tipu Archive

Apa Khabar Tok Belagak? Apa Tindakan PPIM?

Sebuah syarikat pelaburan emas yang dikenali sebagai Darul Emas Perak Berhad atau DEPB pernah menggegarkan dunia pelaburan emas di Malaysia suatu masa dahulu sehingga ada yang mengatakan bahawa skim pelaburan syarikat tersebut telah melahirkan ramai ‘Jutawan senyap’ rata-rata dari kalangan anak melayu kita di Malaysia.

DEPB dimiliki oleh Hanarudin Baharudin atau lebih dikenali ramai sebagai Tok Belagak, pakar manipulasi Emas telah memulakan skim pelaburan emas awal tahun 2013 (atau mungkin sebelum itu lagi) yang menjanjikan keuntungan bulanan yang lumayan kepada pelabur. Beliau juga aktif menganjurkan seminar percuma pelaburan emas bermula sekitar tahun 2013.

Hanarudin Baharudin @ Tok Belagak

Pelaburan DEPB berkembang dengan begitu pantas dengan dibantu oleh ejen-ejen yang dilantik yang digelar sebagai Wakalah. Terdapat beratus-ratus Wakalah di bawah DEPB dan angka itu mungkin lebih tinggi jika diambil kira Wakalah yang tidak berdaftar dengan DEPB. Skim pelaburan ini menjadi semakin popular dengan tersiarnya video temuramah pengelola skim pelaburan emas, Tok Belagak dengan pihak media yang membuatkan lebih ramai lagi pelabur mempercayai tentang skim pelaburan emas anjuran DEPB.

Tonton Video :

Dipetik dari temuramah tersebut, Tok Belagak menyatakan bahawa beliau mempunyai kapasiti emas sebanyak ‘3 Tan’ dan tambahan ‘0.5 Tan’ barang kemas di bawah syarikat beliau. Ramai pelabur-pelabur ketika ini melonjak gembira dan memuji-muji kejayaan beliau sehinggakan menarik pula rakan-rakan dan ahli keluarga untuk turut serta dengan pelaburan yang menampakkan hasil begitu pantas ini. Lebih menyedihkan, ramai pelabur-pelabur yang sanggup membuat pinjaman bank, ‘personal loan’, meminjam dari ‘ah-long’, mencagar tanah, harta dan sebagainya hanya untuk mendapatkan sejumlah wang yang besar untuk dilaburkan di dalam skim pelaburan emas ini.

Pada bulan Oktober 2014, pengelola skim pelaburan emas DEPB telah mengeluarkan kenyataan dimana skim pelaburan mereka terpaksa dihentikan atas sebab tidak mematuhi parameter-parameter syariah. Di dalam kenyataan tersebut, Tok Belagak juga menyatakan bahawa pihak DEPB akan memulangkan pelaburan yang akan disalurkan melalui ejen-ejen (Wakalah) mereka secara berperingkat bermula dari penghujung 2014.

Pada ketika ini, pelabur-pelabur mula tersedar bahawa mereka telah tertipu dan mula berang, menyerang laman sosial Tok Belagak, ‘page’ dan ‘group’ yang berkaitan. Tok Belagak ketika ini dengan begitu yakin dan berani berdepan dengan kemarahan pelabur-pelabur dengan memberi jaminan bahawa semua wang pelaburan mereka akan dikembalikan. Ada dikalangan pelabur yang mengugut ingin membuat laporan polis dan Bank Negara Malaysia namun dengan bijaknya Tok Belagak menyatakan bahawa jika mereka berbuat demikian, besar kemungkinan wang pelaburan mereka tidak dapat dikembalikan kononnya akibat campurtangan pihak berkuasa.

Ramai pelabur akhirnya membuat keputusan untuk hanya terus menunggu wang mereka dikembalikan. Ada yang mengatakan ‘Dapat balik modal separuh pun jadilah’, ‘Tak dapat duit, bagi balik jumlah emas yang kami beli’ dan banyak lagi keluhan, harapan, dan kemarahan yang dilontar tetapi tidak mendatangkan kesan.

Adakah PPIM Tidak Bertindak?

Sebenarnya mungkin ramai antara kita yang tidak menyedari pihak PPIM mengambil berat isu ini. Berikut merupakan video sidang media pihak PPIM yang telah menceritakan secara terperinci berkenaan skim pelaburan emas yang seangkatan dengan DEPB.

