manchester united Archive

[EPL]…FT : Huddersfield Town 2-1 Manchester United

FT : Huddersfield Town 2-1 Manchester United

Kehilangan Pogba dan Fellaini memberi kesan kepada pasukan Manchester United tambahan pula ketiadaan Baily di tembok pertahanan…kecederaan Jones pada awal perlawanan dan digantikan dgn Lindelof yang jarang diturunkan dalam perlawanan EPL menambah duka pasukan ManUtd..

Benteng pertahanan tempang dan jentera serangan yang kekurangan idea…kekalahan pertama selepas memulakan permulaan musim dengan baik…6 kemenangan, 2 seri dan 1 kalah…

Saksikan gol gol yang terhasil…

Tonton Video :

Terima kasih :

sumber : youtube.com

[Video]..Lupakan sorakan kontroversi: Lukaku

ROMELU Lukaku meminta penyokong supaya melupakan sorakan kontroversi terhadapnya, sebaliknya kembali fokus untuk menyokong Manchester United.

Romelu Lukaku

Sebelum ini, sekelompok penyokong United mencipta sorakan buat Lukaku sebagai penghargaan selepas dia mencipta impak besar dalam skuad kendalian Jose Mourinho.

Namun, sorakan tersebut disifatkan sebagai perkauman malah ia tidak sesuai dialunkan kerana berbaur lucah kerana menyentuh tentang saiz kemaluan penyerang tersebut.

Susulan itu, sebuah kumpulan anti-diskriminasi Kick It Out menggesa agar penyokong United menyelesaikan isu tersebut.

Perkara tersebut turut mendapat campur tangan pengurusan kelab yang telah mengumumkan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana penyokong yang melakukan perbuatan (bersifat serangan atau perkauman) berkenaan.

“Saya mendapat sokongan luar biasa daripada penyokong. Terima kasih di atas segala sorakan anda.

“Namun ada sorakan yang langsung tiada kena mengena dengan bola sepak.

“Oleh itu ayuh kita maju ke hadapan, lupakan kontroversi dan hidup saling hormat menghormati antara satu sama lain,” kata Lukaku.

Lukaku dijangka mengetuai jentera serangan United apabila bertandang ke Stadium Saint Mary untuk pertemuan menentang Southampton, malam ini.

Sumber berita : Sinar Online

Video Sorakan Penyokong ManUtd :

Sumber Video : Youtube