cuti Archive

Lapan (8) Buah Negara Yang Pelancong Malaysia Boleh Rasa Menjadi Jutawan

Melancong ke luar negara merupakan salah satu aktiviti kegemaran rakyat Malaysia. Antara destinasi popular sudah tentulah Indonesia dan Vietnam kerana nilai ringgit yang lebih besar berbanding dengan matawang negara-negara ini.

Tetapi apa yang ramai tidak tahu, terdapat beberapa buah negara lain yang boleh membuatkan pelancong dari Malaysia rasa seperti seorang jutawan.

#1. Sri Lanka

– MYR1.00 : LKR37.147

Nilai mata wang yang rendah di Sri Lanka India telah membuatkan ramai pelancong yang suka melancong di sana. Bayangkanlah dengan hanya bermodalkan RM60 sahaja, anda sudah boleh tidur di hotel yang selesa tanpa perlu bermalam di hostel yang kurang selesa.

Bukan itu sahaja kos pengankutan di Sri Lanka merupakan kos yang amat murah, bayangkan jika anda menaiki bas dengan mengambil masa perjalanan selama 3 jam anda hanya perlu membayar sebanyak sebanyak 100 hingga 200 rupee iaitu bersamaan dengan RM2.68 hingga RM5.27 sahaja.

Mengenai makanan pula, bayangkan dengan RM7 sahaja anda boleh mendapat set makanan yang mempunyai nasi briyani, ayam goreng, telur dan ikan goreng.

#2. Indonesia

– MYR1.00 : IDR3280.15

Indonesia juga merupakan antara negara yang mempunyai nilai mata wang yang rendah, maka tidak tairanlah terdapat ramai warga Indonesia yang bekerja di Malaysia.

Hotel di Indonesia juga lebih murah berbanding di Sri Lanka, kerana anda boleh dapatkan hotel di Indonesia dengan harga serendah 167,138.27 Rupiah atau bersamaan dengan RM51 sahaja.

Terdapat pelbagai tempat yang menarik di Indonesia yang anda boleh lawati contohnya Bali atau Bandung.

Dari segi kos makanan pula, anda boleh dapatkan semangkuk bakso dan nasi goreng dengan harga serendah RM2 sahaja manakala harga untuk pisang goreng pula hanya 15 sen sahaja hingga 35 sen sahaja, murah tak?.

Bagi kos pengankutan pula bermula dari serendah 20 sen mengikut jarak tempat yang anda ingin kunjungi.

#3. Vietnam

– MYR1.00 : VND5522.68

Vietnam sangat terkenal dengan pantai dan bandar-bandar lama yang indah. Vietnam juga mempunyai nilai mata wang yang mempunyai nilai mata wang yang rendah dari kita, maka jika anda melancong ke Vietnam anda boleh menikmati pelbagai keunikkan makanan dan budaya tanpa perlu berbelanja lebih.

Dengan berbekalkan RM30 sahaja anda sudah boleh tinggal di hotel yang selesa di Vietnam, murah bukan?

Bagi kos makanan pula anda boleh RM4 sudah mencukup untuk sepinggan nasi ayam yang mungkin agak mahal untuk standard penduduk di Vietnam.

#4. Nicaragua

– MYR1.00 : NIO7.48

Nicaragua merupakan salah negara yang terbesar di Amerika Tengah. Tarikan Nicaragua terletak pada pekan yang berwarna-warni, ombak untuk meluncur dan budaya tempatan yang menarik. Anda boleh dapati penginapan hotel dengan harga serendah atau 179.44 atau RM24.92, manakala bagi kos makanan pula anda boleh dapati dengan bermula serendah RM5 sahaja.

#5. Romania

– MYR1.00 : RON0.945

Sekiranya anda seorang penggemar seni, Romania merupakan salah satu negara yang mesti anda kunjungi. Di sini, anda boleh tinggal di hostel dengan harga dari serendah 31.71 RON (RM33.28) sahaja.

Bagi makanan pula, anda boleh mendapat makanan halal yang lazat dengan harga RM15 harga. Kos untuk pengangkutan juga murah di sini, anda boleh menaiki bas dan kereta api dengan harga RM4.00 sehala.

#6. Afrika Selatan

– MYR1.00 : ZAR3.437

Percutian ke Afrika Selatan kini lebih berpatutan kerana turun naik mata wang negara itu Datanglah ke sini pada bulan Mac ke Mei dan September ke Oktober di mana tidak terlalu ramai pengunjung dan cuaca yang terbaik. Trip ke safari, muzium dan banyak tempat menarik lain akan menjadikan percutian anda ke sini sangat memorable.

