Joy Revfa Archive

Kenali JOY REVFA SOFIA .. Hafiz Hamidun mungkin gigit jari lepas nih ..

Dia pernah diperlekeh, dikatakan tidak mungkin mampu hidup di atas kaki sendiri selepas berpisah dengan suami pertama. Kesumat itu membuat dia segera mengesat air mata, bangkit dan berjaya!

TAHUKAH anda, siapakah Joy Revfa Sofia yang baru bercerai dengan penyanyi Hafiz Hamidun?

Dia bukanlah artis tapi namanya agak viral di laman sosial. Kisah rumahtangganya pernah viral satu masa dulu, impak daripada itu dia bangun mengesat air mata duka, membuka lembaran baru tanpa menoleh ke belakang lagi. Joy memilih bidang kecantikan kerana dia sendiri berkelulusan dalam bidang kecantikan dan pernah menjadi jurusolek profesional di Indonesia termasuk menyolekkan Bunga Cinta Lestari hingga ke Jerman.

Wanita jelita dengan nama sebenarnya Siti Arifah Amin ini merupakan ibu tunggal kepada seorang anak lelaki berusia tiga tahun yang bernama Arryan Firdaus.

Ayuh ikuti temu bual eksklusif kami bersama Pengasas MERVE Group Holdings Berhad yang berjiwa besar dan kuat berdikari ini. Pernah dikata Wanita Kampung yang Bodoh.

Joy Bangkit…

Wanita berusia 29 tahun ini mula menubuhkan MERVE Group Holdings Berhad dan MERVE Skin Health Sdn Bhd pada Febuari 2015, selepas bercerai dengan suami.

“Kalau orang kata saya menubuhkan syarikat ini atas rasa kecewa dan marah, ya saya akuinya,malah saya menyahut cabaran sesetengah pihak yang berkata saya wanita kampung yang tak tahu apa-apa dan tak mungkin berjaya tanpa suami,” tegasnya yang mengambil masa hanya tujuh hari untuk menangis meratapi nasib.

Dengan wang simpanan yang tidak seberapa selepas dilepaskan suami, Joy mulakan perniagaan kecantikan ini dengan menumpang di premis ibunya, Akademi Kecantikan Artistik Diyana. Produk pertama yang dikeluarkan ialah suplemen Gorgeous Juice.

Kemudian, semakin berkembang dengan kehadiran produk kosmetik seperti Full Coverage Foundation, Highlighter & Contour, Perfect Matte Powder, Illusion Creamy Concealer, Fairy Tears Potion Serum dan akan datang gincu. Keistimewaan produk MERVE ini berbanding produk tempatan lainnya adalah menerusi ‘packaging’nya. ‘Packaging’ yang berkonsepkan ‘Fairytale’ ala princess ini memang menjadi jiwa Joy dari dulu lagi. Semua reka bentuk dicipta sendiri.

Permulaan yang Menyakitkan Tapi Hasil Membanggakan Terlalu banyak ujian yang dihadapinya di awal kemunculan produknya itu sehinggakan terdetik di hati Joy,

“Adakah Tuhan tidak mahu saya meneruskan hasrat saya ini, dengan diberikan sebegitu banyak ujian untuk produk pertama ini?”

Menurutnya, dengan modal yang terhad dan pengalaman yang masih cetek, pelbagai perkara kena diselesaikan sendirian. Bermula dengan masalah bekalan tidak sampai tepat pada waktunya dek masalah stok botol dari kilang lain, kotak daripada pembekal lain, sedangkan produk itu sudah diwar-warkan kepada orang ramai. Malah, stokis pun sudah memberikan wang.

Disebabkan tidak mahu dikatakan menipu, Joy memberi kata putus kepada stokisnya jika mahu mengambil semua wang mereka, silalah.

Tapi, syukur mereka percaya dan sanggup menunggu hingga stok tiba.Menurut Joy juga, antara perkara yang dilakukan untuk memulihkan semangat yang hilang dan kembali positif, dia kerap ke kursus motivasi seperti yang dikendalikan Dr. Azizan.

