kantoi Archive

Dedah : “Lelaki Ini Berani Mati Kantoikan Muslihat Tentang Orang Yang BerGaji RM2,500, Boleh Kumpul 6 Buah Rumah?…Korang Mesti Baca!!!”…

Lelaki Ini Berani Mati Kantoikan Muslihat Tentang Orang Gaji RM2,500, Kumpul 6 Buah Rumah? Korang Mesti Baca!!

“Mereka ajar macam mana nak beli rumah banyak tapi tak ajar apa yang perlu dibuat jika dikejar oleh pihak bank,” demikian kata Shaari Anuar yang difahamkan sudah lama berkecimpung dalam bidang hartanah.

Beliau tampil memberikan pandangan dan nasihat kepada anak-anak muda agar tidak hanya melihat ‘keindahan’ dalam ilmu yang diajar individu yang berkongsi cara membeli rumah banyak. Sebaliknya memikirkan kesan dan risiko pada masa akan datang bagi mengelakkan diri ditimpa masalah. Semoga perkongsian dari Shaari Anuar mengenai realiti dan risiko membeli hartanah ini memberi manfaatkan kepada kita semua.

KORANG jangan pandang yang indah saja tentang orang gaji RM2,500, kumpul enam buah rumah. Nak percaya pun, jangan bulat-bulat. Pengalaman saya sendiri mengumpul rumah, infact terlibat dengan pembinaan dan menjual rumah dah jumpa bermacam-macam ragam manusia. Ada seorang itu, asyik kena kejar dengan pihak bank setiap bulan untuk payment. Susah dia nak tidur malam. Dia juga ada syarikatnya sendiri, tetapi masalahnya ialah dia selalu lambat bayar gaji kakitangan kerana dia nak selesaikan bayaran propertiesnya.

Memanglah rumah sewa ada penyewa tetapi jangan anggap rumah itu akan ada penyewa selama-lamanya. Bulan ini pindah, ingat bulan depan terus ada penyewa? Itu belum termasuk kes penyewa sekejap bayar, sekejap bayar separuh dulu, sekejap bayar tertunggak, sekejap pura-pura terlupa nak bayar. Dan kena ada duit tambahan untuk maintenance, repair paip bocor, nak cat baru, wiring problem, dinding berlubang. Korang ingat deposit dua bulan itu boleh cover?

Cat undercoat untuk seluruh rumah saiz 20 x 70 pun makan kos ribu. Tak tahulah diorang buat semua itu sendiri atau bawa member sesama mereka bergotong-royong. Legal fee pun korang kena standby juga. Korang kena tahu berapa kosnya kerana nak selesaikan itu dan ini. Ada seorang individu ini sanggup berlapar dan makan catu. Pantang dapat makan free. Ada satu kes, tak nak langsung beli kereta. Dari bujang, kahwin sampailah ada anak, mereka hanya naik motosikal saja.

Kalau diceritakan di Facebook, mesti ramai yang puji. Hakikatnya kasihan pada isteri berhujan dan berpanas bila pergi kerja. Nak kata tak berharta, rumah sewa pula berderet. Kes yang taksub mencatatkan segala perbelanjaan keluar masuk pun ada juga. Setiap masa ada saja ledger debit kredit. Sangat berkira. Masalahnya kalau tak menyusahkan orang tak apa. Ini tidak, dia nak pergi ke mana-mana pun nak tumpang kenderaan member sebab takut terlebih bajet.

Ini cerita orang kaya, bukannya tak ada. Sehingga member dia sendiri pun naik menyampah. Kisah seterusnya okay sikit dan tidak menyusahkan orang. Tetapi member-member tengok dia pula yang rasa kasihan. Time nak pergi kerja, balik kerja, sanggup berpeluh-peluh berjalan berkilometer sebab nak jimat dari bayar tren atau Uber. Bila waktu makan tengah hari, bawa keluar bekal. Bila petang sikit, member office keluarkan junk food atau biskut, dia lahap macam nak makan dengan plastik dan tupperware sekali. Kalau begini perangainya, memanglah duit banyak hasil dari rumah sewa yang banyak. Kisah ini pula kisah orang sudah berumur. Bila cerita tentang tanah atau rumah memang dia menang.

