malaysia Archive

Kenapa?…5 Pasaraya Giant Bakal Ditutup Secara Serentak Pada 5 November Ini…

Sekiranya anda berpendapat pasaraya yang berjaya menjadi pilihan pengguna setempat sejak sekian lama kalis daripada sebarang masalah anda mungkin silap. Terbaru, sebanyak lima pasaraya Giant bakal ditutup secara serentak seawal minggu hadapan.

Lima pasaraya Giant yang terlibat adalah Giant cawangan Sri Manjung, Sungai Petani, Shah Alam City Centre Mall, Sibu dan Selayang Lama. Masing-masing bakal ditutup secara serentak pada 5 November 2017 ini.

Berdasarkan laporan, GCH Retail yang turut memegang hak perniagaan bagi Cold Storage, Mercato dan Jasons Food Hall mengatakan syarikat mereka bersedia untuk membuat perubahan bagi pelan modal bisnes mereka sesuai dengan kehendak pengguna.

Dalam pada itu, Giant cawangan Bercham, Perak bakal diperluaskan bagi menawarkan lebih banyak pilihan dan barangan kepada penduduk setempat. GCH Retail juga dalam masa yang sama sedang dalam proses untuk membuka sebuah kedai konsep terbaru daripada Cold Storage di KLCC.

Diharap keputusan yang dibuat ini bukanlah petanda ekonomi negara sedang tenat dan sekadar stategi bagi memantapkan bisnes syarikat yang berpengaruh dalam industri peruncitan ini.

Sumber : thesundaily
Via : thevocket

[Video]…Piala Asia 2017: Malaysia cipta sejarah

MALAYSIA 1 KOREA SELATAN 1

Impian skuad bimbingan Stephen van Huizen untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala Asia 2017 buat kali pertama menjadi kenyataan selepas berjaya mengikat Korea Selatan 1-1 dalam perlawanan terakhir saingan Super 4 di Stadium Hoki Nasional Maulana Bhashani, Dhaka, Bangladesh lewat malam tadi.

Satu mata yang diperoleh dalam perlawanan terakhir peringkat Super 4 itu sudah memadai untuk meletakkan pasukan negara sebagai pasukan kedua terbaik untuk melangkah ke final mengiringi India.

Kejayaan melangkah ke perlawanan akhir merupakan sejarah buat skuad negara yang tidak pernah ke final dan The Malaysian Hockey Tigers akan membuat perhitungan dengan India dalam perlawanan akhir yang akan berlangsung hari ini.

Terdahulu, India mencipta kemenangan 4-0 ke atas Pakistan untuk ke final, sekaligus menyaksikan Korea Selatan dan Pakistan akan membuat perhitungan dalam penentuan tempat ketiga dan keempat.

Aksi pada suku pertama menyaksikan kedua-dua pasukan berusaha untuk mendapatkan jaringan awal, namun buntu untuk menghasilkan sebarang gol.

Korea Selatan mendapat peluang untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-24 apabila dihadiahkan pukulan sudut penalti pertama dan Yang Jihun mudah menolak masuk bola untuk menewaskan penjaga gol negara, S. Kumar.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Malaysia diberikan peluang untuk menyamakan kedudukan selepas dihadiahkan pukulan sudut penalti yang bagaimanapun gagal disempurnakan oleh Muhammad Amirol Aideed Mohd Arshad.

Tiada sebarang tambahan jaringan berjaya untuk dihasilkan oleh kedua-dua pasukan dalam suku ketiga walaupun Korea memiliki beberapa percubaan untuk menggandakan jaringan tetapi aksi cemerlang penjaga gol negara, Kumar berjaya untuk menidakkan usaha Korea untuk menambah jaringan.

Skuad negara, bagaimanapun, tidak berputus asa untuk terus menggandakan usaha mencari jaringan tetapi usaha untuk cuba merapati pintu gawang Korea terus dikawal ketat dan lawan mencuba sedaya-upaya untuk menghalang impian skuad negara mencipta jaringan.

Minit ke-53 menyaksikan usaha untuk terus mendapatkan jaringan seakan-akan tidak menjadi apabila bola hantaran Muhammad Razie Abd Rahim mencari Muhammad Shahril Saabah tidak berjaya dibaca dengan baik oleh Shahril.

Usaha untuk memberikan tekanan kepada Korea berhasil apabila dua minit sebelum tamat perlawanan sebenar, Malaysian Tigers dihadiahkan pukulan sudut penalti kedua dan peluang untuk mendapatkan jaringan penyamaan.

Flik dilakukan Faizal, yang mencari sudut atas kanan pintu gol lawan, menjelmakan jaringan yang dinanti-nantikan skuad negara.

Beberapa minit sebelum tamat perlawanan Korea Selatan cuba untuk mendapatkan pukulan sudut penalti sebagai usaha untuk menggandakan jaringan, namun usaha mereka gagal dan keputusan 1-1 kekal hingga tamat perlawanan.

Tonton Video :

Sumber : Stadiumastro

KDN Tidak Menafikan Wujud Sembilan Dragon Kawal Malaysia Seperti Didakwa PPIM

Tiada penafian oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa wujudnya sembilan dragon yang menguasai penguatkuasa di negara ini bagi membolehkan aktiviti haram dijalankan.

Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihak kerajaan tahu kewujudan pihak berkenaan dan mereka sentiasa dipantau oleh pihak bertanggungjawab.

