Jenayah Archive

“Dia terus terkam, tolak saya atas katil dan kata ‘Saya nak awak’…” – Wanita dakwa nyaris dirogol kakitangan hotel…

Seorang wanita yang menginap di sebuah hotel di Pulau Langkawi, mendakwa hampir menjadi mangsa rogol dalam kejadian hujung bulan lalu.

Mangsa, Chen Harn Yan, berkata kejadian itu berlaku pada hari kedua dia menginap di hotel yang ditempah untuk tiga malam.

“Saya bangun jam 7 pagi dan merancang keluar berjogging. Setiap siap menukar pakaian bersesuaian, saya perasaan ada satu bayang-bayang hitam di sebalik pintu kaca bilik lalu bertanya, ‘Siapa awak!?’ kerana menyangka ada housekeeping atau ‘benda’ mistik,” katanya.

Cerita Yan, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang tidak memakai baju dan hanya berseluar hitam dengan ketinggiannya lebih 165 sentimeter terus menerkam dan menolaknya ke atas katil.

Mangsa menjerit sekuat-sekuat hati dan bergelut dengan suspek yang menutup mulutnya dan meminta dia berhenti menjerit. Mangsa akur dan bertanya apa yang lelaki itu mahukan.

“Apa awak nak? Awak nak duit?!”

“Saya nak awak,” jawab suspek.

Sebaik saja mendengar jawapan lelaki itu, mangsa terus berusaha melepaskan dirinya dan sempat menolak dan memukul lelaki itu sambil menjerit berkali-kali sebelum suspek menyumbat mangsa ke dalam bilik air dan kunci pintu, lalu melarikan diri.

Mangsa keluar dari bilik, mengapai telefon dan selfie stick yang digunakan sebagai senjata untuk mengejar suspek. Namun gagal berbuat demikian. Ketika itu, mangsa ternampak kereta buggy milik pihak hotel di depan biliknya tanpa pemandu. Mangsa kemudian menghubungi pihak reception untuk membuat aduan mengenai kejadian itu.

Tidak berapa lama kemudian, pihak hotel menghantar seorang kakitangannya (pemandu buggy) untuk menjemput Yan ke lobi hotel. Namun Yan mengesyaki lelaki itu adalah suspek yang menyerangnya tadi.

Yan berkata, pihak pengurusan hotel itu tidak begitu membantunya, malah banyak membazirkan masa dia dengan meminta dia merujuk kepada pihak keselamatan yang kemudian mengatakan hotel itu bukan di bawah jagaan mereka.

Yan kemudian mendaftar keluar dari hotel tersebut dan suspek telah menghantarnya pulang ke bilik. Yan terus mengemas segala barangannya, malah cadar katil yang mempunyai kesan darah suspek juga diambil kerana itu satu-satunya bukti yang dia ada.

Lebih kurang jam 10.30 pagi, Yan membuat laporan di Balai Polis Kuala Teriang sebelum dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan (prosedur). Namun Yan disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan mahupun calar dan lebam.

Setelah waran dikeluarkan, Yan bersama pegawai polis kembali ke hotel berkenaan untuk menjalankan siasatan dan memeriksa video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum menahan suspek yang disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian itu.

Setelah disoal siasat, suspek berumur 17 tahun itu akhirnya mengaku menceroboh bilik mangsa menggunakan kunci yang diambil dari housekeeping bagi tujuan mencuri wang. Suspek yang tidak didedahkan identitinya itu juga membuka bajunya bagi mengelakkan dirinya dikenali sebagai kakitangan hotel. Namun suspek tidak menyangka mangsa sudah bangun dari tidurnya.

Bagaimanapun, dakwaan suspek cuba merogol tidak dapat disahkan kerana tiada kecederaan pada Yan.

Suspek didakwa mengikut Seksyen 354 kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat untuk merendahkan kesopanan, dan Seksyen 448 kerana menceroboh.

Sumber : the reporter

Skandal Lombong Pasir Haram : “Anak Saudara Menteri Besar Direman”…

Empat individu termasuk anak saudara kepada Menteri Besar direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kegiatan perlombongan pasir dan batu haram di Selangor pada 2014.

Perintah reman bermula hari ini hingga 6 Disember itu dikeluarkan Majistret Ainna Sherina Saipolamin di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Mereka yang direman membabitkan dua pengarah syarikat, seorang pekerja syarikat pengiklanan dan seorang pengurus tapak.

