PAS Archive

Isu Baitulmaqdis : “UMNO rancang anjur perhimpunan solidariti,” – Zahid Hamidi…

UMNO akan berunding dengan rakan parti politik serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengadakan perhimpunan solidariti bagi menunjukkan keprihatinan terhadap Palestin susulan pengumuman Amerika Syarikat (AS) mengenai Baitulmaqdis.

UMNO akan berunding dengan rakan parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengadakan perhimpunan solidariti bagi menunjukkan keprihatinan terhadap Palestin berhubung pengumuman AS membabitkan Baitulmaqdis. – foto BERNAMA

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perhimpunan ini diadakan juga bagi menunjukkan penentangan terhadap keputusan AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Kami yakin umat Islam akan bersama-sama rakyat Palestin bagi menghadapi cabaran ini,” katanya pada sidang media selepas ucapan dasar Presiden UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Pandangan beliau turut dikongsi rakan sejawatnya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyatakan Malaysia ‘langsung tidak bersetuju’ dengan tindakan AS

“Kenyataan Presiden Trump (Donald) bukan sahaja kita tak persetujui tetapi kita tentang….noktah!,” katanya.

Selain itu, apabila ditanya sekiranya UMNO akan menyertai himpunan aman kelolaan Pas di Kedutaan AS esok, Datuk Seri Ahmad Zahid berkata, partinya akan menyokong usaha tersebut.

Demonstrasi aman anjuran PAS

“Kami tidak dapat hadir himpunan tersebut kerana menghadiri Perhimpunan Agung UMNO tetapi beberapa ahli UMNO yang tidak terlibat secara langsung dengan perhimpunan ini akan hadir,” katanya lagi.

Sumber : Astro Awani

Nasrudin Hassan At-Tantawi – “Jangan Jadi Bajet Gali Lubang, Tutup Lubang…

KUALA LUMPUR – Pas menuntut kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mengagih dan menggunakan perbelanjaan negara menerusi Bajet 2018 dengan seimbang dan berhemah.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, walaupun ia bukan sesuatu luar biasa dengan pelbagai insentif dan peruntukan, namun kerajaan diingat agar tidak mengguna helah baharu untuk terus memerah keringat rakyat.

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan At-Tantawi.

“Tanpa agihan dan peruntukan, bagaimanalah sebuah kerajaan itu mahu membangun-makmurkan negara. Cuma malang jika bajet itu hanya bersifat gali lubang di sana dan tutup lubang di sini.”

“Beri di sini, minta di sana. Bagi hari ini, kutip hari esok. Akhirnya Pi Mai Pi Mai Tang Tu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nasrudin berkata, walaupun Bajet 2018 bukan untuk mendepani pilihan raya umum akan datang, namun Kerajaan Barisan Nasional perlu melunaskan jumlah angka yang diumumkan itu sampai kepada golongan sasaran.

“Saban tahun Ketua Audit Negara melaporkan pelbagai bentuk rupa ketirisan, kerugian, pembaziran, perbelanjaan yang tidak bijak dan sebagainya.”

“Belum lagi kita menghitung laporan dari SPRM. Ada sahaja kes penyalahgunaan dana, rasuah dan sebagainya melibatkan pemimpin negara, pegawai kerajaan dan pihak berkepentingan,” katanya.

Nasrudin turut berkata, Pas tidak mahu Bajet 2018 menjadi belanjawan ‘indah khabar dari rupa’ apabila penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana awam terus berleluasa sebagaimana tangkapan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.

“Situasi ini belum ada sudahnya malah semakin menjadi-jadi. Negara kita masih cedera parah dan belum sembuh sehingga ke saat ini. Akhirnya, bajet yang dibentang hanya indah di hari pembentangan.”

“Gegak di sebalik sorak-sorai aneka slogan. Senyum lebar rakyat setelah mendengar pelbagai angka yang bakal dinikmati hanya bertahan seketika, kemudian kembali bermuram durja bagai menanti bulan jatuh ke riba,” katanya.

Katanya lagi, Pas memberi jaminan akan mengambil bahagian secara aktif dan konstruktif dalam perbahasan Bajet 2018 sepanjang sidang Parlimen kali ini.

“Sikap kita mudah, yang baik untuk negara dan rakyat kita sokong. Sementara yang tidak memulangkan manfaat kepada negara dan rakyat, kita bantah, kritik dan tegur kerajaan melalui perbahasan di Parlimen kelak,” katanya.

Sumber – MalaysiaGazette

PAS : Bajet 2018 Terus Perbodohkan Rakyat…

BANGI, 7 Safar 1439H, Jumaat – Sekali lagi tahun ini, rakyat diperbodohkan dengan Bajet 2018 yang hanya untuk memancing undi, kata Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.

Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.

Meluahkan rasa kecewanya, beliau berkata, bajet 2018 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak petang tadi adalah ‘gula-gula pilihan raya’ yang menjadi tradisi kerajaan, memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan diadakan tidak lama lagi.

Sepatutnya, bajet tahun depan lebih mengutamakan rakyat, dari aspek cara meningkatkan sumber pendapatan rakyat.

“Misalnya dengan meningkatkan prasarana penambahan peluang pekerjaan dan memberi peluang pekerjaan kepada penganggur.

“Tambahan pula, dengan kegawatan ekonomi sekarang, ia menyebabkan rakyat susah nak cari kerja sehingga terpaksa menanggung kos kehidupan seharian.

“Bahkan, dari sudut keselesaan rakyat sendiri pun memang amat rendah kerana masih ada lagi GST, kos hidup yang tinggi, belanjawan rumah, pinjaman, PTPTN, bayaran kesihatan dan lain-lain,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.

