isteri Archive

“Selepas Consult Dengan Doktor Dan Suggest Makan ‘Clomid’, Alhamdulillah Mengandung Lagi,”…Belle Al-Yahya…

Setiap pasangan yang baru berkahwin, pastinya mengharapkan kehadiran cahaya mata bagi menyerikan lagi rumahtangga. Ada yang mendapat zuriat awal dan ada juga yang lambat. Tetapi itu semua di atas rezeki Allah.

Selain berdoa dan meminta Allah memurahkan rezeki anak, suami isteri juga perlu berusaha untuk mendapatkannya. Apa yang penting adalah jangan berputus asa dan bersangka baik dengan ketentuanNya. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

SESETENGAH wanita dikurniakan rezeki mudah untuk mendapatkan zuriat dan ada yang sesetengahnya sukar dan perlu berjumpa dengan doktor untuk mencari jalan bagi mendapatkan zuriat. Bagaimanapun, itu semua rezeki yang ditentukan oleh Allah SWT.

Kita perlu bersyukur, tak kira apa pun rezeki kita. Untuk diri Belle, untuk mendapatkan zuriat kena berusaha lebih sikit.

Waktu pregnancy pertama, setelah tiga tahun berkahwin, jumpa doktor dan melakukan HSG Test (Alhamdulillah semua okay) dan selepas itu doktor suruh makan “Clomid”. Alhamdulillah selepas itu, terus mengandung Nabila Ammara.

Untuk pregnancy kedua pula, Belle try to conceive since Ammara sudah besar sikit (sebab memang nak anak lagi seorang dah alang-alang penat jaga anak, teruslah sekali. Bahahaha!). Tapi setelah setahun mencuba secara normal tanpa sebarang ubat, tak ada rezeki. Sebab itu consult dengan doktor dan doktor pun suggest makan “Clomid”.

Masa itu juga Carl ada makan madu apa entah. Alhamdulillah selepas itu terus mengandung. Jadi Belle cuma nak kongsi journey pregnancy pertama dan kedua memandangkan ada yang bertanya.

Setiap orang lain-lain, tak sama. Mungkin Belle berjaya mengandung dengan bantuan clomid. Kali ini pregnancy paling best sebab ada seri ummi! Tak lama selepas tahu Belle mengandung, Belle consume susu seri ummi. Alhamdulillah rasa loya awal-awal kehamilan itu tak ada dan tenaga pun lebih berbanding dengan pregnancy pertama.

Apa pun, bagi yang belum mendapat zuriat, jangan sesekali risau dan stress sebab setiap orang rezekinya tak sama. Ada yang cepat dan lambat. Yang penting kita berusaha dan jangan putus asa. InsyaAllah!

Mommies yang ada experience lebih kurang, bolehlah share. Sebab masa pregnancy dulu, Belle suka baca cerita pengalaman orang lain di internet.

P/S: Sesiapa yang mahu mengambil clomid kena consult dengan doktor terlebih dahulu tau.

Sumber : Belle Al-Yahya
Via : thereporter

KELUARGA : “Sampai Rumah Bukannya Nak Peluk Isteri & Anak2, Tapi Mengadap Telefon Sampai Tertidur…Inilah Kesilapan Ketua Keluarga!!!”…

Tidak tahu di manakah salah dan silapnya apabila baru sahaja berkahwin terus ada masalah yang membabitkan rumah tangga. Apabila pasangan ingin cuba membetulkan keadaan, masing-masing mula meninggikan suara dan masing-masing menegakkan benang yang basah.

Akhirnya, si anaklah yang menjadi penonton setia ketika suami dan isteri itu bertengkar sehingga anak menjadi ketakutan dek kerana pergaduhan tersebut. Allah, sesungguhnya, teramatlah ruginya sekiranya anda suami isteri masih lagi tidak sedar akan silap diri sendiri.

Sebagai renungan dan pengajaran, bacalah perkongsian dari Ustaz Ebit Liew ini, mungkin anda suami dan isteri akan mendapat sesuatu yang sangat baik untuk dijadikan panduan dalam kehidupan berumahtangga sebagai seorang suami dan juga seorang isteri yang baik, insha Allah.

