DBI Archive

AKHIRNYA BOY IMAN DIBEBAS. REMAN BOY IMAN DITOLAK MAHKAMAH MAJISTRET BUKIT MERTAJAM

PENGARAH Urusan DBI Properties, Datuk Noruliman A Rahman atau ‘Boy Iman’ dibebaskan Mahkamah Majistret Bukit Mertajam selepas permohonan reman dikemukakan polis ditolak mahkamah.

Majistret Dianne Nigrad Nor Azhar menolak permohonan reman ke atas Boy Iman dan tiga lagi pengarah Juta Kelulut Global Resources berhubung kes penipuan jualan rumah banglo.

Boy Iman, 37, bersama tiga lagi individu berusia antara 30 hingga 45 tahun itu tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, pada 10.35 pagi.

Mereka ditahan di Ampang mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, pada 2 Oktober lalu.

Sehingga ini, 210 laporan polis dibuat mangsa seluruh negara dan satu daripadanya dipercayai dibuat di Pulau Pinang.

Peguam yang mewakili Boy Iman dan tiga lagi individu, Faizul Mohd Nasir, berkata anak guamnya itu akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPDSPT) sebelum dibebaskan.

“BUKAN SEKALI DUA AKU TEGUR KAU JANGAN BUAT BENDA INI” – SURAT TERBUKA UNTUK BOY IMAN

Seminggu ni aku lihat kau diheret ke sana ke sini boy ditahan reman, bergari. Tapi aku tak tau adakah bibit penyesalan dah mula timbul dalam diri kau . Sebagai manusia aku pon ada perasaan belas kasihan, tetapi sebelum ni Adakah kau pernah kasihan & selami nasib mereka-mereka yang diperdayakan?

Mereka merana, habis duit pencen, berhutang sana sini, mak cik pak cik tua yang menagih hak mereka sedangkan kau bermegah-megah dengan kemewahan dari duit siapa ? Aku kenal kau boy dari zaman Alfafa lagi .

Bukan sekali dua aku dah tegur kau Jangan buat benda ni , Tapi kau terus berdegil , Bila aku tegur secara terbuka di FB suruh kau stop buat benda ni , kau repot pula aku pada polis melalui si GM comel ni suruh polis ambil tindakan pada aku .

Tak cukup dengan tu , kau hantar gambar menganjing aku ni waktu korang di Balai buat repot ke atas aku pada ejen2 kau . Tapi waktu tu aku masih sabar . Aku masih lagi Cuba suruh kau stop buat benda tu .

Tak habis di situ, kau hantar pula 2 Notice Of Demand (NOD) pada aku tuntut RM2,000,000 dan ugut nak saman aku di mahkamah melalui peguam kau .

Kau rasa kau akan terus Selamat dengan apa yang kau buat . Kau silap boy . Aku dah cakap pada kau. Jangan kelabukan mata kau dengan duit. Sebab kau akan hilang kewarasan.

Kau boleh jadi kejam. Tapi kau tak hiraukan langsung apa yang aku cakap . Bagi kau duit adalah segalanya.

Kau lupa dulu kau pernah Selamat dari saman balas dari Norsham bernilai RM4.3 juta waktu kegemilangan Alfafa dulu , aku dan rakan2 muncul perangi sindiket Alfafa dan kau terselamat dari saman tu sebab sindiket tersebut dapat disekat lebih awal.

Tapi Itu pon kau ambil mileage kononnya aku rakan seperjuangan kau menentang Alfafa , hebat lakonan kau . Kau gunakan pula mileage tu masa kau bina DBI Properties .

Kau dengan bangga jual nama aku pada ejen2 kau waktu tu kononnya kau berjuang bersama2 dengan aku menentang Norsham & Alfafa . Itu sama sekali tidak benar.