GST

Antara sogokan saban tahun untuk rakyat katanya, adalah Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilaksanakan sejak Bajet 2013.

BR1M 2018

“Memberi duit secara tunai kepada rakyat adalah satu tindakan yang hanya memperbodohkan rakyat. Kalau beri kepada warga emas, saya boleh terima tetapi saya tidak setuju jika diberikan kepada belia atau orang muda.

“Inflasi ini perlu dikikis dengan mengikut cara negara luar bagaimana mereka mentadbir kerajaan tanpa sogokan duit. Rakyat perlu bijak menilai perkara yang biasa atau luar biasa yang dilakukan oleh kerajaan agar tidak terpengaruh,” katanya.

Bajet 2018 juga adalah yang terakhir sebelum tempoh Kerajaan Persekutuan pimpinan Najib sekarang ini akan berakhir Jun tahun depan, bagi membolehkan PRU14 diadakan.

Sumber : ismaweb.net
Oleh : Siti Fatimah Ishak

Ambil alih Wisma Tok Guru bukan kerana dendam: Pas

KOTA BHARU – Pas menafikan tindakan mengambil alih Wisma Tok Guru di Pendek di sini dibuat kerana dendam.

Baca : Husam dakwa wujud konspirasi isu Wisma Tok Guru

Sebaliknya, Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, usaha itu dibuat kerana sejak sekian lama tanah tersebut adalah milik Pas termasuk usaha ahlinya membina bangunan tersebut.

Beliau dalam masa yang sama mahu Datuk Husam Musa membuktikkan sekiranya bangunan itu dibina menggunakan wang peribadinya.

“Kita mahu Husam memperincikan dari mana wang untuk membina bangunan itu, kita yakin ia dibayar orang Pas.

“Kita kenal beliau (Husam) kerana semasa di universiti dia hanya ada motosikal sahaja” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya dakwaan Husam mengatakan tindakan Pas membeli bangunan Wisma Tok Guru kerana unsur dendam dan konspirasi.

Mengulas dakwaan mengatakan tanah yang dibeli itu adalah tanah pusaka, Che Abdullah yang juga exco Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau Kelantan menafikan perkara itu kerana pemiliknya adalah, Harifah Dolah isteri kepada bekas pemimpin Allahyarham Datuk Ahmad Rosli Ibrahim.

“Mungkin istrerinya tahu cerita sebenar, bagunan itu milik Pas, oleh sebab itu beliau tidak ada masalah untul menjualnya.

“Surat amanah dikeluarkan (allahyarham) mengatakan Husam berhak ke atas tanah itu juga sudah tidak sah, mengikut undang-undang penama dalam geran sahaja yang berhak bertindak,” katanya.

Ditanya adakah Kerajaan Kelantan akan mengambil tindakan tegas sekiranya Husam berdegil keluar dari bagunan tersebut, Che Abdullah berkata, Pas akan membiarkan rakyat yang menilai tindakan pemimpin itu.

Beliau berkata, tindakan ‘keras kepala’ itu hanya menyebabkan rakyat akan lebih mengenali perangai pemimpin tersebut.

“Sekiranya dibawa ke mahkamah sekalipun , kita yakin keputusan berpihak kepada Pas kerana jelas dan bukti bangunan itu milik Pas,” katanya.

Sumber : Sinar Online

[Video]…Husam dakwa wujud konspirasi isu Wisma Tok Guru

KOTA BHARU – Pergolakan antara Datuk Husam Musa dan Kerajaan Kelantan berhubung bangunan Wisma Tok Guru di Jalan Pendek Salor di sini mencapai episod baru apabila, Adun Salor itu dikatakan bakal menerima notis pengosongan bangunan.

Gambar Carian Google

Kes itu kembali hangat diperkatakan apabila bangunan tersebut dikatakan telah dijual oleh isteri kepada pemilik bangunan itu, Allahyarham Datuk Ahmad Rosli Ibrahim kepada seorang ahli Pas.

Justeru, Husam menyifatkan usaha pihak tertentu mengambil alih dan mendesak beliau mengosongkan bangunan itu sebagai dendam dan mempunyai unsur konspirasi.

Walaupun mengesahkan belum menerima notis pengosongan sebagaimana yang digembar-gemburkan, Adun Salor itu menegaskan tidak akan meninggalkan bangunan itu termasuk bersedia membawa kes ke mahkamah.

Beliau mendakwa, pemilik asal tanah berkenaan, Ahmad Rosli telah mengeluarkan surat pada Ogos 2016 yang membenarkan beliau menggunakan bangunan dan tanah itu selamanya.

“Saya akan failkan kepada mahkamah, tanah itu adalah tanah bersama milik saya dan datin (isteri arwah). Jadi sebelum dia halau, kita bincang dulu, selagi itu Amanah akan gunakan kawasan itu.

Tonton Video Arwah Datuk Rosli Ibrahim :

“Saya akan pesan pada anak-anak buah, guna bangunan itu selagi boleh, kecuali mahkamah yang perintah. Kalau tanya saya, notis itu, secara rasminya saya tidak terima lagi,” katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai status pemilikan bangunan Wisma Tok Guru di Salor itu selepas Amanah dikatakan menerima notis supaya mengosongkan bangunan tersebut.

Sebelum ini, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Nasuruddin Daud menegaskan bangunan itu hak milik Pas selepas Adun Salor itu keluar parti itu pada Ogos 2016.

Tonton Video : Penjelasan Dato Husam Musa

Sumber : Sinar Online & Youtube