Pernah isteri dia mengadu selama berkahwin, nak ajak pergi melancong dalam negeri pun si suami dah bising. Masa cuti sekolah, dia cuma bawa anak-anak pergi mandi di kolam awam. Banyak lagi kisah yang saya boleh kongsi tetapi yang satu ini tak boleh blah. Katanya menuntut dengan sifu dia, pengumpul hartanah. Semasa member ajak keluar makan, dia sengaja tak bawa wallet. Mula-mula orang ingat dia memang jenis pelupa. Tapi lama kelamaan kantoi juga temberangnya.

Masalahnya wallet saja lupa. Makan, dan minum tak lupa pula? Korang rasa okay ke hidup seperti ini? Terpulang pada masing-masing. Tetapi kalau saya, tak teringin menyeksa dan memperbodohkan diri. Bila mati nanti, orang lain berpesta gembira. Lainlah dah hibahkan siap-siap harta untuk kebajikan dan bawa ke alam akhirat. Yang penting, jangan taksub dengan keindahan-keindahan seperti yang diceritakan orang lain. Kalau argue secara logik, korang sebenarnya dihina tak berilmu. Itulah hakikatnya. Kisah realiti sebenar, mereka letak bawah karpet.

Jangan mudah terpengaruh. Janji kita rasa seronok dengan kehidupan kita sekarang. Kasihan pada budak-budak yang baru nak up, yang tersilap langkah, hidup penuh dengan hutang, pagi petang siang malam memikirkan hutang dan teringat hutang. Saya bukan berniat nak demotivated. Sebenarnya tak kisah pun korang nak beli 60 buah rumah sebelum meninggal. Beli sajalah kalau berkemampuan. Tujuan saya berkongsi pandangan ini hanya sskadar mahu mendidik anak muda yang baru nak kenal dunia sebenar agar mereka tidak taksub dengan cerita-cerita separuh dongeng yang indah-indah saja ceritanya. Tetapi mereka tak cerita yang mereka perlu mengikat perut, catu makanan, dikejar pihak bank.

Adik-adik tahu betapa azabnya kalau korang diburu oleh pihak bank? Masa zaman saya baru nak up dulu (macam korang sekarang). Ada member join seminar hartanah untuk beli rumah banyak-banyak. Ada ‘Tok Guru Rumah’ ajar bayar downpayment guna kad kredit. Balik je, member terus follow. Atas kertas molek saja, bila praktil penuh zip zap berliku dan akhirnya kecundang. Dah kena interest 18% dengan penalti. Hutang semakin menimbun. Lebih teruk lagi, dia ada buat personal loan. Ada satu kes sampai rumah tangga hancur.

Kisahnya si suami join loan dengan isteri. Pihak bank call tanpa henti sampaikan isteri dia pun tertekan pada waktu itu. Apabila mertua masuk campur, akhirnya pasangan itu bercerai berai. Yang biasa diajar pada budak-budak baru nak up adalah bagaimana nak dapatkan jumlah loan maksima untuk diluluskan. Bila terkandas, rumah tak dapat disewa, rumah lambat siap, tak ada pula mereka ajar apa yang perlu korang buat bila pihak bank kejar. Sebenarnya tak semua orang bernasib baik. Ada orang, selepas kahwin duduk di rumah mertua. Sewa tak payah bayar, bolehlah buat bayar beli rumah banyak-banyak.

Kemudian bangga. Ada orang, anak-anak tak payah hantar ke nursery, maid tak perlu bayar. Hantar saja pada mak dan ayah, jadi orang gaji. Cuti sekolah, angkut semua sekali. Semua sebab nak berjimat, nak berlumba rumah siapa yang paling banyak sebelum mati. Nak motivate anak muda, niat itu dah betul tetapi ayat yang digunakan untuk menyampaikan mesej itu perlu diperbetulkan. Cakap anak muda manja dan tak ada ilmu, tak semudah itu. Baru-baru ini saya jumpa fresh graduate bergaji RM2,000, di mana dia perlu menanggung lapan adik-beradiknya. Kasihan.

