lelaki Archive

“Durian Ransang Nafsu Syahwat Lelaki” – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Siapa yang tak sukakan raja segala buah iaitu buah durian. Ramai yang sanggup berbelanja ratusan ringgit untuk menikmati buah tersebut.

Terbaru, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan akan membuat kajian terhadap khasiat memakan durian yang dikatakan baik untuk kesihatan lelaki.

Memetik laporan Astro Awani, kajian tersebut adalah tambahan dari beberapa kajian dari seluruh negara kesan positif memakan buah durian.

Kajian dari luar negara sebelum ini mendedahkan buah durian mempunyai antioksida lebih tinggi. Kajian itu juga menjelaskan, kulit durian juga mempunyai antibiotik untuk melegakan batuk.

Durian juga sama seperti makanan lain, baik untuk dimakan tetapi dalam bentuk kesederhanaan.

Buah durian juga tidak elok dimakan berlebih-lebihan terutama kepada pesakit kencing manis.

Kerajaan akan memanggil badan berkaitan untuk melakukan kajian lebih lanjut tentang kesahihahan sama ada durian ini ada unsur baik untuk lelaki.

Mengapa umur 40 tahun begitu penting dalam Islam?

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman:

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

“Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Gambar Hiasan

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.

Pada ayat yang lain, firman Allah :

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Gambar Hiasan

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.

Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan2 elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.

Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu :

  1. Kanak-kanak (sejak lahir hingga akil baligh).
  2. Muda atau syabab (sejak akil baligh hingga 40 tahun).
  3. Dewasa (40 tahun hingga 60 tahun).
  4. Tua atau syaikhukhah (60 tahun hingga mati).

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,

لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد

“Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)

Gambar Hiasan

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”

Gambar Hiasan

Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?

  1. Meneguhkan tujuan hidup.
  2. Meningkatkan daya spiritual.
  3. Menjadikan uban sebagai peringatan.
  4. Memperbanyak bersyukur.
  5. Menjaga makan dan tidur.
  6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at fourty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ,” Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati”.

Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa.

Sumber : ohmymedia

Pasangan Anda Gemar Menyimpan Jambang? Percayalah Bahawa Dia Seorang Lelaki Setia!

Sesetengah wanita beranggapan lelaki yang menyimpan jambang kelihatan serabai dan sepertinya tidak terurus. Tetapi bukan semua wanita beranggapan sedemikian, ada juga wanita berpendapat lelaki yang berjambang ini menarik dan seorang yang setia.

Setia? Ya! Jika pasangan anda suka menyimpan jambang, ia bermakna pasangan anda seorang yang setia. Menurut kajian yang diterbitkan oleh Journal of Evolutionary Biology, diketuai oleh Barnaby Dixson, lelaki berjanggut lebih setia dalam menjaga komitmen berbanding lelaki yang tidak berjanggut.

Kajian mendedahkan alasan berlandaskan logik selama eksperimen berlangsung. Hasilnya, lelaki berjanggut mempunyai karakter maskulin dan magnet feminin. Dua lelaki tersebut membuat ramai wanita jatuh hati dan terpikat. Sebabnya, menurut sebahagian besar wanita, mereka tidak suka mempunyai pasangan yang terlalu feminin atau terlalu maskulin.

Ramai wanita berpendapat bahawa lelaki yang menyimpan janggut lebih menampakkan kelakiannya, malah nampak lebih hensem dan berkarisma. Menyimpan janggut juga membuatkan penampilan nampak lebih soleh dan selalunya lebih diminati perempuan.

Lelaki memiliki janggut juga dilihat telah mencontohi fizikal tokoh-tokoh terdahulu dan juga mengikuti sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Janggut ini sunnah & Nabi Muhammad sangat sukakan lelaki berjanggut.

Sumber: Ohmydakwah.com

Siapa Sangka Pondan Ini Dah Berubah Menjadi Lelaki Sado

Memiliki tubuh badan sasa atau sado adalah menjadi idaman bagi setiap lelaki. Dan siapa sangka jejaka berbadan sado dari Filipina ini dahulunya pernah melalui detik hitam apabila mengalami fasa kecelaruan identiti.

Dilahirkan sebagai seorang lelaki sejati, namun lama-kelamaan minatnya lebih ke arah bersifat perempuan. Pada usia remajanya, beliau tekad untuk ubah penampilan lelakinya menjadi seorang maknyah atau lebih dikenali sebagai pondan.

Menyedari akan perubahannya yang menjadi perhatian dan kecaman orang ramai, beliau akhirnya kembali ke pangkal jalan dan inilah penampilan terbarunya.

Cair tak tengok? Penampilannya kali ini tampil lebih maskulin dan sado! Sebuah transformasi yang berjaya dan menginspirasikan ramai orang. Mesti anda terkesima bukan?

Sumber : hangat.com

Geng ‘Kunyit’ Makin Liar Rakam Lelaki Di Jamban

KEBIASAANNYA, golongan wanita yang selalu terkena gangguan seksual. Namun zaman kini, golongan lelaki juga nampaknya tidak terlepas daripada ‘dicabul’!

Baru-baru ini, seorang pemuda ada memberi mesej kepada pihak Mynewshub menceritakan tentang ‘detik hitam’nya di-skodeng oleh seorang lelaki.

Kisahnya bermula apabila pemuda ini bersama keluarganya yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur singgah sebentar di kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Tapah.

Cerita pemuda itu, ketika dia masuk ke dalam tandas lelaki, dia terlihat kelibat bayang-bayang seseorang dari atas.

Tiba-tiba, ada seorang lelaki daripada tandas sebelah menghulurkan telefon bimbitnya dan cuba merakam pemuda tersebut.

Bukan itu sahaja, malah lelaki tersebut turut menghulurkan tangannya di bahagian bawah pintu tandas serta membuat isyarat tangan memanggil-manggil mangsa.

Apabila pemuda ini keluar dari tandas, dia memberitahu kejadian yang menimpanya kepada abang dan sepupunya. Mujur pemuda ini sempat mengecam seluar dan selipar yang dipakai oleh suspek.

Akhirnya suspek berjaya ditemui dan telefon bimbitnya berjaya dirampas. Tindakan sepupu mangsa merampas telefon bimbit tersebut sebenarnya hanyalah untuk memadam video rakamannya, namun mereka terkejut selepas membuka galeri gambar telefon lelaki itu.

Rupa-rupanya, ini bukan kali pertama lelaki tersebut berkelakuan sebegini. Menurut sepupunya, ada banyak video rakaman daripada mangsa-mangsa sebelumnya di dalam telefon bimbit berkenaan!

Yang peliknya, lelaki ini masih boleh duduk di kawasan hadapan tandas berkenaan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Mungkin dia sedang menunggu mangsa berikutnya pula, kut!

Menjadi-jadi pula geng ‘kunyit’ ni sekarang! Sudahlah bernafsu songsang, bila kantoi pula macam tak ada pedoman langsung!

Berikutan insiden ini, telefon bimbit lelaki berkenaan telah pun diformat. Dikhabarkan lelaki ini berasal dari Pulau Pinang dan bekerja di Kuala Lumpur.

Diharapkan masyarakat mengambil langkah berjaga-jaga apabila di tempat awam seperti ini. Jangan ingat perempuan je yang selalu kena intai sekarang ni.. Lelaki pun sama ya! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim