sukan sea Archive

“10 kali saya selamatkan gol, orang takkan ingat…” – Haziq Nadzli

PENJAGA gol skuad bola sepak B-22 tahun negara, Haziq Nadzli, mengakui kesilapan yang dilakukan dalam perlawanan akhir bola sepak lelaki Malaysia menentang Thailand malam tadi, bukan sesuatu yang disengajakan.

Menurut Haziq, dia bersedia untuk menerima kritikan daripada orang ramai mengenai kesilapan yang dilakukan itu dan berharap agar mereka bersedia untuk memaafkan kesalahan tersebut.

“Bola itu melencong ke dalam, saya nak tumbuk tetapi keadaan hujan menyebabkan saya tersilap ketika menumbuk keluar.

“Apa boleh buat, itu bukan rezeki saya, bukan saya sengaja. Kalau saya sengaja, tidak perlulah saya bermain.

“10 kali saya selamatkan gol, orang takkan ingat tetapi orang akan ingat sekali sahaja kesilapan saya.

“Siapa yang memberikan semangat kepada saya, terima kasih diucapkan. Siapa yang cakap macam-macam, itu hak mereka, saya tidak kisah,” katanya.

Pada perlawanan akhir semalam, Haziq telah menjaringkan gol sendiri sehingga menghadiahkan kemenangan 1-0 dan pingat emas buat Thailand dalam aksi final Sukan SEA 2017 di Stadium Shah Alam.

Ia seakan mengulangi tragedi 2001, di mana kesilapan penjaga gol Malaysia, Kamarulzaman Hassan, menyaksikan skuad negara tewas di tangan Thailand di venue dan keputusan yang sama, 1-0 di Stadium Shah Alam.

Thailand mencatat hatrik emas kali ketiga berturut-turut Sukan SEA .

Biarpun pasukan negara dilihat lebih mendominasikan padang, namun ketiadaan penyudah menyebabkan gawang Thailand sukar dibolosi.

Sumber: Astro Arena

Malaysia Ungguli Sukan SEA Raih Emas Ke-145

Malaysia menjulang gelaran negara sukan terbaik Asia Tenggara dengan meraih sebanyak 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa pada temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 tahun ini.

Pingat emas ke-145 Malaysia dan emas terakhir sukan itu dimenangi oleh pasukan peluncur laju negara yang dianggotai Wong De-Vin, Ariff Rasydan Fadzli, Hazim Shahrum dan Khairil Ridhwan Khalil membiarkan Singapura terpaksa berpuas hati di tempat kedua.

Dengan jumlah keseluruhan 323 medal, temasya kali ini merupakan permainan terbaik Malaysia dalam sejarah Sukan SEA.

KESILAPAN HAZIQ NADZLI HADIAHKAN PINGAT EMAS BUAT PASUKAN LAWAN, MALAYSIA 0-1 THAILAND

Aksi Malaysia VS Thailand dalam perlawanan pingat emas Sukan SEA KL2017 menjadi tumpuan terutamanya pasukan negara yang dalam misi untuk menebus kekecewaan tewas pada lawan yang sama pada Sukan SEA 2001.

Apa yang menarik, pasukan negara tewas ketika perlawanan itu dilangsungkan di Stadium Shah Alam.

Perlawanan dilangsungkan dalam keadaan basah kerana hujan turun membasahi kawasan Shah Alam.

Perlawanan berlangsung dalam tempo yang agak laju menyaksikan kedua-dua pasukan cuba untuk memburu gol awal.

Malaysia hampir menjaringkan gol menerusi N. Thanabalan selepas sepakan penjuru Azam Azih hampir saja berjaya disentuh penyerang itu.

Kapten Thailand turut mencuba untuk menjaringkan gol namun rembatan beliau di hadapan kotak penalti Malaysia sipi saja dari pintu gol negara.

Sepakan penjuru nyata memberikan bahaya kepada pasukan Thailand selepas mereka terperangkap beberapa kali dalam situasi itu.

Perebutan bola di udara ketika sepakan penjuru Malaysia sering dimenangi oleh pasukan negara, namun mereka gagal menanduk bola itu tepat ke pintu gol.

Haziq Nadzli menunjukkan kecemerlangan beliau apabila menyelamatkan 2 percubaan bahaya Thailand menerusi sepakan penjuru.

Rembatan jarak jauh Azam hampir memberikan gol menerusi percubaan dari jarak 25 meter, namun ia sedikit tersasar dari palang gol.

Thailand akhirnya mendahului selepas Haziq tersilap apabila tumbukan beliau terhadap bola kemudiannya memasuki gol sendiri ketika sepakan penjuru Thailand.

Safawi Rasid terus cuba untuk mencari gol penyama menerusi rembatan jarak jauh, akan tetapi rembatannya sedikit tersasar dari pintu gol.

Sepatuh masa kedua bermula dengan Malaysia terus melancarkan serangan untuk mencari gol penyamaan.

Thailand hampir menjaringkan gol kedua mereka selepas mereka berjaya mencuri bola dari Azam yang cuba menyerang.

