nikah Archive

“Spekulasi Tamat, Fattah Amin & Fazura Sah Bernikah”!!! – Tahniah #Fattzura

Pasangan pelakon popular Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, sah bergelar suami isteri kira-kira jam 9.50 malam tadi.

Kedua-dua mereka telah melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di Kuala Lumpur.

Menerusi kenyataan media yang dihantar pihak pengurusan Fazura, Universal Music, majlis tersebut hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan rakan-rakan pasangan terbabit.

Fazura sah bergelar isteri kepada Fattah dengan sekali lafaz.

“Bismilahirrahmanirrahim
Dengan sukacitanya, kami dari pihak pengurusan Universal Music, ingin berkongsi berita gembira bahawa pelakon / penyanyi / usahawan wanita, Nur Fazura, telah sah bergelar isteri kepada pelakon lelaki popular, Fattah Amin, dengan sekali lafaz.
Pasangan itu disatukan kira-kira pukul 9.50 malam (27 November) dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan pasangan tersebut.”

Terdahulu, pada 23 November lalu pelakon utama telefilem Wanita Terindah itu mengumumkan mereka sudah pun bertunang pada 13 November lalu di kediaman keluarga Fazura.

Foto: Instagram

Video Datuk Jalaluddin Hassan dan Isteri Diijabkabulkan…Tahniah Datuk dan Pasangan…

Tahniah kami ucapkan kepada Datuk Jalaluddin Hassan dan juga pilihan hatinya Rapidah Abdul Ghani yang telah selamat diijabkabul pada hari ini, Ahad di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.

Rapidah Abdul Ghani

Sebelum ini, perkhabaran tentang hantaran kerusi urut daripada Jalaluddin kepada bakal isterinya itu turut mendapat perhatian warga laman sosial. Bagi pelakon ini, dia mepunyai sebab tersendiri menjadikan kerusi urut sebagai hantaran.

“Pihak saya akan memberikan lima dulang hantaran termasuk kerusi urut berkenaan, manakala pihak perempuan akan membalas dengan tujuh dulang hantaran”

“Dia memang memerlukan kerusi urut itu kerana banyak membuat kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerusi urut, senang untuk dia beristirehat,” katanya kepada mStar Online sebelum ini.

Selain itu, pernikahan pada kali ini juga diadakan secara sederhana sahaja. Untuk pengetahuan anda, Jalaluddin dan juga isterinya, Rapidah yang kini berusia 44 tahun dan juga seorang ibu tunggal mula berkenalan melalui Facebook.

Jalaluddin sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Datin Hashimah Mad Ehsan selama 40 tahun sebelum arwah meninggal dunia pada 5 November 2016 akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah kencing manis dan paru-paru berair.

Tonton Video :

Sumber : rotikaya

Tunang Hilangkan Diri Ketika Hari Pernikahan, Bermacam Alasan Diberikan…Lepas 3 Bulan Aku Dapat Kejutan!!!

Tunang Hilangkan Diri Ketika Hari Pernikahan, Bermacam Alasan Diberikan. Lepas 3 Bulan Aku Dapat Kejutan!

Untuk para pembaca, saya harap kisah saya dijadikan iktibar untuk semua, jangan risau karangan saya tak akan buat anda semua pening bila membacanya.

Tunang Hilangkan Diri Ketika Hari Pernikahan, Bermacam Alasan Diberikan. Lepas 3 Bulan Aku Dapat Kejutan!

Majlis perkahwinan lagi berbaki 1 minggu saja lagi, Kad jemputan sudah diedarkan, mak andam, katering pelamin baju semua sudah ditempah dan dibayar, family yang lain sudah ada yang bermalam di rumah saya untuk majlis yang dinantikan oleh keluarga saya, malam berinai, yang cukup membuatkan jiwa saya jadi kacau air mata berlinang tak henti sebab rombongan pengantin lelaki yang sepatutnya datang ke kampung saya tapi masih belum muncul.

