bola sepak Archive

KFA : Jangan Cuba Nak Mengajar Kami Mentadbir…

Susulan kontroversi pengagihan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia esok, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) terus mempertahankan diri daripada kritikan bertali arus.

Sinar Harian melaporkan Setiausaha Kehormat KFA Datuk Aminuddin Omar sebagai meminta mana-mana pihak tidak cuba mengajar mereka untuk mentadbir kerana persatuan itu adalah sebuah organisasi lama.

Malah, katanya, mereka telah berjaya mengangkat pasukan Kedah berada di tahap yang tinggi dan boleh dibanggakan.

“Tiada pasukan yang mampu menandingi keupayaan pasukan kita dan jangan ada pihak tertentu yang nak hilangkan fokus pasukan kita, cuba memainkan peranan tertentu nak merosakkan pasukan ini.

“Kita berada dalam satu landasan yang paling baik. Seluruh penyokong Kedah menyokong Lang Merah hari ini dan saya fikir lain-lain negeri juga menyokong pasukan kita,” beliau dipetik sebagai berkata.

Sebelum ini beratus-ratus penyokong pasukan itu berkumpul depan pejabat KFA bagi menyatakan kemarahan kerana gagal mendapat tiket bagi menyaksikan Kedah melawan JDT di Shah Alam esok.

Bekas presiden KFA sendiri Datuk Mukhriz Mahathir menempelak pengedaran itu dengan mendakwa Pemuda Umno Kedah antara pihak yang membolot tiket itu – dakwaan yang dinafikan pergerakan itu.

Baca : Mukhriz: Pemuda Umno bedal tiket Piala Malaysia

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga menyatakan rasa kecewanya pada KFA apabila individu yang menurutnya tiada kena mengena dengan bola sepak mendapat tiket “melalui saluran tertentu”.

Baca : Piala Malaysia 2017 : TMJ Nasihat Pemuda Umno Negeri Kedah Jaga Mulut..

KFA semalam mempertahankan bahawa penjualan tiket perlawanan itu dijalankan secara telus.

‘Bina stadium 100,000 penyokong’

Sementara itu, harian berbahasa Melayu itu juga hari ini melaporkan Aminuddin sebagai berkata pihaknya berusaha menambah baik sistem penjualan tiket pada perlawanan akhir sejak tiga tahun lalu masih gagal memuaskan hati semua pihak.

“Pasukan kita telah masuk ke final Piala Malaysia tiga kali berturut-turut dan kita mengadakan langkah pembaikan dari semasa ke semasa sebenarnya.

“Tetapi apa boleh buat dengan keadaan sekarang, mungkin ke depan kerajaan boleh bina stadium yang lebih besar untuk lebih 100,000 penyokong bagi memenuhi keperluan tersebut,” katanya.

Sumber : malaysiakini

“JDT Punca Harimau Malaya Hilang Taring” – Datuk Jamal Nasir

KUALA LUMPUR: Bekas pertahanan skuad Olimpik Moscow 1980, Datuk Jamal Nasir Ismail mendakwa antara punca kemerosotan prestasi dan ranking skuad kebangsaan disebabkan penghijrahan pemain bintang tempatan ke Johor Darul Ta’zim (JDT).

BEKAS pertahanan skuad Olimpik Moscow 1980, Jamal Nasir mendakwa prestasi pasukan kebangsaan merudum disebabkan penghijrahan ramai pemain bintang ke JDT. –
Foto BH Online

Menurutnya, trend kemerosotan itu dapat dilihat sebaik tonggak kebangsaan yang begitu menyerlah sebelum menyertai JDT seakan kehilangan sentuhan apabila mereka kembali beraksi bersama Harimau Malaya.

Katanya, tindakan JDT ‘menyapu bersih’ semua pemain hebat tempatan yang kemudiannya sekadar memanaskan bangku simpanan, cukup merugikan terutamanya buat skuad kebangsaan.

“Kita faham komitmen JDT yang beraksi dalam pelbagai kejohanan tempatan serta Piala AFC di mana mereka memerlukan ramai pemain untuk digunakan.

Skuad Harimau Malaya 2017

“Tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita lihat mereka tetap menurunkan pemain sama dan import sama dalam setiap aksi.

Wira-wira bola sepak negara yang layak ke Olimpik Moscow pada 1980 bergambar Sultan Ahmad Shah (tengah). Malaysia mara selepas mengalahkan Korea Selatan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Skuad negara diwakili (barisan belakang dari kiri) Ong Yu Tiang, D. Davendran, Ramli Junit, Tukamin Bahari, Peter Rajah, Zulkifle Hamzah, Abdullah Ali, S. Puspanathan (terlindung), James Wong, Soh Chin Aun, Khalid Ali, Santokh Singh, Mohammad Bakar dan Karl Weigang (jurulatih). Barisan depan (dari kiri) pula ialah Hassan Sani, Kamaruddin Abdullah, R. Arumugam, Wan Jamak Hassan, Abdah Aliff, Jamal Nasir dan Shukor Salleh.