Gambar Hiasan

Ya Allah berilah setiap lelaki dapat jadi orang Islam yang baik. Ketua keluarga yang bertanggungjawab. Zaman ini kita lelaki tak sedar isteri dan anak-anak ialah amanah Allah yang besar untuk kita pimpin masuk syurga..kasihan wanita dan anak-anak. Islam datang nasib wanita terbela. Darjat wanita ditinggikan. Sehinggakan beza seseorang dengan yang lain ialah takwa.

Muhasabah buat saya dan ketua keluarga. Kesilapan kita sebagai ketua keluarga. Marilah kita perbaiki diri kita supaya Allah sayang kita. Hanya untuk Allah sayang.

  • Suami balik kerja terus keluar tak sampai 30 minit terus keluar rumah main bola, berbual dengan kawan-kawan, lepak sampai lewat pagi. Ada yang 3 dan 4 pagi baru balik rumah. Ya Allah sedihnya…
  • Suami masuk rumah tak peluk isteri dan anak-anak yang merinduinya, terlupa beri salam, pegang hp dan hadap hp sampai pecah hp.
  • Badan di rumah tetapi hati tiada di rumah. Isteri anak bercakap tak pandang muka mereka. Pandang muka keluarga ketika bercakap sunnah Nabi saw..mata dekat hp jer..
Gambar Hiasan
  • Suami langsung tak bantu isteri. Biar isteri masak seorang diri. Biar isteri basuh baju dan lipat baju seorang diri. Anak dah ramai tetapi langsung tak kisahkan anak-anak. Tak tolong mandi dan uruskan anak-anak…
  • Suami tak faham hati isteri. Tak buat kejutan buat mereka. Tak sentuh tangan mereka. Tak peluk mereka dari belakang. Tiada ucapan cinta dan sayang lagi..
  • Suami sibuk dengan kawan, tengok tv, main hp walau waktu malam sepatutnya tidur disebelah isteri tercinta.
  • Suami kasar bercakap melukakan hati isteri. Baran tak menentu dengan isteri dan anak-anak. Jadi boss besar semua order jer sampai. Tersilap atau terlambat marah. Tiada lagi erti sebuah keluarga.
  • Tak pernah ajak solat tahajud berjemaah. Tidak jadi imam. Tak pernah ajak buat Ta’lim rumah.
  • Love till jannah. Tapi tak tak pernah dengar fatihah isteri. Tak pernah cek wuduk isteri. Tidak ada suasana nasihat menasihati. Bagaimana ketua boleh jadi baik tanpa nasihat.
  • Ukuran bahagia nama Allah yang disebut. Lagi banyak nama Allah disebut lagi bahagia. Kini banyak rumah sepi dari nama Allah. Di mana bahagia?
  • Tak menjadi motivator buat anak-anak. Sebagai ketua tak hargai orang yang berjuang buat kita.
  • Kedekut dengan isteri. Ada suami beli motor besar. Kereta besar. Tapi tak tanya isteri apa dia nak. Langsung tak beri duit belanja buat mereka. Nak beli pencuci muka pun takde.
Gambar Hiasan
  • Pakai duit isteri. Terlupa isteri cuma membantu. Beri nafkah tugas kita lelaki, mereka bukan bibik atau orang gaji. Mereka bidadari yang akan bersama kita dalam syurga. Berilah masa untuk mereka. Hargai mereka.
  • Suami tak bawa isteri berjuang di jalan Allah dan belajar ilmu. Sehingga isteri tiada fikir agama. Risau akhirat.

‘Setiap pemimpin akan ditanya atas apa yang dipimpinnya’

Ya Allah tiada daya upaya kami melainkan dengan pertolonganMu. Pilihlah setiap lelaki dapat belajar iman. Berjuang dijalanMu. Bantulah kami dalam membimbing keluarga kami…

Sumber : Mingguan Wanita

Menurut Kajian, Hidu Kentut Suami Boleh Panjangkan Umur Isteri

Kentut adalah suatu lumrah kehidupan untuk semua manusia. Malah ada sesetengah orang yang kentut lebih daripada sepuluh kali sehari.

Anda akan merasakan satu nikmat yang susah untuk dibayangkan setelah anda melepaskan kentut yang sangat kuat. Isunya sekarang ialah, situasi selepas kentut anda dilepaskan – apabila kentut anda menghasilkan bau yang busuk dan dibiarkan “terapung” di udara untuk di bau.