Manjakah mereka? Itu tak termasuk lagi individu yang menulis melahanatkan budak bergaji RM2,000 beli Myvi. Kasihan pada mereka. Masihg-masing ada lifestyle tersendiri. Tak semua orang sanggup berpanas hujan bergadai nyawa di jalan raya. Apapun, bab hutang ini jangan main-main. Kalau dah meninggal, even ada MRTA, rumah banyak, selagi tak diselesaikan, isteri kena bayar setiap bulan. Nak settle MRTA ini pun bukan ambil masa sebulan dua. Korang yang suka kumpul hutang ini pernah terfikir tak kalau kena buang kerja atau tak mampu bekerja? Macam mana? Ada clients saya, kena buang dari syarikat minyak dan gas.

Selama ini dia tak terfikir dengan gaji besar, syarikat terkenal boleh buang pekerja. Rumah ada banyak, cuba nak refinance, malangnya pihak bank tak layan. Hutang bank dah keliling pinggang. Rumah dah ada yang nak kena lelong. Hidup penuh stress. Pokoknya, nak ajar cara betul ajar tentang pentingnya duit kecemasan.

Kerja kuat, cari kerja yang bagi unlimited income. Ada cash back up kuat, jiwa lebih tenang. Hutang ini macam api, ada masanya boleh kawal dan kita pun senang. Tetapi apabila api dah besar, ianya akan membakar diri. Berhati-hatilah anak-anak muda. Tolong SHARE agar ramai anak-anak muda yang mendapat manfaat dari abang otai yang masih berdosa.

Sumber: Shaari Anuar II via kekecoh

Clever Girl..Syazana Perjelas Dakwaan Jawab Soalan Bocor

Reda mengenai isu penarikan diri gadis dikenali sebagai Kiera daripada program Clever Girl Malaysia, timbul satu lagi kontroversi kali ini finalis program tersebut, Shazana Kamaruzaman di dakwa menjawab soalan bocor pada episod minggu lalu.

Rujuk post sebelum ini..klik link untuk tonton video :-

Clever Girl Kantoi Soalan Bocor

Lapor Utusan online, Shazana bagaimanapun menegaskan jawapan yang diberikan adalah berdasarkan pengetahuannya melalui pembacaan sebelum ini.

“Memang pada mulanya saya mahu menjawab A tetapi ketika menekan buzzer, jawapan untuk B sudah dibaca. Jadi saya teringat kembali melalui pembacaan saya sebelum ini jawapan untuk soalan itu adalah B.

“Apa yang tular mungkin mereka tidak dengar jawapan B sudah dibaca. Jujurnya memang bidang sastera bukan kepakaran saya. Sebab itu bila Alif Satar minta saya bacakan kembali jawapan saya tidak boleh ulang sebab tidak dapat ingat dengan betul tajuk sebenar karya Datuk Usman Awang itu,” jelasnya.

Gadis yang mewakili negeri Selangor ini berkata demikian sekaligus menyangkal dakwaan mana-mana pihak yang mengatakan dia terlebih dahulu mengetahui jawapan untuk soalan itu walaupun pilihan jawapan yang dikemukakan belum sempat dibaca sehingga habis.

Shazana menjawab soalan yang diajukan oleh tetamu jemputan Datin Sharifah Shawati dengan betul walaupun belum sempat keempat-empat jawapan dibaca.

Melalui video yang tular tu netizen kembali mempersoalkan ketelusan program ini dalam mencari gadis terpintar di Malaysia.

Ekoran kontroversi itu, dia juga laman sosialnya diserang netizen yang rata-ratanya tidak berpuas hati.

“Saya mendapat banyak komen yang tidak berpuas hati, tetapi ini tidak mematahkan semangat saya. Pengajaran yang saya dapat adalah untuk sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan,” katanya.

