hafiz hamidun Archive

“Kau Halusinasi Ke, Check Mental Sikit” – Kenyataan Panas Hafiz Hamidun Mengamuk Di Melodi (VIDEO)

Semalam, hari Ahad, seperti biasa, ramai yang menunggu rancangan hiburan popular Melodi.

Yang menjadi perhatian di rancangan itu semalam ialah kes melibatkan usahawan Joy Revfa dan penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun.

Pada mulanya, wartawan Melodi mendapatkan kenyataan dari Joy Revfa ketika sidang media live yang diadakan oleh Joy Revfa di pejabat Merve.

Kemudian wartawan Melodi pergi mendapatkan jawapan dari Hafiz Hamidun pula kerana tidak adil mendengar dari satu pihak sahaja.

Ini komen penuh Hafiz Hamidun:

Apa Surat yang Diberikan

“Itu adalah saman cerai yang saya failkan di mahkamah, sah penceraian dia dengan bekas suami,ok its good bermakna pernikahan saya dan dia sah, maka saya boleh proceed dengan langkah seterusnya (cerai)

Isu Cerita Nafkah Batin

“Saya tak pernah lakukan hubungan kelamin dengan dia. Dia yang bangkitkan isu itu. Dia buat orang tertanya-tanya apabila mengatakan bersumpah telah bersama. kemudian apabila orang tafsir dia nak saman pula blog blog ni. Apa ni!

“Nak bercakap sedap bila orang suruh explain aaah buat bahasa bahasa gitu.. Kau ni kenapa? Dalam halusinasi ke delusinal ke? Check mental sikit jangan nak sedap menangis kejap menangis kejap gembira, nak puas hati?

“Saya bukan nak burukkan sesiapa tetapi dia dah burukkan saya level paling tinggi.

Peringatan Joy

“Kamu kena ingat Joy, kamu bukan jumpa kutip saya tepi jalan bagi kehidupan, tidak ! Saya kenal kamu cara baik dan kit apatut jalankan perkara ini secara profesional dan dengan secara baik

“Ini memang amaran saya dari dulu, jangan kaitkan pasal saya. Dia kena betulkan diri dia dulu.

“Dari dulu saya kata jangan layan, tak payah tulis, dia nak juga bagitahu, jadi kamu tanggunglah sendiri”

“Dia sekarang cuba mengatakan bahawa dia dah cuba cari cara berdamai, come on jangan menipulah

Publisiti Murahan

“Kita tak nak cari publisiti pun. Sebenarnya banyak hikmah perkara ini. bagus saya cepatkan dan saya akhirkan dengan penceraian.

Itulah komen dari Hafiz Hamidun di rancangan Melodi tentang hal ini.

Ini video penuh kenyataan Hafiz Hamidun di Melodi (15 Oktober 2017)

Apapun semoga, kes ini diselesaikan secepat mungkin dan sebaik mungkin.

Sumner : beritamemey
via : eraviral

Joy Revfa Tarik Dakwaan Pernah Disentuh Hafiz Hamidun

Beberapa hari lepas, Joy Revfa ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia pernah ‘disentuh’ oleh Hafiz Hamidun sepanjang perkahwinan mereka sejak 1 Mei dahulu. Tetapi kini Joy sudah menarik balik kata-katanya itu.Joy Revfa

Awal perkahwinan dia bermalam selama enam hari di rumah saya dan kami berbulan madu di Taiwan untuk program Astro.Saya ingin memperbetulkan bahawa tiada istilah melakukan seks seperti yang tular di blog hiburan dan kami hanya melalui hubungan awal suami-isteri.

Dahulu dia buat sidang media dan kata tak pernah menyentuh saya, oleh kerana itu saya rasa perlu untuk menegaskan tentang hal ini,” katanya dipetik daripada mStar Online.Turut kelihatan ketika sidang media itu ialah peguam syarie yang mewakili dirinya, Aznor Syuhada dan Muhammad Nur Hafiz Roslan bersama dengan ibu dan kakaknya.

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam telah menetapkan 9 November depan sebagai sebutan kes faraq nikah yang telah difailkan oleh Joy terhadap Hafiz pada 18 Ogos lalu.