Ya Allah lagi beberapa jam majlis akad nikah, inai di jari kaki dan tangan sudah pun merah, pelamin nikah indah siap diruang tamu rumah dengan lampu malap nampak romantik, keluarga sibuk bergotong royong didapur untuk majlis akad nikah esok hari.

Hati sudah menjadi tak tentu arah, saya hubungi tunang tapi malangnya hp off, pakcik dan makcik tunang saya langsung tak nak jawab panggilan saya, dalam hati saya dah yakin dia tidak akan datang ke majlis saya.

Majlis akad nikah akan diadakan selepas waktu zohor, yaa betul sangkaan saya, mereka tidak datang, Ya Allah swt,menangis sedih ketika itu bukan disebabkan saya tidak jadi kahwin tetapi sedih melihat mak bapak ahli keluarga dan adik beradik saya yang sepatutnya gembira tetapi bertukar sedih hampa kecewa dan malu.

Tanpa berpikir panjang seawal pukul 7 pagi saya kumpulkan ahli keluarga terdekat saya gagahkan diri beritahu mereka yang si lelaki tidak akan datang, mak dan ayah saya cepat batalkan majlis sanding yang sepatutnya di buat didewan yang telah di tempah, termasuk pelamin, katering, mak andam dan juga photographer, dalam masa yang sama saya sangat tidak tahu menahu apa sebab dia tak nak hadirkan diri walhal perbelanjaan kahwin semua dia yang berikan, ketika bertunang family dia datang membawa duit belanja kahwin dan juga hantaran bertunang.

Saya bersyukur walaupun dalam keadaan begini family masih rasional dan mereka beranggapan si lelaki sudah beristeri sebab tu tidak munculkan diri, majlis ditukar dengan kenduri kesyukuran. ahli keluarga semua bersimpati pada saya, tidak kurang juga ada yang menghina dan mencemuh saya seolah2 saya yang bersalah.

Saya masih waras, saya masih sayangkan keluarga saya, tidak terpikir untuk membunuh diri atau melarikan diri kerana saya sangat yakin pasti ada hikmah dsebalik semua ini.

Selang seminggu si lelaki menghubungi saya, bermacam alasan yang dia beri, family saya yakin pasti ada perkara yang dia sorokkan, dengan cara baik family putuskn tali pertunangan dengan tunang saya melalui panggilan telefon dengan cara yang baik, ramai juga yang menyuruh ayah saya untuk failkan saman, tapi ayah dan mak enggan dan mereka yakin pasti ada balasan yang lagi setimpal yang akan dia perolehi selepas ini.

3 bulan selepas kejadian tersebut saya terima panggilan dari seorang perempuan, memaki, menghina dan mencaci saya dengan kata kesat, saya pelik hairan bin tekejut, kenapa saya kena maki hamun tiba, saya dengan tenang membaca semua caci maki perempuan tersebut, rupanya dia isteri kedua kepada bekas tunang saya, dia tuduh saya perampas suami dia, dalam keadaan tu, saya nak gelak dan nangis pun ada, bukan apa dia tuduh saya perampas padahal saya tak jadi kahwin pun dan saya tidak tahu menahu pun yang dia sudah beristeri dua dan mempunyai anak seorang berusia 1 bulan .

Saya mangsa penipuan, oleh lelaki penipu yang bersumpah bahawa dia bujang, kalau perempuan lain maybe boleh jadi gila sebab tak jadi kahwin. Selepas isteri dia dah puas maki hamun saya, saya send semua bukti gambar pertunangan, majlis rewang, pelamin nikah inai dan persiapan kahwin yang lain terutama sekali kad jemputan kahwin.