#7. Kemboja

– MYR1.00 : KHR976.73

Merupakan salah satu negara di Asia Tenggara yang paling banyak dikunjungi kerana kekayaan budaya setempat, makanan yang enak serta nightlife meskipun Kemboja merupakan sebuah negara yang kurang maju jika mahu dibandingkan dengan Thailand dan Vietnam.

Makanan boleh didapati dari harga RM4.16-12.48 di restoran-restoran tempatan dan penginapan bermula dari harga RM16.64-83.20. Anda boleh juga menyewa tuk-tuk sepanjang hari dan melawat Angkor wat dengan harga RM54.03.

#8. Turki

– MYR1.00 : TRY0.96

Terkenal dengan jolokan tempat pertemuan budaya Timur dan Barat, makanan yang menyelerakan juga pemandangan yang menakjubkan, Turki merupakan salah sebuah negara yang wajib anda kunjungi sekurang-kurangnya, sekali seumur hidup. Juadah terkenal Shawarna diletakkan harga RM8.32 dan hostel boleh anda diami dengan harga RM83.20 semalam Pengangkutan juga boleh didapati dalam harga yang berpatutan.

(23 Foto) Percutian TMJ Dan Keluarga Di Pulau Tinggi, Mersing Johor Yang Cantik Dan Eksklusif.

Siapa yang tidak kenal dengan Tengku Mahkota Johor atau lebih dikenali sebagai TMJ. Selain menggalas tugas sebagai Tengku Mahkota, baginda kini semakin sibuk dengan tanggungjawab sebagai Presiden FAM. Walaupun baginda sering dihentam oleh ‘haters’, namun baginda tetap menjalankan tugas demi menaikkan nama FAM.

Dari sudut tertentu, baginda dilihat sangat fokus menjalankan tanggungjawab sehingga ada pihak yang melabel baginda sebagai ‘penyibuk’ di dalam FAM. Walaupun baginda sibuk dengan aktiviti seharian, baginda tidak akan sesekali mengabaikan keluarga kecil yang dibina dengan kasih sayang.

Baginda turut berkongsi dalam fanpage Johor Southern Tigers aktiviti bersantai antara baginda sekeluarga di sebuah tempat eksklusif di perairan Pulau Tinggi, Mersing, Johor.

Persekitaran alam yang sungguh tenang dan damai dapat dirasakan oleh sesiapa sahaja yang melihat gambar TMJ sekeluarga dengan keindahan alam sekeliling dengan warna air laut yang biru.

Baginda berkongsi gambar yang dilihat sangat cantik dan eksklusif dengan sentuhan seni bina yang tampak mewah dan unik.

Pulau Tinggi yang merupakan sebuah pulau tropika yang mempesonakan. Ia adalah tempat yang sesuai untuk mereka yang menginginkan ketenangan diri dari kesibukan bandar.

Terletak 20 batu nautika Tenggara Mersing di Pantai Timur Laut China Selatan, pulau ini terkenal dengan suasana santai dan kecantikan fizikal semata-mata. Walaupun ia adalah sebuah pulau terpencil dan hampir tidak disentuh, ia adalah mudah diakses.

Perjalanan untuk ke sini dari daratan Mersing mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalanan dengan kelajuan bot dari Jeti Tanjung Leman ke pulau tersebut. Pulau Tinggi adalah persekitaran yang ideal untuk percutian keluarga, percutian romantik atau percutian pengembaraan.

Pulau ini mempunyai kedudukan geografi yang menarik, di mana ia terletak di tengah-tengah pulau, berdiri 600 meter di atas paras laut.

Ia juga terdiri daripada 8 pulau kecil yang sesuai untuk ‘island-hopping’, berenang dan snorkeling.

Pantainya yang panjang dan dipenuhi dengan gua, adalah rumah kepada terumbu karang yang penuh dengan kehidupan laut, menjadikannya syurga untuk fotografi di bawah air. Diisytiharkan sebagai Taman Laut dilindungi, Pulau Tinggi juga menempatkan sebuah muzium, pusat penetasan penyu, serta sebuah perkampungan Melayu yang menawan.

Jom layan gambar-gambar menarik di bawah :

Kredit : Johor Southern Tigers Page

Jom Cuti!…Tempat Menarik di Cameron Highlands Yang Wajib Anda Pergi

Tempat Menarik di Cameron Highlands Yang Wajib Anda Pergi

Jika anda jemu dengan cuaca panas dan kesesakan ibu kota, larilah sebentar ke Cameron Highlands

Destinasi nyaman yang terkenal dengan udara sejuknya yang dingin dan pemandangan yang menakjubkan.