Tonton Video :

PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, Antara syarikat pelaburan emas yang tersenarai hitam dan dipantau PPIM sendiri ialah CGF Fine Metal Sdn Bhd, Darul Emas Perak Bhd, GGF Golden House Sdn Bhd.

Nadzim dalam pada itu menggesa supaya orang ramai berhati-hati dan menyemak terlebih dahulu dengan BNM sebelum membuat sebarang pelaburan yang kelak akan merugikan diri mereka sendiri.

“PPIM mengharapkan agar pengguna terus bijak dan tidak mudah tertipu dengan skim sebegini, berusaha dapatkan maklumat perniagaan daripada agensi yang diiktiraf sebelum membuat pelaburan dalam mana-mana syarikat.

Tindakan Pihak Berkuasa?

Pada penghujung September 2016, Tok Belagak telah ditahan polis atas sebab menjadi dalang sindiket penipuan pelaburan emas. Tok Belagak yang ketika itu berusia 51 tahun ditahan polis setelah menerima laporan daripada seorang individu yang mendakwa menjadi mangsa penipuan sindiket terbabit dengan nilai kerugian RM80,900.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan, berkata pengadu mendakwa mengetahui mengenai pelaburan emas itu melalui laman sosial Facebook pada Ogos 2014 dan diperkenalkan kepada syarikat milik suspek oleh seorang ejen.

“Mangsa yang berminat dengan pelaburan itu kemudian menyerahkan wang pelaburan berjumlah RM80,900. Bagaimanapun, selepas pembayaran dibuat, mangsa tidak mendapat emas seperti nilai yang dilaburkan dalam tempoh yang dijanjikan.

Di Mana Tok Belagak Sekarang?

Ramai yang tertanya-tanya apakah kesudahan kes ini? Dan masih ramai lagi yang berharap mendapat pulangan wang pelaburan mereka. Namun bertahun lamanya, tiada sebarang berita. Semakin lama isu ini semakin dilupakan, sudah tidak hangat diperkatakan. Disebalik harapan yang masih tersimpan, semoga ini menjadi pengajaran kepada kita semua bahawa tiada jalan mudah untuk mencapai kekayaan segera. Akhirnya kita menderita, Tok Belagak entah di mana.

Ada yang pernah hantar gambar di laman sosial kelibat Tok Belagak dilihat menjadi ‘taukey’ restoran sekarang? Ada yang cakap beliau masih aktif menjual emas untuk mencairkan modal-modal pelabur. Ada yang cakap beliau dalam penjara. Yang mana satu betul? Jom share di bahagian komen, agar semua orang dapat baca perkembangan isu ini.

Admin akhiri artikel ini dengan sebuah lagu khas. Bagi yang dapat tangkap lirik ni, jom kita nyanyi bersama..

Tunang Hilangkan Diri Ketika Hari Pernikahan, Bermacam Alasan Diberikan…Lepas 3 Bulan Aku Dapat Kejutan!!!

Tunang Hilangkan Diri Ketika Hari Pernikahan, Bermacam Alasan Diberikan. Lepas 3 Bulan Aku Dapat Kejutan!

Untuk para pembaca, saya harap kisah saya dijadikan iktibar untuk semua, jangan risau karangan saya tak akan buat anda semua pening bila membacanya.

Tunang Hilangkan Diri Ketika Hari Pernikahan, Bermacam Alasan Diberikan. Lepas 3 Bulan Aku Dapat Kejutan!

Majlis perkahwinan lagi berbaki 1 minggu saja lagi, Kad jemputan sudah diedarkan, mak andam, katering pelamin baju semua sudah ditempah dan dibayar, family yang lain sudah ada yang bermalam di rumah saya untuk majlis yang dinantikan oleh keluarga saya, malam berinai, yang cukup membuatkan jiwa saya jadi kacau air mata berlinang tak henti sebab rombongan pengantin lelaki yang sepatutnya datang ke kampung saya tapi masih belum muncul.

Ya Allah lagi beberapa jam majlis akad nikah, inai di jari kaki dan tangan sudah pun merah, pelamin nikah indah siap diruang tamu rumah dengan lampu malap nampak romantik, keluarga sibuk bergotong royong didapur untuk majlis akad nikah esok hari.

Hati sudah menjadi tak tentu arah, saya hubungi tunang tapi malangnya hp off, pakcik dan makcik tunang saya langsung tak nak jawab panggilan saya, dalam hati saya dah yakin dia tidak akan datang ke majlis saya.