Tak cukup dari tu semua bukti resit pembayaran/perbelanjaan persiapan kahwin saya send dengan isteri dia, tekejut tak terkata si isteri, saya jelaskan dengan nada yang lembut tanpa berkasar walau sedikit pun saya faham perasaan dia sebagai perempuan, saya slowtalk dengan dia agar dia tidak salah faham dengan situasi saya, alhamdulillah dia terima dengan baik, dan dia sedia bermadu dengan saya katanya dia yakin saya perempuan yang baik untuk suami dia tapi Oh Tak Mungkin cukup dengan apa yang bekas tunang buat pada saya dengan keluarga saya, cukup memalukan saya.

Dipendekkan cerita, kawan saya telah send keratan akhbar pada whatsapps saya, tekejut juga bila saya terbaca akhbar tu, si lelaki telah ditangkap polis kerana menipu tak perlu la saya aibkan apa penipuan yang telah dia buat sehingga dimuat naik dalam surat khabar tak kurang juga diviralkan di facebook, keluarga saya menadah tangan tanda syukur pada Allah swt akhirnya dia terima balasan atas apa yang telah dia lakukan selama ini, dalam kegembiraan tersebut mak n adik saya menangis melihat wajahnya yang terpampang di surat khabar, walaupun masih marah tapi….

Joy Revfa Kata Pernikahan “SAH” Dan Pernah “BERSAMA”, Hafiz Hamidun Tampil Beri Kenyataan Balas

Nampaknya kes antara Joy Revfa dan juga Hafiz Hamidun kembali hangat.

Hari ini Joy Revfa atau nama penuhnya Siti Arifah Amin ada menulis status yang panjang lebar di laman FB miliknya bahawa dia dan bekas suami, Datuk Ray Imran telah disahkan bercerai.

Kata2 sokongan dr Ustaz Mohd Sujak dari JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) yg meluluskan pernikahan pd 1 Mei 2017 lalu. Ustaz ini juga terheret sama & dipersalahkan oleh individu tersebut dlm isu ini.. Kesian pihak Ustaz JAIS yg dicabar & dipersalahkan sdgkan ustaz ni lah yg permudahkan urusan pernikahan & meluluskan kami menikah hari tu. Allahuakbar, mereka dh jalankan tugas dgn sebaiknya namun tetap dipersalahkan juga atas kepentingan diri individu itu. Sungguh, Allah swt dengar doa-doa kami yg tidak bsalah & teraniaya ni.. . . Subhanallah.. Allahuakbar.. Saya rasa seperti kuasa ajaib Allah swt benar2 membantu saya dlm isu pernikahan saya. Tadi, hari ini bertarikh (10.10.17) Tuan Hakim Mahkamah Syariah Shah Alam telah mengesahkan bahawa cerai saya bersama bekas suami (Ray) telah jatuh 2 tahun yg lalu.. bermakna saya & bekas suami sudah sah cerai 2 tahun yg lalu. Nikah saya dgn “suami” skrg adalah SAH dlm agama islam di Malaysia. Tidak seperti apa yg individu bernama “suami” itu memutar cerita dgn fakta2 yg seolah2 memusuhi & meyalahkan saya. Sedangkan sebelum nikah lg individu tersebut tahu yg saya belum daftar lg cerai dgn bekas suami di Malaysia malah dia sendiri ingin mempercepatkan nikah pd 1 mei yg lalu. Sebagai seorang suami sepatutnya kena mempertahankan wanita sebagai seorang isteri setelah tahu nikah/cerai sebelum ini tidak didaftarkan di Malaysia , bawa berbincang dan bukannya menjauhkan diri & tidak sepatutnya memberitahu isu rahsia ini & menfitnah isteri pd media namun semua nya telah tersebar melalui blog & media atas kepentingan diri.

A post shared by Founder of MERVE Cosmetics (@joyrevfa) on

Joy Revfa juga mengatakan setelah pengesahan penceraian berlaku, sekaligus pernikahannya dengan Hafiz Hamidun adalah sah disisi agama:

KENYATAAN JOY REVFA

Ini komen Joy Revfa:

“Tadi, hari ini bertarikh (10.10.17) Tuan Hakim Mahkamah Syariah Shah Alam telah mengesahkan bahawa cerai saya bersama bekas suami bermakna saya & bekas suami sudah sah cerai 2 tahun yg lalu.

