Fattah Amin Archive

“Dia Sudah Buat Kerjanya Sebaik Mungkin,”…Pengurusan Fattah Tangkis Dakwaan Tak Profesional…

Tindakan Fattah Amin yang seperti mengelak bertemu Neelofa semalam dalam program Meletop benar-benar membuatkan peminat meletus dengan kemarahan. Ramai yang mengkritik dan mengecam tindakan Fattah itu sebagai tidak profesional.

Artikel Berkaitan : ‘Sekarang Dah Nampak Siapa Yang Pengecut Tu’- Fattah Amin Dikecam Hebat Elak Jumpa Neelofa?

Namun, pengurusan pelakon Suri Hati Mr Pilot ini tampil memberi kenyataan terbaru kepada Utusan Online. Agaknya kenapalah ya?

Memang kerana hal kecemasan

“Sebagai pengurus Fattah, soal profesional itu saya tahu dia sudah membuat kerjanya sebaik mungkin. Malah dalam hal ini pihak Astro sendiri yang patut keluarkan kenyataan.”

“Saya masih tidak dapat jelaskan apa yang berlaku semalam. Bagaimanapun satu mesyuarat dengan pihak Fattah akan berlangsung hari ini dan kami akan kongsikan kenyataannya lewat petang ini.”

Wakil pihak pengurusan Fattah, Fas Subari menegaskan pihak luar tidak patut membuat andaian sendiri. Dia menambah, artisnya itu terpaksa meninggalkan set memang kerana ada hal kecemasan.

Dikatakan terpaksa dikejar kerana mikrofon masih melekat pada badan

Dalam kejadian semalam, Fattah dikatakan terpaksa dikejar oleh krew produksi kerana mikrofon masih melekat pada badannya. Sebelum itu, Instagram rancangan hiburan itu menunjukkan Fattah sedang bersiap namun pos itu kemudiannya dipadamkan.

Sumber : Utusan Online
Via : OHBULAN

‘Sekarang Dah Nampak Siapa Yang Pengecut Tu’- Fattah Amin Dikecam Hebat Elak Jumpa Neelofa?

Demam Lofattah yang dikatakan sudah berakhir setelah Fattah Amin sah memperisterikan Fazura nampaknya tidak kebah sampai di situ. Walaupun masing-masing dilihat ‘move on’ rupanya bagai ada yang tak kena di antara mereka.

Sebelum ini Fattah dikatakan mengelak dari mengambil penerbangan sama dengan Lofa ketika bercuti ke Koh Samui, Thailand, sedikit masa lalu. Tapi semalam, insiden lebih kurang sama berulang lagi. Betul ke? Atau memang ada masalah yang tak boleh dielakkan?

Fattah tak dapat hadir sebab urusan di luar jangkaan

Fattah dijangka hadir ke set Meletop dalam rangka promosi drama terbaru lakonannya, My Coffee Prince. Namun, di saat-saat akhir pihak produksi mengatakan Fattah tidak boleh berbuat demikian atas alasan yang tidak dapat dielakkan. Tindakan drastik berkenaan terus membuatkan netizen menghujani ruangan komen dengan kecaman dan kritikan kepada Fattah.

Menurut laporan Mstar, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad mengatakan Fattah sudah muncul di belakang pentas dan bersiap-sedia memakai mikrofon, namun terpaksa bergegas pulang kerana ada hal kecemasan.

Dah panggil datang pun tak berani hadap Lofa

Fattah tak move on?

Kalau dah janji tunaikanlah

Siapa lari dari siapa?

Macam nak kenakan Fattah je

Ini pula respon pengurus Lofa

Pengurus Lofa, Shawn Amer seperti memberi bayangan sebab sebenar ‘kehilangan’ di set rancangan hiburan itu. Antara lain Shawn menyebut ada pihak yang muncul dan terus pulang serta tidak memberi laluan kepada hos untuk terus mengacarakan program itu. Instastory berkenaan kemudiannya dipadamkan Shawn tidak lama kemudian.

Sumber : Meletop , Shawn Amer
Via : OHBULAN!

Fazura : “Macam Mana Nak Berpisah Kalau Pergi bilik Air Pun Sudah Rindu”…

“Saya wanita paling bahagia ketika ini kerana mengahwini lelaki seperti Fattah Amin,” demikian kata Nur Fazura Sharifuddin, 34, yang menyifatkan alam perkahwinan memberi erti kebahagian sebenar buat dirinya.

Meskipun agak kekok kerana masih di peringkat menyesuaikan diri dengan situasi itu, Fazuran seronok kerana itu pengalaman baharu baginya.

