suami Archive

“Selepas Consult Dengan Doktor Dan Suggest Makan ‘Clomid’, Alhamdulillah Mengandung Lagi,”…Belle Al-Yahya…

Setiap pasangan yang baru berkahwin, pastinya mengharapkan kehadiran cahaya mata bagi menyerikan lagi rumahtangga. Ada yang mendapat zuriat awal dan ada juga yang lambat. Tetapi itu semua di atas rezeki Allah.

Selain berdoa dan meminta Allah memurahkan rezeki anak, suami isteri juga perlu berusaha untuk mendapatkannya. Apa yang penting adalah jangan berputus asa dan bersangka baik dengan ketentuanNya. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

SESETENGAH wanita dikurniakan rezeki mudah untuk mendapatkan zuriat dan ada yang sesetengahnya sukar dan perlu berjumpa dengan doktor untuk mencari jalan bagi mendapatkan zuriat. Bagaimanapun, itu semua rezeki yang ditentukan oleh Allah SWT.

Kita perlu bersyukur, tak kira apa pun rezeki kita. Untuk diri Belle, untuk mendapatkan zuriat kena berusaha lebih sikit.

Waktu pregnancy pertama, setelah tiga tahun berkahwin, jumpa doktor dan melakukan HSG Test (Alhamdulillah semua okay) dan selepas itu doktor suruh makan “Clomid”. Alhamdulillah selepas itu, terus mengandung Nabila Ammara.

Untuk pregnancy kedua pula, Belle try to conceive since Ammara sudah besar sikit (sebab memang nak anak lagi seorang dah alang-alang penat jaga anak, teruslah sekali. Bahahaha!). Tapi setelah setahun mencuba secara normal tanpa sebarang ubat, tak ada rezeki. Sebab itu consult dengan doktor dan doktor pun suggest makan “Clomid”.

Masa itu juga Carl ada makan madu apa entah. Alhamdulillah selepas itu terus mengandung. Jadi Belle cuma nak kongsi journey pregnancy pertama dan kedua memandangkan ada yang bertanya.

Setiap orang lain-lain, tak sama. Mungkin Belle berjaya mengandung dengan bantuan clomid. Kali ini pregnancy paling best sebab ada seri ummi! Tak lama selepas tahu Belle mengandung, Belle consume susu seri ummi. Alhamdulillah rasa loya awal-awal kehamilan itu tak ada dan tenaga pun lebih berbanding dengan pregnancy pertama.

Apa pun, bagi yang belum mendapat zuriat, jangan sesekali risau dan stress sebab setiap orang rezekinya tak sama. Ada yang cepat dan lambat. Yang penting kita berusaha dan jangan putus asa. InsyaAllah!

Mommies yang ada experience lebih kurang, bolehlah share. Sebab masa pregnancy dulu, Belle suka baca cerita pengalaman orang lain di internet.

P/S: Sesiapa yang mahu mengambil clomid kena consult dengan doktor terlebih dahulu tau.

Sumber : Belle Al-Yahya
Via : thereporter

KELUARGA : “Sampai Rumah Bukannya Nak Peluk Isteri & Anak2, Tapi Mengadap Telefon Sampai Tertidur…Inilah Kesilapan Ketua Keluarga!!!”…

Tidak tahu di manakah salah dan silapnya apabila baru sahaja berkahwin terus ada masalah yang membabitkan rumah tangga. Apabila pasangan ingin cuba membetulkan keadaan, masing-masing mula meninggikan suara dan masing-masing menegakkan benang yang basah.

Akhirnya, si anaklah yang menjadi penonton setia ketika suami dan isteri itu bertengkar sehingga anak menjadi ketakutan dek kerana pergaduhan tersebut. Allah, sesungguhnya, teramatlah ruginya sekiranya anda suami isteri masih lagi tidak sedar akan silap diri sendiri.

Sebagai renungan dan pengajaran, bacalah perkongsian dari Ustaz Ebit Liew ini, mungkin anda suami dan isteri akan mendapat sesuatu yang sangat baik untuk dijadikan panduan dalam kehidupan berumahtangga sebagai seorang suami dan juga seorang isteri yang baik, insha Allah.

