hiburan Archive

[Video]..5 Lagu Popular Yang Sangat Dibenci Penciptanya Sendiri

Penyanyi yang berkebolehan mencipta lagu sukar untuk meramal lagu mana yang akan meletup kerana ketika dalam proses penciptaan, dia pasti ada satu atau dua lagu yang dirasakan dekat dengan dirinya. Selalunya, pihak penerbit yang akan berbincang dengan artis sebelum membuat keputusan lagu manakah yang akan dikeluarkan sebagai lagu single yang akan menentukan hala tuju artis dan album tersebut.

Walaupun lagu single selalunya popular di kalangan peminat, ada juga kes-kes tertentu di mana lagu yang popular dan meletup sebenarnya tidak mendapat tempat di hati pencipta lagu tersebut. Dia sendiri benci lagu yang dihasilkannya.

Berikut adalah 5 lagu popular yang dibenci oleh penciptanya sendiri sehinggakan artis tersebut rimas nak main lagu itu ketika persembahan, tetapi terpaksa melakukannya kerana peminat hendak lagu tersebut dimainkan.

1. “Creep” oleh Radiohead

Video :

Thom Yorke vokalis Radiohead secara terang-terangan menyatakan kebenciannya terhadap lagu mereka yang paling popular ini. Menamakan lagu ini sebagai ‘Crap’ dan menggelarkan tindakan mereka mewujudkan siri konsert selepas lagu ‘Creep’ meletup sebagai satu perbuatan ‘menghisap zakar syaitan,’ Radiohead akan mengelak untuk memainkan lagu ini setiap kali persembahan mereka. Dalam satu konsert, apabila peminat-peminat meminta mereka memainkan lagu ‘Creep’ ketika konsert, Thom Yorke memanggil kesemua peminatnya ‘cacat akal dan bodoh.’

2. “Stairway to Heaven” oleh Led Zeppelin

Video :

Dianggap sebagai salah sebuah lagu paling berpengaruh dalam industri muzik dunia dan membuatkan ramai orang teringin belajar gitar, ‘Stairway to Heaven’ adalah lagu yang yang kerap berada di tangga teratas lagu rock. Bagaimana pun, Robert Plant, vokalis Led Zeppelin cukup menyampah dengan lagu itu. Dia menyampah dengan semua orang yang hanya memfokuskan kepada lagu tersebut, menyamakan lagu itu dengan lagu tema perkahwinan dan apabila sebuah stesen radio di Oregon berjanji untuk tidak lagi memainkan lagu tersebut – Robert Plant mendermakan duit kepada radio tersebut sebagai sagu hati.

3. “Smells Like Teen Spirits” oleh Nirvana

Video :

Lagu yang mengubah muzik dunia ini sebenarnya adalah ciptaan Kurt Cobain secara tidak sengaja. Ketika sedang memetik gitar, dia memainkan lagu pop “More Than A Feeling” nyanyian kumpulan Boston lalu mengubah temponya, kemudian terhasillah melodi yang menjadi latar belakang generasi 90-an. Kurt cukup benci fokus media dan peminat kepada lagu tersebut yang mengaitkan mesej lagu tersebut sebagai satu mesej pemberontakan remaja, sedangkan dia menamakan lagu tersebut berdasarkan sejenis jenama deodoran ketiak.

4. “Wonderwall” oleh Oasis

Video :

Liam Gallagher, penyanyi kepada kumpulan Oasis menyatakan setiap kali dia diminta untuk menyanyikan lagu ikonik mereka ini, dia rasa hendak muntah. Menceritakan pengalamannya dipanggil peminat sebagai “Mr.Wonderwall” menambahkan lagi kebencian dia pada lagu tersebut. Dalam ayat Liam sendiri (terjemahan) – “Aku tak tahan lagu itu. Setiap kali aku perlu nyanyikan lagu itu aku nak muntah. Kami ke Amerika dan orang tanya aku, ‘adakah awak Mr. Wonderwall’? Itu membuatkan aku nak hentak dagu mereka yang bertanya.”

