Fathia Latiff Archive

‘Saya Tak Bodoh, Saya Faham Maksud Berita.. Tweet Itu Hanya Sarkastik’ – Fathia Latiff

Tidak lama selepas dihentam isu Bigo Live, Fathia Latiff sekali lagi menjadi perhatian netizen. Semalam Fathia telah memberi respon isu ‘cashless society’ yang dicadangkan YB Khairy Jamaluddin. Fathia berpendapat, masyarakat akan kembali ke zaman batu kerana mengamalkan sistem barter.

Netizen mendakwa Fathia tidak faham apa yang ingin disampai YB KJ, malah Redza Minhat juga ada mengkritik pendapat tersebut. Melalui Harian Metro, Fathia memberi respon ini.

Saya tak bodoh, itu hanya sarkastik

Fathia ketika dihubungi Harian Metro menjelaskan, tweet tersebut hanyalah pendapat peribadinya selepas melihat keadaan ekonomi yang tidak menentu. Malah pandangannya itu ditweet dalam bentuk sarkastik.

Saya tak bodoh. Saya sedar dan faham maksud tajuk berita itu cuma saya sengaja Tweet dalam bentuk sarkastik.

Saya menerima paparan skrin berita berkenaan daripada seorang kenalan. Melihat artikel itu saya terus terdetik dan tweet apabila melihat keadaan ekonomi negara yang kurang memuaskan sekarang ini.

Sebagai rakyat kita ada hak untuk bersuara. Saya memuat naik status terbabit adalah dalam bentuk sarkastik dan tidak menyangka ia menjadi tular.
Sekadar pandangan semata

Menurut Fathia lagi, dia tidak berniat untuk mempertikaikan kenyataan artikel terbabit, sebaliknya dia mahu masyarakat mempunyai kesedaran. Walaupun menerima pelbagai kecaman, itu tidak pernah mematahkan semangat Fathia. Tambahnya dia kenal dirinya dan pernah mengambil jurusan undang-undang sebelum ini.

Cashless membawa pelbagai maksud. Saya bukan lakukan kajian berkenaan tweet yang dimuat naik. Ia hanya sekadar pandangan semata-mata. Kalau masyarakat mengambil ia sebagai perkara yang serius, susahlah. Kenapa tidak ambil dari sudut positif dan berusaha mengubah negara menjadi lebih baik.

Saya lihat tweet saya itu sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada orang ramai. Walaupun saya ini bukan sesiapa tapi netizen mengambil kenyataan saya itu sebagai sesuatu yang serius.

Saya faham kenyataan YB Khairy Jamaludin berkenaan Cashless society itu. Ia bermaksud masyarakat tanpa tunai.

Bagaimanapun cuba kita bayangkan kalau negara menjadi lebih teruk apakah yang akan berlaku terhadap ekonomi kita. Jadi tujuan saya memuat naik tweet itu secara tidak langsung membangkitkan orang untuk lebih membuka mata supaya lebih berfikiran positif

Saya kenal diri saya dan saya pernah ambil jurusan undang-undang sebelum ini.

Walaupun dikecam hebat, ia tidak menjatuhkan semangat.

Saya percaya orang yang hentam itu kadangkala mudah terikut-ikut. Mereka tidak fikir secara mendalam apa yang saya sampaikan.
Oh begitu, ada bagusnya perkara ini menjadi viral. Sekurang-kurangnya masyarakat tahu apa itu ‘cashless society’. Betul tak?

sumber : Harian Metro
Via : OHBULAN

“Kerana Duit, Betapa Mudah Maruah Anak Gadis Dijaja”- Ini Adalah Sebab Kenapa Aplikasi Bigo Sangat Bahaya!

Assalammualaikum WRWB.

Sebenarnya mula aku serba salah aku nak share tentang benda ni sebab risau bila aku share, ramai plak yang terjebak, haha. Tapi apa pun, perkara ni tetap wajar dikongsi untuk pengetahuan bersama.

Okay, sama macam korang semua, aku pun dah tengok video dua artis yang kantoi buat aksi tak senonoh melalui BIGO tu. Padan muka aku tambah dosa tengok video gitu, tapi sebab rasa curious kuat sangat kan.

Anyway, aku bukan nak ajak korang ngumpat pasal dua orang artis tu. Lantak la depa kan, kalau dah nama artis, takkan expect depa berperangai macam ustaz ustazah plak kan.