Gambar Hiasan

Ya Allah berilah setiap lelaki dapat jadi orang Islam yang baik. Ketua keluarga yang bertanggungjawab. Zaman ini kita lelaki tak sedar isteri dan anak-anak ialah amanah Allah yang besar untuk kita pimpin masuk syurga..kasihan wanita dan anak-anak. Islam datang nasib wanita terbela. Darjat wanita ditinggikan. Sehinggakan beza seseorang dengan yang lain ialah takwa.

Muhasabah buat saya dan ketua keluarga. Kesilapan kita sebagai ketua keluarga. Marilah kita perbaiki diri kita supaya Allah sayang kita. Hanya untuk Allah sayang.

  • Suami balik kerja terus keluar tak sampai 30 minit terus keluar rumah main bola, berbual dengan kawan-kawan, lepak sampai lewat pagi. Ada yang 3 dan 4 pagi baru balik rumah. Ya Allah sedihnya…
  • Suami masuk rumah tak peluk isteri dan anak-anak yang merinduinya, terlupa beri salam, pegang hp dan hadap hp sampai pecah hp.
  • Badan di rumah tetapi hati tiada di rumah. Isteri anak bercakap tak pandang muka mereka. Pandang muka keluarga ketika bercakap sunnah Nabi saw..mata dekat hp jer..
Gambar Hiasan
  • Suami langsung tak bantu isteri. Biar isteri masak seorang diri. Biar isteri basuh baju dan lipat baju seorang diri. Anak dah ramai tetapi langsung tak kisahkan anak-anak. Tak tolong mandi dan uruskan anak-anak…
  • Suami tak faham hati isteri. Tak buat kejutan buat mereka. Tak sentuh tangan mereka. Tak peluk mereka dari belakang. Tiada ucapan cinta dan sayang lagi..
  • Suami sibuk dengan kawan, tengok tv, main hp walau waktu malam sepatutnya tidur disebelah isteri tercinta.
  • Suami kasar bercakap melukakan hati isteri. Baran tak menentu dengan isteri dan anak-anak. Jadi boss besar semua order jer sampai. Tersilap atau terlambat marah. Tiada lagi erti sebuah keluarga.
  • Tak pernah ajak solat tahajud berjemaah. Tidak jadi imam. Tak pernah ajak buat Ta’lim rumah.
  • Love till jannah. Tapi tak tak pernah dengar fatihah isteri. Tak pernah cek wuduk isteri. Tidak ada suasana nasihat menasihati. Bagaimana ketua boleh jadi baik tanpa nasihat.
  • Ukuran bahagia nama Allah yang disebut. Lagi banyak nama Allah disebut lagi bahagia. Kini banyak rumah sepi dari nama Allah. Di mana bahagia?
  • Tak menjadi motivator buat anak-anak. Sebagai ketua tak hargai orang yang berjuang buat kita.
  • Kedekut dengan isteri. Ada suami beli motor besar. Kereta besar. Tapi tak tanya isteri apa dia nak. Langsung tak beri duit belanja buat mereka. Nak beli pencuci muka pun takde.
Gambar Hiasan
  • Pakai duit isteri. Terlupa isteri cuma membantu. Beri nafkah tugas kita lelaki, mereka bukan bibik atau orang gaji. Mereka bidadari yang akan bersama kita dalam syurga. Berilah masa untuk mereka. Hargai mereka.
  • Suami tak bawa isteri berjuang di jalan Allah dan belajar ilmu. Sehingga isteri tiada fikir agama. Risau akhirat.

‘Setiap pemimpin akan ditanya atas apa yang dipimpinnya’

Ya Allah tiada daya upaya kami melainkan dengan pertolonganMu. Pilihlah setiap lelaki dapat belajar iman. Berjuang dijalanMu. Bantulah kami dalam membimbing keluarga kami…

Sumber : Mingguan Wanita

Menurut Kajian, Hidu Kentut Suami Boleh Panjangkan Umur Isteri

Kentut adalah suatu lumrah kehidupan untuk semua manusia. Malah ada sesetengah orang yang kentut lebih daripada sepuluh kali sehari.

Anda akan merasakan satu nikmat yang susah untuk dibayangkan setelah anda melepaskan kentut yang sangat kuat. Isunya sekarang ialah, situasi selepas kentut anda dilepaskan – apabila kentut anda menghasilkan bau yang busuk dan dibiarkan “terapung” di udara untuk di bau.

