kl2017 Archive

Laporan: Rakyat Thai gelar KL2017 Sukan ‘SEA Menipu’

PETALING JAYA: Kekalahan Malaysia di tangan Thailand pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA semalam mungkin bukan lagi mengenai kilauan emas untuk kontinjen Thailand dan penyokong mereka, lapor The Bangkok Post.

Rakyat Thai dilaporkan menggelar Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 “SEA Kong”, yang bermaksud “SEA Menipu” dalam bahasa Thai.

Jadi, memenangi acara paling ditonton dalam kejohanan itu, dan mengalahkan Malaysia dengan gol sendiri pula, mendorong sesetengah rakyat Thai mendakwa ia hukum karma.

Menurut akhbar berbahasa Inggers tu, kontinjen Thai tidak percaya tuan rumah memenangi hampir semua acara Sukan SEA “secara adil”.

“Ramai pegawai, atlet, wartawan dan penyokong Thai, melihat KL 2017 kejohanan paling teruk dalam sejarah pengurusan dan penganjuran Sukan SEA.

“Thana Chaiprasit, ketua delegasi Thailand untuk beberapa acara antarabangsa termasuk Olimpik, Sukan Asia dan Sukan SEA, berkata pengurusan KL 2017 paling teruk pernah dilihatnya,” kata Bangkok Post.

Akhbar itu memetik Chaiprasit berkata pegawai negara lain juga berpendapat sama tetapi tidak membuat aduan rasmi kepada penganjur kerana usaha itu akan sia-sia memandangkan “tuan rumah hanya mahu menjadi juara keseluruhan”.

Antara dakwaan dibuat oleh kontinjen Thai kepada media tempatan, dan juga kes pengurusan teruk yang membantu Malaysia:

Dalam Pencak Silat, seorang atlet Malaysia diumum pemenang selepas dia tercedera dalam perlawanan akhir menentang atlet Thai.
Seorang atlet Malaysia menang pingat emas dalam acara jalan kaki wanita selepas dia secara jelas berlari ke garisan penamat di bahagian terakhir perlumbaan itu.
Dalam gymnastik, 2 atlet Malaysia diberi pingat emas dalam acara yang sama.
Perlawanan akhir Muay Thai pada asalnya dijadualkan pada 3.00 petang tetapi tuan rumah mengubah masa kepada 1.00 pagi.
Laporan itu melaporkan gambar maskot Sukan SEA yang tertera angka 100, selepas Malaysia meraih emas ke-100, dikritik, dicemuh dan disindir hebat di laman web Thai.

“Malaysia patut menang 1 juta pingat emas,” kata seorang penyokong Thai, dan “100 pingat emas Sukan SEA tapi tiada pingat emas Olimpik,” kata seorang lagi, menurut Bangkok Post.

Ini kali kedua dalam sejarah Sukan SEA di mana Malaysia menjadi juara keseluruhan. Kali pertama perkara itu berlaku pada 2001, ketika sukan itu juga diadakan di Kuala Lumpur.

“10 kali saya selamatkan gol, orang takkan ingat…” – Haziq Nadzli

PENJAGA gol skuad bola sepak B-22 tahun negara, Haziq Nadzli, mengakui kesilapan yang dilakukan dalam perlawanan akhir bola sepak lelaki Malaysia menentang Thailand malam tadi, bukan sesuatu yang disengajakan.

Menurut Haziq, dia bersedia untuk menerima kritikan daripada orang ramai mengenai kesilapan yang dilakukan itu dan berharap agar mereka bersedia untuk memaafkan kesalahan tersebut.

“Bola itu melencong ke dalam, saya nak tumbuk tetapi keadaan hujan menyebabkan saya tersilap ketika menumbuk keluar.

“Apa boleh buat, itu bukan rezeki saya, bukan saya sengaja. Kalau saya sengaja, tidak perlulah saya bermain.

“10 kali saya selamatkan gol, orang takkan ingat tetapi orang akan ingat sekali sahaja kesilapan saya.

“Siapa yang memberikan semangat kepada saya, terima kasih diucapkan. Siapa yang cakap macam-macam, itu hak mereka, saya tidak kisah,” katanya.

Pada perlawanan akhir semalam, Haziq telah menjaringkan gol sendiri sehingga menghadiahkan kemenangan 1-0 dan pingat emas buat Thailand dalam aksi final Sukan SEA 2017 di Stadium Shah Alam.

Ia seakan mengulangi tragedi 2001, di mana kesilapan penjaga gol Malaysia, Kamarulzaman Hassan, menyaksikan skuad negara tewas di tangan Thailand di venue dan keputusan yang sama, 1-0 di Stadium Shah Alam.

Thailand mencatat hatrik emas kali ketiga berturut-turut Sukan SEA .

Biarpun pasukan negara dilihat lebih mendominasikan padang, namun ketiadaan penyudah menyebabkan gawang Thailand sukar dibolosi.

Sumber: Astro Arena

Warga Emas Dipenjara Sehari Dan Didenda RM1500 Kerana Mencuri 12 Helai Baju Sukan SEA

KUALA LUMPUR: Seorang pesara dipenjara sehari dan didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, Selasa kerana mencuri 12 helai kemeja-T Sukan SEA bernilai RM800, Isnin lalu.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu ke atas Hon Kim Nien, 57, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri itu dan memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 28 Ogos lalu.

Mahkamah juga mengarahkan Hon dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Lelaki itu mencuri 12 helai kemeja-T Sukan Para ASEAN 2017, jenama FBT bernilai RM800 milik syarikat Muhammad ‘Abid Haiman Mohd Azri, 21, di khemah jualan baju jenama FBT, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, pada 4.30 petang, 28 Ogos lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. – Bernama

Malaysia Ungguli Sukan SEA Raih Emas Ke-145

Malaysia menjulang gelaran negara sukan terbaik Asia Tenggara dengan meraih sebanyak 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa pada temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 tahun ini.

Pingat emas ke-145 Malaysia dan emas terakhir sukan itu dimenangi oleh pasukan peluncur laju negara yang dianggotai Wong De-Vin, Ariff Rasydan Fadzli, Hazim Shahrum dan Khairil Ridhwan Khalil membiarkan Singapura terpaksa berpuas hati di tempat kedua.

Dengan jumlah keseluruhan 323 medal, temasya kali ini merupakan permainan terbaik Malaysia dalam sejarah Sukan SEA.