Tambahan pula terdapat banyak tempat menarik di Cameron Highlands.

Menjadikan ia destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa.

Jika anda merancang untuk bercuti ke Cameron Highlands , 7 tempat ini wajib anda pergi.

1. Taman Rama-Rama Kea Farm

Taman Rama-Rama Kea Farm adalah salah satu destinasi popular di Cameron yang bertapak di Kea Farm, Brinchang.

Di taman yang tertutup ini rama-rama terbang secara bebas dan jangan terkejut jika ada yang hinggap di baju anda nanti.

Selain dari rama-rama anda juga dapat menyaksikan gelagat haiwan liar lain seperti ular, biawak dan serangga yang menakjubkan.

Bayaran Masuk: Dewasa RM7 | Kanak-kanak RM4
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00am – 5.30pm)
Lokasi: Batu 43, Kea Farm, 39100, Cameron Highland.

2.MARDI Agrotechnology Park

Mardi Agrotechnology Park Tanah Rata merupakan salah satu tarikan utama di Cameron Highlands.

Seramai 100,000 pengunjung hadir ke sini setiap tahun.

Juga merupakan pusat penyelidikan MARDI yang tertua di Malaysia.

Di sini terdapat 40 jenis bunga rose berlainan, 10 jenis strawberry, dan pelbagai jenis pokok buah-buahan.

Agrotechnology park terbahagi kepada 6 bahagian utama iaitu Rose Garden, Herb Garden, Orchid Garden, English Garden, Research Centre and kedai cenderamata.

Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak – Kanak RM 3.00

Waktu Operasi:
Isnin – Khamis (8.00am-12.45pm)
Sabtu-Ahad (8.00am – 5.00pm)
Jumaat (8.00am – 12.30pm / 2.30pm – 5.00pm)

Lokasi: JKR266, Jln Persiaran Endah, Tanah Rata, 39000, Cameron Highlands.

3. LATA ISKANDAR

Dalam perjalanan ke Cameron Highlands, 25 kilometer sebelum sampai ke pekan Ringlet, terdapat sebuah air terjun bernama Lata Iskandar.

Air terjun ini mempunyai ketinggian 25 meter dan amat sesuai untuk mereka yang mencari tempat untuk menyejukkan badan.

Pada hari cuti sekolah atau hujung minggu tempat ini dibanjiri dengan pelancong yang datang untuk menikmati keindahan air terjun tersebut.

4.Pasar Malam Cameron Highlands

Pada awal Februari 2017, Pasar Malam Cameron Highlands telah pun berpindah ke Sungai Ruil.

Berada di tengah-tengah antara Tanah Rata dan Brinchang iaitu 3.6km dari Pekan Tanah Rata dan 2.3km dari Pekan Brinchang.

Pelbagai jenis makanan boleh didapati di sini, antara makanan yg popular adalah sayur goreng tempura, pelbagai jenis seafood tempura, strawberry, “apple Cameron”, jagung mutiara.
Pastikan kalau beli jangung, tengok isi ya…
Kadang2 jagung tersebut dijual dengan harga murah… Tapi isinya muda dan kecil.

Waktu Operasi: Jumaat – Sabtu (6.00pm – 11.00pm)
Cuti sekolah – Setiap hari

Lokasi: Pekan Brinchang, 39100, Cameron Highland

5. Lavender Garden

Lavender Garden merupakan salah satu tarikan baru di Cameron Highlands.

Sesuai dengan namanya, ia adalah Kebun Bunga Lavendar yang pertama dibuka kepada khalayak ramai.

Walaupun kawasanya tidak besar, tetapi ia sungguh berbaloi untuk mereka yang suka bergambar.

Selain daripada melihat bunga anda juga bepeluang untuk menikmati Ice Cream perisa lavender.

Bayaran Masuk: Dewasa RM8 | Kanak-kanak RM5

Waktu Operasi:
Isnin – Khamis (9.00am – 6.00am)
Jumaat – Ahad (9.00am – 7.00pm)

Lokasi: Cameron Lavender Garden, Tringkap, 39100 Cameron Highlands.

6. Air Terjun Parit

Air Terjun Parit ini tersembunyi di dalam taman rekreasi Kampung Sedia tidak jauh jika anda berjalan kaki dari tanah rata.

800 meter dari Hotel Pines Century.

Selain daripada bermandi di air terjun, pelawat juga dapat menikmati keindahan hutan hijau di sekitar air terjun.

Terdapat jalan-jalan kecil jika anda seorang yang meminat jungle trekking.

