). Jika baginda angkat kaki, pastinya syarikat berkenaan yang hendak membuat pelaburan RM60 juta, RM70 juta atau RM80 juta, semuanya akan menarik diri.

.

“Apabila perkara sedemikian berlaku, maka semakin teruklah pasukan yang bertanding. Kerana ideologi baginda untuk memberi RM6 juta hingga RM7 juta kepada setiap pasukan yang bertanding.

.

“Kemungkinan pada tahun pertama akan diberi RM3 juta dahulu. FAM yang terdahulu memberi paling banyak pun tidak sampai RM400,000, namun Tunku Mahkota hendak memberi RM3 juta untuk tahun pertama dan tahun kedua, seterusnya meningkat sehingga mencecah RM6 juta hingga RM7 juta.

.

“Tetapi jikalau baginda tiada, penaja akan keluar (menarik diri). Baginda tidak akan susah kerana JDT sentiasa berduit, tetapi bagaimana dengan pasukan lain pula? Jadi kalau hendak menilai, buatlah penilaian dari segi realistik,” kata Hamidin dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, Hamidin turut menjelaskan betapa gurauan Tunku Ismail yang mengatakan beliau hanya bekerja separuh masa sebagai presiden FAM adalah benar.

Katanya, semua EXCO bukan sahaja di FAM, malah dalam persatuan negeri juga bekerja separuh masa.

“Jadi ia (gurauan Tunku Ismail) memang betul, kerana tugas dan tanggungjawab pertama baginda adalah berkhidmat kepada negeri Johor.

.

“Baginda adalah Tunku Mahkota Johor. Oleh itu, bola sepak bukanlah kerja sepenuh masa baginda. Mengapa ramai yang begitu mengada-ngada sangat? Saya lihat apabila penyokong kita mencaci, memaki dan segala perkara seperti ini secara jelas menunjukkan negara kita bukan seperti negara maju. Ia seperti ‘low class minded’,” katanya.

Sumber Penuh : Harian Metro