Majlis akad nikah akan diadakan selepas waktu zohor, yaa betul sangkaan saya, mereka tidak datang, Ya Allah swt,menangis sedih ketika itu bukan disebabkan saya tidak jadi kahwin tetapi sedih melihat mak bapak ahli keluarga dan adik beradik saya yang sepatutnya gembira tetapi bertukar sedih hampa kecewa dan malu.

Tanpa berpikir panjang seawal pukul 7 pagi saya kumpulkan ahli keluarga terdekat saya gagahkan diri beritahu mereka yang si lelaki tidak akan datang, mak dan ayah saya cepat batalkan majlis sanding yang sepatutnya di buat didewan yang telah di tempah, termasuk pelamin, katering, mak andam dan juga photographer, dalam masa yang sama saya sangat tidak tahu menahu apa sebab dia tak nak hadirkan diri walhal perbelanjaan kahwin semua dia yang berikan, ketika bertunang family dia datang membawa duit belanja kahwin dan juga hantaran bertunang.

Saya bersyukur walaupun dalam keadaan begini family masih rasional dan mereka beranggapan si lelaki sudah beristeri sebab tu tidak munculkan diri, majlis ditukar dengan kenduri kesyukuran. ahli keluarga semua bersimpati pada saya, tidak kurang juga ada yang menghina dan mencemuh saya seolah2 saya yang bersalah.

Saya masih waras, saya masih sayangkan keluarga saya, tidak terpikir untuk membunuh diri atau melarikan diri kerana saya sangat yakin pasti ada hikmah dsebalik semua ini.

Selang seminggu si lelaki menghubungi saya, bermacam alasan yang dia beri, family saya yakin pasti ada perkara yang dia sorokkan, dengan cara baik family putuskn tali pertunangan dengan tunang saya melalui panggilan telefon dengan cara yang baik, ramai juga yang menyuruh ayah saya untuk failkan saman, tapi ayah dan mak enggan dan mereka yakin pasti ada balasan yang lagi setimpal yang akan dia perolehi selepas ini.

3 bulan selepas kejadian tersebut saya terima panggilan dari seorang perempuan, memaki, menghina dan mencaci saya dengan kata kesat, saya pelik hairan bin tekejut, kenapa saya kena maki hamun tiba, saya dengan tenang membaca semua caci maki perempuan tersebut, rupanya dia isteri kedua kepada bekas tunang saya, dia tuduh saya perampas suami dia, dalam keadaan tu, saya nak gelak dan nangis pun ada, bukan apa dia tuduh saya perampas padahal saya tak jadi kahwin pun dan saya tidak tahu menahu pun yang dia sudah beristeri dua dan mempunyai anak seorang berusia 1 bulan .

Saya mangsa penipuan, oleh lelaki penipu yang bersumpah bahawa dia bujang, kalau perempuan lain maybe boleh jadi gila sebab tak jadi kahwin. Selepas isteri dia dah puas maki hamun saya, saya send semua bukti gambar pertunangan, majlis rewang, pelamin nikah inai dan persiapan kahwin yang lain terutama sekali kad jemputan kahwin.

Tak cukup dari tu semua bukti resit pembayaran/perbelanjaan persiapan kahwin saya send dengan isteri dia, tekejut tak terkata si isteri, saya jelaskan dengan nada yang lembut tanpa berkasar walau sedikit pun saya faham perasaan dia sebagai perempuan, saya slowtalk dengan dia agar dia tidak salah faham dengan situasi saya, alhamdulillah dia terima dengan baik, dan dia sedia bermadu dengan saya katanya dia yakin saya perempuan yang baik untuk suami dia tapi Oh Tak Mungkin cukup dengan apa yang bekas tunang buat pada saya dengan keluarga saya, cukup memalukan saya.

Dipendekkan cerita, kawan saya telah send keratan akhbar pada whatsapps saya, tekejut juga bila saya terbaca akhbar tu, si lelaki telah ditangkap polis kerana menipu tak perlu la saya aibkan apa penipuan yang telah dia buat sehingga dimuat naik dalam surat khabar tak kurang juga diviralkan di facebook, keluarga saya menadah tangan tanda syukur pada Allah swt akhirnya dia terima balasan atas apa yang telah dia lakukan selama ini, dalam kegembiraan tersebut mak n adik saya menangis melihat wajahnya yang terpampang di surat khabar, walaupun masih marah tapi….

“Ini Kedai Memang Bangsat” – Tindakan Majikan Pecat Pekerja Akhirnya Mengundang Padah Bakal Di Boikot Komuniti Bikers!