Katanya, menerusi kursus sebegitu dia dapat melupakan segala kegagalan dan bergaul dengan orang-orang yang positif sambil bertukar-tukar pengalaman dan ilmu.

Setelah MERVE menunjukkan perkembangan yang baik, Joy menerima banyak tawaran rakan kongsi yang mahu ‘pam duit’ dalam syarikatnya. Tidak kira daripada ceruk mana dan pangkat, ramai yang mula membuka mata terutamanya pelabur Cina sehinggakan ada seorang pemilik spa di Johor Bahru menghubunginya untuk menjadi rakan kongsi.

“Kebanyakan pelabur Cina yang menghubungi saya mereka tertarik dengan produk MERVE kerana ‘packaging’nya yang nampak moden dan unik. Tapi, saya tidak sembarangan menerimanya kerana masih selesa dengan modal dan pengurusan secara tunggal.”

Mahu Menjadi Gula dihurung Semut

Setelah berjaya membuktikan dia bukanlah janda bodoh yang tidak tahu apa-apa, Joy kini bukan hanya mampu menyara hidup mewahnya sendiri, malah berkemampuan pula berkongsi rezeki dengan orang lain terutamanya ibu tunggal sepertinya.Joy menyarankan para isteri yang ditinggalkan suami agar jangan hanya merintih dan bersedih. Teruskan kehidupan dan berdirilah sendiri. Kalau tidak mampu mengeluarkan produk sendiri, mulakan sebagai dropship atau stokis, belajar dengan orang yang lebih mahir tentang bagaimana menjual dan memasarkan produk.

“Saya mahu menjadi seperti gula yang dihurung semut untuk menikmati manisnya.

“Disebabkan itu, kami di MERVE tidak hanya memberi produk kepada stokis untuk dijual tetapi setiap hari Selasa kami kumpulkan mereka di sini untuk menjalani coaching tentang selok-belok perniagaan ini,” ujar beliau yang kini memiliki 60 stokis termasuk dari Brunei, Indonesia dan Singapura.
Bukan Artis Tapi Berpengaruh di Media Sosial.

Untuk mempopularkan produknya, Joy tidak perlu bergantung pada pengiklanan di media massa. Cukup menerusi laman sosial.

Malah, dia mengambil langkah bijak dengan mempopularkan dirinya terlebih dulu, mengutip followers seramai yang boleh dan mencipta imej tersendiri.

Dari situ, mudah untuk produknya menjadi kepercayaan pengikut-pengikutnya.

“Mudah saja untuk dikenali di media sosial; jangan sombong dan berinteraksilah dengan pengikut sekerap yang boleh, hanya itu cara yang saya gunakan untuk berasakan mereka dekat dengan saya. Saya kurang ke majlis-majlis sosial, tak biasa dan tak selesa. Hanya di situlah tempat saya untuk mendekati kenalan baru.”

Joy turut menarik perhatian para pengikutnya di laman sosial dengan membuat tutorial solekan, dan membuat ‘live update’ secara berkala.
Katanya, ini penting untuk menjaga hubungan baik di alam maya. Ia tidak semudah menjaga hubungan secara terus. Selain itu, bagi menghargai rakan-rakan di laman sosial juga, Joy turut menawarkan hadiah menarik seperti tas tangan LV dan iPhone untuk dimenangi mereka menerusi pertandingan yang diadakan MERVE.

Sebagai Pengasas Produk – Imej Pengasas Adalah Pakaian Produk

Joy digambarkan sebagai wanita sempurna; muda, cantik, kaya dan bergaya! Ada yang kata Joy bergaya mengalahkan selebriti.
Justeru, tidak hairanlah apabila dia mengenengahkan produk kecantikan, dia tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menakluki kepercayaan mereka berkenaan produk yang dijualnya.

Kata orang, kalau sudah pemiliknya cantik, produknya tentulah baik! Jadi, mudah untuk orang percaya keberkesanan produk yang dijual.

