dato boy iman Archive

Direman Kali Keempat, Apalah Nasib Datuk Boy Iman

Baru-baru ini, tular mengenai kes penipuan tawaran rumah murah mampu milik membabitkan DBI Properties dan Juta Kelulut Global Resources, dan PPIM telah tampil untuk membela mangsa-mangsa keadaan. Kini, Datuk Boy Iman telah direman buat kali keempat bagi membantu siasatan kes dan dilokap di Sungai Petani, Kedah.

Sebelum ini, Boy Iman ditahan reman setelah melepasi proses yang sama selama dua hari di Ampang, Selangor dan di Muar, Johor dan tiga hari di Shah Alam, Selangor sebelum ini, bersama tiga rakan suspek iaitu Kassim Arunasalam, Muhammad Umar Abdul Jamil dan Siti Norbaiyah Yahya, atau dikenali sebagai Datuk Anggun.

Semua mereka ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Petani, Kedah.

Permohonan reman semua suspek diperlukan bagi meneruskan siasatan dan melengkapkan kertas siasatan sebelum pendakwaan dilakukan.

Kepada yang mempunyai maklumat mengenai Ustaz Zubir, diminta tampil memaklumkan kepada polis dengan segera.

Pada 2 Oktober lalu, Boy Iman dan tiga yang lain ditahan susulan 188 laporan polis oleh mangsa yang mendakwa ditipu dua syarikat menawarkan rumah pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran iaitu kira-kira RM60,000 untuk sebuah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi.

Sehingga Jumaat lalu, jumlah laporan polis yang telah dilapor oleh mangsa bertambah kepada 210 laporan dari seluruh negara, membabitkan projek di Negeri Sembilan, Johor dan Selangor.

Kes tersebut telah disiasat menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan disabitkan kerana menipu.

Siapakah Abang botak ini?Lantang ketika soal jawab dengan Boy Iman

Pada kekecohan sidang media dan soal jawab PPIM dan Boy Iman pada satu masa dahulu, muncul satu lelaki yang membuatkan admin kagum dengan gaya percakapan beliau. 2 minggu admin mencari siapakah lelaki berkaca mata ini? Gaya dia bercakap seolah olah gaya peguam dan telah membuat “homework” yang banyak sehinggakan Boy Iman tergaman untuk menjawab persoalan beliau.

Akhirnya, admin berjaya mencari siapakah gerangan yang boleh membuatkan admin kagum. Beliau ialah Khairul Ezuwan Yusoff (KEY) . Beliau adalah penulis Ebook ‘ASBGenius’ & penulis buku ‘Pendekar Keyboard”. Beliau juga seorang Penceramah dalam bidang kewangan & Hartanah dan Financial Consultant di CIMB Wealth Advisors & AIA Public Takaful

Patutlah gaya percakapan beliau sangat hebat.

Seminggu ni aku lihat kau diheret ke sana ke sini boy ditahan reman, bergari. Tapi aku tak tau adakah bibit penyesalan dah mula timbul dalam diri kau .

Sebagai manusia aku pon ada perasaan belas kasihan, tetapi sebelum ni Adakah kau pernah kasihan & selami nasib mereka-mereka yang diperdayakan?

Mereka merana, habis duit pencen, berhutang sana sini, mak cik pak cik tua yang menagih hak mereka sedangkan kau bermegah-megah dengan kemewahan dari duit siapa ? Aku kenal kau boy dari zaman Alfafa lagi .

Bukan sekali dua aku dah tegur kau Jangan buat benda ni , Tapi kau terus berdegil , Bila aku tegur secara terbuka di FB suruh kau stop buat benda ni , kau repot pula aku pada polis melalui si GM comel ni suruh polis ambil tindakan pada aku .

Tak cukup dengan tu , kau hantar gambar menganjing aku ni waktu korang di Balai buat repot ke atas aku pada ejen2 kau . Tapi waktu tu aku masih sabar . Aku masih lagi Cuba suruh kau stop buat benda tu .

Tak habis di situ, kau hantar pula 2 Notice Of Demand (NOD) pada aku tuntut RM2,000,000 dan ugut nak saman aku di mahkamah melalui peguam kau .

Notis Perintah terhadap “KEY”
Kau rasa kau akan terus Selamat dengan apa yang kau buat . Kau silap boy . Aku dah cakap pada kau Jangan kelabukan mata kau dengan duit Sebab kau akan hilang kewarasan. Kau boleh jadi kejam Tapi kau tak hiraukan langsung apa yang aku cakap . Bagi kau duit adalah segalanya.

Kau lupa dulu kau pernah Selamat dari saman balas dari Norsham bernilai RM4.3 juta waktu kegemilangan Alfafa dulu , aku dan rakan2 muncul perangi sindiket Alfafa dan kau terselamat dari saman tu sebab sindiket tersebut dapat disekat lebih awal.