Sejak semalam viral di media sosial luahan hati seorang lelaki yang bengang dengan tindakan majikannya semata-mata mahu mengaut keuntungan.

Lelaki yang lebih dikenali sebagai Ayah Pong di Facebook memuat naik kisahnya dimana dia mengorbankan masa dan jiwanya untuk menaikkan tempat di mana dia bekerja sehinggalah saat dia dibuang kerja.

Kisah Ayah Pong telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen sehingga telah dikongsi lebih 5 ribu kali oleh netizen yang bersimpati dengan nasibnya.

“Demi Kawan Sanggup Bantu Syarikat Baru”

Boikot KCMS Motorsport@JefKau@Kau Chan Meng yang mempergunakan orang melayu dan banyak tipu orang melayu. Saya telah berkhidmat dengan majikan saya lebih 5 tahun dari KCM Superbike hingga lah syarikat baru KCMS Motorsport. Jef Kau menjanjikan saya bermacam2 masa depan yang cerah kalau ikot dia keluar dari KCM Superbike.

Saya cakap “You setup dulu company, dah ok baru saya tolong”..dia tidak mahu, dia mahu saya keluar juga dari KCM Superbike untuk bantu dia. Dia berkata lagi company baru nie dia seorang sahaja, tiada share dengan mana2 org dan kita boleh plan tanpa ada sebarang sekatan dari partner.

Atas percayakan persahabatan yg lebih 5 tahun, saya keluar dari KCM Superbike dan tolong Jef Kau cari kedai baru di Taman Maluri yg dinamakan KCMS Motorsport. Dari awal permulaan saya yang carikan kedai, saya yang buat decoration kedai, saya yang bawak masuk customer untuk letak superbike supaya kelihatan kedai nie hidup, saya uruskan majlis perasmian kedai baru..semuanya saya korbankan masa dan jiwa raga untuk syarikat.

“Kakak Owner Hasut Suruh Berhenti Sendiri”

Hinggalah pada satu tahap dengki itu datang, bila saya buat terlalu banyak marketing dan ramai yang kenal saya, customer yang datang ke kedai beranggapan kedai itu saya yang punya..Jef Kau dan kakaknya mula goyah dan rasa tergugat.

Dia telah dihasut oleh kakaknya yang merupakan share partner kedua yang pada awalnya Jef Kau cakap company baru nie dia seorang sahaja pemilik tunggal…saya lihat di SSM ada 2 penama, maksudnya Jef Kau telah tipu saya mengatakan dia seorang sahaja pemilik tunggal.

Kakaknya telah menghasut Jef Kau untuk buang saya dengan cari teknik “suruh berhenti sendiri”. Mereka berani berhentikan saya kerana saya telah bantu dapatkan 60k like page KCMS Motorsport yang sudah stabil hanya tempoh 5 bulan, saya melantik Jef Kau Sebagai admin dengar atas dasar percaya boleh jaga saya, rupanya dia lantik kakak dia sebagai admin dan kakak dia pula removed saya dari admin di page KCMS Motorsport.

Tidak cukup itu staff mula persoal kenapa tak lantik saya sebagai admin macamana dia nak buat kerja, dengan selamber kakak dia cakap “takde kerja, berhentilah..!!!”

Saya terus berjumpa dengan Jef Kau untuk dapatkan kepastian untuk buang saya kerja, saya cakap…

“kalau nak kawan buat cara kawan, kalau nak lawan kita boleh lawan”..

Nak berhentikan saya sila bagi surat berhenti, saya boleh report KWSP dan Socso kerana majikan tidak buat caruman…patutlah sampai sekarang dia tidak bagi offer letter dan slip gaji…mereka takot saya buat report dikenakaan tindakan.

“Boikot Habis Habisan”

Hari ini saya cukup marah kerana, Jef Kau telah menamatkan talian no tel saya yg didaftarkan atas nama dia dengan bertujuan untuk guna no tel saya itu utk dapatkan customer.

Dia telah memasukkan no tel saya atas nama dia dengan tanpa persetujuan dari saya, bila saya ajak Jef Kau ke Maxis, dia tak nak beri kerjasama. Dia cakap no tu no company. Punyalah kejam tokey KCMS Motorsport@JefKau@KauChanMeng sampai begitu sekali dia nak buat saya.

Saya telah membuat report polis dan saya tengah berusaha untuk dapatkan balik no saya 017 3077 548. Jika saya tidak dapat balik, sudah pasti Jef Kau akan guna no tersebut untuk tujuan tarik customer untuk bisnes dia kerana no tersebut terlalu banyak customer yang kenal Ayah Pong.

