indonesia Archive

Seramnya!!! : “Terakam Entiti Di Dalam Filem ‘Pengabdi Setan”, Ramai Yang Takut Tonton Filem Ini”…

Astaghfirullahaladzim…admin pun kena kuatkan iman sebelum nak tengok trailer filem ini!

Tak berani tengok waktu malam dan tak berani tengok sorang2…habis pecah pundi kencing karang! Filem dari Indonesia, Pengabdi Setan dibawah pengarahan Joko Anwar telah membuatkan penonton-penontonnya mengalami mimpi ngeri selama beberapa hari berturut-turut!

Dah macam ‘The Exorcist’ nampak gayanya…

Ramai yang telah menonton filem tersebut mengatakan bahawa adanya entiti seram yang tanpa sengaja dirakam oleh pihak produksi.

Salah satu babaknya ialah ketika hantu bangkit dari kubur di mana jumlah pelakon hantu yang berada dalam babak tersebut terlebih seorang! (Jeng jeng jeng…dan ianya pasti bukan seorang manusia yang lain!)

Seram bro! Takpelah pape pun…biar admin belanjakan pembaca dengan sekurang-kurangnya trailer filem ini…

Tonton Video :-

Sumber : Media Hiburan

‘Saya mimpi ada telur jatuh dan selepas terjaga, alat sulit saya bertukar’ – temberang pasangan LGBT

JEMBER, INDONESIA – “Saya benar-benar terkejut. Sebelum ini biasa sahaja tetapi kalau benar dia lelaki tulen, saya akan ceraikan dia,” demikian reaksi awal si suami yang malu dan kecewa selepas mengetahui ‘wanita’ yang dikahwininya sejak Julai lalu sebenarnya adalah seorang lelaki, lapor Tribun Jabar.

M Fadholi, 21, berkahwin dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Ayu Puji Astutik, 23, dalam satu majlis yang meraih pada 19 Julai lalu.

Perkahwinan mereka itu juga turut didaftarkan di Pejabat Urusan Agama (KUA) di Ajun selepas pasangan berkenaan mengemukakan borang berkahwin dan dokumen pengenalan diri.

Difahamkan, pasangan itu tinggal bersama di Dusun Plalangan, Desa Glagahwero. Ayu juga sangat aktif dengan aktiviti kemasyarakatan termasuk sering hadir ke program yang dianjurkan oleh pihak masjid.

Pada awal pernikahan pasangan itu, tiada apa yang mencurigakan. Bagaimanapun setelah memasuki bulan ketiga, jiran-jiran mula berasa curiga dan bertanyakan status Ayu. Perasaan curiga itu mula timbul apabila jiran-jiran mendengar suara Ayu yang kedengaran seperti suara lelaki. Akan tetapi, Fadholi tampil menjelaskan bahawa isterinya adalah wanita yang tulen.

Enggan berdiam diri, salah seorang jiran tampil membuat aduan kepada pihak KUA mengenai perkara itu. Pihak KUA yang terkejut dengan aduan itu, lalu membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

Pasangan itu kemudian ditahan. Ketika disoal siasat, Ayu mendakwa dia sememangnya dilahirkan sebagai perempuan, namun jantinanya berubah selepas berkahwin.

“Sumpah encik. Saya wanita asli, saya boleh membuktikannya. Saya memang sudah lama difitnah,” katanya.

Malangnya, polis tidak percaya dengan dakwaannya itu menyebabkan Ayu kemudian memberi penjelasan yang seterusnya.

“Saya memang dilahirkan sebagai wanita, saya berani bersumpah. Tidak lama selepas berkahwin dengan Fadholi, saya bermimpi ada telur jatuh dan makhluk halus. Apabila saya terjaga, saya dapati alat sulit saya bertukar,” katanya.

Setelah puas didesak, Ayu akhirnya mengakui bahawa dia telah memalsukan kad pengenalan dirinya semata-mata untuk berkahwin dengan Fadholi. Nama sebenar Ayu adalah Syaiful Bahri.

Dalam pengakuannya, Syaiful mengakui dia memiliki keinginan untuk membuat operasi pertukaran jantina tetapi terbantut kerana kos pembedahan itu di luar kemampuannya.