Tapi Itu pon kau ambil mileage kononnya aku rakan seperjuangan kau menentang Alfafa , hebat lakonan kau . Kau gunakan pula mileage tu masa kau bina DBI Properties .

Kau dengan bangga jual nama aku pada ejen2 kau waktu tu kononnya kau berjuang bersama2 dengan aku menentang Norsham & Alfafa . Itu sama sekali tidak benar.

Aku pernah jumpa kau sekali boy di Restaurant sebuah Hotel di Kuala Lumpur, tak cukup di situ sambung pula di mamak tepi jalan, 5 jam aku berbual dengan kau , tanpa kau sedar aku menilai semua percakapan kau , aku perangkap semua percakapan kau hingga kau terbelit tanpa kau sedar, 5 jam tu dah cukup untuk aku tahu siapa kau boy . Sebab tu selepas pertemuan tu aku langsung tak layan call & whatapps kau sebab aku tahu kau hanya cuba nak pergunakan aku demi kepentingan diri kau sendiri dan hanya nak selamatkan diri kau , Bukan kerana orang ramai .

Bila kau buat DBI Properties tu , aku dah siasat secara mendalam program yang kau buat dengan partners kau semua tu 16 Ogos 2016 aku keluarkan satu status dengan tegas suruh kau dan partners kau STOP buat marketing songsang tu sebab aku tahu akibatnya akan lebih ramai orang akan terpedaya dan kerugian wang ringgit mereka . Tengah malam tu juga kau Call aku dan aku Bagi penjelasan Kenapa aku menentang , Tapi kau degil menafikan semuanya seolah-olah apa yang kau buat tu bukan benda yang Salah .

Aku ingat lagi kau bahasakan aku sebagai “sahabat Musibat” . Aku harap musibah yang tertimpa atas diri kau sekarang ni jadi pengajaran besar dalam hidup kau dan pada mereka-mereka yang buat benda yang sama dan yang mencuba untuk buat . Hukuman di dunia ni untuk kau kita serahkan pada undang-undang . Jangan lupa boy kita masih ada Satu lagi kehidupan selepas kita mati. Jangan lagi permainkan Nama Allah , Nama Rasul . Allah Maha Berkuasa Boy .

Mungkin kau pelik kan Boy macamana aku boleh muncul waktu sidang media bersama PPIM tempoh hari. Aku datang sebab mahu membela mereka-mereka yang teraniaya tu . Aku taknak kau & partners kau terus memperbodohkan mereka lagi.

Lihatlah wajah harapan mereka . Jadilah manusia yang mempunyai hati. Kalau kita tak mampu menyenangkan mereka, cukuplah Jangan menyusahkan mereka.

Duta Syarikat Perumahan Boy Iman, Datuk Nassier Wahab Tampil Beri Kenyataan Dakwaan Penipuan

DBI Technology menjadi viral kerana dakwaan cuba menipu dengan menggunakan skim penjualan rumah dengan harga yang amat murah.

Nassier Wahab yang semakin popular apabila menyertai Gegar Vaganza berkata dia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak jika benar terdapat penipuan dalam syarikat perumahan yang diterajui oleh Datuk Boy Iman.

Datuk Nassier Wahab merupakan duta syarikat perumahan DBI technology milik Dato Boy Iman.

Pembabitannya dalam DBI Technology hanyalah sebagai duta dan ingin membantu masyarakat mendapatkan manfaat daripada projek pembinaan rumah dengan harga murah.

Ini komen Nassier Wahab :

“Niat saya menerima tawaran menjadi duta adalah untuk membantu orang ramai mendapatkan rumah dengan harga murah seperti yang ditawarkan DBI.

“Jika benar ada penipuan dalam hal ini, saya tidak akan membiarkan ia berlaku. Itu janji saya!,”

Terdahulu, syarikat DBI Technology didakwa melakukan penipuan jualan rumah dengan harga murah.

Nassier Wahab yang merupakan duta syarikat tersebut turut menerima kecaman kononnya melakukan komplot dalam penipuan itu.

Ada suara sumbang yang menganggap dia menjadi ‘kambing hitam’ dalam syarikat tersebut dan ini menyebabkan Nassier Wahab terkilan.

Kata Nassier, dia menerima tawaran menjadi duta syarikat itu bukan kerana wang.

Ini penjelasan Nassier Wahab:

“Saya dah diterangkan mengenai operasi perniagaan sebelum menerima tawaran menjadi duta perumahan itu.

“Malah, saya terima tawaran tersebut kerana sudah menganggap Boy Iman seperti adik saya sendiri, jadi tidak salah saya membantu.

“Kalau saya hanya fikir duit, rasanya tak perlu jadi duta DBI pun saya mampu dapat pendapatan sebanyak itu dengan persembahan nyanyian sahaja,”

“Semasa kecoh tentang isu ini saya sedang mengerjakan haji dan tidak mengetahui secara lengkap apa yang berlaku.

