PAU 2017 Archive

Ke Mana Hilangnya Ustaz Syamsul Debat Dalam PAU2017…Kena ‘Gam’ ke?…

Tanda tanya kehilangan Syamsul Amri Ismail atau ‘Syamsul Debat’ pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) terjawab apabila beliau memilih untuk memberi laluan kepada orang lain sebagai perwakilan tahun ini.

Syamsul Debat yang kini menghadiri program ceramah di Kota Tinggi, Johor memberitahu BH, ketiadaannya bukan disebabkan dihalang daripada hadir tetapi memilih untuk memberi laluan kepada perwakilan lain sebagai jurucakap Negeri Sembilan.

“Ada orang memuat naik status di Facebook kata saya kena banned (digam) daripada menjadi perwakilan.

Ustaz Syamsul Debat

“Itu tak betul sebab saya memang dipilih untuk berucap tahun ini tetapi mengambil keputusan memberi laluan kepada orang lain.

Ust. Syamsul Debat semasa berucap di PAU2016 mewakili UMNO Negeri Sembilan.

“Tidak timbul isu saya dihalang daripada berucap dan secara tidak langsung memberi saya kesempatan mencari material baru dan membaiki cara penyampaian sekiranya diberi peluang berucap pada perhimpunan tahun depan,” katanya.

Berdasarkan pemerhatiannya, Syamsul mendapati perbahasan tahun ini amat menarik kerana pembahas mengutarakan pelbagai isu yang dekat di hati rakyat.

Tahun lalu, gaya bersahaja Syamsul Debat yang mewakili Negeri Sembilan menarik perhatian selepas menegur perwakilan UMNO ketika membahaskan usul agama dan pendidikan hingga menggamatkan Dewan Merdeka.

Tonton Video :

Teguran dan nasihat disulami sindiran halus menggunakan loghat Negeri Sembilan, termasuk meniru gaya percakapan pelakon silam, Allahyarham Nordin Ahmad ketika menyentuh situasi ekonomi negara ketika ini, turut diingati hingga kini.

Malah, rakaman ucapannya pada perhimpunan itu menjadi viral di media sosial dan ditonton lebih satu juta kali di YouTube.

Tahun ini, Negeri Sembilan diwakili Mohd Syukri Shamsudin bagi membahaskan usul Agama dan Pendidikan.

Sumber Berita : BH Online
Sumber Video : Youtube UMNO Online

Isu Baitulmaqdis : “UMNO rancang anjur perhimpunan solidariti,” – Zahid Hamidi…

UMNO akan berunding dengan rakan parti politik serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengadakan perhimpunan solidariti bagi menunjukkan keprihatinan terhadap Palestin susulan pengumuman Amerika Syarikat (AS) mengenai Baitulmaqdis.

UMNO akan berunding dengan rakan parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengadakan perhimpunan solidariti bagi menunjukkan keprihatinan terhadap Palestin berhubung pengumuman AS membabitkan Baitulmaqdis. – foto BERNAMA

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perhimpunan ini diadakan juga bagi menunjukkan penentangan terhadap keputusan AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Kami yakin umat Islam akan bersama-sama rakyat Palestin bagi menghadapi cabaran ini,” katanya pada sidang media selepas ucapan dasar Presiden UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Pandangan beliau turut dikongsi rakan sejawatnya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyatakan Malaysia ‘langsung tidak bersetuju’ dengan tindakan AS

“Kenyataan Presiden Trump (Donald) bukan sahaja kita tak persetujui tetapi kita tentang….noktah!,” katanya.

Selain itu, apabila ditanya sekiranya UMNO akan menyertai himpunan aman kelolaan Pas di Kedutaan AS esok, Datuk Seri Ahmad Zahid berkata, partinya akan menyokong usaha tersebut.

Demonstrasi aman anjuran PAS

“Kami tidak dapat hadir himpunan tersebut kerana menghadiri Perhimpunan Agung UMNO tetapi beberapa ahli UMNO yang tidak terlibat secara langsung dengan perhimpunan ini akan hadir,” katanya lagi.

Sumber : Astro Awani