Menurut satu kajian, menghidu kentut suami akan membuatkan peluang anda untuk hidup lebih lama adalah tinggi. Ini kerana, bau metana dan hydrogen sulfida yang ada pada kentut seseorang itu sebenarnya membantu mengubah fungsi enzim dalam badan anda mengurangkan penyakit-penyakit seperti Dementia.

Selain itu, kajian baru oleh Exeter University di England telah menjelaskan bahawa ia juga membantu dalam mencegah kerosakan mitokondria.

Kesimpulannya, biarlah kentut anda keluar dengan sepuas-puasnya dan yang paling penting sekali, jangan sesekali anda takut dan malu di samping isteri kerana pada hakikatnya, ia dapat membantu menjaga kesihatan isteri anda.

8 Nasihat Rasulullah S.A.W Buat Anda Yang Bergelar Suami

Kaum adam, khususnya ‘suami’ adalah individu penting dalam sesebuah keluarga. Mereka diibaratkan seperti nakhoda yang mengemudi kapal di lautan serta bertanggungjawab terhadap keselamatan kesemua anak kapal yang berada di bawah seliaannya.

Gambar Hiasan..Carian Google..

Sudah tentu, sebelum pelayaran dimulakan segala persiapan harus dilakukan dengan terperinci. Keadaan kapal yang bakal memuatkan anak kapal haruslah diperiksa.

Faktor cuaca, suhu sekeliling, tiupan angin, keadaan laut ketika itu juga perlu diteliti bagi memastikan perjalanan bagi mengemudi kapal tersebut tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Peri penting dan besarnya tugas yang digalas oleh nakhoda kapal bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Begitu juga peranan serta tanggungjawab para suami dalam mengemudi bahtera keluarganya.

Dalam hal ini, Rasulullah S.A.W ada menasihatkan para suami tentang beberapa perkara. Antaranya seperti berikut;

#1 – Tidak Membenci Pasangan Yang Beriman

Dalam melayari alam rumahtangga, sudah pasti ada beberapa perkara yang kadang membangkitkan emosi atau ego antara kedua pasangan, terutama daripada pihak suami.

Masing-masing mahu mempertahankan pandangan sehingga kadang ‘terbenci’ dengan sikap pasangan yang tidak mahu menyokong pandangannya. Justeru, dalam hal ini beringatlah akan sabda Rasulullah S.A.W, Abu Hurairah R.A berkata, Rasulullah S.A.W bersabda;

“Janganlah seorang mukmin membenci wanita yang beriman. Jika dia membenci salah satu perangainya, maka masih ada perangai lain yang menyenangkannya.”
Hadis Riwayat Muslim

Walaupun ada satu sikap isteri yang kurang disenangi oleh para suami, ingatlah ada sikap lain yang lebih baik padanya. Ini kerana boleh jadi kita membenci sesuatu itu, padahal ia amat baik bagi diri kita.

#2 – Menghormati Kaum Wanita

Muawiyah R.A berkata;

“Aku pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W, ‘Apakah hak isteri terhadap suaminya?’ Rasulullah S.A.W menjawab, ‘Memberi makan jika kamu makan, memberi pakaian jika kamu berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menghina dan tidak pula meninggalkan isteri melainkan dia tetap berada di rumahnya’.”
Hadis Riwayat Abu Daud

Dalam konteks ‘menghormati’ kaum wanita ini bukanlah bermaksud para suami perlu menjadi ‘hamba’ kepada pasangannya. Tidak sama sekali. Hadis ini merupakan panduan buat para suami supaya tidak mensia-siakan kaum wanita terutama para isteri.

Tahukah kita, Rasulullah S.A.W amat menghormati dan melayani para isterinya dengan cara yang cukup mulia.

#3 – Memaklumkan Kepulangan Kepada Isteri Di Rumah

Anas r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda;

“Janganlah kalian mengetuk pintu isterimu di malam hari.”
Dalam riwayat lain, Rasulullah S.A.W menegaskan larangan tersebut supaya para isteri yang ditinggalkan itu dapat membuat persiapan dengan merapikan dirinya bagi menyambut kepulangan suami masing-masing.

Ada benarnya gesaan seperti ini kerana apabila para isteri tidak dimaklumkan tentang kepulangan suami lebih awal, dibimbangi isteri yang berada di rumah dalam keadaan yang kurang menyenangkan seperti baju berbau busuk, tidak mandi lagi, rumah berselerakan, makanan tidak dimasak dan sebagainya.