Kesemua mereka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang semalam di sekitar Kuala Lumpur bagi membantu siasatan terhadap aktiviti perlombongan pasir dan batu haram di Kajang pada 2014.

Difahamkan syarikat perlombongan itu dikatakan merasuah penguat kuasa tempatan supaya tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan terbabit.

Dalam operasi itu, SPRM turut membekukan beberapa akaun syarikat bernilai RM4 juta. Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Sumber : BH Online

JENAYAH : “Siasat 10 kes jenayah ‘Datuk Seri’ tak didakwa”…

BUKIT KAYU HITAM: Polis menyiasat mengapa lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ yang ditahan susulan kes pukul anggota RELA di ibu negara, sebelum ini tidak pernah didakwa sedangkan memiliki 10 kes jenayah lampau.

Justeru, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata pihaknya akan menggunakan tempoh tahanan reman yang dikeluarkan ke atas lelaki berusia 29 tahun itu ketika ini untuk meneliti semua fail yang dikaitkan dengan suspek.

“Kita akan dapatkan maklumat terperinci melalui siasatan lanjut membabitkan kes jenayah yang dilakukan lelaki itu sejak 2009, suspek kini ditahan reman berhubung kes pukul serta penyalahgunaan dadah dan polis akan menggunakan kesempatan itu bagi menyiasat semua 10 kes lampau itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, meninjau operasi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam yang baharu di sini.

Sebelum ini, media melaporkan suspek bergelar Datuk Seri yang kini ditahan reman atas dakwaan memukul tiga anggota RELA, terbabit dalam pelbagai kes jenayah serius antaranya rompakan dan penyalahgunaan dadah.

Lelaki terbabit juga pernah ditahan pada 2013 mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dengan kesalahan berkaitan senjata berbahaya.

Noor Rashid berkata banyak kemungkinan menyebabkan lelaki itu tidak didakwa atas kes jenayah lampau yang dilakukan termasuklah faktor kekurangan bukti dan maklumat, atau waran tangkap tidak diserahkan kepada suspek.

“Siasatan (ke atas 10 kes lampau) akan dilakukan Bukit Aman, tetapi kita belum kenal pasti di mana kes jenayah itu dilakukan.

“Apa pun kita kena melihat setiap kes yang dikenakan ke atasnya, selain mendapatkan maklumat mengapa suspek itu tidak didakwa sebelum ini,” katanya.

Sumber : BH Online

5 Kes Jenayah Cikgu Yang Merosakkan Reputasi Perguruan Di Malaysia…

Guru adalah sumber ilmu. Guru yang baik, adalah mereka yang mampu dipandang tinggi dalam masyarakat, berkat daripada didikan mereka yang pasti akan kekal digunakan sepanjang hayat.

Walaupun begitu, bukan semua guru itu baik-baik. Pasti ada seorang dua yang akan muncul dan mencemarkan kemurnian profesion guru. Berikut adalah contoh 5 kes yang membuktikan ada masanya guru juga tidak dapat lari daripada naluri buruk.

1. Cikgu belasah empat orang pelajar kerana tidak bawa buku

Pada 14 Februari 2014 di Sitiawan, Perak, empat pelajar tingkatan satu termasuk dua orang pelajar perempuan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina dipukul seorang guru lelaki tanpa sebab. Salah seorang pelajar perempuan yang sedang berada di depan makmal komputer tiba-tiba ditumbuk sebanyak 5 kali oleh guru itu di muka. Dua orang pelajar yang tidak membawa buku latihan ditendang sehingga mengakibatkan dagu berdarah teruk. Seorang lagi, seperti dilaporkan oleh polis, dibelasah akibat masalah botol air.

Apa yang mengejutkan, itu bukanlah kali pertama kejadian sama berlaku. Guru yang sama pernah melakukan tindakan serupa pada Januari 2014, namun kes itu dapat diselesaikan secara dalaman. (rujukan)

2. Rogol pelajar yang sakit dan tidak bermaya

Seorang guru di Sabak Bernam melampaui batas apabila mengambil kesempatan ke atas keperluan tugasan menghantar pelajar perempuan ke klinik akibat kurang sihat. Selepas selesai urusan di klinik, guru tersebut terus membawa mangsa ke rumah beliau dan pelajar tersebut dipaksa untuk menonton video lucah, mungkin bagi menaikkan nafsu pelajar tersebut.

