mona syamimi Archive

“Saya Tak Nak Shahir, Dah Ada Pemain Bola.” – Mona Syamimi

BELUM pun reda isu mengaitkan penyanyi Shahir Zawawi dengan seorang pramugari iaitu Mona Syamimi Mohd Samsudin, timbul pula desas-desus mengenai status wanita itu yang didakwa seorang ibu tunggal.

Mona, 27, ketika dihubungi mengakui dakwaan bahawa dia pernah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata hasil daripada perkahwinan terdahulu.

“Ya benar saya berstatus ibu tunggal dan mempunyai dua anak.

“Saya pernah berkahwin pada tahun 2009 tapi hubungan itu tidak berpanjangan,” ujarnya kepada mStar Online, Jumaat.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dakwaan netizen bahawa dia sorang ibu tunggal dan kini sedang berkawan dengan seorang pemain bola sepak Terengganu.

Mona sudah tidak mahu Shahir.

Mona berkata, kenyataan yang diberikan kepada media bukan untuk menjatuhkan maruah mana-mana pihak sebaliknya mahu membersihkan nama dan maruahnya.

“Saya buat kenyataan itu adalah untuk mempertahankan diri saya. Saya juga akui perkara itu sedikit sebanyak menjejaskan hubungan saya dengan kekasih baharu iaitu Mohd Ridzuan.

“Saya sudah tidak mahu dengan Shahir dan kini berkawan dengan seorang pemain bola Terengganu. Mujur dia tahu tentang hubungan dengan Shahir dan memahami keadaan tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang dakwaan penyanyi Ewal yang dia pernah didekati oleh Mona, jelasnya, dia tidak mempunyai hasrat untuk menggoda penyanyi itu.

Katanya, dia mengenal Ewal dan Syamel sebelum mereka menyertai AF Megastar dan pernah keluar beramai-ramai.

“Saya kenal ramai artis bukan Shahir, Ewal dan Syamel sahaja. Tapi hubungan itu hanya kawan sahaja.

“Saya tidak pernah pun cuba mengurat Ewal kerana dia bukan taste saya,” ujarnya.

Tambah Mona dia turut berkawan baik dengan penyanyi Shiha Zikir dan El iaitu penyampai radio Hot Fm.

sumber : Mstar

“SAYA KENAL MONA SYAMIMI” – SYAMEL AF PULA BUAT KENYATAAN MENGEJUTKAN NETIZEN

Selepas Ewal membuat kenyataan, kini seorang lagi peserta Akademi Fantasia Megastar iaitu Syamel turut terpalit sama.

Nama Syamel muncul dalam perbualan membabitkan Shahir AF dan Mona Syamimi seperti yang didedahkan wanita itu menerusi temu bual secara live bersama Harian Metro semalam.

Syamel yang merupakan finalis AF Megastar, memang akui mengenali Mona Syamimi Mohd Samsudin atau lebih mesra dipanggil Mimi.

Mona Syamimi kini sedang hangat diperkatakan kerana didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Shahir.

Apabila nama Syamel ada dilihat dalam whatsapp antara Shahir dan Mona Syamimi, ramai bertanya kepada penyanyi ini apa kaitannya dengan Mimi.

Ini penjelasan Syamel :

“Ya, saya kenal Mimi dan kami pernah lepak. Bukannya berdua tetapi dengan kawan lain. Apa yang saya tahu, Mimi memang ramai kenalan.

“Cuma saya tak faham kenapa nama saya ada dalam perbualan mereka. Kalau boleh saya tak nak masuk campur dan jangan babitkan saya,”

Semalam, Mona Syamimi ada mendedahkan mesej whatsapp yang dihantar Shahir kepadanya. Dikatakan Shahir ada memberi whatsapp seperti perkataan ‘rindu’ kepada Mona Syamim.

Selain itu, antara mesej whatsapp lain yang dihantar oleh Shahir kepada Mimi adalah dia akui kurang selesa apabila Mona Syamimi bercerita tentang lelaki lain di hadapannya.

Ketika inilah nama Syamel turut terjebak.