-Share pada group bikers yang lain..!!!
-Boikot habis-habisan..!!!
-Orang melayu ingin maju ditindas..!!!

Namun, susulan kejadian tersebut difahamkan Ayah Pong telah ditahan IPD Cheras kerana didakwa memecahkan cermin mata milik majikannya. Ayah Pong dijangka dibebaskan antara 3-4 hari kemudian.

Rata-rata netizen menyokong tindakan Ayah Pong dan meminta supaya Ayah Pong bersabar dalam menerima ujian yang melanda. Segelintir netizen juga meminta orang ramai supaya memboikot kedai tersebut.

Tonton Video :

– www.kakishare.tv

[Video]…CLEVER GIRL KANTOI SOALAN BOCOR LAGI? PILIH B TAPI TAK TAHU JAWAPAN SEBENAR..

Clever Girl KANTOI soalan bocor lagi ? Shazana tak tahu jawapan yg dipilih. Krik krik..

Salah seorang perserta clever girl telah kantoi. Beliau dengan pantas dan yakin menjawab soalan sebelum soalan habis dibaca. Adakah semua ini adalah soalan bocor???.

Muka Alif ketika Shazana tekan buzer dan memberi jawapan..

Shazana tidak mampu berkata apabila Alif cuba meminta kepastian tentang jawapan yang diberi..

Antara komen yang ditinggalkan netizen di laman facebook.

Reaksi pengguna Facebook

Mohd Hafizuddin Bin Putit Denga

Alif tanya “B? Iaitu?”

Tengok reaksi wajah Alif. Muka dh cuak Gosok2 hdung, mesti dlm hati dia “tanya apasal aku tersebut ‘iaitu’ pulakk!! Kantoi bang kantoiiii”

Mohd Khir Ali

Tekan buzer sblum soalan habis disqualified kan aje .. apa la x clevernya.. klau main tekan je x habis soalan benda yg clevernya.. ****** ada le …hmmmm

Sharida Nasir

iiishhh3 clever nyeee diaaaaaaa.. “Jawapan sy B”

IAITU?? KRIKK KRIKK KRIKKK..

Tonton Video :

Clever girl ini mempertaruhkan 13 “clever girl” dari seluruh pelusuk malaysia. Tak tahu la macamana diorang ni boleh dikategorikan sebagai CLEVER bila soalan mudah pun tak boleh nak jawab.

Program realiti “gameshow” yang mencari gadis terpintar di Malaysia kembali dengan musim baharu. Pada musim yang lepas, Fatin Nuraisya dari Kelantan telah dinobatkan sebagai Clever Girl Malaysia yang pertama, di mana beliau telah memenangi hadiah utama wang tunai RM100,000.

Program ini menggabungkan elemen realiti dan “gameshow” yang menilai pengetahuan am dan personaliti setiap peserta. Para peserta akan dinilai oleh kuiz mingguan yang diadakan secara langsung. Dihoskan oleh Alif Satar.

Beberapa minggu lepas, program ini juga terpalit dengan kontroversi apabila salah seorang pesertanya menarik diri dan menuduh adanya konspirasi dan soalan bocor. Beliau bagaimanapon menarik balik kenyataannya beberapa hari selepas itu.

Siapakah Abang botak ini?Lantang ketika soal jawab dengan Boy Iman

Pada kekecohan sidang media dan soal jawab PPIM dan Boy Iman pada satu masa dahulu, muncul satu lelaki yang membuatkan admin kagum dengan gaya percakapan beliau. 2 minggu admin mencari siapakah lelaki berkaca mata ini? Gaya dia bercakap seolah olah gaya peguam dan telah membuat “homework” yang banyak sehinggakan Boy Iman tergaman untuk menjawab persoalan beliau.

Akhirnya, admin berjaya mencari siapakah gerangan yang boleh membuatkan admin kagum. Beliau ialah Khairul Ezuwan Yusoff (KEY) . Beliau adalah penulis Ebook ‘ASBGenius’ & penulis buku ‘Pendekar Keyboard”. Beliau juga seorang Penceramah dalam bidang kewangan & Hartanah dan Financial Consultant di CIMB Wealth Advisors & AIA Public Takaful

Patutlah gaya percakapan beliau sangat hebat.

Seminggu ni aku lihat kau diheret ke sana ke sini boy ditahan reman, bergari. Tapi aku tak tau adakah bibit penyesalan dah mula timbul dalam diri kau .