“Setelah saya menjadi begini, saya ada keinginan untuk menukar jantina dan mahu menjadi wanita. Oleh kerana tidak berkemampuan, akhirnya saya pasrah menunggu keajaiban,” katanya.

Sementara itu dalam laporan Jatim Times, Ketua Polis Daerah Jember, AKBP Kusworo Wibowo, berkata, siasatan mendapati pasangan berkenaan terbukti sengaja memalsukan dokumen-dokumen perkahwinan. Malah pengantin perempuan mengaku dirinya anak yatim piatu sehingga menggunakan khidmat orang lain untuk menjadi wali pernikahannya.

“Suspek yang mengaku sebagai wanita pada awalnya mengaku tidak mempunyai keluarga, tetapi siasatan mendapati keluarganya masih ada dan masih dapat dihubungi,” katanya.

Ekoran pengakuan itu, Pejabat Urusan Agama kini dalam proses menyiapkan dokumen bagi membatalkan perkahwinan pasangan songsang berkenaan.

Fadholi dan Syaiful Bahri kemudian ditahan dan akan didakwa atas perbuatan sengaja memalsukan dokumen diri, yang memperuntukkan hukuman penjara selama enam tahun. Selain itu mereka juga akan didakwa kerana membuat keterangan palsu dan bakal menerima hukuman penjara selama tujuh tahun.

Sumber : thereporter

Malaysia Dituduh Curi Tarian Kuda Kepang Pula

Kalau sebelum ini Malaysia dituduh mencuri “karya seni dan makanan” yang didakwa milik asal Indonesia, terbaru ialah tarian kuda kepang.

Ia berikutan seorang peserta pertandingan ratu cantik Miss Grand International dari Malaysia yang bergambar dengan kuda kepang.

Netizen Indonesia terus menghentam dan menuduh Malaysia cuba mencuri tarian kuda kepang.

Pesarta tersebut, Sanjeda John sekadar bergambar memakai pakaian tradisional sambil memegang kuda kepang atau dikenali sebagai kuda lumping di Indonesia dalam satu sesi fotografi baru-baru ini.

Foto itu membuatkan netizen Indoensia marah dan mendakwa kuda kepang adalah budaya asal penduduk Jawa dan tidak wajar dijadikan sebahagian daripada imej identiti negara ini.

Sebelum ini, makanan negara dikatakan dicuri Malaysia iaitu rendang, cendol, popia, nasi goreng selain karya seni seperti batik dan Rasa Sayang.

Permainan kuda kepang ialah sejenis tarian pahlawan berkuda yang berasal dari Jawa, Indonesia turut dibawa oleh penghijrah-penghijrah ke Tanah Melayu ketika itu.

Permainan ini kini merupakan salah satu permainan rakyat di Indonesia, Singapura dan Malaysia, khususnya di negeri Johor, dan biasa dimainkan di majlis perkahwinan atau majlis keramaian.

Sumber : Hanasuva

Jika Anda Mahu Tubuhkan Kumpulan K-Pop Malaysia, Tolong Elak Perkara Ini

Demam K-Pop Korea nampaknya belum berkesudahan, tetapi artis Malaysia nampaknya sudah berhenti mencuba nasib meniru demam K-Pop yang melanda. Syukurlah. Ada sesuatu yang agak janggal melihat anak muda kita terikut-ikut sangat dengan demam K-Pop, sehinggakan muncul beberapa kumpulan yang dilihat ditubuhkan hanya untuk mengikut trend semasa.

Adakah anda sedar ada satu ketika demam K-Pop melanda negara kita dan muncul beberapa kumpulan yang maaflah, dapat dikatakan setengah masak kerana jelas benar tidak nampak keseriusan mereka dalam meniru trend K-Pop. Jika anda belum tahu, semua kumpulan K-Pop yang anda nampak datang dari Korea sebenarnya melalui proses latihan yang sangat panjang sebelum ditawarkan menjadi ahli kumpulan. Mereka perlu melalui ujibakat, latihan demi latihan, sesi latihan komunikasi, sesi belajar tentang tatacara diri dan pelbagai lagi latihan lain, untuk melayakkan seseorang itu bergelar artis K-Pop.