Ini pendedahan whatsapp Shahir AF kepada Mona Syamimi :

“Pertama kali kita keluar, saya rasa seperti kawan sahaja. Awak bercerita pasal Syamel saya okay. Tapi tak tahu kenapa semalam saya rasa tak selesa sikit bila awak sebut pasal lelaki lain,”

Mona Syamimi meluahkan rasa kesal apabila Shahir mendakwa dia hanyalah peminat atau penyokong dalam AF Megastar walhal bagi Mona Syamimi, mereka kerap keluar bersama berdua menonton wayang dan juga pergi dinner bersama.

Mona Syamimi mahu Shahir meminta maaf kepadanya kerana mengeluarkan kenyataan itu.

Sementara itu, isu ini bertambah hangat apabila Ewal AF mendedahkan dihampir dijerat Mona Syamimi yang didakwanya sebagai mahukan perhatian.

Ewal menjelaskan Mona Syamimi ada cuba membuat perkara sama yang terjadi kepada Shahir kepada beberapa artis yang lain.

Orang Kampung Dedahkan Yang Shahir Sebenarnya Sudah Dengan Mona..

Nama Syahir Zawawi, 29, kembali meniti bibir peminat hiburan tempatan apabila juara Akademi Fantasia (AF) kelapan itu menyertai AF Megastar 2017.

Sedang menjalankan persiapan ke finale pertandingan itu, nama Shahir yang sebelum ini digembar-gemburkan sedang bercinta dengan pelakon popular Erra Fazira kini disebut sebagai kekasih kepada seorang pramugari Firefly, Mona Syamimi Samsudin.

Gambar-gambar Mona dan Shahir beserta status yang dtulis Mona dihantar kepada BeautifulNara oleh seseorang yang mendakwa Mona ialah teman wanita baru Shahir.

Mona beberapa kali memuat naik gambar Shahir dengannya bersama kapsyen yang membayangkan seolah-olah mereka mempunyai hubungan istimewa.

Shahir bagaimanapun menafikan bahawa mereka ialah pasangan kekasih, sebaliknya memberitahu baru sebulan berkenalan dengan wanita itu yang dilayan sama seperti peminat yang lain.

Malahan, Shahir tidak tahu menahu mengapa wanita itu memuat naik gambar mereka seolah-olah mereka sedang bercinta dan mendakwa ia juga bukan kali pertama perkara seperti itu berlaku.

Ia pernah berlaku membabitkan peminat lain, cuma tidak kecoh.
Pada masa ini penulis menyedari bahawa seorang Netizen mendakwa Mona dan Shahir mempunyai hubungan istimewa di beberapa laman Facebook organisasi media.

Selepas itu melalui mStar Online Mona Syamimi mendakwa dia dan Shahir beberapa kali keluar berdua dan dia bukanlah sekadar peminat seperti yang diperkatakan.

Dia meminta pemberita bertanya kepada Shahir tentang status sebenar hubungan mereka dan dia juga dilihat seolah-olah memberi amaran:

Jangan sampai ada bukti lain pula keluar cukuplah.
Dalam perkembangan terbaru, BH Online melaporkan Shahir berkata Mona mengakui terdapat salah faham mengenai kenyataan yang diberikannya dan Mona akan membuat kenyataan baru.

Nampak ada percanggahan kenyataan antara saya dengan Mona. Saya diberitahu, wujud salah faham terhadap kenyataan yang diberikannya.
Mona berjanji akan memberikan kenyataan baharu, sekali gus membersihkan nama saya. Saya kini hanya menunggu dan lihat.
Shahir juga memberitahu akan mengahwini Erra selewatnya awal tahun depan:

Selama lebih tiga tahun menjalinkan hubungan istimewa dengan Erra, saya berani katakan, hanya dia yang bertakhta di hati. Tiada wanita lain selain dirinya.

Saya juga berhasrat ingin memperisterikannya, awal tahun depan. Kenyataan ini juga dikeluarkan bukan bermaksud saya cuba mengalih kontroversi yang melanda sekarang.
Saya perlu memberikan justifikasi kepada perhubungan kami. Harapan saya, tiada orang lain yang akan mengganggu-gugat hubungan kami.
Setakat ini, Mona masih belum memberi kenyataan yang diperkatakan. Tinjauan penulis mendapati akaun Facebook Mona kini diletakkan dalam mod peribadi dan dia juga tidak membuat sebarang status menerangkan kedudukan sebenar di akaun Instagram miliknya.