Menurut satu kajian, menghidu kentut suami akan membuatkan peluang anda untuk hidup lebih lama adalah tinggi. Ini kerana, bau metana dan hydrogen sulfida yang ada pada kentut seseorang itu sebenarnya membantu mengubah fungsi enzim dalam badan anda mengurangkan penyakit-penyakit seperti Dementia.

Selain itu, kajian baru oleh Exeter University di England telah menjelaskan bahawa ia juga membantu dalam mencegah kerosakan mitokondria.

Kesimpulannya, biarlah kentut anda keluar dengan sepuas-puasnya dan yang paling penting sekali, jangan sesekali anda takut dan malu di samping isteri kerana pada hakikatnya, ia dapat membantu menjaga kesihatan isteri anda.

8 Nasihat Rasulullah S.A.W Buat Anda Yang Bergelar Suami

Kaum adam, khususnya ‘suami’ adalah individu penting dalam sesebuah keluarga. Mereka diibaratkan seperti nakhoda yang mengemudi kapal di lautan serta bertanggungjawab terhadap keselamatan kesemua anak kapal yang berada di bawah seliaannya.

Gambar Hiasan..Carian Google..

Sudah tentu, sebelum pelayaran dimulakan segala persiapan harus dilakukan dengan terperinci. Keadaan kapal yang bakal memuatkan anak kapal haruslah diperiksa.

Faktor cuaca, suhu sekeliling, tiupan angin, keadaan laut ketika itu juga perlu diteliti bagi memastikan perjalanan bagi mengemudi kapal tersebut tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Peri penting dan besarnya tugas yang digalas oleh nakhoda kapal bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Begitu juga peranan serta tanggungjawab para suami dalam mengemudi bahtera keluarganya.

Dalam hal ini, Rasulullah S.A.W ada menasihatkan para suami tentang beberapa perkara. Antaranya seperti berikut;

#1 – Tidak Membenci Pasangan Yang Beriman

Dalam melayari alam rumahtangga, sudah pasti ada beberapa perkara yang kadang membangkitkan emosi atau ego antara kedua pasangan, terutama daripada pihak suami.

Masing-masing mahu mempertahankan pandangan sehingga kadang ‘terbenci’ dengan sikap pasangan yang tidak mahu menyokong pandangannya. Justeru, dalam hal ini beringatlah akan sabda Rasulullah S.A.W, Abu Hurairah R.A berkata, Rasulullah S.A.W bersabda;

“Janganlah seorang mukmin membenci wanita yang beriman. Jika dia membenci salah satu perangainya, maka masih ada perangai lain yang menyenangkannya.”
Hadis Riwayat Muslim

Walaupun ada satu sikap isteri yang kurang disenangi oleh para suami, ingatlah ada sikap lain yang lebih baik padanya. Ini kerana boleh jadi kita membenci sesuatu itu, padahal ia amat baik bagi diri kita.

#2 – Menghormati Kaum Wanita

Muawiyah R.A berkata;

“Aku pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W, ‘Apakah hak isteri terhadap suaminya?’ Rasulullah S.A.W menjawab, ‘Memberi makan jika kamu makan, memberi pakaian jika kamu berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menghina dan tidak pula meninggalkan isteri melainkan dia tetap berada di rumahnya’.”
Hadis Riwayat Abu Daud

Dalam konteks ‘menghormati’ kaum wanita ini bukanlah bermaksud para suami perlu menjadi ‘hamba’ kepada pasangannya. Tidak sama sekali. Hadis ini merupakan panduan buat para suami supaya tidak mensia-siakan kaum wanita terutama para isteri.

Tahukah kita, Rasulullah S.A.W amat menghormati dan melayani para isterinya dengan cara yang cukup mulia.

#3 – Memaklumkan Kepulangan Kepada Isteri Di Rumah

Anas r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda;

“Janganlah kalian mengetuk pintu isterimu di malam hari.”
Dalam riwayat lain, Rasulullah S.A.W menegaskan larangan tersebut supaya para isteri yang ditinggalkan itu dapat membuat persiapan dengan merapikan dirinya bagi menyambut kepulangan suami masing-masing.

Ada benarnya gesaan seperti ini kerana apabila para isteri tidak dimaklumkan tentang kepulangan suami lebih awal, dibimbangi isteri yang berada di rumah dalam keadaan yang kurang menyenangkan seperti baju berbau busuk, tidak mandi lagi, rumah berselerakan, makanan tidak dimasak dan sebagainya.