Jika anda merancang untuk memandu kesini anda boleh parking di tempat letak kereta percuma yang disediakan.

Di sini juga terdapat kelengkapan lain seperti tempat permainan kanak-kanak dan tandas.

Lokasi: Tanah Rata, Cameron Highland, 39000

7. Ladang Teh Boh

Sebut saja Cameron Highland, pasti anda terbayang ladang teh hijau yang luas.

Boh merupakan pengeluar teh terbesar di Malaysia.

Mereka memiliki 3 ladang teh terkenal di Cameron Highland yang terletak di kawasan Ringlet dan Brinchang.

Ladang teh yang terletak di Sungai Palas ini mempunyai keluasan 8 ribu ekar.

Merupakan ladang teh yang terluas di Asia Tengara.

Di sini anda dapat melawat kilang teh sambil mempelajari sedikit tentang process membuat uncang Teh Boh.

Anda juga boleh berehat sambil menghirup satu cawan teh Boh panas di kafe yang disediakan.

Jika anda hanya sempat melawati satu tempat sahaja semasa berada di Cameron Highland nanti, pastikan anda datang ke sini kerana pemandanganya memang luar biasa.

Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00am – 4.30pm)
Lokasi: Ladang Teh Boh, Ringlet, 39200, Cameron Highlands

8. Kebun Anggur

Terdapat 2 buah kebun anggur di Cameron Highlands iaitu di Blue Valley & Bertam Valley.
Musim anggur agak unik sikit, anda kena tahu timing yg sesuai untuk datang @nak bergambar & petik anggur.

Sila sila tambah mana yang tertinggal

Kredit : Komuniti Cameron Highlands

TEMPAT PERCUTIAN MENARIK DI MALAYSIA..LOKASI WAJIB BERCUTI..

11 TEMPAT PERCUTIAN MENARIK DI MALAYSIA. UNIK, LAIN DARI YANG LAIN!

Bosan dengan percutian yang biasa? Senarai kami ini bukan tempat percutian yang biasa kita dengar dan tidak ramai orang pergi. Jarang nampak destinasi ini di kaca televisyen. Malahan, jarang-jarang kita baca di akhbar dan majalah. Mungkin ada, tetapi kurang liputan. Mungkin apabila kurang promosi, tempat ini jadi lebih eksklusif!

Jika ada anak kecil, amat sesuai ajak mereka ke tempat yang lain dari yang lain ini. Ketahui tempat percutian menarik di Malaysia yang sungguh unik ini.

1. CASA TITIK, CHERATING, PAHANG

  • Ingin rasa seperti berada di Sepanyol? Tidak perlu ke Madrid atau Barcelona semata-mata untuk merasai pengalaman itu. Boleh pergi ke Casa Titik di Kuantan, Pahang. Sambil bermain pantai, sambil menikmati keindahan alam.

  • Rating terkini di Agoda ialah 8.4/10. Siap dengan kolam renang kecil, sesuai jika anak tidak mahu mandi laut. Banyak kedai makanan seafood yang berdekatan.
  • Web: casatitik.com
  • Facebook: facebook.com/casatitik

2. VILLA SAMADHI, KUALA LUMPUR

  • Mahu seperti di Bali? Boleh singgah ke Villa Samadhi. Memang untuk pelancong, tetapi tidak semestinya orang tempatan tidak boleh datang. Memenangi TripAdvisor Traveler’s Choice Award 2014, Villa Samadhi tampak cukup mendamaikan. Rating Agoda juga 8.7/10.

  • Nota: Ada tips dari pembaca mengatakan Villa Samadhi tidak membenarkan bawa anak-anak kecil. Ini untuk menjaga privasi pengunjung di sana. Untuk confirmation, boleh hubungi Villa Samadhi terlebih dahulu.
  • Web: villasamadhi.com.my
  • Facebook:www.facebook.com/VillaSamadhi

3. THE DUSUN, MANTIN, NEGERI SEMBILAN

  • Selain Villa Samadhi yang berada di tengah-tengah bandar, mahu kelainan dan kedamaian seperti di Bali di kawasan kampung? Boleh datang ke The Dusun.

  • Nota: TheDusun mungkin tidak sesuai dan tidak digalakkan untuk pengunjung beragama Islam bermalam di sana. Ini kerana pemilik TheDusun yang bukan beragama Islam ada membela seekor anjing di resort ini. Boleh lihat gambar anjing yang bernama Maya di laman Facebook TheDusun
  • Web: thedusun.com.my
  • Facebook: facebook.com/thedusun

4. EIGHT ACRES, RAUB, PAHANG

  • Eight Acres ialah sebuah resort yang eco-friendly. Amat unik kerana berada di antara kebun buah-buahan, kelapa sawit dan pokok getah.