5. “Sweet Child O’Mine” oleh Guns N’ Roses

Video :

Slash, pemain gitar legenda dan gitaris Guns N’ Roses sedang melakukan senaman jari dengan gitarnya lalu dia memainkan beberapa nota. Anggota-anggota lain meminta dia mengulangi nota-nota muzik tersebut lalu terhasillah melodi yang kini masih kerap dimainkan di radio. Dalam autobiografi beliau, Slash mengatakan,”dalam sejam lebih saja, rutin senaman jari aku jadi satu lagu penuh.”

Slash tidaklah benci kepada lagu tersebut sepenuhnya kerana dia merasakan melodi yang terhasil unik, tetapi dia benci dengan keseluruhan lagu tersebut dan menggelarkannya “salah satu lagi paling gay yang pernah ditulis” kerana Guns N’ Roses pada ketika itu, tidak menulis lagu-lagu ballad seperti itu.

Sumber : iluminasi

Wani Kayrie Dedah Cinta, Akui Rapat Dengan Pemain Bola JDT

Seorang lagi artis yang dikaitkan bercinta dengan pemain bola sepak. Peminat jadi tak keruan bila bila mendengar tentang spekulasi percintaan penyanyi Wani Kayrie.

Semuanya gara-gara sekeping gambar yang dimuat naik Wani di Instagram bersama pemain bola sepak JDT, Safawi Rasid.

Bukan senang nak nampak Wani bersikap terbuka macam ni, lebih-lebih lagi dari awal kemunculannya sebagai artis dia jarang sekali berkongsi gambar dengan lelaki.

Ada juga yang mendakwa pernah ternampak Wani pernah datang sendiri ke stadium untuk menyaksikan Safawi bermain bola.

Amboi, macam betul-betul serius je hubungan mereka berdua? Ini jawapan Wani.

“Sebenarnya kami kawan sahaja. Kami kenal pun melalui Instagram je. Memang niat kami pada mulanya mahu berkawan sahaja. Saf sendiri tak kisah kalau saya berterus-terang pada semua tentang hubungan persahabatan kami. Dua-dua masih muda, jadi soal cinta kami ketepikan dulu,” katanya pada Media Hiburan.

Tambah pelantun lagu Jangan Jangan ini lagi tujuannya memuat naik gambar tersebut cuma untuk berkongsi kegembiraan dan bukannya untuk membuka rahsia hubungan mereka.

“Jujur saya katakan, sejak kenal dengan dia saya jadi minat pasal bola. Ibu saya pun ikut sama turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan.”

Kalau betul ada hubungan istimewa pun apa salahnya kan. Doakan sahaja yang baik-baik untuk mereka berdua.

“Sumpah! Saya Tak Main Cinta Dengan Datuk Red” – Nonny Nadirah

Sebelum ini kecoh tentang suami penyanyi Adira iaitu Datuk Red yang dikatakan menggatal lagi dengan seorang pelakon ‘N’.

Rupa-rupanya gadis yang dimaksudkan adalah pelakon Nonny Nadirah yang juga merupakan bekas peserta program Akademi Fantasia musim ke-5 (AF5).

Walau bagaimanapun Nonny menafikan sekeras-kerasnya dan mengatakan dia tidak pernah bertemu atau pun berhubung dengan Datuk Red.

“Sumpah demi Allah, saya tak pernah berjumpa, berhubung atau menjalinkan hubungan cinta dengannya (Datuk Red).

“Saya tidak pernah memberikan nombor telefon kepadanya dan tidak tahu dari mana dia dapat,” katanya kepada mStar Online.

Nonny sendiri terkejut dikaitkan dengan ahli perniagaan tersebut apabila dimaklumkan oleh pihak pengurusannya.

“Perkara ini saya dapat tahu pun dua hari lalu dan agak terkejut juga tiba-tiba pengurus hantar keratan artikel tentang pengakuan dia tu.

“Saya tidak mahu memberi kenyataan lebih-lebih sebab semua yang dikatakan itu tidak benar,” tambahnya.