Lalu, apabila situasi tersebut berlaku sejurus suami pulang ke rumah, sudah pasti akan mematikan ‘mood’ si suami yang letih dan mahu berisitirehat di rumah. Bahkan, lebih parah apabila keadaan ini akan menimbulkan pula kebencian di hati suami terhadap isteri yang sudah pasti akan memberi kesan terhadap institusi keluarga yang dibina.

#4 -Memberi Nafkah Kepada Keluarga

Rasulullah S.A.W bersabda;

“Sesungguhnya nafkah yang kamu keluarkan kerana mengharap keredaan Allah S.W.T nescaya akan dibalas dengan pahala, termasuk apa yang kamu masukkan ke dalam mulut isterimu.”
Hadis Riwayat Bukhari

Nafkah keluarga adalah satu kewajipan buat setiap ketua keluarga terutama suami. Namun begitu, haruslah diingat serta diteliti sumber bagi memperolehinya. Ini kerana apa-apa yang diberikan kepada ahli keluarga itu terutama dalam soal pemakanan kelak akan menjadi darah daging dalam tubuh mereka. Jika baik sumbernya, maka baiklah seluruhnya.

#5 – Menjaga Rahsia Suami Isteri

Diriwayatkan dari Abi Sa’id Al-Khudri, Rasulullah S.A.W bersabda;

“Sesungguhnya manusia paling buruk tempatnya di sisi Allah S.W.T pada hari kiamat adalah suami yang mendatangi isterinya dan isterinya mendatanginya (berhubungan intim) lalu dia sebarkan rahsianya.”
Hadis Riwayat Muslim

Menerusi hadis ini dapat difahami bahawa yang dimaksudkan dengan sebaran rahsia tersebut adalah hal yang berlaku antara suami isteri di tempat tidur. Perkahwinan adalah satu ikatan yang suci.

Oleh itu, berusahalah untuk memelihara ikatan tersebut daripada perkara-perkara yang boleh merosakkannya, antaranya dengan menceritakan perihal hubungan kelamin kepada rakan, ahli keluarga dan sebagainya.

#6 – Perintahkan Ahli Keluarga Untuk Solat

Firman Allah S.W.T yang bermaksud;

“Dan, perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan, akibat itu adalah bagi orang yang bertakwa.”
Surah Taha : 132

Solat yang menjadi tiang atau asas dalam agama juga perlu dititikberatkan. Ini kerana salah satu kelebihan bagi mereka yang memelihara ibadah solat ini adalah ia dapat menghindarkan diri daripada perkara yang keji dan mungkar.

Seterusnya memberi ketenangan kepada seisi rumah. Adapun, jika solat tidak dipelihara, dibimbangi ia akan memberi kesan buruk dalam kehidupan keluarga itu sendiri.

#7 – Tidak Meninggalkan Isteri Terlalu Lama

Aisyah R.A meriwayatkan;

“Apabila Rasulullah S.A.W hendak melakukan perjalanan, Baginda akan mengundi isteri-isterinya dan siapa yang namanya keluar, maka dialah yang akan menemani Baginda S.A.W dalam perjalanan.”
Hadis Riwayat Tirmizi

Hal ini menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W juga tidak akan meninggalkan isterinya sekalipun ketika berjihad. Baginda akan melakukan undian dan memastikan salah seorang daripada mereka akan ikut serta.

Ini kerana meninggalkan isteri dalam tempoh masa yang lama dibimbangi akan melunturkan rasa kasih seterusnya menjadikan sesebuah perhubungan itu rapuh dan mudah ditiup angin. Akibatnya, perceraian juga akan mudah berlaku.

#8 – Tidak Membawa Perkara Yang Bertentangan Masuk Ke Dalam Rumah

Abu Talhah meriwayatkan, Rasulullah S.A.W bersabda;

“Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing dan gambar (patung atau lukisan.”
Muttafaqun Alaih

Bagi mewujudkan rumahtangga yang harmoni, hal ini juga haruslah dititikberatkan. Sebagai ketua keluarga, para suami hendaklah memastikan tiada perkara yang bertentangan dengan syariat Islam ada di dalam rumah masing-masing.

Gantikanlah hal tersebut dengan perkara yang lebih berfaedah untuk seisi keluarga seperti solat berjemaah atau bacaan Al-Quran.