“Bagi saya, imej pengasas adalah pakaian bagi produknya. Baik imej yang ditampilkan, maka baik jugalah pandangan orang terhadap produk yang diwar-warkan. Saya juga elakkan diri selalu berada di khalayak. Bukan menjaga eksklusif diri tapi memang saya tidak suka duduk bersepah-sepah tanpa sebab.”

5 Punca Usahawan Melayu Gagal Sebagai Pengasas Produk

FAKTOR 1

Mereka tidak fokus pada satu-satu produk. Belum pun produk itu stabil, dia sudah berubah ke produk yang lain, pendek kata semua dia mahu jual selagi ada peluang.

FAKTOR 2

Mereka hanya bersandarkan kepada nama pengasas tetapi tidak melakukan kerja-kerja lain di belakang tabir seperti pemasaran, pengurusan dan sebagainya. Pengasas bukan sekadar menjual nama.

FAKTOR 3

Merompak duit syarikat sendiri.

FAKTOR 4

Pengurusan akaun dan kewangan syarikat yang lopong. Kebanyakan mereka menjadikan akaun sendiri sebagai akauan syarikat, maka banyaklah berlaku ketirisan dalam kewangan syarikat sendiri.

FAKTOR 5

Bayar gaji staf lewat, sedangkan, merekalah penggerak syarikat.

Sumber : blogmalaysiaku

“Kau Halusinasi Ke, Check Mental Sikit” – Kenyataan Panas Hafiz Hamidun Mengamuk Di Melodi (VIDEO)

Semalam, hari Ahad, seperti biasa, ramai yang menunggu rancangan hiburan popular Melodi.

Yang menjadi perhatian di rancangan itu semalam ialah kes melibatkan usahawan Joy Revfa dan penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun.

Pada mulanya, wartawan Melodi mendapatkan kenyataan dari Joy Revfa ketika sidang media live yang diadakan oleh Joy Revfa di pejabat Merve.

Kemudian wartawan Melodi pergi mendapatkan jawapan dari Hafiz Hamidun pula kerana tidak adil mendengar dari satu pihak sahaja.

Ini komen penuh Hafiz Hamidun:

Apa Surat yang Diberikan

“Itu adalah saman cerai yang saya failkan di mahkamah, sah penceraian dia dengan bekas suami,ok its good bermakna pernikahan saya dan dia sah, maka saya boleh proceed dengan langkah seterusnya (cerai)

Isu Cerita Nafkah Batin

“Saya tak pernah lakukan hubungan kelamin dengan dia. Dia yang bangkitkan isu itu. Dia buat orang tertanya-tanya apabila mengatakan bersumpah telah bersama. kemudian apabila orang tafsir dia nak saman pula blog blog ni. Apa ni!

“Nak bercakap sedap bila orang suruh explain aaah buat bahasa bahasa gitu.. Kau ni kenapa? Dalam halusinasi ke delusinal ke? Check mental sikit jangan nak sedap menangis kejap menangis kejap gembira, nak puas hati?

“Saya bukan nak burukkan sesiapa tetapi dia dah burukkan saya level paling tinggi.

Peringatan Joy

“Kamu kena ingat Joy, kamu bukan jumpa kutip saya tepi jalan bagi kehidupan, tidak ! Saya kenal kamu cara baik dan kit apatut jalankan perkara ini secara profesional dan dengan secara baik

“Ini memang amaran saya dari dulu, jangan kaitkan pasal saya. Dia kena betulkan diri dia dulu.

“Dari dulu saya kata jangan layan, tak payah tulis, dia nak juga bagitahu, jadi kamu tanggunglah sendiri”

“Dia sekarang cuba mengatakan bahawa dia dah cuba cari cara berdamai, come on jangan menipulah

Publisiti Murahan

“Kita tak nak cari publisiti pun. Sebenarnya banyak hikmah perkara ini. bagus saya cepatkan dan saya akhirkan dengan penceraian.

Itulah komen dari Hafiz Hamidun di rancangan Melodi tentang hal ini.