Bagaimana pula dengan artis K-Pop negara kita?

1. Apabila serius, boleh tahan juga!

Kumpulan VIP adalah hasil didikan KRU Records, jadi dari segi bajet, latihan dan penyampaian, mereka jauh meninggalkan kumpulan-kumpulan K-Pop lain. Koreografi yang mantap walaupun memang jelas meniru trend K-Pop membuatkan penggemar muzik ada juga rasa hormat sedikit kepada kumpulan VIP ini kerana nampak usaha mereka. Kemunculan ‘Lagu Sedih’ membuktikan anak Malaysia juga berupaya meniru K-Pop dengan baik.

2. Tidak jelas apa identiti mereka.

Kami tak pasti anda pernah atau tidak mendengar lagu kumpulan Megaboys. Mungkin juga anda tak pernah tahu kewujudan kumpulan Megaboys. Kami sebenarnya tidak pasti apa perasaan kami selepas melihat video klip lagu cover mereka yang popular iaitu ‘Seperti Raihana.’

3. Penggunaan Auto-Tune yang melampau

Salah satu kelemahan paling ketara kumpulan K-Pop Malaysia adalah terlalu bergantung dengan penggunaan perisian untuk meningkatkan mutu vokal. Ini berlaku pada kumpulan P.O.P atau Prince of Pop yang popular dengan lagi ‘Kau Main Jauh-Jauh.’ Suara mereka kedengaran robotik dan tidak natural lagi kerana terlalu kuat pemprosesan dilakukan sehingga pendengar sendiri mampu sakit telinga mendengar corak vokal yang diubah suai.

4. Tak ada identiti yang kuat

Nama kumpulan yang dianggotai oleh 5 orang gadis ini adalah ‘Gula-Gula.’ Kami pasti untuk sebuah kumpulan yang K-Pop, nama itu sebenarnya agak kurang sesuai kerana susah nak ambil serius sebuah kumpulan sedemikian namanya. Melihat persembahan mereka dalam rancangan Wanita Hari Ini melihatkan wujudnya pertembungan identiti antara ahli kumpulan mereka sendiri yang masing-masing hendak bawa identiti sendiri. Yang paling menyedihkan sebenarnya, dalam persembahan yang hanya memerlukan mereka miming lirik, tarian mereka masih caca merba.

5. Terlalu syok sendiri

Kumpulan MAX 24-7 menggelarkan diri mereka pelopor kepada genre K-Pop di Malaysia oleh anak Malaysia namun kualiti yang mereka persembahkan mampu membuatkan penonton terpinga-pinga dan bertanya “mereka ni artis yang serius ke atau hanya sebuah kumpulan parodi?” Tanpa ada asas populariti yang kuat, tanpa ada lagu popular, tanpa peminat kenal, kumpulan ini terlalu berani mengeluarkan muzik video memaparkan gadis-gadis menjerit-jerit tergilakan mereka dan seperti kata pepatah orang putih, “first impression is the most lasting” yang membuatkan kritikan demi kritikan dihamburkan pada mereka. Kami faham anda semua kacak, tapi untuk terus berani menggambarkan anda digilai gadis tanpa ada sebarang lagu menjadi siulan masyarakat merupakan satu percubaan berani mati.

6. Jika nak tiru, tiru betul-betul

Melihat kualiti yang ditonjolkan oleh kumpulan K-Pop Indonesia seperti XO-IX atau Dragon Boyz, kita tidak boleh lari dari membandingkan kualiti artis yang terhasil. Nampak usaha lebih teliti diberikan pada penghasilan kumpulan dari Indonesia yang ternyata lebih cekap mencedok budaya K-Pop Korea Selatan ini. Ini bukan satu kenyataan negatif tetapi adalah satu pujian, kerana jika kita rasa kagum dengan sesuatu sehingga kita mahu menirunya, satu cara penghormatan dalam meniru adalah dengan menirunya sampai jadi.

PANAS NIH!!KENAPA LELAKI MALAYSIA SUKA BERKAHWIN DENGAN WANITA INDONESIA?

Selama ini kita selalu baca kisah kenapa ramai wanita Malaysia pilih lelaki Barat…kononnya romantik dan pelbagai konon lagilah……..