Lalu, apabila situasi tersebut berlaku sejurus suami pulang ke rumah, sudah pasti akan mematikan ‘mood’ si suami yang letih dan mahu berisitirehat di rumah. Bahkan, lebih parah apabila keadaan ini akan menimbulkan pula kebencian di hati suami terhadap isteri yang sudah pasti akan memberi kesan terhadap institusi keluarga yang dibina.

#4 -Memberi Nafkah Kepada Keluarga

Rasulullah S.A.W bersabda;

“Sesungguhnya nafkah yang kamu keluarkan kerana mengharap keredaan Allah S.W.T nescaya akan dibalas dengan pahala, termasuk apa yang kamu masukkan ke dalam mulut isterimu.”
Hadis Riwayat Bukhari

Nafkah keluarga adalah satu kewajipan buat setiap ketua keluarga terutama suami. Namun begitu, haruslah diingat serta diteliti sumber bagi memperolehinya. Ini kerana apa-apa yang diberikan kepada ahli keluarga itu terutama dalam soal pemakanan kelak akan menjadi darah daging dalam tubuh mereka. Jika baik sumbernya, maka baiklah seluruhnya.

#5 – Menjaga Rahsia Suami Isteri

Diriwayatkan dari Abi Sa’id Al-Khudri, Rasulullah S.A.W bersabda;

“Sesungguhnya manusia paling buruk tempatnya di sisi Allah S.W.T pada hari kiamat adalah suami yang mendatangi isterinya dan isterinya mendatanginya (berhubungan intim) lalu dia sebarkan rahsianya.”
Hadis Riwayat Muslim

Menerusi hadis ini dapat difahami bahawa yang dimaksudkan dengan sebaran rahsia tersebut adalah hal yang berlaku antara suami isteri di tempat tidur. Perkahwinan adalah satu ikatan yang suci.

Oleh itu, berusahalah untuk memelihara ikatan tersebut daripada perkara-perkara yang boleh merosakkannya, antaranya dengan menceritakan perihal hubungan kelamin kepada rakan, ahli keluarga dan sebagainya.

#6 – Perintahkan Ahli Keluarga Untuk Solat

Firman Allah S.W.T yang bermaksud;

“Dan, perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan, akibat itu adalah bagi orang yang bertakwa.”
Surah Taha : 132

Solat yang menjadi tiang atau asas dalam agama juga perlu dititikberatkan. Ini kerana salah satu kelebihan bagi mereka yang memelihara ibadah solat ini adalah ia dapat menghindarkan diri daripada perkara yang keji dan mungkar.

Seterusnya memberi ketenangan kepada seisi rumah. Adapun, jika solat tidak dipelihara, dibimbangi ia akan memberi kesan buruk dalam kehidupan keluarga itu sendiri.

#7 – Tidak Meninggalkan Isteri Terlalu Lama

Aisyah R.A meriwayatkan;

“Apabila Rasulullah S.A.W hendak melakukan perjalanan, Baginda akan mengundi isteri-isterinya dan siapa yang namanya keluar, maka dialah yang akan menemani Baginda S.A.W dalam perjalanan.”
Hadis Riwayat Tirmizi

Hal ini menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W juga tidak akan meninggalkan isterinya sekalipun ketika berjihad. Baginda akan melakukan undian dan memastikan salah seorang daripada mereka akan ikut serta.

Ini kerana meninggalkan isteri dalam tempoh masa yang lama dibimbangi akan melunturkan rasa kasih seterusnya menjadikan sesebuah perhubungan itu rapuh dan mudah ditiup angin. Akibatnya, perceraian juga akan mudah berlaku.

#8 – Tidak Membawa Perkara Yang Bertentangan Masuk Ke Dalam Rumah

Abu Talhah meriwayatkan, Rasulullah S.A.W bersabda;

“Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing dan gambar (patung atau lukisan.”
Muttafaqun Alaih

Bagi mewujudkan rumahtangga yang harmoni, hal ini juga haruslah dititikberatkan. Sebagai ketua keluarga, para suami hendaklah memastikan tiada perkara yang bertentangan dengan syariat Islam ada di dalam rumah masing-masing.

Gantikanlah hal tersebut dengan perkara yang lebih berfaedah untuk seisi keluarga seperti solat berjemaah atau bacaan Al-Quran.

