ppim Archive

TERKINI…PPIM Terjah Kopi Pak Belalang…Scammer Rupanya Diorang ni!!! [Video]…

PPIM Kembali lagi, kali ini dengan Skim Kopi Pak Belalang yang telah memperdaya lebih 300 ribu mangsa seluruh Malaysia, di serbu oleh PPIM yang diketuai oleh saudara Yusuf Azmi daripada UTK PPIM.

Skim MLM Kopi Pak Belalang yang diserbu PPIM didakwa menjalankan kutipan wang tidak berlesen dengan menjanjikan pulangan wang berganda kepada para pelabur. Ada yang melabur Rm5000 dan ada paling banyak sehingga Rm 3.8 juta. Ada juga laporan di mana ada pelabur yang disaman balik oleh kopi pak belalang sebanyak 17 juta.

PPIM telah memberi masa 7 hari untuk CEO Kopi Pak Belalang iaitu Dato’ Sri Dr Rozaini Hasan untuk menjelaskan tuduhan oleh mangsa-mangsa syarikat tersebut.

Tonton video Sdr. Yusuf Azmi serang bos Kopi Pak Belalang :

Tonton Video sidang media Sdr. Yusuf Azmi selepas membuat report polis :

[Video]…Yusuf Azmi PPIM : “Dalam FB sekarang ini semua cakap saya bab*, sedangkan saya tak terlibat dengan RM500K”…

KUALA LUMPUR – “Janganlah tohmah saya ini babi ke apa, saya ini hanya manusia biasa,” demikian kata aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi yang kesal digelar dengan gelaran yang tidak sepatutnya oleh netizen gara-gara pemberian peruntukan RM500,000 dari Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini.

Baca berita berkaitan : Zahid Hamidi umum dana RM500,000 kepada PPIM…

“Pengarah Unit Tindakan Khas (UTK) PPIM itu berkata, PPIM mempunyai banyak biro dan wang yang diberikan itu adalah digunakan untuk membantu golongan pengguna.

“Yang dapat itu adalah pusat (PPIM). Kita tidak tahu menahu dan selama ini pun kami bergerak atas inisiatif kami sendiri, sukarelawan kami, kami hanya aktivis,” katanya yang turut menyatakan beliau sendiri tidak berada di majlis yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi.

“Saya menyuarakan masalah rakyat. Saya menyuarakan masalah golongan marhaen seperti saya. Jadi bila saya kritik, tegur adalah benda yang benar dan jelas dan tolong ambil (tindakan).

“Jadi kadang-kadang kita lihat ada cyber-cybertrooper ini yang tiba-tiba menghentam kami dan mengatakan kami nak buat duit. Cuba beritahu kami, selama tujuh tahun saya kendalikan Unit Tindakan Khas PPIM, di mana yang mengatakan kami buat duit?

“Sebenarnya RM500,000 itu sikit. Patut bagi RM100 juta, RM200 juta barulah puas hati. Barulah saya boleh selesaikan semua masalah ahlong pengadu-pengadu saya.

“Jadi benda itu saya tak tahu. Tapi inshaAllah, ini saya pun janji saya tidak akan ambil RM1 pun dari peruntukan itu. Bukan sebab duit itu haram, tidak. Tetapi bukan bahagian saya dan bukan saya yang patut terima. Yang patut terima duit itu mungkin tuan-tuan.

“Saya hari ini masih mampu bergerak walaupun tidak ada duit. InshaAllah. Tetapi kita tidak menafikan bahawa pengumuman itu dilakukan oleh TPM kita, itu kita ucapkan terima kasih.

“Saya ini, kasihan saya tuan-tuan. Di dalam Facebook sekarang ini semua cakap saya babi. Semua ingat saya ambil. Kalau saya nak ambil, dari (awal) join persatuan saya ambil. Boleh checklah, inshaAllah saya tak ambil.