Ewal AF Megastar Dedah Perangai Sebenar Mona Syamimi

Minggu ini nama Mona Syamimi hangat diperkatakan. Manakan tidak, beliau adalah antara punca Shahir terpalit kontroversi hubungan sulit yang dijalinkan diantara mereka.

Ramai Yang Menjadi Mangsa Mimi – Ewal

Terkini, menerusi sumber Utusan Online, salah seorang peserta AF Megastar Ewal tampil memberi kenyataan bahawa Mona Syamimi atau lebih dikenali sebagai Mimi juga cuba memerangkap beliau sebelum ini.

Namun Ewal yang menyifatkan Mimi sebagai seorang yang gemar mencari perhatian berjaya megelakkan diri dari pramugari itu.Tambah Ewal, bukan dirinya dan Shahir yang telah menjadi mangsa, malah ramai lagi penyanyi dari program realiti yang lain cuba dihampiri Mimi.

Suka Mengaku Peminat Tegar

Menurut Ewal juga modus operandi yang digunakan oleh Mimi juga sama, dengan mengakui dirinya sebagai peminat tegar.

“Dia memulakan langkah dengan meninggalkan komen di laman sosial sebelum berani menghantar ‘direct message’ (DM) untuk menghampiri mangsanya,”

Terdahulu, Shahir membuat keputusan untuk menarik diri dari pentas akhir AF Megastar setelah pelbagai kecaman hebat diterima oleh beliau gara – gara Mimi membuat pengakuan mengenai hubungan mereka dan menuntut Shahir memohon maaf.

Sumber : Hangat.com

Kezzutan : Shahir mahu tarik diri daripada final AF Megastar

KUALA LUMPUR: Shahir Zawawi, meluahkan hasrat untuk menarik diri daripada pertandingan akhir AF Megastar, Ahad ini.

Beliau berkongsi perkara berkenaan menerusi muat naik terbarunya di laman sosial Instagram, sebentar tadi.

Penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia musim kelapan itu berbuat demikian ketika beliau dilihat semakin terjerut dalam kontroversi membabitkan hubungannya dengan wanita dikenali sebagai Mona Syamimi Mohd Samsudin.

Menerusi muat naik itu juga, Shahir melihat dugaan dilalui olehnya kini sebagai usaha untuk mensabotaj dirinya.

“Tak senang hati rupanya melihat Allah bagi rezeki pada saya. Cuba sabotaj demi sabotaj untuk menutup periuk nasi saya.

“Baiklah, demi merealisasikan impian mereka untuk menghancurkan kerjaya saya, insya-Allah saya sendiri akan tarik diri daripada pentas akhir AF Megastar,” tulisnya.

Selasa lalu, Shahir, yang dilaporkan mempunyai hubungan rapat dengan Erra Fazira, menjadi bualan ramai apabila dirinya dikaitkan pula dengan pramugari berkenaan.

Lelaki kelahiran Kampar, Perak, itu bagaimanapun menegaskan, hubungannya dengan Mona tidak lebih daripada artis dan peminat. Mona pula mendakwa, Shahir cuba menyembunyikan kebenaran kerana hubungan mereka.

Semalam, Shahir mendedahkan kepada BH Online, beliau berhasrat menyunting Erra selewat-lewatnya awal tahun depan.

“Selama tiga tahun lebih menjalinkan hubungan dengan Erra, saya berani katakan hanya dia yang bertakhta di hati ini.

“Saya berhasrat nak memperisterikannya awal tahun depan. Semoga semua ini dipermudahkan,” katanya.

Pada pentas akhir AF Megastar, Shahir akan berentap dengan empat lagi finalis iaitu Idayu, Marsha, Bob dan Syamel.

Keputusan Shahir untuk menarik diri itu bagaimanapun dibantah ramai pengikutnya, termasuk teman artis yang mahu melihat dia ini terus bertanding.

Sumber : BHOnline