Satu perkara yang aku pelik – dalam video tu salah seorang artis beriya menggunakan tangan untuk cover skrin bagi menutup muka seorang lagi artis. Aku pelik – kenapa tak offline je?

Kemudian baru la aku dapat tahu – rupanya artis tu taknak offline sebab nk kejar BEANS. BEANS ni adalah salah satu kemudahan melalui apps BIGO ni. So ini yang aku nak discuss ni.

Pada korang yang tak tahu pasal BIGO ni, BIGO ni adalah apps yang membolehkan kita buat live-feed – kiranya macam kita buat live TV la. Tapi sedihnya BIGO ni kini dah jadi medium kepada individu-individu kemaruk perhatian – khususnya wanita – untuk menjaja diri depa.

Jadi kalau kita bukak BIGO ni, dah jadi benda biasa untuk lihat perempuan-perempuan ni buat aksi-aksi gedik. Ada yang buat aksi acah-acah comel dan cun. Ada yang menari. Ada yang berpakaian….hmmm paham-paham la.

Wait for it, perempuan-perempuan kemaruk perhatian ni bukan sekadar kejar pujian daripada lelaki-lelaki gersang je ya…. Rupanya depa also kejar duit.. BEANS yang aku cakap tadi adalah umpama POINTS yang boleh dikumpul untuk dapatkan duit dalam bentuk USD.

Maka terjawablah persoalan aku awal tadi, mengapa artis tu tak offline BIGO Live dia pada masa tu. Nak kejar BEANS rupanya. Nampak tak betapa mudahnya maruah anak-anak gadis kita boleh dijaja sesuka hati.

So pada rakan-rakan di luar sana, terjahlah gadget adik dan anak anda, check kalau depa ada install benda ni. Dulu kita risau dengan WeChat, sekarang nah, ada app yang jauh lebih bahaya. Ye, benda-benda ni sebenarnya boleh saja digunakan untuk tujuan yang sihat, tapi barang apa pun kalau dah sampai ke tangan orang jahil, dah sah tujuan yg buruk jugak benda tu digunakan.

Terlanjur bercerita tentang WeChat, check jugak kalau adik dan anak anda ada install Tinder, Beetalk. Apps begini lagi teruk daripada WeChat sebab boleh reach lebih ramai potential victims. Apa pun, aku tulis ni dengan harapan kita tak tewas dengan teknologi media sosial ni. Kalau ada pembaca yang end up install apps ni untuk perkara tak baik, dosa tanggung sendiri ya.

Sumber : IIUM Confessions

Hot!!! Komen Pedas Micheal Ang Untuk Pelakon Fathia Latiff & Natasha Elyzza

Kelmarin viral video seksi yang didakwa melibatkan Fathia Latiff dan pelakon baru, Natasha Elyzza. Kontroversi yang melanda mendapat respon pelbagai pihak yang rata-rata mengecam tindakan mereka berdua.

Kontroversi ini turut mendapat respon dari pengarah drama bersiri dan telefilem, Michael Ang. Amboi, pedasnya sindiran dia.

Gila ke apa dorang ini?

“Aku ni taklah baik mana tapi aku taklah rasa aku ni bodoh sangat nak menari menayang t***k aku, walaupun t***k aku cantik..Tak faham aku. Lepas tu berlakon tak nak pegang tangan. Lepas tu berlakon tunjuk t***k, gila ke apa dia orang ni semua?”

Menerusi live video di Instagram, Micheal Ang telah mengutuk tindakan pelakon itu sebagai satu kebodohan.

Bagaimanapun, Michael tidak dapat memastikan siapa sebenarnya pelakon yang beraksi di Live Bigo itu sehingga disebut pengikutnya di ruangan komen.

Memang bodohlah

“Tak tahulah. Kalau betul Fathia Latiff yang bergelek itu, memang bodohlah Fatha Latiff tu. Dah tak ada kerja lain, ke? Nampak sangat dia tak ada kerja lain kalau dia buat video tu. Memang bang**glah.”

Ruangan komen Micheal Ang dibanjiri dengan komen mengatakan bahawa video itu adalah video lama. Namun ini respon Micheal sendiri.

“Video lama? Bukan scar Natasha itu baru lagi ke? Nanti lah aku tunjuk t***k aku pula. Aku cuma kenal Natasha Elyzza dan Fathia je, yang sorang lagi aku tak kenal.”