Diharapkan perkongsian ini akan dapat memberi panduan kepada umat Islam terutamanya para suami yang mengemudi bahtera rumahtangga masing-masing.

Galakan serta saranan Baginda S.A.W ini tidak lain adalah bagi memandu kehidupan manusia agar tidak tersasar dari jalan-Nya. Moga bermanfaat untuk semua. Wallahua’lam.

Sumber : tazkirah.net

Akibat Masak kan Suami BENDA-BENDA KOTOR. Apa Yang Terjadi Pada Isterinya Sangat Pelik Dan Buatkan Suami Tidak Maafkannya. Tapi Setelah Ustaz Memujuk Ini Yang Terjadi..

Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariflin. Rasanya sudah lebihTujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu,saya Merasa terlalu seronok.

“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang nimacam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin.

“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunj ukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.

Selepas bertanya itu inidan mengusiknya serba sedikit,saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemuisaya.Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pastiada hajat yang hendak disampaikan.

“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.

“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya.Agak lambat Arifin menjawa b. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata sayadalam-dalam.
“Entahlah.” katanya perlahan,

” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Dikaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin.
Tambah kawan lama saya itu,dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang diberi oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.

“Sakit apa,doktor pun tak tau,”tambahnya. “Dah pergiberubat kampung?”saya bertanya.”Dah,tapimacam biasalah. bomoh,cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi.Duit banyak habis, Masa terbuang,tapi sakitnya tak jugasembuh,”jelas Arifin.
Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambahbanyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab.Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut.

“ltu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.
Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadijelik. Daritangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisultumbuh merata, kaki hingga ke muka.

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat. Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapiada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yanglembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Sepertidaun getah luruh di musim panas,semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman sepert.i di penuhidarah beku.

“Trap hari,dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu
“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.

Disebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.
“Sekarang ni, keadaan isterisaya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis.Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,”tambah Arifin. “lnsyaAllah.” Balas saya.
Tapisaya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman,kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya . lni kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.”Apa yang dia cakap masa meracau tu?”

“Macam-macam ustaz.tapiada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja.Yalah.orang dah sakit memang macam tu,”kata Arifin.
Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.
“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil mengangkat punggung.
Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampaike rumahnya selepas isyak.

“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.
“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.

Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.
“Za . NiUstaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan .Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol sepertibongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya,saya panggilArifin kesudut bilik.
Dengan suara separuh berbisik,saya bertanya;”Pin, saya nak tanya sikit,tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”.
“Tak adalah,ustaz .Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin.

“Err,.dari mana datangnya bau yang.” soalsaya,tapi tak sanggup
nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk. “Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan.”Keluar lendir bercampur nanah.”

Saya tidak memanj angkan lagitopik itu kerana tidak mahumemalukanArif in dan isterinya. Lagipun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.
Sebelum kami duduk semula disisi Niza,saya memberitahu Arifin, kadangkala ditimpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.
“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.” “Kalau macam tu, baguslah,”kata saya.Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari
al-Quran,saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.

“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.
Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahuiapabila Arifin menghubungisaya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kinikian teruk racaunya.
Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.
Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat llahisupaya menyembuhkan isterinya.Nasihat saya itu dipatuhinamun beberapa hari kemudian Arifinmenalifon lagi. Kali inisuaranya lebih sedih, seperti hendak
menang1s.
“Ustaz “katanya’ ‘
“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu”
“Kenapa?”pantas saya bertanya…
“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”.Arifin menyambung ceritanya;
Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.
Saya tanya “Kenapa?”Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain. “Tambah saya kesal,selepas itu dia meminta ampun pula kerana
telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.”

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya,tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ketahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.
Dia minta saya maafkan.”Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasadirisaya kerdil,takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskankata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.
Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan.Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.
“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata saya.Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.
Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.”

Lagipun,dia sudahterlalu menderita,sampaibadan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.

“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.

“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.
Mungkin dia terkejut.

“Ya. dia pergidengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikanisterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya,j adiadalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggaldengan mudah.

“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Makidia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hatiyang benar-benar ikhlas,” jelas saya.

nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.

“Buat malam nijuga . Lepas itu tunaikan solat,” kata saya.Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggaldunia.Tambah kawan saya itu, Niza pergitanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat lsyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergidia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah,tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun,tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergidalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.

“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu
“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itusehinggalah mayatnya dikebumikan.

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri,jangan pandang hanya pada rupa.