Aku pernah jumpa kau sekali boy di Restaurant sebuah Hotel di Kuala Lumpur, tak cukup di situ sambung pula di mamak tepi jalan, 5 jam aku berbual dengan kau , tanpa kau sedar aku menilai semua percakapan kau , aku perangkap semua percakapan kau hingga kau terbelit tanpa kau sedar, 5 jam tu dah cukup untuk aku tahu siapa kau boy .

Sebab tu selepas pertemuan tu aku langsung tak layan call & whatapps kau sebab aku tahu kau hanya cuba nak pergunakan aku demi kepentingan diri kau sendiri dan hanya nak selamatkan diri kau , Bukan kerana orang ramai .

Bila kau buat DBI Properties tu , aku dah siasat secara mendalam program yang kau buat dengan partners kau semua tu . 16 Ogos 2016 aku keluarkan satu status dengan tegas suruh kau dan partners kau STOP buat marketing songsang tu sebab aku tahu akibatnya akan lebih ramai orang akan terpedaya dan kerugian wang ringgit mereka .

Tengah malam tu juga kau Call aku dan aku Bagi penjelasan Kenapa aku menentang , Tapi kau degil menafikan semuanya seolah-olah apa yang kau buat tu bukan benda yang Salah .

Aku ingat lagi kau bahasakan aku sebagai “sahabat Musibat” . Aku harap musibah yang tertimpa atas diri kau sekarang ni jadi pengajaran besar dalam hidup kau dan pada mereka-mereka yang buat benda yang sama dan yang mencuba untuk buat .

Hukuman di dunia ni untuk kau kita serahkan pada undang-undang . Jangan lupa boy kita masih ada Satu lagi kehidupan selepas kita mati. Jangan lagi permainkan Nama Allah , Nama Rasul . Allah Maha Berkuasa Boy .

Mungkin kau pelik kan Boy macamana aku boleh muncul waktu sidang media bersama PPIM tempoh hari.

Aku datang sebab mahu membela mereka-mereka yang teraniaya tu . Aku taknak kau & partners kau terus memperbodohkan mereka lagi .

Lihatlah wajah harapan mereka . Jadilah manusia yang mempunyai hati. Kalau kita tak mampu menyenangkan mereka, cukuplah Jangan menyusahkan mereka.

Kalau ditakdirkan nanti kau dah dilepaskan dari direman kau bacalah tulisan ni boy . Atau family boy yang datang Melawat boy , bacakan nukilan ini pada dia.

Sumber FB Tuan Khairul Ezuwan

‘Apa Yang Berlaku Di Luar Jangkaan’ – Boy Iman Ditahan Polis, Ini Respon Nassier Wahab

Hari ini kecoh di media sosial apabila Pengarah Urusan DBI Properties Datuk Nuruliman A Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman ditahan oleh pihak polis. Insiden yang berlaku menimbulkan pelbagai reaksi orang awam termasuk duta syarikatnya Datuk Nassier Wahab.

Menerusi laporan Mstar, Nassier Wahab meluahkan rasa sedih dan terkilan dengan kekecohan yang melanda ini.

Belum kesempatan bertemu Datuk Boy

Saya masih belum berkesempatan untuk bertemu Datuk Boy kerana baru pulang dari Makkah dua hari lepas. Keadaan kesihatan saya juga tidak mengizinkan untuk berjumpa dengannya. Isu dibangkitkan adalah mengenai syarikat diberi nama DBI Property dan saya pula dilantik menjadi duta untuk syarikat DBI Technology.

Saya juga dimaklumkan penahanan dia adalah bagi membantu siasatan tentang syarikat lamannya iaitu DBI Property.
Menurut Nassier Wahab, dia agak terkejut dengan isu penahanan Boy Iman. Tambahan, dia belum berpeluang bertemu Boy Iman kerana baru pulang dari Makkah. Dia juga berjanji akan mencari jalan penyelesaian terbaik dalam masa terdekat.

Saya sedih kerana di luar jangkaan

 

Insya-Allah bila kes ini sudah reda saya akan bertemu Boy Iman untuk membincangkan jalan penyelesaiannya. Saya sendiri berasa sedih dengan apa yang berlaku kerana adalah di luar jangkaan.