Ini video penuh kenyataan Hafiz Hamidun di Melodi (15 Oktober 2017)

Apapun semoga, kes ini diselesaikan secepat mungkin dan sebaik mungkin.

Sumner : beritamemey
via : eraviral

Joy Revfa Tarik Dakwaan Pernah Disentuh Hafiz Hamidun

Beberapa hari lepas, Joy Revfa ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia pernah ‘disentuh’ oleh Hafiz Hamidun sepanjang perkahwinan mereka sejak 1 Mei dahulu. Tetapi kini Joy sudah menarik balik kata-katanya itu.Joy Revfa

Awal perkahwinan dia bermalam selama enam hari di rumah saya dan kami berbulan madu di Taiwan untuk program Astro.Saya ingin memperbetulkan bahawa tiada istilah melakukan seks seperti yang tular di blog hiburan dan kami hanya melalui hubungan awal suami-isteri.

Dahulu dia buat sidang media dan kata tak pernah menyentuh saya, oleh kerana itu saya rasa perlu untuk menegaskan tentang hal ini,” katanya dipetik daripada mStar Online.Turut kelihatan ketika sidang media itu ialah peguam syarie yang mewakili dirinya, Aznor Syuhada dan Muhammad Nur Hafiz Roslan bersama dengan ibu dan kakaknya.

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam telah menetapkan 9 November depan sebagai sebutan kes faraq nikah yang telah difailkan oleh Joy terhadap Hafiz pada 18 Ogos lalu.

Walaupun permohonan itu dilakukan atas sebab Hafiz meragui status perkahwinan mereka, Joy memaklumkan bahawa Hafiz telah cuba untuk mengelakkan diri ketika diajak berbincang mengenai hal itu.

Saya telah berusaha menghubungi Hafiz, namun dia tidak mengambil peduli mengenai masalah rumah tangga kami.Sejujurnya, selalu mesej minta dia berdamai, tapi dia tak layan. Itu yang saya kesal kerana dia tak mahu bincang secara baik,” tambahnya lagi.

Joy juga telah memaklumkan bahawa Hafiz telah berkeras ingin meneruskan perkahwian walaupun sudah mengetahui bahawa dia amsih belum menerima surat penceraian yang sah.Saya tolak lamaran pertama kerana saya masih belum mendaftarkan perceraian tapi dia tetap nak berkahwin.

Dia kata dia boleh selesaikan isu ini selepas pernikahan, malah ibu saya percaya Hafiz mampu membimbing saya dan akhirnya menerima lamaran Hafiz Hamidun,” katanya.

Pernikahan mereka sebenarnya dilangsungkan dengan akur janji bahawa Joy akan memberikan surat pengakuan cerai terdahulu selepas selesai majlis akad nikah. Tapi apabila diminta berkali-kali oleh Hafiz, pelbagai alasan diberikan olehnya.

Hafiz dan Joy telah ke Songkhla, Thailand bagi menguruskan hal cerai taklik di Majlis gama Islam Wilayah Songkhla.Selain itu, pasangan itu juga turut ke Pejabat Agama Islam Daerah Petaling bagi menyerahkan surat perakuan taklik tersebut.Menurut Siti Arifah, dia telah diceraikan melalui khidmat pesanan ringkas aplikasi WhatsApp.

Oleh itu, saya telah berkali-kali meminta Siti Arifah surat perakuan cerainya tetapi dia seperti tidak mahu selesaikan urusan tersebut,” kata Hafiz di dalam kenyataan rasminya pada 22 Ogos yang lalu.

Bertambah rumit perkara ini apabila kenyataan berubah-ubah. Keadaan kembali tegang apabila Joy dikatakan bakal menfailkan saman keatas beberapa blog yang menyiarkan berita membabitkan permohonan cerai taklik yang dilakukan pada Julai lalu.

“Setahu saya, hanya tiga pihak saja tahu mengenai permohonan itu. Berita yang dipaparkan blog berkenaan menyebabkan netizen mencaci saya sebagai pelacur dan anak kandung saya sebagai anak haram,” katanya.