“Tapi sekarang ini saya dah kena babi dan macam-macam. Saya doakan orang yang kata pada saya supaya ingatlah apa yang saya buat untuk rakyat. Janganlah tohmah saya babi dan sebagainya sebab saya ini orang biasa. Saya jadi sedih sebab saya tak ambil.

“Saya nak beritahu dan menjelaskan betul-betul. Kami ini bukan buat untuk tuan-tuan sokong kami. Kami buat untuk Allah dan Islam serta untuk tuan-tuan bersama kami sebab ramai lagi di luar sana yang ditindas dan memerlukan sokongan kita. Suara yang kami nak bawa adalah suara rakyat Malaysia.

Tonton Video :

“Jadi tuan-tuan, demi Allah kami ini susah, betul kami susah tetapi kami bukan orang yang meminta-minta dan saya bukanlah orang yang akan mengadaikan jiwa dan diri saya untuk rasuah. InshaAllah. Sebab saya yakin dengan Allah SWT punya pentadbiran daripada pemerintahan yang ada di Malaysia dan bumi Allah.

“Haih, tengah malam kena babi. Allahuakbar. Saya tak marah, cuma saya kasihan pada dia bila kata-kata dia yang begitu orang share,” katanya.

Sumber : thereporter.my

Akhirnya…Usaha PPIM Berhasil! ‘Datuk Kabi’ Hadapi 27 Tuduhan Tipu RM2 JUTA!!

KLANG – Seorang ahli perniagaan yang menggelar dirinya ‘Datuk Kabi’ sekali lagi dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bagi 27 pertuduhan menipu beberapa individu dalam urusan pemberian diskaun pembayaran bil Tenaga Nasional Bhd (TNB), yang membabitkan kerugian hampir RM2 juta, tahun lepas.

Kamaleshwaran, 38, yang telah beberapa kali dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan sama, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid.

Tertuduh didakwa memperdayakan individu terbabit untuk mempercayai bahawa dia boleh menawarkan pemberian diskaun sebanyak 20 peratus bagi tunggakan bil elektrik daripada TNB sehingga mendorong mereka menyerahkan wang berkenaan kepadanya.

Kamaleshwaran didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di beberapa lokasi di sekitar daerah ini di antara September dan November tahun lepas.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun, sebatan dan boleh juga dikenakan denda.

Di mahkamah sama, isteri Kamaleshwaran, N. Bavani, 31, turut mengaku tidak bersalah terhadap 23 pertuduhan bersubahat dengan suaminya melakukan perbuatan itu sehingga mendorong mangsa mendepositkan wang ke dalam akuan miliknya di tempat dan tarikh yang sama.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun sama.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya tidak menawarkan sebarang jaminan tetapi jika mahkamah mahu membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin, beliau mencadangkan jaminan sebanyak RM25,000 kepada setiap tertuduh bagi setiap pertuduhan.

Peguam P. Visnuvarman, yang mewakili pasangan suami isteri itu, bagaimanapun memohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan yang munasabah atas alasan anak guamnya tidak mampu membayar RM25,000 bagi setiap pertuduhan tersebut.

Hakim Emilia Kaswati kemudian membenarkan Kamaleshwaran dibebaskan dengan jaminan RM270,000 dan Bavani sebanyak RM115,000 serta menetapkan 14 Disember untuk sebutan semula kes.

Mahkamah turut memerintahkan pasangan suami isteri itu menyerahkan pasport mereka kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis terdekat pada Sabtu pertama setiap bulan sehingga kes selesai. – BERNAMA

Zahid Hamidi umum dana RM500,000 kepada PPIM…

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bantuan dana sebanyak RM500,000 kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Ahmad Hamidi menerusi ucapannya di Forum Pengguna Islam Malaysia ke-7 2017, dana tersebut disumbangkan bagi membantu menggerakkan PPIM untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.