Aktres drama Isteri Luar Biasa ini turut meyatakan sudah mempunyai teman lelaki dan merancang untuk berkahwin.

“Saya harap semua orang berhenti sebarkan benda yang tidak betul. Kalau nak buat gosip pasal kerjaya saya tak kisah. Tapi rasanya tak perlu melibatkan gosip cinta.”

Nonny : Tak cukup lagi ada dua isteri?

Pelakon Nonny Nadirah menegur suami penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Seri Adnan Abu agar lebih mengutamakan dua isteri dan anak yang dimilikinya berbanding leka mencari pasangan baru.

Nonny memberi teguran kepada Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red dalam nada sinis.

“Saya belum terdesak sampai nak suami orang. Kalau nak tahu saya sudah mempunyai kekasih dan bakal berkahwin. Nasihat saya, dia sepatutnya kasihankan dua isteri dan anak-anak.

“Tidak cukup lagi dengan apa yang ada? Jangan anggap duit boleh beli segalanya. Berhenti buat cerita yang tidak betul,” katanya.
Bekas bintang Akademi Fantasia musim kelima itu turut menyangkal bahawa dia pernah menjalin hubungan dengan Datuk Red.

Malah kata Nonny, dia tidak tahu dari mana lelaki berkenaan mendapat nombor telefonnya sebelum menghubunginya hujung bulan lalu.

“Mungkin dia tidak tahu saya rapat dengan Adira. Jadi sebelum terjadi perkara lain, saya ambil langkah awal dengan memberitahu Adira mengenai sikap suaminya.

“Namun saya terkejut macam mana kenyataan mengatakan saya bercinta dengannya boleh keluar. Sedangkan kami tidak pernah kenal malah jauh sekali keluar dengannya,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Nonny memberitahu, dia menjalin hubungan dengan kekasihnya selama lapan tahun dan merancang ingin ke jinjang pelamin.

Kata Nonny, kekasihnya sedia maklum dan membaca kesemua mesej dihantar Datuk Red.

Dalam pada itu, wanita kelahiran Sabah itu menegaskan dia tidak pernah meminta apa-apa daripada Datuk Red seperti didakwa lelaki itu.

Terdahulu, Adnan mengesahkan khabar angin dia sedang rapat dengan pelakon wanita bernama N yang juga berasal dari Sabah.

Menerusi kenyataan sama, Adnan memberitahu hubungan itu terjalin sejak beberapa bulan lalu, namun perkara itu berakhir selepas diketahui Adira.

Datuk Red ini sebelum ini pernah ‘kantoi’ selepas klip video memaparkan dia keluar dan merangkul pinggang pelakon Ruhainies di sebuah kompleks beli-belah menjadi tular di media sosial.

Sumber : Malaysiakini

Baju nampak coli, Puteri Aishah akui tidak perasan kerana tiada cermin

Puteri Aishah Sulaiman tidak perasan bajunya jarang hingga menampakkan coli di satu pertunjukan fesyen di ibu negara.

Artis itu mengakui tidak perasan baju yang digayakannya itu jarang, sewaktu menukarnya di belakang pentas, kerana tiada cermin.

Foto Puteri Aishah, 23, menggayakan baju itu sempena Kuala Lumpur Fashion Week di sini baru-baru ini menular di media sosial, lapor Harian Metro.

“Saya juga menukar baju itu di belakang pentas dan memang tiada cermin yang disediakan di situ,” kata bekas peserta Dewi Remaja itu.

“Namun apabila jurugambar merakam gambar saya di pentas, baju itu nampak jarang kerana terkena cahaya dan lampu.”

Susulan itu, selebriti itu terpaksa menutup ruangan komen di akaun Instagram beliau ekoran menerima pelbagai kecaman berterusan.

Hujung tahun lalu, isu pakaian Puteri Aishah pernah menjadi kontroversi. Namun pelakon baru itu menganggap pakaian itu “tidak sensitif” walau dikecam.

Beliau mendedahkan fotonya berseluar pendek dan berbaju ketat itu dirakam pada 2015 ketika beliau belum menceburi bidang seni.