pkr Archive

Azmin Ali : “Anak saudara dipaksa mengaku serah wang kepadanya,”…

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mencabar kepimpinan Umno supaya berhadapan dengan beliau secara anak jantan dan bukannya memberi tekanan kepada ahli keluarga dan suadara mara beliau.

Beliau yang juga Dato’ Menteri Besar itu berkata, helah kotor itu terbukti apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijadikan alat Umno-BN untuk memaksa anak saudaranya membuat pengakuan palsu.

“Semalam anak saudara saya dibebaskan oleh SPRM selepas 10 hari di dalam tahanan dan anak saudara saya beritahu dengan peguamnya, apa yang ditanya dalam tahanan, dia paksa anak saudara saya mengaku bahawa wang yang diterima syarikat itu diserahkan kepada saya.

Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali

“Alhamdullilah, anak saudara saya juga ada prinsip, dia beritahu kepada SPRM jangan kaitkan bapa saudara saya dan dia beritahu SPRM, bapa saudaranya seorang yang berpegang kepada prinsip, dia tidak akan tunduk, dia tidak akan memberi keistimewaan kepada ahli keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Jelajah Peduli Rakyat Dato’ Menteri Besar Selangor Kota Damansara di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Subang, di sini, hari ini.

Jelasnya, bagaimanapun katanya SPRM akhirnya tidak mendapat apa-apa bukti yang boleh mengaitkan beliau.

Katanya, helah kotor itu sama sesekali gagal melemahkan semangat beliau untuk meneruskan perjuangan membela rakyat.

Katanya, namun SPRM akhirnya tidak mendapat sebarang bukti

“Adakah mereka akan berhenti di sini? Tidak, mereka akan serang saya, aibkan saya. Ini sudah menjadi asam garam dalam perjuangan.

“Jangan ingat bila kamu lawan keluarga saya, saya akan takut dan bacul. Saya bukan Pemuda Umno. Saya akan lawan habis-habisan.” katanya.

Sumber : Selangorkini

Anwar atau Mahathir mungkin U-Turn kepada Umno?

MAT Taib atau nama penuhnya Tan Sri Muhammad Bin Muhd Taib telah sah menyertai Umno semula.

Mat Taib & Najib Razak

Penyertaan semula dalam keadaan Umno begitu terdesak mendapatkan tokoh-tokoh, dan kembali menggunakan propaganda kemasukan ke dalam Umno sebagai strategi berdepan penurunan undi rakyat.

Maka gegak gempita sekali alam siber dan seluruh media online melaporkan kononnya Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan pembubaran Parlimen, hingga lawatan kerja Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pun disingkatkan.

Umpama “bullet” besar yang mahu dibidik Umno tatkala mengumumkan kemasukan semula Mat Taib atau Mike Tyson ini ke khemah lapuk Umno.

Rata rata netizen dan penggemar cerita hangat berteka teki, ada juga yang buat fitnah melulu kononnya Najib mahu umum kerjasama dengan PAS untuk merampas Selangor. Nakal dan jahat sekali fitnah di alam siber.

Tuduhan ini dinafi sekeras kerasnya oleh Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir di laman Facebooknya dan kemudian mengecam tindakan mereka yang memfitnah itu.

Sementara beberapa lagi sanggahan juga dibuat atas tuduhan jahat itu.

Muhammad Taib dikenali suatu masa lalu dalam kes membawa jumlah wang yang besar ke luar negara dan kemudiannya “kantoi” .

Penyertaannya dalam PAS tidak pun menberi impak besar apatah lagi selepas itu beliau menyertai PKR bersama orang kuat Anwar Ibrahim iaitu Datuk Kamaruddin Jaffar yang pernah menjadi Pengarah Urusan Harakah dan Setiausaha Agung PAS.

Muhammad Taib juga diketahui agak rapat dengan Anwar Ibrahim, namun tidak serapat hubungan Anwar dengan Najib ketika dalam team Pemuda Umno suatu masa lalu.

Dari kiri, Mat Taib, Muhyiddin Yasin, Anwar Ibrahim, Mahathir Mohamad, Najib Razak, Allahyarham Mohamad Rahmat

Ini menjadi sejarah, dan pastinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tahu hubungan baik Najib Anwar sementelahan Zahid juga berada dalam pasukan yang sama.

Anwar Ibrahim & Zahid Hamidi

Begitu juga beberapa penghubung Anwar dengan Najib iaitu antaranya Datuk Johari Abdul orang kuat BTN suatu masa lalu dan tidak dinafikan Datuk Saifudin Nasution Ismail juga berperanan melalui abangnya yang menjadi orang kanan Najib iaitu Datuk Shahlan Ismail.