Nikah Saya Dan ‘Suami’ Adalah Sah.

“Nikah saya dengan “suami” sekarang adalah SAH di Malaysia. Tidak seperti apa yang individu bernama “suami” itu memutar cerita dengan fakta fakta yang seolah memusuhi & menyalahkan saya.

Mengatakan saya penipu & anak saya haram

“Sebagai seorang suami sepatutnya kena mempertahankan wanita sebagai seorang isteri setelah tahu nikah/cerai sebelum ini tidak didaftarkan di Malaysia, bawa berbincang dan bukannya menjauhkan diri & tidak sepatutnya memberitahu isu rahsia ini & menfitnah isteri pd media namun semua nya telah tersebar melalui blog & media atas kepentingan diri.

Kebenaran di pihak saya

“Since dia menceritakan “isu dalam kain” pada media yang dia tak pernah ‘menyentuh” bersama saya, saya berani menyatakan di sini itu adalah bohong & tidak benar sama sekali, kerana kami telah melakukan itu namun ada sesuatu yg saya tak daapt ceritakan demi menjaga aib dia.

Dari kenyataan itu, Joy revfa mendakwa telah dianiaya oleh Hafiz Hamidun.

Joy Revfa juga mendedahkan bahawa mereka telah ‘bersama’. Malah, Joy Revfa begitu bersungguh-sungguh bersumpah bahawa mereka sememangnya pernah ‘bersama’.

Kemudiannya, Joy Revfa dengan sekeras-kerasnya tidak mahu lagi menjadi isteri Hafiz Hamidun kerana Hafiz tidak layak menjadi imamnya dan bapa kepada anaknya.

RESPON BALAS HAFIZ HAMIDUN

Ramai yang tertunggu-tunggu apa respon dari Hafiz Hamidun. Sebentar tadi, penyanyi nasyid ini telah menafikan kenyataan Joy bahawa mereka telah ‘bersama’.

Hafiz Hamiudn juga telah mempersoalkan kenapa Joy Revfa membuat kenyataan bahawa pernikahan mereka berdua pada 1 Mei lepas sah.

Ini komen Hafiz Hamidun:

“No, saya nafikan. Tak pernah bersama pun. Sah bercerai hari ni, kenapa dia nak cakap kahwin dia dengan saya sah?

“Sabar dulu, kes mahkamah between saya and Arifah ni tak selesai pun lagi, tak perlu nak speculate apa2. Assalamualaikum.

Itulah respon balas ringkas dari Hafiz Hamidun tentang isu ini. Kita tunggu perkembangan kes ini nanti.

Sedihnya..Majlis Nikah Diadakan Di Hospital Kerana Ayahanda Sakit Tenat Dan Sejurus Majlis Selesai Ayahanda Pergi Buat Selamanya…..10 Keping Gambar Menceritakannya..

Perkongsian Facebook…

Sedihnya…

Harini merupakan sejarah bagi aku selama 7 tahun dalam industri photography.
last minute dapat inquiry untuk cover majlis nikah di Hospital Selayang. Majlis yang dipercepatkan atas sebab bapa kepada pengantin lelaki sedang sakit tenat.

All the way event aku tak dapat tahan air mata. Sebak gila.

Selepas sahaja majlis selesai, dapat panggilan kecemasan daripada Doktor untuk segera ke bilik disebabkan bapa kepada pengantin lelaki tersebut, sedang nazak. a few minutes after that, bapa beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

a bitter sweet memory for both of the couple.

Al-Fatihah..
Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un

Gambar :

Sumber Gambar Facebook.

Cc : Ayul Rahman, Dreamy Weds Company