Walaupun permohonan itu dilakukan atas sebab Hafiz meragui status perkahwinan mereka, Joy memaklumkan bahawa Hafiz telah cuba untuk mengelakkan diri ketika diajak berbincang mengenai hal itu.

Saya telah berusaha menghubungi Hafiz, namun dia tidak mengambil peduli mengenai masalah rumah tangga kami.Sejujurnya, selalu mesej minta dia berdamai, tapi dia tak layan. Itu yang saya kesal kerana dia tak mahu bincang secara baik,” tambahnya lagi.

Joy juga telah memaklumkan bahawa Hafiz telah berkeras ingin meneruskan perkahwian walaupun sudah mengetahui bahawa dia amsih belum menerima surat penceraian yang sah.Saya tolak lamaran pertama kerana saya masih belum mendaftarkan perceraian tapi dia tetap nak berkahwin.

Dia kata dia boleh selesaikan isu ini selepas pernikahan, malah ibu saya percaya Hafiz mampu membimbing saya dan akhirnya menerima lamaran Hafiz Hamidun,” katanya.

Pernikahan mereka sebenarnya dilangsungkan dengan akur janji bahawa Joy akan memberikan surat pengakuan cerai terdahulu selepas selesai majlis akad nikah. Tapi apabila diminta berkali-kali oleh Hafiz, pelbagai alasan diberikan olehnya.

Hafiz dan Joy telah ke Songkhla, Thailand bagi menguruskan hal cerai taklik di Majlis gama Islam Wilayah Songkhla.Selain itu, pasangan itu juga turut ke Pejabat Agama Islam Daerah Petaling bagi menyerahkan surat perakuan taklik tersebut.Menurut Siti Arifah, dia telah diceraikan melalui khidmat pesanan ringkas aplikasi WhatsApp.

Oleh itu, saya telah berkali-kali meminta Siti Arifah surat perakuan cerainya tetapi dia seperti tidak mahu selesaikan urusan tersebut,” kata Hafiz di dalam kenyataan rasminya pada 22 Ogos yang lalu.

Bertambah rumit perkara ini apabila kenyataan berubah-ubah. Keadaan kembali tegang apabila Joy dikatakan bakal menfailkan saman keatas beberapa blog yang menyiarkan berita membabitkan permohonan cerai taklik yang dilakukan pada Julai lalu.

“Setahu saya, hanya tiga pihak saja tahu mengenai permohonan itu. Berita yang dipaparkan blog berkenaan menyebabkan netizen mencaci saya sebagai pelacur dan anak kandung saya sebagai anak haram,” katanya.

Jelas didalam sidang media yang dilakukan Hafiz pada Ogos yang lalu, dia sudah pun menyebut sebab utama mengapa dia mahu menceraikan Joy.Bilakah sebenarnya kemelut rumah tangga mereka ini akan selesai?

[Video]…”Hafiz Hamidun Tak Mampu Bagi Nafkah Batin” – Joy Revfa

Dalam satu sidang media yang berlangsung petang ini, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin datang bersama kakak dan ibunya untuk menjawab persoalan orang ramai tentang status perkahwinan beliau dengan Hafiz Hamidun.

Baca : Joy Revfa Bersumpah Pernah ‘Bersama’ Semasa Tempoh Kahwin Dengan Hafiz Hamidun

Joy Revfa yang berlinang air mata ketika sidang media berlangsung berkata perkahwinan beliau dengan Hafiz Hamidun lebih didorong oleh ibunya yang menganggap lelaki sebagai beragama, baik dan boleh jadi suami yang baik.

Tonton Video Sidang Media :

“Kalau ikutkan saya, Hafiz Hamidun bukan taste saya,” ujar Joy Revfa.

Dalam sidang media yang sama, Joy Revfa juga Hafiz Hamidun sebenarnya tidak layak untuk bergelar suami beliau mahu pun bapa kepada anaknya kerana tidak mampu memberikan nafkah batin seperti lelaki lain.