Johari Abdul
Saifuddin Nasution

Ingat sahaja pelan rekonsilasi nasional yang disebutkan dibincang antara Najib dan Anwar sebelum Pilihan Raya Umum 13 lalu di dedahkan sendiri oleh bekas bekas saksi kejadian.

Anwar Ibrahim dan Najib Razak minum teh.

Usah lah menuduh PAS mahu ber “UG” dengan Umno tatkala PAS berulang kali menyatakan tidak akan bersama dengan Umno.

Malah apa yang diperhatikan Umno sebenarnya lebih dekat parti Bersatu, PKR dasarnya tidak jauh berbanding Umno.

Tidak mustahil dalam keadaan terdesak mendepani politik Tun Mahathir dalam menjelang PRU 14 ini, Anwar akan dikembalikan ke dalam Umno semula oleh rangkaian yang disebutkan tadi.

Najib Razak, Anwar Ibrahim, Mahathir Mohamad

Apatah lagi ia strategi yang paling ampuh untuk melumpuhkan PKR yang kini berpecah belah angkara beberapa pemimpin tidak sehaluan.

Dan tidak mustahil bagi Najib yang terdesak mempertahankan survival politiknya dengan membebaskan Anwar dari penjara, kemudiannya menjadikan Anwar sekutu rapatnya dalam mendepani PRU 14.

Apatah lagi dalam keadaan Pakatan Harapan sudah punah Harapan bagi Anwar untuk memujuk PAS bersama.

Sedang Anwar tahu hakikat bahawa undi Melayu juga boleh datang dengan jumlah besar dari PAS.

Ataupun Mahathir sendiri akan kembali kepada Umno selepas melihat PH yang dipimpinnya berantakan tidak keruan hala tuju, dengan sikap DAP yang semakin dominan ditambah Bersatu yang kian hilang punca apabila ramai pengasasnya keluar parti seperti Datuk Hamidah Othman.

Hamidah Osman

Ini sifir yang tidak boleh dinafikan kerana dalam politik apa juga boleh terjadi, apatah lagi Najib naik jadi PM ketika kempen Mahathir menjatuhkan Pak Lah berjaya dilaksana.

Hakikatnya PAS tidak berasa kehilangan Anwar ketika ini, apatah lagi kalau Mahathir ‘u turn’ kepada Umno.

Tetapi lebih terasa adalah penyokong Anwar dan Mahathir merasai kehilangan dan kekecewaan jika dua bekas orang kuat Umno kembali melutut ke dalam parti yang telah menjadikan mereka seteru politik.

Sumber – HARAKAHDAILY 20/9/2017
Tulisan : WAN NORDIN WAN YAACOB

Gempar!!! Mat Taib tak mampu tarik ADUN PKR-PAS jatuhkan Azmin

SHAH ALAM: Bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang kini kembali ke pangkuan Umno tidak mampu mempengaruhi ADUN PKR dan PAS seperti yang digembar-gemburkan, dalam menjatuhkan kerajaan yang sedia ada, tegas Exco Selangor Datuk Iskandar Abd Samad.

Malah katanya, tidak ada gunanya menumbangkan kerajaan sedia ada yang kini menjalankan perkhidmatan dengan baik kepada rakyat.

Gambar Google

“Kita pun dengar ada banyak khabar angin. Media menelefon saya kononnya bahawa kerajaan akan jatuh dan sebagainya. Saya tak nampak itu akan berlaku. Buat apa kita nak jatuhkan kerajaan. Kerajaan sekarang berfungsi dengan baik, khidmat dengan baik.

“Jadi tidak masuk akallah bahawa beliau akan menarik ADUN di Selangor, termasuk PAS. Kalau kita menyertai jadi pembangkang buat apa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Dialog Mesra Media di Hotel Carlton Shah Alam, sebentar tadi.

Beliau berkata demikian sekaligus menafikan laporan lapan ADUN PKR bersama 13 ADUN PAS berura-ura keluar daripada parti untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu.

Sebuah portal berita hari ini memetik sumber sebagai mendakwa lapan ADUN PKR semalam sepatutnya keluar parti untuk menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan PKR.

Sebaliknya, hanya Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang keluar PKR untuk menyertai Umno.

Mengulas tindakan Muhammad yang kembali berjuang semula bersama Umno, Iskandar berkata kemungkinan bekas naib presiden Umno itu ‘merajuk’.

“Kita sebenarnya dah lupa banyak dah tentang Tan Sri Muhammad Taib ini. Dia muncul kembali lah. Maknanya kira, saya rasa nama dia dah lama dah. Sejak ada Pakatan Harapan. Dia ada dalam PKR pun tiada jawatan apa pun. Dalam PH pun dia tiada jawatan. Mungkin sebab itu dia ‘merajuk’ pergi balik kepada Umno.

“Saya tak fikir dia akan beri impak apa apa kepada negeri Selangor. Kita berada di era yang berbeza dah sekarang. Sebab itu kita dah ada empat dah menteri besar selepas dia. Benda itu adalah benda yang lama lah,” ujarnya.

