Hamas Archive

[Video]…Intifada : “Hamas palu gendang perang,”…

PEMIMPIN Hamas, Ismail Haniya, menyeru intifada baru penduduk Palestin berikutan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Hanya intifada boleh menentang dasar Zionis disokong Amerika ini,” kata ketua pergerakan bersenjata Palestin yang mentadbir Semenanjung Gaza dalam ucapannya.

Pemimpin Hamas, Ismail Haniya, menyeru intifada baru penduduk Palestin dalam ucapannya selepas Presiden Amerika Syarikat, Donlad Trump, mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. – Foto AFP

Sementara itu, Israel meningkatkan jumlah anggota tenteranya di Tebing Barat yang didudukinya.

“Selepas menilai keadaan semasa, keputusan dibuat untuk menambah jumlah batalion di kawasan terbabit (Tebing Barat) selain perisikan dan pertahanan dalaman.

“Selain itu, lebih ramai tentera diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga,” kata kenyataan tentera Israel.

Tindakan Trump itu dianggap mencurah minyak ke api marak serta dibantah hampir seluruh dunia, termasuk sekutu rapatnya, Eropah serta Britain dan PBB.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, yang mengecam tindakan Trump, berkata ia menyebabkan rantau itu kini menjadi amat panas.

“Tindakan ini meletakkan dunia, terutama rantau berkenaan (Asia Barat) dalam api yang marak.

“Hei Trump, apa yang anda mahu buat? Pendekatan jenis apa ini?

“Pemimpin politik tidak menegangkan keadaan, mereka berusaha mencari keamanan,” kata Erdogan di Ankara.

Tonton Video :-

Sumber : myMetro
Video : Youtube

Briged Al-Qassam : “10 Ciri-Ciri Ini Perlu Ada Untuk Menyertainya,”…

Briged Al-Qassam.

Briged Al-Qassam adalah sayap ketenteraan Hamas terdiri daripada pejuang berhati waja. Mereka sentiasa bersedia menghadapi Zionis pada bila-bila masa. Bagi menyertai kumpulan ini, seseorang haruslah mempunyai ciri-ciri seperti :-

  1. Mendapat izin dari ibu bapa untuk syahid.
  2. Mendapat izin dari ketua masjid di tempat tinggalnya dengan pengesahan individu itu tidak meninggalkan solat subuh berjemaah selama tiga bulan.
  3. Tidak melakukan maksiat atau menghisap rokok.
  4. Wajib mempelajari tafsir al-Quran.
  5. Wajib membaca al-Quran satu juzuk sehari.
  6. Wajib menghafaz 40 hadis Arba’in (Imam Nawawi).
  7. Puasa sunat dan bertahajud.
  8. Tahap kecerdasan tinggi.
  9. Kerap hadir di majlis pengajian ilmu.
  10. Mengamalkan zikir harian.

Hamas : “Donald Trump buka pintu neraka,”…

HAMAS menegaskan tindakan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel membuka ‘pintu neraka’ terhadap kepentingan Amerika Syarikat di rantau itu.

Ismail Radwan

“Keputusan ini akan membuka pintu neraka terhadap kepentingan Amerika di rantau ini,” kata pegawai Hamas di Semenanjung Gaza, Ismail Radwan.

Sami Abu Zuhri

Pemimpin Hamas, Sami Abu Zuhri, berkata tindakan Trump itu tidak akan berjaya mengubah hakikat Baitulmaqdis berada dalam wilayah Arab.

Mahmud Abbas

Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmud Abbas, berkata Amerika kini tidak lagi boleh terbabit dalam rundingan damai.

“Tindakan tidak boleh diterima ini menjejaskan semua usaha damai,” katanya.

Donald Trump

Menurutnya, tindakan Trump itu adalah pengumuman Amerika menarik diri daripada terbabit dalam usaha damai Israel-Palestin yang ditajanya sejak beberapa dekad lalu.

Benjamin Netanyahu

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menganggap perubahan dasar Trump itu sebagai amat bersejarah.

Sumber : my Metro