Diharapkan perkongsian ini akan dapat memberi panduan kepada umat Islam terutamanya para suami yang mengemudi bahtera rumahtangga masing-masing.

Galakan serta saranan Baginda S.A.W ini tidak lain adalah bagi memandu kehidupan manusia agar tidak tersasar dari jalan-Nya. Moga bermanfaat untuk semua. Wallahua’lam.

Sumber : tazkirah.net

“HIDUP KAMI SUAMI ISTERI BERGELUMANG DENGAN MAKSIAT DAN DOSA”

“Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik.”(Qs. An Nur:26)

Wanita ini berkongsi kisah hidupnya dengan suami yang bergelumang dengan maksiat dan dosa. Tetapi, hidayah itu datang dariNya dan tidak mengira sesiapapun. Wanita ini telah berubah dan perlahan-lahan kembali ke jalan Allah.

Benar kata orang, lelaki yg baik untuk wanita yg baik dan lelaki yg jahat untuk wanita yg jahat. Perkahwinan aku tak seindah yg aku impikan. Aku berkenalan dengan suami dalam keadaan yg kotor. Penuh dengan maksiat dadah dan dosa. Dunia kami indah bagaikan semuanya milik kami.

Gambar Hiasan

Dadah arak club malam menjadi makanan harian kami. Tiga tahun berlalu dengan pantas. Kami menghalalkan perhubungan kami. Dengan izin Allah kami dihadiahkan permata hati pertama. Ya aku syg kan anak ku seperti nyawaku. Aku mula berubah. Mula berubah untuk anakku. Suamiku ? Masih kekal dengan dunianya. Bahkan semakin teruk tengelam dgn dunia dadahnya.

Dia cari aku bila perlu dan buang aku bagaikan sampah bila bosan. Sepak terajang menjadi satu kebiasaan. Aku? Sabar. Anak penguat hati aku. Bertahun berlalu. Aku melahirkan anak ketiga. Aku mula berhijab. Suami kata jangan munafik. Angat-angat tahi ayam! Aku? Sabar Allah itu ada. Aku buang segala pakaian yg tak cukup kain semua. Aku mula istiqomah. Ya berubah mmg mudah tp istiqomah itu susah kerana org sekeliling memandang serong pd diri ku. Aku? Sabar. Allah ada. Suami? Kekal dengan dunianya.

Hari-hari aku kesedihan. Allah memberi setiap petunjuk bila hati ini gelisah. Ya setiap kali suami dengan perempuan lain, Allah perlihatkan jalan utk aku. Hari-hari aku terluka. Aku redha. Mungkin ini balasan pada aku atas segala kesalahan lampau aku. Anak membesar. Anak anak penguat hati aku. Aku lalui semua dgn senyuman utk anak anak aku. lepas 6 tahun belalu dengan pantas.

Aku mengadung anak ke 4. Suatu malam Allah tunjuk kuasanya. Phone suami berbunyi “sayang” call. Aku angkat dengan hati yg kosong. Tanpa rasa. Tanpa marah tanpa dendam. Ya seorang perempuan, aku hulur kan fon pd suami dgn berkata “buah hati awak call” dengan langkah perlahan aku ambil anak kecilku dan bergurau senda dgn nya. Suami letak fon dan perhatikan aku.

Dengan perlahan dia dakap tubuh ku. Aku kaku. Keluar di mulutnya “tiada lagi ke sayang awak pd saya” aku? Hanya mampu membisu. Senyum aku ukirkan. Hati aku kosong. Jiwa aku hancur. Suami menangis melutut meminta ampun segala silapnya. Aku berdiam. Hati isteri mana mampu tahan. Ku dakap dia erat. Ya Allah, sungguh aku rindu akan suamiku. Aku redha dengan segala apa yg terjadi.

Hari berganti hari, suami mula berubah. Tiada lagi dadah, tiada lagi maksiat. Tiada lagi sentuhan kasar. Tiada lagi dosa dia dimata ku. Dan harini sepuluh tahun berlalu dengan pantas, anak-anak penghibur harinya dan dia menjadi imam disetiap solatku.

Terima kasih ya Allah
Sungguh besar hikmah atas segala kesabaranku.

Wahai isteri, andai syg akan rumahtangga yg kita bina makan bersabarlah. Kerana ALLAH ITU SENTIASA ADA.