Sultan Johor Archive

SULTAN JOHOR PANDU SENDIRI JET PERIBADI DARI BANGKOK KE SENAI.. Daulat Tuanku..

DYMM Sultan Johor berkenan memandu sendiri jet peribadi baginda ke Hangar DiRaja di Senai dalam perjalanan pulang dari Bangkok, Thailand hari ini (19 Okt).

Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, yang juga seorang juruterbang bertauliah dan mempunyai kemahiran tinggi dalam memandu keretapi, kapal, motosikal dan kereta berkuasa tinggi sempat berjenaka dengan juruterbang dan penumpang selepas mengambilalih kawalan Boeing 737-800 itu dengan bertitah, “Saya berharap saya tidak menakutkan anda semua”.

Tuanku Sultan, yang cukup disayangi seluruh rakyat Johor ini sentiasa menekankan kepentingan dalam menimba ilmu, pengetahuan dan kemahiran agar sentiasa bersedia bagi menghadapi sebarang cabaran.

Daulat Tuanku.

~~~~~~

His Majesty, The Sultan of Johor, flew his personal jet back to the Royal Hangar in Senai, after returning from Bangkok, Thailand today (Oct 19)

Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, who is a licensed pilot and also equipped in driving trains, boats, high-powered motorcycles and cars, put the pilot and his passengers at ease after taking the helm of the Boeing 737-800, by jokingly telling them: “I hope I didn’t scare you all”.

The Sultan, who is loved by all Johoreans, has always been vocal about acquiring knowledge, education and skills to be well-equipped and ready to face challenges.

Daulat Tuanku.

Sumber: Sultan Johor Official

Isu JAKIM-JAINJ : Jamil Khir, Othman Mohon Menghadap Sultan Johor

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha, akan memohon perkenan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Othman berkata, ia berkaitan isu Pegawai kader JAKIM di Penjara Kajang, Zamihan Mat Zain, yang menyampaikan ceramah menyentuh mengenai dobi mesra Muslim seperti yang ditularkan di media sosial.

Beliau berkata, pihaknya amat menyanjung tinggi titah Sultan Ibrahim berkaitan agensi itu hari ini.

“Saya selaku Ketua Pengarah JAKIM dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan segera memohon perkenan untuk menghadap Sultan Johor berkaitan isu Ustaz Zamihan, yang menyampaikan ceramah menyentuh mengenai dobi mesra Muslim seperti yang ditularkan di media sosial,” katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Sultan Ibrahim ketika bertitah pada Majlis Konvokesyen Ke-17 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, hari ini menitahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) supaya berhenti berurusan dengan JAKIM.

Baginda bertitah, JAKIM juga tidak perlu lagi memberi pandangan kepada Johor membabitkan hal ehwal agama Islam.

Baginda bertitah demikian sebagai mengulas tindakan Zamihan yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Sultan Johor.

Sumber : BHOnline

PANAS!!!…Sultan Johor larang JAINJ berurusan dengan JAKIM

BATU PAHAT – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj) tidak lagi berurusan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selepas ini.

Baginda juga bertitah, Jakim turut tidak perlu memberikan pandangan kepada negeri Johor, yang mana semua orang tahu urusan berkaitan dengan agama adalah di bawah kuasa negeri seperti yang termaktub dalam perjanjian Persekutuan.

Sultan Ibrahim berkata demikian susulan Pegawai Kader Jakim, Dr Zamihan Mat Zin mengkritik baginda mengenai isu dobi mesra muslim di Muar, yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Beberapa orang mufti dan pakar agama telah keluarkan pandangan dan hujah mereka berkaitan perkara ini, namun malangnya ada pula seorang penceramah bernama Ustaz Zamihan Mat Zin yang mengkritik tindakan saya dan memperlekeh mufti-mufti tersebut.

“Gaya cakapnya sangat angkuh dan sombong, seolah-olah dia sahaja yang betul dan mencerca bangsa lain.

“Saya anggap dia hanya seperti tin kosong yang tidak ada otak,” titah Sultan Ibrahim ketika Majlis Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kali ke-17, hari ini.

Titah Sultan Ibrahim, Zamihan juga berbohong selepas cuba menafikan yang beliau menyebut perkara itu setelah dikecam orang ramai.

“Nampaknya ustaz ini dah pandai berbohong pula, macam mana kita nak belajar dengan dia. Jangan nak temberang dengan saya, lepas ini cukuplah berceramah depan cermin sahaja untuk kenal diri sendiri.

“Kalau betul dia penceramah Jakim saya tidak tahu dari mana Jakim pungut dia, selepas ini juga saya mengarahkan Jainj tidak perlu lagi buang masa berurusan dengan Jakim,” titah baginda.

Sumber : Sinar Harian

Zamihan Mat Zain Hentam Sultan Johor Kaw-Kaw! berkenaan isu dobi muslim..

Zamihan Mat Zin pendakwah kontoversi yang juga pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengkritik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bulan lalu kerana membidas sebuah kedai dobi di negeri itu yang melarang pelanggan bukan Islam, sambil menyifatkan orang Cina tidak suci selepas membuang air besar.