Sebagai manusia aku pon ada perasaan belas kasihan, tetapi sebelum ni Adakah kau pernah kasihan & selami nasib mereka-mereka yang diperdayakan?

Mereka merana, habis duit pencen, berhutang sana sini, mak cik pak cik tua yang menagih hak mereka sedangkan kau bermegah-megah dengan kemewahan dari duit siapa ? Aku kenal kau boy dari zaman Alfafa lagi .

Bukan sekali dua aku dah tegur kau Jangan buat benda ni , Tapi kau terus berdegil , Bila aku tegur secara terbuka di FB suruh kau stop buat benda ni , kau repot pula aku pada polis melalui si GM comel ni suruh polis ambil tindakan pada aku .

Tak cukup dengan tu , kau hantar gambar menganjing aku ni waktu korang di Balai buat repot ke atas aku pada ejen2 kau . Tapi waktu tu aku masih sabar . Aku masih lagi Cuba suruh kau stop buat benda tu .

Tak habis di situ, kau hantar pula 2 Notice Of Demand (NOD) pada aku tuntut RM2,000,000 dan ugut nak saman aku di mahkamah melalui peguam kau .

Notis Perintah terhadap “KEY”
Kau rasa kau akan terus Selamat dengan apa yang kau buat . Kau silap boy . Aku dah cakap pada kau Jangan kelabukan mata kau dengan duit Sebab kau akan hilang kewarasan. Kau boleh jadi kejam Tapi kau tak hiraukan langsung apa yang aku cakap . Bagi kau duit adalah segalanya.

Kau lupa dulu kau pernah Selamat dari saman balas dari Norsham bernilai RM4.3 juta waktu kegemilangan Alfafa dulu , aku dan rakan2 muncul perangi sindiket Alfafa dan kau terselamat dari saman tu sebab sindiket tersebut dapat disekat lebih awal.

Tapi Itu pon kau ambil mileage kononnya aku rakan seperjuangan kau menentang Alfafa , hebat lakonan kau . Kau gunakan pula mileage tu masa kau bina DBI Properties .

Kau dengan bangga jual nama aku pada ejen2 kau waktu tu kononnya kau berjuang bersama2 dengan aku menentang Norsham & Alfafa . Itu sama sekali tidak benar.

Aku pernah jumpa kau sekali boy di Restaurant sebuah Hotel di Kuala Lumpur, tak cukup di situ sambung pula di mamak tepi jalan, 5 jam aku berbual dengan kau , tanpa kau sedar aku menilai semua percakapan kau , aku perangkap semua percakapan kau hingga kau terbelit tanpa kau sedar, 5 jam tu dah cukup untuk aku tahu siapa kau boy . Sebab tu selepas pertemuan tu aku langsung tak layan call & whatapps kau sebab aku tahu kau hanya cuba nak pergunakan aku demi kepentingan diri kau sendiri dan hanya nak selamatkan diri kau , Bukan kerana orang ramai .

Bila kau buat DBI Properties tu , aku dah siasat secara mendalam program yang kau buat dengan partners kau semua tu 16 Ogos 2016 aku keluarkan satu status dengan tegas suruh kau dan partners kau STOP buat marketing songsang tu sebab aku tahu akibatnya akan lebih ramai orang akan terpedaya dan kerugian wang ringgit mereka . Tengah malam tu juga kau Call aku dan aku Bagi penjelasan Kenapa aku menentang , Tapi kau degil menafikan semuanya seolah-olah apa yang kau buat tu bukan benda yang Salah .

Aku ingat lagi kau bahasakan aku sebagai “sahabat Musibat” . Aku harap musibah yang tertimpa atas diri kau sekarang ni jadi pengajaran besar dalam hidup kau dan pada mereka-mereka yang buat benda yang sama dan yang mencuba untuk buat . Hukuman di dunia ni untuk kau kita serahkan pada undang-undang . Jangan lupa boy kita masih ada Satu lagi kehidupan selepas kita mati. Jangan lagi permainkan Nama Allah , Nama Rasul . Allah Maha Berkuasa Boy .

Mungkin kau pelik kan Boy macamana aku boleh muncul waktu sidang media bersama PPIM tempoh hari. Aku datang sebab mahu membela mereka-mereka yang teraniaya tu . Aku taknak kau & partners kau terus memperbodohkan mereka lagi.

Lihatlah wajah harapan mereka . Jadilah manusia yang mempunyai hati. Kalau kita tak mampu menyenangkan mereka, cukuplah Jangan menyusahkan mereka.