“Memang dialah lelaki saya nantikan selama ini. Saya tahu, dia lelaki yang baik, rapat dengan keluarga dan menyayangi kanak-kanak.

“Memang agak kekok pada mulanya, tetapi selepas mula membuat kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas termasuk memotong kukunya, baru saya dapatkan sesuaikan keadaan itu sepenuhnya,” katanya.

Menurut Fazura, semenjak mereka bernikah, amat jarang sekali mereka berpisah lama walaupun atas dasar kerja.

“Macam mana nak berpisah kalau pergi bilik air pun sudah rindu,” selorohnya.

Bagaimanapun pasangan itu belum bersedia untuk menimang cahaya mata kerana perlu fokus dengan komitmen kerja masing-masing.

“Kalau ditanya mengenai anak, kalau boleh kami nak tangguh dulu kerana masing-masing memang sibuk sehingga tahun depan. Lagipun, biarlah kami habiskan masa bersama dulu.

“Begitupun, kalau ditakdirkan Tuhan nak bagi awal, kami takkan tolak rezeki yang diberikan,” katanya.

Difahamkan, Fattah dan Fazura bakal berbulan madu di United Kingdom dan beberapa negara lain.

Sumber : Berita Harian

“Spekulasi Tamat, Fattah Amin & Fazura Sah Bernikah”!!! – Tahniah #Fattzura

Pasangan pelakon popular Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, sah bergelar suami isteri kira-kira jam 9.50 malam tadi.

Kedua-dua mereka telah melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di Kuala Lumpur.

Menerusi kenyataan media yang dihantar pihak pengurusan Fazura, Universal Music, majlis tersebut hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan rakan-rakan pasangan terbabit.

Fazura sah bergelar isteri kepada Fattah dengan sekali lafaz.

“Bismilahirrahmanirrahim
Dengan sukacitanya, kami dari pihak pengurusan Universal Music, ingin berkongsi berita gembira bahawa pelakon / penyanyi / usahawan wanita, Nur Fazura, telah sah bergelar isteri kepada pelakon lelaki popular, Fattah Amin, dengan sekali lafaz.
Pasangan itu disatukan kira-kira pukul 9.50 malam (27 November) dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan pasangan tersebut.”

Terdahulu, pada 23 November lalu pelakon utama telefilem Wanita Terindah itu mengumumkan mereka sudah pun bertunang pada 13 November lalu di kediaman keluarga Fazura.

Foto: Instagram

Pinang Fazura 13 November, Ini Jawapan Fattah Amin & Fazura!

Spekulasi tentang pertunangan Fattah Amin dan Fazura yang dikatakan bakal berlangsung pada 13 November ini telah mengejutkan banyak pihak.

Malah, perkara tersebut juga masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini kerana tiada kenyataan daripada Fattah mahupun Fazura.

Fattah ketika ditemui Astro Gempak semalam, masih mengambil pendekatan selamat untuk tidak mengiyakan mahupun menidakkan khabar angin tersebut.

“Apa yang boleh saya katakan, selagi tidak keluar apa-apa daripada mulut kami berdua, doakan yang baik-baik sahaja.

“Lagipun, saya suka buat kejutan. Sebelum ini saya beri bunga kepada Fazura pun semua orang tidak tahu.

“Saya tidak mahu mengulas, mungkin bukan 13 November kami bertunang, mana tahu esok?

“Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan,” katanya kepada Astro Gempak.

Pasangan ini ditemui selepas majlis pra-tonton supertelefilem Wanita Terindah di GSC, Pavilion malam tadi.

Sementara itu, Fazura mengakui terkejut dengan khabar angin itu dan menganggap ia gimik yang cuba dicipta sebelum tayangan rasmi Wanita Terindah pada 2 November 2017.

“Saya juga terkejut dengan hal ini. Mungkin juga perkara terbabit bertebaran kerana gimik cerita lakonan kami kali kedua ini.

“Buat masa ini kami sibuk bekerja seperti biasa.

“Jika ada berita baik, saya tidak akan mengenepikan wartawan yang sentiasa menyokong kerjaya saya.

“Soal jodoh saya tidak berani hendak mengulas, apa-apa pun doakan yang baik-baik,” kata Fazura.

Selain Fazura dan Fattah, Wanita Terindah turut membariskan pelakon seperti Sarah Hildebrand, Liza Othman, Adam Mika, Ridzuan Hashim dan Samantha Katie James.

Ia disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif (saluran 480) bermula hari ini.

Teks oleh: Syafiqah Jalal
Sumber : gempak.com