Saya berdoa kepada Allah agar semua kekusutan yang berlaku ini dapat disesesaikan segera.
Nassier Wahab tidak menyangka perkara ini terjadi. Dia juga berdoa agar segala kekusutan ini akan diselesaikan dengan sebaiknya.

Terdahulu Boy Iman ditahan berhubung penipuan projek pembinaan rumah banglo yang melibatkan jumlah kerugian RM6.2 juta.

Sumber : Mstar

Bila Kes Reda Saya Akan Bertemu Boy Iman Untuk Berbincang – Nassier Wahab

Bekas bintang Gegar Vaganza 2, Datuk Nassier Wahab memberitahu akan bertemu dengan Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Norul Iman untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian.

Duta syarikat perumahan mampu milik itu berkata, dia sendiri tidak menjangkakan perkara tersebut menjadi kecoh dan hanya mengetahui tentang penahanan Boy Iman daripada kakitangan DBI Technology.

“Saya masih belum berkesempatan berjumpa Datuk Boy, kerana baru pulang dari Mekah dua hari lepas dan keadaan kesihatan saya juga masih tidak mengizinkan.

“InshaAllah, bila kes ini reda saya akan bertemu dengan Datuk Boy untuk membincangkan dan mencari jalan penyelesaian.

“Saya sendiri berasa sedih dengan apa yang berlaku,” katanya kepada Astro Gempak ketika dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp.

Ketika diminta mengulas mengenai penahanan Boy, Nassier menjelaskan dia dilantik sebagai duta DBI Technology, sementara penerbit filem 404 itu ditahan untuk membantu siasatan tentang syarikat lama iaitu, DBI Property.

“Saya berdoa kepada Allah SWT semoga segala kekusutan dan kekecohan yang berlaku ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya,” ujarnya.

Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman bersama dua lagi suspek utama ditahan di Ampang dan Setapak pada Isnin bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan pihaknya menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.

Hasil pemeriksaan yang dibuat di pejabat suspek di Wisma DBI, Ampang, polis merampas Nissan Fairlady dan BMW E92, tiga telefon pintar, sijil doktor falsafah dari Samaritan Mission International University dan pelbagai dokumen syarikat DBI Properties.

Kesemua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Foto: Instagram Nassier Wahab

Boy Iman kena tahan

POLIS menahan Pengarah Urusan DBI Properties Datuk Nuruliman A Rahman atau dikenali Boy Iman bersama dua lagi suspek utama di Ampang dan Setapak bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.

“Berdasarkan siasatan yang dijalankan, didapati syarikat ini menawarkan rumah kepada pembeli dengan harga yang jauh lebih murah daripada pasaran iaitu sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi.

“Bagaimanapun, selepas bayaran dilunaskan pembinaan rumah berkenaan tidak dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Acryl Sani berkata, susulan daripada itu lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang semalam.

“Turut ditahan dua pemilik syarikat Juta Kelulut Global Resources masing-masing berusia 29 dan 45 tahun yang juga suspek utama kes ini.

“Hasil pemeriksaan yang dibuat di pejabat suspek di Wisma DBI, Ampang polis merampas Nissan Fairlady dan BMW E92, tiga telefon pintar, sijil doktor falsafah dari Samaritan Mission International University dan pelbagai dokumen syarikat DBI Properties,”katanya.

Katanya, berdasarkan penelitian yang dilakukan polis didapati sindiket penipuan semakin bijak memanipulasi kehendak dan keperluan masyarakat untuk mewujudkan pelbagai skim penipuan serta pelaburan bagi menarik perhatian mangsa.

“Ini dapat dilihat melalui kewujudan pelbagai skim berasaskan perniagaan, emas, perumahan dan seumpamanya.

“Masyarakat diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan skim atau tawaran luar biasa yang dibuat oleh mana-mana orang atau syarikat,” katanya.

Menurut Acryl Sani, semua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber : hmetro.com