Kita juga selalu baca bagaimana wanita Malaysia selalu hentam lelaki Malaysia, juga kerana pelbagai sebab dan konon….

Bagi aku macam nilah, kalau aku perempuan Malaysia pun, aku tentu akan rasa sakit hati juga, tetapi apakata cuba luangkan masa sejenak untuk renungkan perkara ini, hujah yang diperkatakan mungkin betul, mungkin juga tidak, subjektif kot…..

Kekadang dalam kita memperkatakan mengenai ego kita, adakalanya kita kena juga bersifat terbuka…..

Kalau selama ini hanya lelaki dipersalahkan, apa salahnya kaum wanita juga merenung kelemahan diri sendiri…..

Kata orang YANG PAHIT ITULAH PENAWAR….Dekat bawah ini ada pendapat ahli akademik dari Indonesia & Malaysia
ini kata Pengarah Kajian Sosiologi Indonesia, Khairudin Harahap…..

Sifat penyabar terhadap suami yang pulang lewat serta layanan mesra di meja makan adalah antara kualiti dimiliki wanita Sumatera yang menyebabkan lelaki Malaysia mudah tertawan dengan mereka.

Pengarah Kajian Sosiologi Indonesia, Khairudin Harahap berkata, kebanyakan lelaki Malaysia tertarik dengan layanan yang lebih baik yang mampu diberikan oleh wanita Sumatera itu berbanding wanita Malaysia.

 

 

“Contohnya, kawan saya sendiri berkahwin dengan wanita Sumatera, isterinya tidak kisah suaminya pulang lewat malah akan diberi layanan yang sangat baik tanpa perasaan marah dan ragu-ragu walaupun ditinggalkan sehingga lewat malam.”

“Selain itu, wanita Indonesia tidak akan meninggalkan suami yang makan di meja makan seorang diri, perkara itu akan berterusan walaupun mereka telah lama berkahwin. Ini merupakan adat budaya wanita Indonesia dari dahulu lagi,” katanya

Ditanya, apakah kelebihan wanita dari Sumatera sedangkan ada antara mereka tidak berpelajaran tinggi, menurut Khairuddin, mereka terkenal dengan rupa paras yang cantik.

“Saya dapati kerana kecantikan mereka itu, lelaki negara ini tidak putus-putus pergi ke Medan, Indonesia terutama hari Jumaat dan pulang pada hari minggu.”

“Berdasarkan maklumat, kebanyakan mereka yang pergi ke sana untuk bermain golf tetapi kemudiannya secara tidak langsung tertawan dengan kecantikan wanita di sana,” ujar beliau

Ini kata Pengarah Pusat Kokurikulum, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Mohammad Shatar Sabran
Layanan mesra, lemah lembut, mengikut kata dan berani merealisasikan fantasi impian lelaki dikatakan menjadi punca yang menyebabkan ramai lelaki tempatan ‘cair’ terhadap wanita Indonesia.

Sedangkan wanita di negara ini semakin sofistikated serta terlalu sibuk memikirkan kerjaya dan masa depan sehingga terlupa memberikan tumpuan yang sepatutnya kepada suami.

Shatar berkata, perkara itu menyebabkan kaum lelaki di negara ini memilih wanita seberang kerana persepsi mereka yang masih bersifat tradisional dan konservatif dalam rumah tangga termasuk inginkan perhatian dan layanan.

“Kehendak yang tidak berpadanan ini telah menyebabkan lelaki Malaysia beralih kepada wanita seberang kerana lelaki kita masih mengharapkan dilayan dan dijaga seperti 25 tahun yang lampau. Sedangkan visi wanita kita lebih kepada kerjaya dan masa depan.”

“Jadi untuk memenuhi kehendak itu maka mereka beralih kepada wanita seberang kerana mereka masih mempunyai pemikiran seperti wanita kita 25 tahun yang lalu yang menatang suami bagai minyak yang penuh,” katanya

Justeru, Shatar yang juga pensyarah Sains Kemasyarakatan menasihatkan wanita Malaysia agar tidak terlalu mengejar kerjaya sehingga meminggirkan kepentingan suami.

 

Sumber : ohmanis.com