erra fazira Archive

Ewal AF Megastar Dedah Perangai Sebenar Mona Syamimi

Minggu ini nama Mona Syamimi hangat diperkatakan. Manakan tidak, beliau adalah antara punca Shahir terpalit kontroversi hubungan sulit yang dijalinkan diantara mereka.

Ramai Yang Menjadi Mangsa Mimi – Ewal

Terkini, menerusi sumber Utusan Online, salah seorang peserta AF Megastar Ewal tampil memberi kenyataan bahawa Mona Syamimi atau lebih dikenali sebagai Mimi juga cuba memerangkap beliau sebelum ini.

Namun Ewal yang menyifatkan Mimi sebagai seorang yang gemar mencari perhatian berjaya megelakkan diri dari pramugari itu.Tambah Ewal, bukan dirinya dan Shahir yang telah menjadi mangsa, malah ramai lagi penyanyi dari program realiti yang lain cuba dihampiri Mimi.

Suka Mengaku Peminat Tegar

Menurut Ewal juga modus operandi yang digunakan oleh Mimi juga sama, dengan mengakui dirinya sebagai peminat tegar.

“Dia memulakan langkah dengan meninggalkan komen di laman sosial sebelum berani menghantar ‘direct message’ (DM) untuk menghampiri mangsanya,”

Terdahulu, Shahir membuat keputusan untuk menarik diri dari pentas akhir AF Megastar setelah pelbagai kecaman hebat diterima oleh beliau gara – gara Mimi membuat pengakuan mengenai hubungan mereka dan menuntut Shahir memohon maaf.

Sumber : Hangat.com

Kezzutan : Shahir mahu tarik diri daripada final AF Megastar

KUALA LUMPUR: Shahir Zawawi, meluahkan hasrat untuk menarik diri daripada pertandingan akhir AF Megastar, Ahad ini.

Beliau berkongsi perkara berkenaan menerusi muat naik terbarunya di laman sosial Instagram, sebentar tadi.

Penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia musim kelapan itu berbuat demikian ketika beliau dilihat semakin terjerut dalam kontroversi membabitkan hubungannya dengan wanita dikenali sebagai Mona Syamimi Mohd Samsudin.

Menerusi muat naik itu juga, Shahir melihat dugaan dilalui olehnya kini sebagai usaha untuk mensabotaj dirinya.

“Tak senang hati rupanya melihat Allah bagi rezeki pada saya. Cuba sabotaj demi sabotaj untuk menutup periuk nasi saya.

“Baiklah, demi merealisasikan impian mereka untuk menghancurkan kerjaya saya, insya-Allah saya sendiri akan tarik diri daripada pentas akhir AF Megastar,” tulisnya.

Selasa lalu, Shahir, yang dilaporkan mempunyai hubungan rapat dengan Erra Fazira, menjadi bualan ramai apabila dirinya dikaitkan pula dengan pramugari berkenaan.

Lelaki kelahiran Kampar, Perak, itu bagaimanapun menegaskan, hubungannya dengan Mona tidak lebih daripada artis dan peminat. Mona pula mendakwa, Shahir cuba menyembunyikan kebenaran kerana hubungan mereka.

Semalam, Shahir mendedahkan kepada BH Online, beliau berhasrat menyunting Erra selewat-lewatnya awal tahun depan.

“Selama tiga tahun lebih menjalinkan hubungan dengan Erra, saya berani katakan hanya dia yang bertakhta di hati ini.

“Saya berhasrat nak memperisterikannya awal tahun depan. Semoga semua ini dipermudahkan,” katanya.

Pada pentas akhir AF Megastar, Shahir akan berentap dengan empat lagi finalis iaitu Idayu, Marsha, Bob dan Syamel.

Keputusan Shahir untuk menarik diri itu bagaimanapun dibantah ramai pengikutnya, termasuk teman artis yang mahu melihat dia ini terus bertanding.

Sumber : BHOnline

(TERKINI) Pramugari, Mona Syamimi Dedah Bukti Mesej WhatsApp Shahir Luah Kata Rindu

Petang tadi, melalui temubual eksklusif bersama Harian Metro, Mona Syamimi, pramugari yang dikaitkan dengan Shahir tampil memberi kenyataan tentang hubungan mereka.

Mona Syamimi akui terasa hati apabila Shahir AF membuat kenyataan yang mendakwa dirinya sekadar peminat sahaja dan tidak lebih daripada itu.

Pramugari ini juga turut mendedahkan beberapa mesej yang diterima beliau dari Shahir AF yang menunjukkan penyanyi itu mahu keluar bersama setiap hari selain sudah meluahkan kata rindu, love.

Mesej itu ditunjukkan kepada orang ramai dengan nama “Shahir AF8” dan ianya bukanlah mesej baisa seperti artis dengan peminat.

Jom baca kenyataan penuh Mona Syamimi:

“Saya sebenarnya kawan kepada Shahir, bukan peminat atau penyokong.

“Sebagai kawan, saya keluar berdua dan ada beramai-ramai, tapi kalau peminat rasanya tak keluar berdua kot”

“Kenal melalui IG, dan bertukar nombor. Kami keluar dinner, tengok wayang. Kitorang pernah lepak dari malam sampai pagi berdua.

“Apabila keluar sudah tentu orang perasan itu Shahirm tapi tidak ada yangh menegur.Kalau keluar berdua, dia yang akan ambil saya kat rumah”

“First time keluar sebagai kawan, dan kerap kali keluar berdua dan dia ada meluahkan perasaan dia, dan mula slow-slow kenal each other.