Cubaannya gagal lalu guru tersebut yang sudah dikawal nafsu akhirnya merogol pelajarnya itu yang pada ketika itu berada dalam keadaan kurang sihat, kerana dipercayai mengidap penyakit tibi. Tidak beraya melawan, pelajar itu hanya mampu berdiam diri sebelum mengadu perbuatan itu pada guru kaunseling sekolah, keesokannya. (rujukan)

3. Guru sekolah rendah gemar sentuh alat sulit pelajar lelaki

Seorang guru lelaki bernama Lee Chee Hiang yang bertugas di sebuahb sekolah rendah di Serian, Sarawak mempunyai satu tabiat pelik. Dia gemar memegang alat sulit pelajar lelaki. Dengan menggunakan kedudukannya sebagai seorang guru, Lee gemar menjadikan waktu mengajar sebagai waktu untuk memancing pelajar lelaki bawah umur untuk hubungan seksual, dengan menyentuh dan membelai alat sulit mangsa.

Bagi mana-mana pelajar yang tidak bernasib baik, mereka telah dijadikan mangsa liwat oleh Lee di dalam bilik stor sekolah atau di dalam bilik darjah. Hakim perbicaraan, berdasarkan kes, tidak membenarkan petuduh diikat jamin. Apa yang menakutkan, kes ini baharu saja berlaku pada 9 Oktober 2017. (rujukan)

4. Belasah guru besar depan kelas penuh murid

Seorang guru sekolah rendah di Sibu, bertindak membelasah guru besar sekolahnya yang sedang melakukan rondaan. Rimas dengan tindakan guru besar yang masuk ke dalam kelasnya, seolah-olah kurang mempercayai kemahirannya, berlaku pertengkaran di antara guru besar lelaki berusia 40 tahun dengan guru wanita berusia 49 tahun itu.

Dengan air minuman yang agak panas ditangannya. guru wanita itu mencampakkan air panas tersebut pada wajah guru besar beliau lalu menendang guru besarnya. Guru besar itu mengalami kesan lecuran pada bahagian belakang badan dan juga lengan. Masalahnya, itu bukan kali pertama suspek menyerang bekas guru besar sekolah berkenaan. Dapat guru besar baru pun, dia serang juga. (rujukan)

5. Guru veteran cabul pelajar OKU

Pada bulan Julai 2013, seorang guru bernama Sha’ari A.Samat yang telah berkhidmat di sebuah sekolah menengah di Kota Tinggi lebih 35 tahun, didapati telah mencabul salah seorang pelajar tingkatan tiga beliau yang mempunyai masalah kecelaruan hiperaktif daya tumpuan (ADHD). Sha’ari telah menggunakan kedudukannya sebagai seorang guru untuk meminta pelajarnya melakukan seks oral bagi memuaskan nafsu beliau.

Semuanya terdedah selepas bapa mangsa menemui mesej-mesej lucah yang telah dihantar oleh CIkgu Sha’ari kepada anaknya melalui telefon bimbit, lalu ayahnya ke sekolah untuk menyiasat. Cikgu Sha’ari menafikan tuduhan namun pihak mahkamah berpuas hati dengan bukti lalu menjatuhkan hukuman 10 tahun keseluruhannya ke atas Cikgu Sha’ari. (rujukan)

Walaupun ini adalah 5 contoh kes buruk melibatkan pihak guru, janganlah pula hanya kerana 5 kes ini, masyarakat mempunyai persepsi buruk terhadap profesion perguruan. Seperti kata pepatah, hanya kerana nilai setitik, rosak susu sebelanga. Kami kongsikan kes-kes ini hanyalah sebagai peringatan kepada anda semua.

Sumber : iluminasi.com

”4 Heavenly Kings” Bukan “9 Dragon” – Tan Sri Musa Hassan Menceritakan Perkara Yang Berlaku Masa Itu

KUALA LUMPUR :

“Perkara sinonim penglibatan jenayah kumpulan kongsi gelap ini ialah kegiatan menjual dan mengedar cakera padat video (VCD) haram, perjudian, dadah, pengubahan wang haram dan pelacuran termasuk juga mewujudkan kumpulan-kumpulan kongsi gelap untuk menjaga dan melindungi kegiatan mereka,” kata mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Menurutnya, rangkaian sama wujud antara kongsi gelap dan ahli politik tanah air yang disifatkannya berada pada tahap ‘serius’.