“Dengan ini, saya mengumumkan bantuan one-off sebanyak RM500,000 kepada PPIM.

“Saya bukan hanya tahu cakap, kemudian lupa. Janji yang saya buat, saya tepati. Ambil duit minggu depan,” katanya sambil berseloroh.

Menurut Ahmad Zahid lagi, selepas ini, PPIM perlu tampil setiap minggu melaporkan apa jua aktiviti persatuan tersebut kepadanya.

“Janganlah buat baju pula. Sudah dapat dana, perlu jalankan aktiviti dan laporkan kepada saya atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Usul resolusi yang dibawa oleh PPIM harus dilaksanakan. Di luar sana, ramai yang masih harapkan kita,” katanya lagi.

Sumber : Sinar Online

PPIM – “Konspirasi Jahat Bank , Peguam Dan Pemaju Perumahan.”…

KUALA LUMPUR: Beratus ribu pembeli rumah di seluruh negara menjadi mangsa penipuan bank dan pemaju membabitkan kerugian sekitar RM20 bilion dalam tempoh 2004 hingga 2011 dakwa Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Gambar Hiasan

Pemaju perumahan gagal menyiapkan 200,000 unit rumah yang berharga antara RM100,000 dan RM300,000 seunit dari 2004 hingga 2011, kata ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

Datuk Nadzim Johan

Dalam tempoh tujuh tahun itu Bank Negara membenarkan bank-bank tempatan memilih sendiri pemaju untuk membangunkan projek perumahan kos rendah dan sederhana di seluruh negara, tambahnya.

“Kerana karenah bank dan pemaju, rumah yang berharga RM100,000, pembeli terpaksa membayar hingga RM700,000. Pegawai bank khususnya peguam telah berpakat dengan pemaju untuk menganiayai pembeli.

“Ramai pembeli rumah yang tertipu datang mengadu kepsda kita (PPIM). Proses untuk mendapat pembelaan di tribunal perumahan atau melalui proses mahkamah sangat lambat.

“Ini menyebabkan mereka menjadi muflis. Malah bank yang menawarkan perbankan secara Islam juga terbabit dengan penipuan ini.

“Hanya Maybank yang tidak terbabit dengan kes ini,” kata beliau ketika ditemui di pejabatnya.

Nadzim berkata, pihak pemaju perumahan menggunakan pelbagai helah untuk menipu pembeli, seperti membina sebuah rumah contoh dan memasang papan tanda di atas tanah tertentu.

Menurutnya, apa yang berlaku adalah sebaliknya kerana tanah berkenaan bukan milik syarikat itu malah tidak diketahui pemiliknya.

Ia berlaku kerana Bank Negara tidak memantau pihak bank perdagangan yang melantik pemaju untuk melaksanakan projek perumahan.

Bagaimanapun, pada 2011 Bank Negara telah membatalkan kebenaran pemaju tidak berdaftar melaksanakan projek perumahan setelah mendapat aduan orang ramai.

Menurut Nadzim lagi, projek perumahan tergendala kerana bank hanya memberikan sebahagian jumlah pembiayaan kepada pemaju perumahan.

“Sebagai contoh jika rumah berharga RM300,000, bank hanya meluluskan pinjaman RM50,000 … bagaimanakah pemaju mahu menyiapkan projek mereka?

“Akhirnya pemaju cabut lari tetapi mereka sudah kutip wang pendahuluan daripada pembeli, kemudian nama pembeli disenaraihitam oleh bank atas alasan tidak bayar hutang.

“Atau bank bawa kes itu ke mahkamah untuk `mengbangkrapkan’ mereka. Dalam kes seperti ini ada pakatan antara peguam bank dan syarikat pemaju perumahan,” dakwa Nadzim.

Beliau menasihatkan pembeli rumah berhati-hati dengan permainan jahat pihak-pihak berkenaan yang semata-mata mencari keuntungan bertopengkan projek perumahan.

Sumber : antarapos.com