Mujur Adam Nor Azlin berada di tempat yang tepat untuk mengeluarkan bola.

Sasalak Haiprakhon juga cuba untuk mendapatkan gol untuk pasukan Thailand namun rembatannya dari luar kotak penalti tersasar.

Pasukan negara nampaknya lebih gemar menggunakan rembatan jarak jauh dari dalam kotak penalti untuk mendapatkan gol. Namun, gerakan itu belum lagi memberikan hasil.

Danial Amier turut mencuba untuk mendapatkan gol untuk Malaysia namun percubaan beliau melambung tinggi selepas menerima hantaran dari Syazwan Andik.

Percubaan Syazwan yang melencong dari luar kotak penalti hampir saja memberikan gol! Tetapi rembatan beliau sedikit tersasar dari sasaran!

Nasib nyata tidak menyebelahi pasukan negara selepas mereka tidak berjaya menyempurnakan peluang yang ada.

Keputusan penuh, Malaysia 0-1 Thailand.

Kesebelasan utama

Malaysia: Haziq Nadzli (penjaga gol), Matthew Davies, Irfan Zakaria, Adam Nor Azlin, Adib Zainuddin (ketua pasukan), Azam Azih, Syamer Kutty Abba (Danial Amier), Syazwan Andik, N. Thanabalan, Safawi Rasid (Syafiq Ahmad), Jafri Chew (Akhyar Rashid)

Thailand: Nont Muangngam (penjaga gol), Suriya Singmui, Worawut Namvech, Saringkan Peomsupa, Rattanakorn Maikami, Sasalak Haiprakhon, Nopphon Phonkam (Shinnaphat Leeaoh), Phitiwat Sookjitthummskul, Worachit Kanitsribumphen (Nattawaut Sombatyotha), Chenrop Samphaodi (ketua pasukan), Phicha Au-Tra (Chaiyawat Buran)

HEBAT!!! EMAS INI UNTUK ARWAH AYAH…KISAH SEORANG MANUSIA YANG HEBAT..

KISAH SEORANG MANUSIA YANG HEBAT!!!
AKU MENANGIS UNTUK AIN.

Sebermula Ain memasuki program Kita Juara, aku masih x dpt melihat karekter beliau sebagai seorang fighter, seiring yang diceritakan oleh Coach Bernard, “Ramai yg tak suka aku amik budak ni. Dia tak berbakat, Mael..tp dia rajin! Kau tgk nanti!” Dengan sukan Muay masih terumbang ambing dlm mencari rentak utk menyesuaikan diri dlm program Kita Juara ini, Ain merupakan salah seorang atlet Muay yg berjaya menunjukkan sikap proaktif dlm meningkatkan prestasi beliau bagi mensasarkan pingat emas dlm Sukan SEA nanti.

Pada permulaan latihan Fasa 3, iaitu waktu paling genting sebelum atlet akan berjuang di Sukan SEA, ayah beliau sakit… Mesej pertama yang Ain berikan kepada aku..

“Ayah Ain sakit ni, Ain kena training ke atau kena balik?”

Adakah itu pertanyaan yg sesuai atau pertanyaan yg sepatutnya adalah

“En.Mael, sy nak blk kejap boleh sbb ayah sakit.”

Tanpa berfikir panjang, aku balas..”Balik Ain!”

Sebulan sj lagi dan atlet akan menyertai temasya sukan teragung negara tahun ini, PMM telah merancang utk mengumpulkan atlet di Bangkok, Thailand bg latihan terakhir di sana. Di sana, kerja keras, keringat, sakit, seksa hanya tuhan saja yg tahu apabila mereka dilatih sendiri oleh ketua jurulatih Muay kebangsan Thailand yg terkenal dgn kaedah yg sgt agresif. Ain bermula baik dan sabar walau sentiasa diperbodoh ketika latihan. 3 hari sebelum temasya bermula, ayah Ain meninggal…

Ain dtg kpd Coach Bernard dan mengulangi pertanyaan yg pernah beliau tanyakan kepada aku.

“Ayah Ain dah meninggal, Ain kena balik atau training kat sini?”

“Balik!” Pendek Coach Bernard balas.

Setelah aku mendapat perkhabaran itu dari Dato, aku terus mesej Ain.

“Ain, guano mung, mu ok dok?”

Pantas Ain menjawab,

“Ain toksey abih sekerat jaley, Ain nok maing SEA Game ni sbb ni impiyè ayoh!”

Ain melangkah ke Final Muay kategori 57kg Sukan SEA 2017 menentang atlet dari Thailand; Thachtana Luangphon, juara dunia dan anak ketua jurulatih kebangsaan Thailand. Pada round ke-2, mata terikat 19:19 dan akan ditentukan pada fight round ke-3. Apabila diumumkan Ain juara bagi kategori beliau…aku menangis utk Ain!

#bangkitbersama
#kitajuara
#storytotell
#matamasukhabuk

SUMBER : FB Ismael Abdulors