Semalam, Pengerusi Umno-Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak menerusi sidang media tergempar mengumumkan Muhammad kembali menyertai Umno kerana kecewa PKR tidak mementingkan agenda perjuangan Melayu mahupun Islam.

Kembalinya Muhammad ke Umno juga dilihat sebagai percaturan penting Umno-BN dalam memperkuatkan kempen sebagai usaha menawan semula Selangor daripada pembangkang yang dipimpin oleh PKR sejak 2008.

Muhammad bersama Umno dan BN sejak 1964, sebelum menyertai PAS pada April 2013 dan melompat ke PKR pada September 2015 dengan harapan supaya sebuah kerajaan alternatif dapat ditubuhkan.

Muhammad yang lebih dikenali sebagai Mat Taib pernah dilantik sebagai menteri kemajuan luar bandar dan wilayah pada 2009 serta menteri besar Selangor dari 1986 hingga 1997.
-na-

Sumber : antarapos.com

Apa Pendirian Pakatan Harapan Tentang Pesta Arak?

KUALA LUMPUR – PAS mencabar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) daripada Pakatan Harapan menyatakan pendirian mereka berhubung penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 (BBF17) di ibu negara pada bulan depan.

Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, PPBM, PKR dan PAN perlu menyatakan pendirian mereka berhubung pesta arak tersebut memandangkan DAP yang juga daripada pakatan pembangkang tersebut secara lantang mempertahankan penganjuran program tersebut.

“Kami mencabar dan menuntut parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) menyatakan pendirian dan sikap mereka berhubung isu ini.

“Berdiam diri bererti bersetuju dan bersekongkol, sekali gus mengesahkan DAP adalah ‘ketua’ sebenar Pakatan Harapan yang tidak berani disanggah sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Fadhli berkata, kelantangan DAP mempertahankan penganjuran pesta arak atas nama hak asasi bukan sahaja satu kebiadaban, bahkan modal kepada provokasi tipikal parti tersebut yang turut meraikan dan menyertai penganjuran program seperti itu.

Menurut beliau, penganjuran BBF17 pada Oktober depan dilihat sengaja cuba mencabar sensitiviti agama negara ini memandangkan acara tahunan sejak tahun 2012 itu diuar-uarkan sebagai “The Biggest Celebration of the Craft Beer Revolution in Malaysia”.

Kata beliau, pesta arak itu bukan sahaja telah dipromosi iklan secara terbuka, malah dihebah menyediakan hidangan 250 jenis arak keluaran 43 syarikat daripada 12 negara dengan sasaran penyertaan seramai 6,000 pengunjung.

“Dianjurkan pula di premis awam iaitu di White Box & The Square in Publika; pusat membeli belah popular di Dutamas, Kuala Lumpur. Menjadikan seolah-olah Malaysia penganjur utama apabila ibu negara bakal menjadi tumpuan program sedemikian.

“Selaku negara yang meletakkan Islam sebagai agama dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, walaupun minum arak hak bukan Islam yang menjadi sebahagian rakyat negara ini, namun menjadikan satu penganjuran pesta ke tahap festival tidak seharusnya berlaku di negara ini,” katanya.

Justeru, kata Pemuda PAS meminta kerajaan membatalkan atau menetapkan kawalan tegas terhadap penganjuran program itu walaupun dibantah oleh mana-mana parti politik. – MYNEWSHUB.CC

‘Pas tidak akan pusing balik pada PKR’ – Mohd Amar

KOTA BHARU – Pas mengulangi pendirian untuk tidak akan menjalinkan apa-apa hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, bagaimanapun pihaknya terbuka untuk mengadakan perbincangan biasa dengan parti itu asalkan ia berkaitan kepentingan agama Islam.

“Tahaluf tiada, dulu sampai sekarang memang itu keputusannya. Tetapi kalau berbincang biasa, tidak menjadi masalah asalkan kepentingan Islam jadi agenda utama,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya, di sini.

Beliau mengulas mengenai tindakan PKR yang mahu ‘berbaik’ semula dengan Pas bagi berdepan PRU14.

Mohd Amar berkata, PKR juga sudah menampakkan perpecahan kepada dua kumpulan yang mana satu mahu bekerjasama dengan Pas, dan satu lagi sebaliknya.

Katanya, bagaimanapun Timbalan Menteri Besar itu tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut bagi menghormati masalah dalaman parti masing-masing.

Dalam perkembangan yang lain, Mohd Amar juga memberi amaran awal kepada Bersatu untuk sedar lebih awal mengenai tindakan DAP yang hanya mahu menjadikan parti-parti Pakatan Harapan sebagai kuda tunggangan parti anti Islam itu.

Sumber : Sinar Harian Online