Pada perkembangan lain, Hafiz Hamidun terlebih awal memfailkan permohonan cerainya terhadap Joy Revfa di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya melalui peguamnya Zulkifli Yong Azmi.

Sumber : rotikaya.com

Joy Revfa Bersumpah Pernah ‘Bersama’ Semasa Tempoh Kahwin Dengan Hafiz Hamidun

Kalau dikira isu ini agak sensitif untuk diperkatakan namun Joy Revfa menerusi laman sosial terbuka mengatakan beliau telah melakukan hubungan seks dengan suaminya, Hafiz Hamidun selepas suaminya itu menafikannya. Selain itu Joy turut memberitahu statusnya sebagai isteri Hafiz sah selepas mahkamah memutuskan penceraian dengan suami terdahulu.

“Since dia menceritakan “isu dalam kain” kepada media yang dia tidak pernah ‘menyentuh atau instimta’ bersama saya, dengan nama Allah saya berani menyatakan itu adalah bohong kerana kami telah melakukan itu namun ada sesuatu yang saya tak dapat ceritakan demi menjaga aib dia”

“Saya rasa seperti kuasa ajaib Allah membantu saya dalam isu pernikahan saya. Tadi, bertarikh 10.10.17, Hakim Mahkamah Syariah Shah Alam telah mengesahkan bahawa cerai saya bersama bekas suami telah jatuh dua tahun yang lalu. Ini bermakna saya dan bekas suami sudah sah cerai dua tahun yang lalu. Nikah saya dgn “suami” sekarang adalah sah”

“Jika orang bertanya, adakah saya mahu teruskan pernikahan saya bersama HH (Hafiz Hamidun) 1,000 kali saya akan katakan tidak kerana bagi saya dia tidak layak jadi seorang suami saya dan keturunan saya nanti,” jelasnya kepada m Star Online mengenai hasratnya yang nekad untuk bercerai.

Bagaimanapun Hafiz menerusi laman Twitter terus menidakkan perkara berkenaan dan menegaskan mereka tidak pernah melakukan hubungan intim ketika berkahwin. Selaian itu, Hafiz turut mempersoalkan tindakan Joy mengatakan perkahwinan mereka sah sedangkan kes masih berjalan.

Sebolehnya isu sebegini tidak perlulah dibincangkan secara terbuka biarpun bergelar selebriti. Biarpun sudah tidak ada rasa cinta di dalam hati tetapi rasanya masing-masing perlu menjaga aib dan maruah sebagai suami isteri. Apapun semoga kes Hafiz dan Joy akan berakhir secepat yang mungkin.

Sumber : mstar online
via : rotikaya

Joy Revfa Kata Pernikahan “SAH” Dan Pernah “BERSAMA”, Hafiz Hamidun Tampil Beri Kenyataan Balas

Nampaknya kes antara Joy Revfa dan juga Hafiz Hamidun kembali hangat.

Hari ini Joy Revfa atau nama penuhnya Siti Arifah Amin ada menulis status yang panjang lebar di laman FB miliknya bahawa dia dan bekas suami, Datuk Ray Imran telah disahkan bercerai.

Kata2 sokongan dr Ustaz Mohd Sujak dari JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) yg meluluskan pernikahan pd 1 Mei 2017 lalu. Ustaz ini juga terheret sama & dipersalahkan oleh individu tersebut dlm isu ini.. Kesian pihak Ustaz JAIS yg dicabar & dipersalahkan sdgkan ustaz ni lah yg permudahkan urusan pernikahan & meluluskan kami menikah hari tu. Allahuakbar, mereka dh jalankan tugas dgn sebaiknya namun tetap dipersalahkan juga atas kepentingan diri individu itu. Sungguh, Allah swt dengar doa-doa kami yg tidak bsalah & teraniaya ni.. . . Subhanallah.. Allahuakbar.. Saya rasa seperti kuasa ajaib Allah swt benar2 membantu saya dlm isu pernikahan saya. Tadi, hari ini bertarikh (10.10.17) Tuan Hakim Mahkamah Syariah Shah Alam telah mengesahkan bahawa cerai saya bersama bekas suami (Ray) telah jatuh 2 tahun yg lalu.. bermakna saya & bekas suami sudah sah cerai 2 tahun yg lalu. Nikah saya dgn “suami” skrg adalah SAH dlm agama islam di Malaysia. Tidak seperti apa yg individu bernama “suami” itu memutar cerita dgn fakta2 yg seolah2 memusuhi & meyalahkan saya. Sedangkan sebelum nikah lg individu tersebut tahu yg saya belum daftar lg cerai dgn bekas suami di Malaysia malah dia sendiri ingin mempercepatkan nikah pd 1 mei yg lalu. Sebagai seorang suami sepatutnya kena mempertahankan wanita sebagai seorang isteri setelah tahu nikah/cerai sebelum ini tidak didaftarkan di Malaysia , bawa berbincang dan bukannya menjauhkan diri & tidak sepatutnya memberitahu isu rahsia ini & menfitnah isteri pd media namun semua nya telah tersebar melalui blog & media atas kepentingan diri.