Fathia digugur kerana masalah disiplin

KUALA LUMPUR: Syarikat produksi TenView Sdn Bhd menggugurkan Fathia Latiff daripada drama la Luna kerana mendakwa pelakon itu gagal memberi komitmen.

Penerbitnya, Norazah Sahud, mendakwa Fathia hadir ke lokasi penggambaran dalam keadaan tidak terurus menyebabkan penggambaran yang sepatutnya bersambung di Johor Bahru (JB) pada 14 September lalu tertunda.

Fathia Latiff

“Penggambaran drama ini sudah bermula sejak dua minggu lalu di ibu kota, sebelum bersambung di JB. Sepanjang penggambaran di Kuala Lumpur, Fathia tidak menimbulkan sebarang masalah besar.

“Penggambaran di JB sepatutnya bermula bermula jam 9 pagi kelmarin, tetapi Fathia meminta supaya jadual dianjakkan kepada tengah hari. Kami sedia bertolak ansur dan memenuhi permintaannya.

“Masalah timbul apabila dia tiba dalam keadaan tidak bermaya menyebabkan penggambaran terpaksa ditunda.

“Kami cuba berdiplomasi dan masih memberinya peluang tetapi terkilan apabila dia gagal pula hadir ke lokasi penggambaran, semalam tanpa sebarang alasan,” katanya.

Krew produksi drama Ia Luna

Norazah berkata, ekoran masalah itu, pihaknya terpaksa menyingkirkan Fathia dan mencari pelakon pengganti kerana enggan mengambil risiko lagi.

“Dengan apa yang berlaku, ia menyusahkan kami dan sebagai pengajaran, kami sedang berbincang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Ketika ini, penggambaran terpaksa ditangguhkan dan hanya akan disambung semula Selasa ini,” katanya.

Norazah berkata, perbincangan mengenai tawaran untuk drama itu sudah dilakukan sejak enam bulan lalu dan Fathia juga berjanji akan memberikan komitmen penuh.

“Saya pada mulanya agak ragu untuk menawarkan Fathia watak itu, tetapi selepas diyakinkan pengurus produksi, Kam Abdul Manap, saya bersedia memberinya peluang.

“Semua berjalan dengan baik pada awal, tetapi lain pula yang terjadi apabila penggambaran diteruskan di JB,” dakwanya.

Terdahulu, nama Fathia kembali dikaitkan dengan kontroversi menerusi rakaman video di aplikasi Bigo Live bersama pelakon baharu, Natasha Elyzza, apabila kelibat wanita dalam rakaman itu dikatakan mirip dirinya.

Natasha bagaimanapun, menafikan wanita itu adalah Fathia dan memohon maaf atas kesalahannya itu.

Namun, apabila rakaman kedua tersebar, Natasha memilih untuk tidak memberikan komen.

“Apa orang nak cakap… cakaplah. Orang akan kecam juga. Yang tahu hal sebenar, tahulah,” kata Natasha ringkas.

Sumber : BH Online

Fathia Latiff Menari Berahi, Produksi Ambil Tindakan?

Terkejut juga apabila pertama kali kami melihat video yang sedang tersebar di laman sosial ketika ini. Menurut portal Beautifulnara, video tersebut datangnya dari applikasi Bigo dan seorang pelakon baru, Natasha Elyzza turut terlibat.

Lebih mengejutkan apabila kedua-dua individu tersebut dilihat menari dengan gaya yang sungguh menggiurkan selain hampir menampakkan payudara masing-masing malah pelakon baru tersebut turut memanggil nama – Kak Ya – dalam video tersebut.

Selain itu menurut sumber portal tersebut, pada hari rakaman video di atas di lakukan, Fathia Latiff sepatutnya menjalani penggambaran sebuah drama di Johor Bahru. Selain lewat hadir ke set penggambaran, pelakon wanita itu juga didakwa turut berada dalam keadaan kurang sedar.

Disebabkan perkara tersebut, pengarah bertindak menghalaunya serta mencari pelakon pengganti lain menggantikan Fathia. Sehingga kini, Fathia masih belum memberikan sebarang keterangan berkenaan perkara tersebut. Mungkin juga ada insan berwajah serupa, bukan?

Sama-samalah kita nantikan keterangan sendiri daripada empunya badan yang didakwa terlibat.

Sumber : rotikaya.com