“Kita ini negara Islam, pemimpin Islam, raja Islam, sultan Islam. Semua sumpah, wallahi, wabillahi… nak buat dobi ‘for Muslims only’ pun tak boleh, kita kata jumud, kita kata Taliban,” kata Zamihan Mat Zin ketika menyampaikan kuliah agama di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Ahad lalu.

Beliau mengulas kenyataan Sultan Ibrahim seperti dilaporkan The Star pada 27 September lalu, yang menyifatkan tindakan pemilik kedai dobi Elit Laundry di Muar itu memalukan rakyat negeri Johor.

“Ini bukan negeri Taliban dan sebagai ketua agama Islam di Johor, tindakan ini tidak boleh diterima langsung kerana bersifat ekstremis,” kata Sultan Ibrahim, sambil memberi amaran sebarang bentuk diskriminasi tidak ada tempat di negerinya.

“Kita bangga sebagai Bangsa Johor dan saya mahu tahu di mana pemilik dobi itu belajar Islam?” katanya.

Zamihan bagaimanapun berkata isu melibatkan kedai dobi itu diperbesar-besarkan oleh musuh Islam dan menjadi masalah apabila ia diulas sultan selaku ketua agama Islam.

“Ada sultan kata ‘dobi mesra Muslim tak patut diadakan di negeri beta’, dan ‘ini bukan negeri Taliban…’? Tak patut Tuanku Sultan cakap macam itu,” katanya,

Zamihan, yang juga mengetuai Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) turut membidas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin kerana menyokong pendirian Sultan Johor itu.

“Ertinya, mufti menyokong dobi mesra kafir. Cerdik tak cerdik?” katanya. “Apa barang ahli Sunnah wal Jamaah, ini bukan Sunnah wal Jamaah, ini punah ranah. Pemikiran punah ranah. Inilah Ustaz Zamihan, presiden Aswaja.”

Zamihan kemudian bertanyakan sama ada hadirin di masjid tidak setuju dengan pendirian beliau, tetapi tidak mendapat reaksi.

Katanya, beliau tidak gentar mengkritik pihak atasan termasuk sultan.

“Nak manipulasi ke, nak rakam ke, nak edit video ke, saya tak takut pun.

“Ada setengah orang dia buat video ini kepada menteri, kepada sultan, kepada raja. Silakan! Apa kita nak takut kalau kita bercakap menjunjung kebenaran?” tambahnya.

‘Cina kencing berak tak basuh’

Dalam ucapannya, Zamihan turut membutirkan bagaimana orang bukan Islam membuang air kecil, sambil berkata titisan air kencing akan terkena di pakaian mereka.

Menurutnya, pakaian umat Islam tidak boleh dibiarkan bercampur dengan pakaian bukan Islam kerana umat Islam perlu memastikan pakaian mereka suci ketika beribadat.

“Pakaian kita untuk kita buat ibadat, nak buat sembahyang, nak buat baca Quran, nak buat tawaf, nak buat Haji… mana boleh berlumur dengan pakaian bukan Islam.

“Cina biasa kencing berak tak basuh. Bagaimana tentang darah haid mereka, pada pakaian dalam mereka, peluk dakap anjing, minum arak, tumpah arak, makan babi, sup babi. Itu semua sinonim dengan mereka,” kata Zamihan.

Sumber: infokini.my

PPIM Beri Respon Balas Yang Mengejutkan Selepas Sultan Johor Arahkan Dobi Mesra Muslim Ditutup!

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menganggap tindakan sebuah kedai dobi di Muar yang hanya mahu berurusan dengan pelanggan Islam adalah bukan isu besar, sebaliknya membandingkan perkara itu kepada majikan yang tidak mengambil staf bukan Cina.

Ketua PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata dasar kedai dobi Elit Laundry yang mengundang kemarahan Sultan Johor itu seharusnya difikir dengan terbuka dan tidak perlu dianggap sensitif.

“Saya tidak fikir orang buat ini untuk menyakitkan hati siapa-siapa. Sebab dia faham tentang Islam,” katanya mempertahankan pemilik dobi berkenaan, yang dibidas Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana jahil agama dan bersikap pelampau.

Nadzim sebaliknya beralih kepada isu diskriminasi di tempat kerja.

“Contoh tempat kerja hanya untuk orang Cina sahaja,” katanya kepada FMT.

Sebelum ini, pelbagai pihak mempersoalkan tindakan kedai dobi layan diri itu selepas tular gambar papan tanda “mesra Muslim” yang memaklumkan kedai itu hanya menerima pelanggan Islam atas “faktor kesucian”.

Dalam temubual bersama The Star hari ini, Sultan Ibrahim berkata ia amalan yang memalukan, dan mengarahkan pemilik dobi berkenaan memohon maaf kerana memalukan rakyat Johor.

Pemilik yang enggan memperkenalkan namanya ketika dihubungi berkata papan tanda itu sudah diturunkan dan memohon maaf kerana melaksanakan polisi tersebut.

Sebelum kenyataan Sultan Johor, langkah kedai dobi itu menerima pujian beberapa tokoh agama negeri, termasuk Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor Datuk Nooh Gadut dan Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin yang menyifatkan ia “cantik” kerana menjamin kesucian.

Bagi Nadzim, isu kedai dobi itu terlalu diperbesar-besarkan.

“Pada saya tak ada isu, tidak seharusnya diambil sebagai isu. Diambil secara baik.

“Tetapi diperingkat orang ramai tak perlu dijadikan politik,” katanya.
Nadzim berkata pengguna ada hak untuk memilih.

“Bagi saya kita harus berlapang dada. Kita tidak harus jadikan isu,” katanya lagi.

“Macam saya, akan pergi kedai itu sebab saya nak bersih. Kalau orang lain tak nak itu hak dia,” katanya- Free Malaysia Today

sumber : sehinggit.blogspot.my