A post shared by Founder of MERVE Cosmetics (@joyrevfa) on

Joy Revfa juga mengatakan setelah pengesahan penceraian berlaku, sekaligus pernikahannya dengan Hafiz Hamidun adalah sah disisi agama:

KENYATAAN JOY REVFA

Ini komen Joy Revfa:

“Tadi, hari ini bertarikh (10.10.17) Tuan Hakim Mahkamah Syariah Shah Alam telah mengesahkan bahawa cerai saya bersama bekas suami bermakna saya & bekas suami sudah sah cerai 2 tahun yg lalu.

Nikah Saya Dan ‘Suami’ Adalah Sah.

“Nikah saya dengan “suami” sekarang adalah SAH di Malaysia. Tidak seperti apa yang individu bernama “suami” itu memutar cerita dengan fakta fakta yang seolah memusuhi & menyalahkan saya.

Mengatakan saya penipu & anak saya haram

“Sebagai seorang suami sepatutnya kena mempertahankan wanita sebagai seorang isteri setelah tahu nikah/cerai sebelum ini tidak didaftarkan di Malaysia, bawa berbincang dan bukannya menjauhkan diri & tidak sepatutnya memberitahu isu rahsia ini & menfitnah isteri pd media namun semua nya telah tersebar melalui blog & media atas kepentingan diri.

Kebenaran di pihak saya

“Since dia menceritakan “isu dalam kain” pada media yang dia tak pernah ‘menyentuh” bersama saya, saya berani menyatakan di sini itu adalah bohong & tidak benar sama sekali, kerana kami telah melakukan itu namun ada sesuatu yg saya tak daapt ceritakan demi menjaga aib dia.

Dari kenyataan itu, Joy revfa mendakwa telah dianiaya oleh Hafiz Hamidun.

Joy Revfa juga mendedahkan bahawa mereka telah ‘bersama’. Malah, Joy Revfa begitu bersungguh-sungguh bersumpah bahawa mereka sememangnya pernah ‘bersama’.

Kemudiannya, Joy Revfa dengan sekeras-kerasnya tidak mahu lagi menjadi isteri Hafiz Hamidun kerana Hafiz tidak layak menjadi imamnya dan bapa kepada anaknya.

RESPON BALAS HAFIZ HAMIDUN

Ramai yang tertunggu-tunggu apa respon dari Hafiz Hamidun. Sebentar tadi, penyanyi nasyid ini telah menafikan kenyataan Joy bahawa mereka telah ‘bersama’.

Hafiz Hamiudn juga telah mempersoalkan kenapa Joy Revfa membuat kenyataan bahawa pernikahan mereka berdua pada 1 Mei lepas sah.

Ini komen Hafiz Hamidun:

“No, saya nafikan. Tak pernah bersama pun. Sah bercerai hari ni, kenapa dia nak cakap kahwin dia dengan saya sah?

“Sabar dulu, kes mahkamah between saya and Arifah ni tak selesai pun lagi, tak perlu nak speculate apa2. Assalamualaikum.

Itulah respon balas ringkas dari Hafiz Hamidun tentang isu ini. Kita tunggu perkembangan kes ini nanti.