“Saya baru pulang dari tanah suci pada Sabtu lepas, jadi lebih baik jika saya bertemu dengan Boy terlebih dahulu bagi mendapatkan maklumat sebenar.

“Cumanya, semasa mengerjakan ibadah haji, Boy ada mesej meminta saya mendoakan kesejahteraan syarikat dan permasalahan ini dapat diselesaikan dengan baik,”

Nassier Wahab akan berjumpa dengan Boy Iman tentang dakwaan penipuan ini.

Dato Boy Iman mula mencuri perhatian apabila PPIM mula campur tangan menyiasat kes penipuan jualan rumah murah.

Sumber:

Sumber: beritamemey

Heboh isteri Dato Boy Iman Bertekak Dengan Yusuf Azmi PPIM… Malu Woi last last kalah terus lari!

Ringkasan Video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)

Heboh isteri Boy Iman Bertekak Dengan Yusuf Azmi Ppim. Malu Woi last last kalah terus lari!

PPIM memang tegas mengambil tindakan atas apa yang patut diperjuangkan. Terbaru PPIM menyerbu pejabat Dato Boy Iman. Isteri Dato Boy Iman yang melindungi suami nya sampai bertekak hebat menegak kan benang yang basah dengan Yusuf Azmi PPIM.

Tapi tengok dan perhatikan betul betul apa jadi. Memang malu lah tu kalah tak terjawab apa yang di utara kan oleh Yusuf Azmi PPIM tu. Kalau tak malu mana mungkin lari kan diri macam tu jer.

Tengok cepat video yang tengah heboh ni.
Like dan share jika suka.

Sila Tonton Video :

5 Kes Panas Yang Melibatkan Dato’ Boy Iman

Kasihan pula kami lihat pada Dato Boy Iman kerana setiap apa yang dilakukannya pasti akan dikecam netizen. Boleh dikatakan hampir semua perkara menimbulkan kontroversi. Buat anda yang terlepas pandang, 5 kes ini tercalit kontroversi DBI.

1. Menubuhkan Majlis Paduka Ayahanda Dato’ Boy Iman

Sewaktu tularnya pertubuhan ini, rata -rata netizen telah mengecam DBI gara – gara pengeluaran T-shirt dan sticker Majlis Paduka Ayahanda Dato’ Boy Iman. Ketika itu, DBI dianugerahkan pangkat ‘ayah’ di dalam Persatuan Pekida dan turut menubuhkan persatuannya sendiri.

2. Isu pembelian Dato

Sewaktu mengumumkan beliau mendapat pangkat Dato dari Kerajaan Naning, sudahpun mencetuskan kontroversi apabila pangkat itu tidak diiktiraf oleh mana – mana kerajaan negeri mahupun negara.

Tidak cukup dengan itu, DBI turut mengumumkan beliau mendapat pangkat Dato dari kerajaan negeri Pahang. Kecaman hebat terus dilemparkan buat beliau kerana beliau hanya memuat naik gambar di hadapan pintu istana sehingga membuat ramai pihak mempertikaikan taraf dato tersebut.

3. Taraf kedoktoran yang tidak diiktiraf

Selain isu pangkat Dato, DBI juga telah mencetuskan kontroversi apabila beliau dikatakan mendapat pengiktirafan yang bergelar Doktor oleh sebuah universiti swasta luar negara.

Namun yang menjadi persoalan adalah majlis konvokesyen beliau hanya dibuat ringkas di dalam sebuah dewan yang dihiasi belon dan dihadiri oleh kenalan rapat sahaja, berbeza dengan istiadat konvokesyen yang lazim kita lihat.

4. Kes penyelewengan hartanah

Kes paling panas dikaitkan dengan beliau! Setelah ramai pihak ragu – ragu dengan nilai rumah yang dijual oleh syarikat DBI, timbul pula dakwaan beberapa individu yang mendakwa ditipu oleh syarikat beliau. Malah beberapa institusi turut menafikan mereka memberi pengiktirafan dan kelulusan bekerjasama dengan syarikat DBI.

5. Filem Blok 404

Suatu ketika dahulu filem ini pernah mendapat sambutan hangat kerana memaparkan jalan cerita seram yang berbeza dari filem lain ketika itu. Tahun 2017 telah menyaksikan pembikinan semula filem ini dan DBI bertindak sebagai pengarah dan pelakon filem remake ini.

Namun apa yang mencetuskan kontroversi adalah apabila DBI membuat kenyataan bahawa pelakon Tasha Shilla akan berlakon dalam filem ini. Akui tidak selesa dihimpit pelbagai persoalan, Tasha Shilla melalui instagram nya tampil menyatakan bahawa beliau tidak berminat dengan tawaran tersebut dan turut menggelar DBI sebagai pakcik.

Pelbagai kontroversi terus dikaitkan dengan DBI. Apapun, kami di Hangat mendoakan Dato Boy Iman akan terus sukses dengan setiap bidang yang diceburi dan dapat membuka mata mereka yang selalu menindas beliau.

SUMBER : hangat.com