  • Web: eightacres.net
  • Facebook: facebook.com/8Acres

5. TANAH AINA FAROUQ, RAUB, PAHANG

  • Tanah Aina ada 4 lokasi berlainan iaitu di Bentong dan Raub, Pahang and Desaru, Johor. Setiap Tanah Aina adalah unik dan akan membuatkan percutian kita sesuatu yang akan diingati sampai bila-bila. Tanah Aina yang lain adalah seperti berikut:
  • Tanah Aina Farrah Soraya di Bentong, Pahang, Malaysia
    Tanah Aina Farhana di Desaru, Johor, Malaysia
    Tanah Aina Fareena di Lentang, Karak, Pahang, Malaysia
  • Merupakan satu resort eco-tourism di Pahang, Tanah Aina menawarkan sesuatu yang lain dari yang lain. Boleh ke sungai yang berdekatan dengan resort.

  • Web: tanah-aina.com
  • Facebook: facebook.com/tanahaina

6. SEKEPING SERENDAH, SELANGOR

  • Bagaikan satu kediaman mewah di dalam hutan! Sambil mendengar bunyi unggas dan serangga hutan, sungguh mendamaikan.

  • Web: sekeping.com/serendah/
  • Facebook: facebook.com/sekepingretreats

7. THE SHOREA, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

  • Juga terletak di dalam hutan simpan. Nampak terpencil dan akan mendekatkan diri kita dengan alam semulajadi.

  • Nota: Pembaca kami memberikan informasi dalaman The Shorea juga juga mempunyai anjing yang dibiarkan bebas di kawasan resort.
  • Web: theshorea.com
  • Facebook: facebook.com/TheShorea

8. BELUM ECO RESORT, GRIK, PERAK

  • Belum Eco Resort ialah sebuah pulau di tengah-tengah Tasik Belum, Perak. Kawasan persekitarannya ialah hutan hujan tropika yang berusia 300 tahun!

9. LIMASTIGA, UMBAI, MELAKA

  • Inginkan suasana kampung yang moden, dilengkapi dengan kolam renang? Datanglah ke Limastiga. Hanya 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur sahaja.

  • Nota: LimasTiga hanya untuk pengunjung Muslim sahaja.
  • Web: limastiga.blogspot.com
  • Facebook: facebook.com/Limastiga

10. DESA BALQIS, KUALA LINGGI, MELAKA

  • Suasana bagaikan kampung zaman dahulu, di tepi Selat Melaka.

  • Web: desabalqis.com
  • Facebook: facebook.com/DesaBalqis

11. D’ARK TRAINING & RESORT, JANDA BAIK, PAHANG

  • Lagi resort yang memberikan suasana kampung zaman dahulu. Sungai yang bersih dan cantik hanya beberapa langkah dari resort ini. Tidak perlu kesibukan Genting Highlands yang cuma sepelaung.
  • Web: darkresortjandabaik.blogspot.com
  • Facebook: facebook.com/pages/DArk-Training-Resort/231901376824709

“HARI TU NEDIM KATA NAK BIMBING KE SYURGA? SYURGA BELAH MANA” INI KOMEN PANAS KEPADA NORA DANISH DAN NEDIM

Nora Danish dan Nedim Nazri mengambil peluang di musim operayaan ini bercuti di Langkawi dan Koh Lipe menaiki bot pelayaran.

Namun seperi biasa ramai yang mengecam foto foto Nora Danish ketika bercuti.

Sehinggakan pelakon popular ini membuat keputusan menutup ruang komen setelah banyak memberi kata kata negatif.

Antaranya ialah ada yang mempertikai kata kata dari Nedim satu masa dulu untuk membimbing Nora Danish ke syurga.

Selain itu ada juga yang mempersoalkan pekerjaan Nedim sehingga mampu bawa Nora bercuti atas bot pelayaran.

Ini antara komen yang diberikan:

“Nampak dah usaha nedim bimbing nora ke syurga..alhamdulillah..

“Nak tanya, hari tu nedim kata nak bimbing ke syurga? Syurga belah mana tu ye diaorg nak pergi

“Bimbing nora danish ke syurga ka neraka.. Yg nmpk ke neraka ja

“Banyak duit jantan tu… keje ape..? Ke xde keje…? Pakai duit rakyat naik kapal layar..? Ke camne..? Cer explain sket…

“Best la x payah krja penat2,tpi dpat prgi brcuti ke tmpat yg best..kami rakyat Malaysia jgk la meleleh air liur tnggok org mcm ko ni…