“Masa saya dulu yang disiasat adalah kumpulan kongsi gelap bergelar “4 Heavenly Kings” dan tidak tahu menahu berkaitan “9 Dragon” yang digembar-gemburkan kini.”

Beliau berkata, ketika itu, seorang dari ketua “4 Heavenly Kings” telah berjaya ditangkap dan ditahan dibawah undang-undang pencegahan ketika itu dan yang selebihnya telah melarikan diri keluar negara.

“Saya turut mengarahkan pemburuan kumpulan terbabit selain menyenaraikan mereka sebagai orang yang dikehendaki dan perlu ditangkap apabila pulang ke tanah air.”

“Saya hairan mengapa ada pihak yang kaitkan saya dengan kumpulan “9 Dragon” sedangkan saya sendiri tidak pernah dengar nama kumpulan underground berkenaan pada zaman saya menjadi IGP dahulu,” tegasnya.

Menyentuh isu mengenai temubual pada 2015 yang ditular itu Tan Sri Musa berkata, wawancara itu dibuat selepas persaraannya dan beliau sebenarnya bercakap mengenai kumpulan “4 Heavenly Kings” bukan “9 Dragon” seperti yang sedang disalah tanggap dan dimainkan media sekarang.

Beliau berkata, ketika itu kumpulan “4 Heavenly Kings” adalah antara jenayah terbesar menjalankan kegiatan pengubahan wang haram dan lain-lain aktiviti haram. Menurutnya, pada masa itu tiada undang-undang pengubahan wang haram dan oleh itu, mereka tidak dapat dituduh kerana pengubahan wang haram dan dengan dana yang banyak itu mereka cuba mengawal ahli politik termasuklah ada dikalangan pegawai dan anggota polis.

Beliau berkata, untuk mencuci wang haram, mereka telah membuka perniagaan pusat-pusat hiburan, restoran-restoran dan pusat-pusat karaoke bagi mengaburi kegiatan kongsi gelap mereka.

“Sewaktu itu, saya mengarahkan penangkapan kepala-kepala kumpulan kongsi gelap “4 Heavenly Kings” ini yang bertopengkan seorang ahli perniagaan yang berjaya, dihormati termasuklah seorang dermawan yang menyumbang dengan murah hati kepada pesakit kanser.”

Bagaimanapun, ketika itu pihak berkuasa hanya mendapat bantuan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyiasat kewangan mereka kerana tidak membayar cukai kepada kerajaan.

Tan Sri Musa berkata..

“Sewaktu itu saya mengarahkan penangkapan kepala-kepala kumpulan kongsi gelap ini sehingga berjaya memberkas dan menumpaskan kegiatan mereka. Menurutnya, pemilik pusat hiburan dan kedai karaoke terbesar di Malaysia yang berusia 46 tahun ketika itu juga merupakan salah satu tokoh paling kuat dalam dunia jenayah yang dikenali sebagai salah satu daripada “4 Heavenly Kings”.”

“Dia benar-benar tidak dapat disentuh selama bertahun-tahun kerana pengaruh yang dimilikinya, tetapi empayar pemerintahan keganasannya telah berakhir pada tahun itu,” katanya.

Tan Sri Musa berkata, lebih daripada 30 anggota kumpulan berkenaan telah ditangkap dalam tindakan keras polis termasuk dua lagi “Ketua 4 Heavenly Kings”, satu daripadanya juga merupakan ‘pemimpin komuniti yang aktif’ tetapi mengawal pelacuran, perjudian haram dan pengubahan wang haram.

Menurutnya, selepas beberapa minggu penangkapan ketua kumpulan kongsi gelap itu, lebih daripada dua puluh anggota polis yang dituduh melindungi dan mendapat manfaat daripada permainan haram dan pelacuran kumpulan terbabit, telah dipindahkan termasuk dipecat. Tan Sri Musa menegaskan ketua kumpulan “4 Heavenly Kings” ini dipercayai mengendalikan aset bernilai lebih daripada RM1 bilion yang mengawal sebuah empayar jenayah yang besar di Malaysia Barat tetapi sindiket ini sudah berjaya dilumpuhkan, namun tidak menolak kemungkinan kumpulan “9 Dragon” ini adalah kesinambungan dari kumpulan terbabit ataupun tiada kaitan langsung.

Sumber : gedebakviral.net