Jelas didalam sidang media yang dilakukan Hafiz pada Ogos yang lalu, dia sudah pun menyebut sebab utama mengapa dia mahu menceraikan Joy.Bilakah sebenarnya kemelut rumah tangga mereka ini akan selesai?

[Video]…”Hafiz Hamidun Tak Mampu Bagi Nafkah Batin” – Joy Revfa

Dalam satu sidang media yang berlangsung petang ini, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin datang bersama kakak dan ibunya untuk menjawab persoalan orang ramai tentang status perkahwinan beliau dengan Hafiz Hamidun.

Baca : Joy Revfa Bersumpah Pernah ‘Bersama’ Semasa Tempoh Kahwin Dengan Hafiz Hamidun

Joy Revfa yang berlinang air mata ketika sidang media berlangsung berkata perkahwinan beliau dengan Hafiz Hamidun lebih didorong oleh ibunya yang menganggap lelaki sebagai beragama, baik dan boleh jadi suami yang baik.

Tonton Video Sidang Media :

“Kalau ikutkan saya, Hafiz Hamidun bukan taste saya,” ujar Joy Revfa.

Dalam sidang media yang sama, Joy Revfa juga Hafiz Hamidun sebenarnya tidak layak untuk bergelar suami beliau mahu pun bapa kepada anaknya kerana tidak mampu memberikan nafkah batin seperti lelaki lain.

Pada perkembangan lain, Hafiz Hamidun terlebih awal memfailkan permohonan cerainya terhadap Joy Revfa di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya melalui peguamnya Zulkifli Yong Azmi.

Sumber : rotikaya.com

Joy Revfa Bersumpah Pernah ‘Bersama’ Semasa Tempoh Kahwin Dengan Hafiz Hamidun

Kalau dikira isu ini agak sensitif untuk diperkatakan namun Joy Revfa menerusi laman sosial terbuka mengatakan beliau telah melakukan hubungan seks dengan suaminya, Hafiz Hamidun selepas suaminya itu menafikannya. Selain itu Joy turut memberitahu statusnya sebagai isteri Hafiz sah selepas mahkamah memutuskan penceraian dengan suami terdahulu.

“Since dia menceritakan “isu dalam kain” kepada media yang dia tidak pernah ‘menyentuh atau instimta’ bersama saya, dengan nama Allah saya berani menyatakan itu adalah bohong kerana kami telah melakukan itu namun ada sesuatu yang saya tak dapat ceritakan demi menjaga aib dia”

“Saya rasa seperti kuasa ajaib Allah membantu saya dalam isu pernikahan saya. Tadi, bertarikh 10.10.17, Hakim Mahkamah Syariah Shah Alam telah mengesahkan bahawa cerai saya bersama bekas suami telah jatuh dua tahun yang lalu. Ini bermakna saya dan bekas suami sudah sah cerai dua tahun yang lalu. Nikah saya dgn “suami” sekarang adalah sah”

“Jika orang bertanya, adakah saya mahu teruskan pernikahan saya bersama HH (Hafiz Hamidun) 1,000 kali saya akan katakan tidak kerana bagi saya dia tidak layak jadi seorang suami saya dan keturunan saya nanti,” jelasnya kepada m Star Online mengenai hasratnya yang nekad untuk bercerai.

Bagaimanapun Hafiz menerusi laman Twitter terus menidakkan perkara berkenaan dan menegaskan mereka tidak pernah melakukan hubungan intim ketika berkahwin. Selaian itu, Hafiz turut mempersoalkan tindakan Joy mengatakan perkahwinan mereka sah sedangkan kes masih berjalan.

Sebolehnya isu sebegini tidak perlulah dibincangkan secara terbuka biarpun bergelar selebriti. Biarpun sudah tidak ada rasa cinta di dalam hati tetapi rasanya masing-masing perlu menjaga aib dan maruah sebagai suami isteri. Apapun semoga kes Hafiz dan Joy akan berakhir secepat yang mungkin.

Sumber : mstar online
via : rotikaya