“Kita tidak menafikan wujud­nya golongan yang menjalankan aktiviti berkenaan malah perkara ini sentiasa dipantau kerajaan.

.

“Namun, kerajaan berusaha mengawal kegiatan mereka supaya tidak keterlaluan sehingga merosakkan masyarakat,” tambahnya.

Baca : PPIM : “Sembilan ‘dragon’ kawal Malaysia?”

Berdasarkan sumber yang melaporkan, kegiatan judi haram serta mengutip hasil sehingga RM5 bilion sebulan antara kegiatan sembilan dragon yang menguasai negara ini.

Disamping itu, sindiket itu juga didakwa turut merasuah pihak penguat kuasa serta mampu menukar sesiapa sahaja dalam tempoh 24 jam.

Nur Jazlan enggan mengulas lebih lanjut akan tetapi seperti mengiakan dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Sumber : Utusan Online

“Jika Baginda TMJ Angkat Kaki, Pasti Semua Penaja Akan Tarik Diri” – Setiausaha Agung FAM

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mendedahkan badan induk itu akan berdepan masalah kewangan sekiranya Tunku Ismail Sultan Ibrahim melepaskan jawatan sebagai presiden.

Hamidin menjelaskan, ia termasuk hutang RM49 juta yang ditanggung FAM ketika ini selain tiada duit untuk tahun depan.

“Sekarang ini ada banyak syarikat yang hendak meletakkan duit disebabkan kepimpinan Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail). Jika baginda angkat kaki, pastinya syarikat berkenaan yang hendak membuat pelaburan RM60 juta, RM70 juta atau RM80 juta, semuanya akan menarik diri.

.

“Apabila perkara sedemikian berlaku, maka semakin teruklah pasukan yang bertanding. Kerana ideologi baginda untuk memberi RM6 juta hingga RM7 juta kepada setiap pasukan yang bertanding.

.

“Kemungkinan pada tahun pertama akan diberi RM3 juta dahulu. FAM yang terdahulu memberi paling banyak pun tidak sampai RM400,000, namun Tunku Mahkota hendak memberi RM3 juta untuk tahun pertama dan tahun kedua, seterusnya meningkat sehingga mencecah RM6 juta hingga RM7 juta.

.

“Tetapi jikalau baginda tiada, penaja akan keluar (menarik diri). Baginda tidak akan susah kerana JDT sentiasa berduit, tetapi bagaimana dengan pasukan lain pula? Jadi kalau hendak menilai, buatlah penilaian dari segi realistik,” kata Hamidin dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, Hamidin turut menjelaskan betapa gurauan Tunku Ismail yang mengatakan beliau hanya bekerja separuh masa sebagai presiden FAM adalah benar.

Katanya, semua EXCO bukan sahaja di FAM, malah dalam persatuan negeri juga bekerja separuh masa.

“Jadi ia (gurauan Tunku Ismail) memang betul, kerana tugas dan tanggungjawab pertama baginda adalah berkhidmat kepada negeri Johor.

.

“Baginda adalah Tunku Mahkota Johor. Oleh itu, bola sepak bukanlah kerja sepenuh masa baginda. Mengapa ramai yang begitu mengada-ngada sangat? Saya lihat apabila penyokong kita mencaci, memaki dan segala perkara seperti ini secara jelas menunjukkan negara kita bukan seperti negara maju. Ia seperti ‘low class minded’,” katanya.

Sumber Penuh : Harian Metro

[Video]..TMJ Tak Makan Hati Dengan “Chant FAM Bangsat”, Tetapi Nak Jumpa Dengan “Budak Topi Merah”

Dalam perlawanan Hong Kong menentang Malaysia, Ultras Malaya telah menunjukkan ketidakpuasan hati mereka kepada prestasi semasa skuad Malaysia.

Mereka menempiaskannya kepada FAM dengan chant FAM Bangsat bergema di Stadium Hong Kong. TMJ mendengar chant tersebut dan baginda tidak ambil hati.

“Macam semalam, Ultras Malaya mula menyanyikan lagu FAM bangsat. It’s ok, no problem!”

“Saya pun nyanyi benda tu juga dulu. Tiada masalah, tak ada ambil hati punya.”

“Semua orang mahukan kejayaan, semua orang mahukan kemenangan. Dan kita akan cuba mendapatkan keputusan yang baik. Cuma buat masa ini, kita tak mampu memberikan anda keputusan yang baik.”

“Tiada masalah untuk kecewa. Tak ada rasa sakit hati. Kita semua profesional. Jadi, apabila orang nyanyi FAM Bangsat, kadangkala saya ikut juga.”

Namun di akhir sesi, TMJ bercadang untuk berjumpa dengan budak topi merah Ultras Malaya.

“Yang budak topi merah tu, aku nak jumpa dia. Aku nak jumpa dia, budak topi merah tu.”

“Ni guarantee, tak dapat duit tambang pergi Hong Kong, tu yang dia bangsatkan FAM. Cuba dapat duit tambang, tengok dia bangsatkan ke tak?”

“Kalau handal sangat, kita patut berjumpa. Kita boleh bercakaplah. Kita manusia bukannya binatang, nak makan antara satu sama lain.”

“Nasihat saya kepada diorang, teruskanlah nyanyi lagi tu, tiada masalah!”

Sambil berseloroh baginda berkata:

“Apabila anjing menyalak bukit, bukit takkan runtuh!”

Tonton Video :