“Saya macam terasa dengan apa yang diberitahu kepada media. Tidak mungkin dia (Shahir AF) keluar setiap hari dengan peminat, mesej setiap hari dan luangkan masa bersama dari siang ke malam bersama peminat?”

“Ramai kata saya sekadar mahu mencari publisiti murahan tetapi jika perkara ini diakui sendiri oleh pihak sana mungkin ianya tidak berlarutan begini,”

“Dia memberi harapan kepada kita, mungkin beri harapan, selama I keluar dengan dia, I hanya fokus kepada dia sahaja, tak keluar dengan orang lain tapi tak sangka bila jadi macam ni, I jadi peminat saje.

“Sekali lagi saya nak cakap, pasal statement Shahir bahawa saya hanya peminat itu tak betul, takkan peminat keluar hari-hari, luah rasa rindu

“Saya rasa seperti dimainkan dan dimalukan, saya anggap dia sebagai kawan, dia anggap saya sebagai peminat. Takkan dia luah rasa rindu kepada peminat

“Buat masa sekarang saya tak nak bercakap dengan Shahir kerana terasa hati dengan statement peminat itu dan Shahir ada cuba hubungi saya dan ada ganggu rakan saya

“Don’t be fake la Shahir, just beritahu perkara yang betul dan jangan cerita perkara lain, jangan tipu, jangan sampai bukti lain yang keluar. Bukan saya mahu mengugut”

“Sekarang ni Shahir yang menjatuhkan I, bukan I yang jatuhkan Shahir.

Mona Syamimi kemudian cuba menelefon dan menghubungi Shahir secara live namun panggilan itu tidak dijawab.

Pramugari ini juga akui gosip yang melanda ini mengganggu kehidupan dan pekerjaannya malah terasa hati apabila ada yang kata dia gila glamor.

Itulah pendedahan terbaru dari Mona Syamimi tentang isu hubungan dengan Shahir.

Sebelum ini Shahir AF ada membuat kenyataan akan berkahwin dengan pelakon popular Erra Fazira pada awal tahun depan.

Shahir kini sedang sibuk dengan persiapan untuk konsert akhir Akademi Fantasia

Sumber:Powered

Terbaru, Shahir AF Jelaskan Status Sebenar Dengan Mona Syamimi

Sedih! Hati peminat mana yang tidak retak apabila mengetahui kini bahawa Shahir AFkini sudah mempunyai teman wanita lain & bukannya Erra Fazira. Namun bagi penyanyi ini, dia tidak mudah melatah selain menjelaskan situasi sebenar gadis yang dikhabarkan sebagai kekasihnya itu.

Baca : Panas! Pramugari Fireflyz Teman Wanita Baru Shahir AF? Erra Apa Cerita ?

“Saya mahu jelaskan, dia adalah antara penyokong kerjaya artis Akademi Fantasia (AF). Saya seorang daripadanya, maka hubungan itu atas dasar peminat dan artis semata-mata. Saya tak ambil serius hal ini”

“Tapi orang yang membaca atau melihat mungkin akan salah tafsir dengan keterangan yang ditulisnya. Saya anggap keterangan gambar itu hanya luahan dia (Mona) kepada artis yang diminati. Jika diikutkan, ada peminat lain yang meletakkan kapsyen seumpama itu kepada artis pujaan,” jelas Shahir kepada BH Online.

Selain itu Shahir juga tidak mahu perkara tersebut terus berpanjangan malah turut percaya bahawa Erra Fazira bijak mengawal situasi sebegini.

“Hati wanita mana yang mungkin tak terusik. Tapi saya percaya dengan pengalamannya di pentas seni, dia memahami permainan begini,” ujarnya lagi.

Viral is caring!

Panas! Pramugari Fireflyz Teman Wanita Baru Shahir AF? Erra Apa Cerita ?

Nah, Pasti korang terkejut dengan gossip terbaru ini, Bila sebut sahaja nama Shahir AF, pasti ramai terbayang gosip cintanya dengan Erra Fazira. Bagaimanapun menerusi entri terbaru Beautiful Nara, Shahir dikatakan mempunyai teman wanita baru yang dikenali, Mona Syamimi.

Bagaimanapun berita ini masih tiada kesahihan tetapi ada beberapa gambar menunjukkan Shahir dan wanita ini sering meluangkan masa bersama. Malah kepsyen pada beberapa gambar yang dimuat naik di Facebook wanita itu boleh dikatakan sangat ‘sweet’ seperti pasangan kekasih.

Menerusi perkongsian di laman sosial wanita ini juga dikhabarkan turut hadir melihat persembahan Shahir di Akedemi Fantasia (AF) baru-baru ini. Selain memuat naik gambar Shahir dari jauh, beliau juga turut memberi ucapan selamat berjaya berserta dengan kepsyen bentuk hati buat Shahir.

Lebih menguatkan lagi dakwaan, gambar profil di laman sosial juga diletakkan gambar bersama. Pastinya kalau kawan tidaklah sampai berbuat begitu bukan. Kalau dilihat sekali pandang, memang sepadan mereka berdua, malah wanita itu juga bukan calang-calang, khabarnya seorang pramugari Fireflyz.

Tapi agak pelik jugalah, dikala gosip percintaannya dengan Erra masih tiada jawapan, timbul pula kekasih baru. Apapun jika benar cerita ini, harapnya Shahir boleh tampil jelaskan perkara sebenar.

Sumber : Beautifulnara

Viral is caring!