Selain Shazana, empat lagi finalis yang akan berentap di pentas akhir Clever Girl Jumaat ini adalah Sara Amelia, Hani Nazrina dan Fadila Zukaira.

Sumber : malaysiandigest.com

Lebih dari RM570 Ribu Ringgit duit pelanggan dimasukkan akaun Boy Iman – Lihat reaksi beliau apabila penipuan hampir terbongkar! [Video]

Lebih dari RM570 Ribu Ringgit duit pelanggan dimasukkan akaun Boy Iman – Lihat reaksi beliau apabila penipuan hampir terbongkar!

KECOH Selasa lalu apabila bekas pelakon suam-suam kuku, Dato’ Dr. Boy Iman atau DBI ‘diheret’ ke sesi soal jawab bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengenai skim rumah mini banglo murah yang ditawarkan syarikatnya, DBI Technology.

Syarikat itu dikatakan menipu wang pembeli kerana menawarkan rumah dengan harga yang terlalu murah iaitu RM45,000 sebuah.

Susulan itu, pelbagai akaun crimebuster di Facebook yang mendakwa kediaman yang disediakan syarikat milik DBI atau nama sebenarnya, Norul Iman Abdul Rahman itu murah ‘tak masuk akal’ serta mengesyaki terdapat banyak maklumat yang kurang jelas mengenai projek tersebut.

Tonton Video :

Fathia Latiff Mengaku Dirinya Dalam Video

Jika sebelum ini pelakon baru Natasha Elyzza yang turut terlibat sama dalam video Bigo Live yang kini tersebar di laman sosial menafikan bahawa wanita dalam video terbabit bukan Fathia Latiff, kini segalanya berubah apabila Fathia sendiri mengaku dirinya berada dalam video kedua yang turut tersebar.

Fathia Latiff

Melalui video kedua yang tersebar tersebut, Fathia kelihatan hanya berkemban. Pada mulanya, Natasha bagaikan cuba melindungi Fathia yang tiba-tiba muncul dalam keadaan berkemban tersebut. Menyedari dirinya berada di dalam video, Fathia kemudiannya keluar daripada rakaman.

Namun tidak lama kemudian, mungkin setelah didesak penonton aplikasi itu, Fathia kemudian bersuara – “mengaku je lah. Ha, Fathia”. Namun Natasha kemudiannya bagaikan berang dan bertanyakan kembali soalan kepada penonton.

Namun tidak diketahui sama ada adakah Fathia yang muncul dalam video pertama sebab Natasha kata bukan Fathia. Mungkin juga Fathia datang selepas video pertama tamat, boleh jadi juga’kan?

Apa pun, sebagai seorang selebriti yang sebenarya menjadi perhatian masyarakat dan kehidupan selalu diperhatikan, adalah baiknya untuk menjaga setiap tingkah laku. Tapi sebagai manusia, kesilapan tetap terjadi dan sepatutnya apa yang berlaku jadikanlah pengajaran.

Sumber : rotikaya.com

Layan Video Lucah? Ahmad Idham Kantoi Dengan Netizen

Belum pun reda mengenai isu poster filem arahan Ahmad Idham Nazri, Pencuri Hati Mr Cinderella, hari ini satu lagi isu panas telah dikaitkan dengan pengarah tersebut apabila beliau dikatakan ‘kantoi’ melayari akaun pelakon video lucah di Twitter.

Dakwaan tersebut hangat diperkatakan oleh netizen di laman Twitter apabila pengarah tersebut meletakkan tanda suka (like) pada salah sebuah video pelakon tersebut dan ketika ini masih lagi boleh dilihat pada akaun peribadi Ahmad Idham

Minggu ini, nama Ahmad Idham menjadi tumpuan apabila beliau mencabar netizen yang menghentam beliau untuk berdiskusi secara sihat dan mendengar pandangan masing – masing.

Adakah akaun pengarah berkenaan digodam? Atau akaun tersebut telah ‘like’ secara automatik? Nantikan penjelasan lanjut dari Ahmad Idham.

Sumber : pru14.tv