“Mana perginya pemain bintang tempatan yang suatu ketika cukup menyerlah bersama pasukan lama. Tapi sebaik ke sana (JDT), mereka jarang bermain dan akhirnya sentuhan juga turut hilang.

.

“Jadi persoalan saya, mampukah mereka ini menyumbang kepada pasukan jika di kelab pun mereka jarang bermain. Mungkin ramai tak sedar perkara ini. Memang JDT hebat, tetapi adakah kehebatannya membantu pasukan Malaysia?,” soalnya hari ini.

Menurut Jamal, berbanding pemain dahulu, pemain sekarang sudah tidak ada semangat juang tinggi untuk bermain demi maruah negara, sebaliknya terperangkap dengan istilah bola sepak moden yang meletakkan duit sebagai keutamaan.

“Patutnya kelab berperanan untuk membantu negara memiliki sebuah pasukan kebangsaan yang kuat. Bagaimanapun, situasi itu berlawanan di sini apabila kelab dan pasukan lebih mengutamakan kepentingan diri.

.

“Pemain sekarang tak kisah kalau ‘diperap’ lama-lama pun asalkan gaji tinggi. Bila lama tak main, kesannya pula terpalit kepada pasukan kebangsaan,” katanya yang mendesak supaya lebih ramai pemain muda diberi peluang untuk mewakili Harimau Malaya.

Sumber : BH Online dan Carian Google

“Mana hilangnya Fandi, Mahali, Gopi?” – Sulaiman Hussin, Jurulatih UKM FC

PETALING JAYA: “Mana hilangnya separuh pemain daripada skuad emas Sukan SEA 2011, kendalian Datuk Ong Kim Swee?. Bukan ke semuanya disimpan di Johor Darul Ta’zim (JDT).”

Skuad Bola Sepak Malaysia memenangi emas Sukan Sea 2011
Skuad Emas Sukan Sea 2011
Skuad Emas Sukan Sea 2011

Itu persoalan yang ditimbulkan jurulatih Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) FC, Sulaiman Hussin yang mahu skuad Harimau Selatan itu berlapang dada menerima teguran mengenai sistem pengurusan pemain di kelab terbabit.

Sulaiman Hussin

Jelasnya, kehilangan nama besar seperti Fandi Othman, Mahali Jasuli dan Amir Saidin begitu mendukacitakan sedangkan mereka antara tonggak utama negara mempertahankan pingat emas di saingan Sukan SEA di Indonesia pada 2011.

Fandi Othman
Mahali Jasuli
Fandi Othman & Amer Saidin

“Sayang sebenarnya apabila ramai pemain muda yang suatu ketika dulu dianggap pelapis menggantikan pemain senior jarang beraksi di kelab mereka.

.

“Kalau ikutkan mereka ini (skuad Sukan SEA 2011) bagus dan boleh pergi jauh, cuma apabila jarang beraksi maka susah untuk mengekalkan prestasi di tahap terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pra perlawanan final Piala FAM 2017 antara UKM FC dan Sime Darby FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini, hari ini.

Baginya, teguran bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir kepada Johor DT haruslah diambil daripada sudut positif demi kebaikan pasukan kebangsaan yang ketika ini sukar mencari pemain berkualiti.

Baca : “JDT Punca Harimau Malaya Hilang Taring” – Datuk Jamal Nasir

Sebelum ini, Jamal mendakwa prestasi skuad kebangsaan merudum kerana sebahagian besar pemain utama negara jarang beraksi bersama kelab masing-masing.

Dakwaan itu merujuk kepada dasar JDT yang mengumpul pemain tempatan bertaraf bintang tetapi ramai daripada mereka hanya berada di bangku simpanan sekaligus gagal memberikan persembahan terbaik apabila beraksi di pentas antarabangsa.

“Semalam saya baru menyebut nama R Gopinathan (bekas pemain Selangor dan kebangsaan) apabila ada kawan yang bertanya mengenainya.

R. Gopinathan

“Mana dia ya… bukankah dia dengan JDT sekarang. Jadi agak rugi seorang pemain yang mempunyai kemahiran individu baik langsung tidak bermain sekali gus merugikan negara dan diri sendiri,” kata Sulaiman.

Ditanya kesediaan beliau sekiranya ada pemain UKM FC dipancing oleh kelab itu pada masa depan, Sulaiman hanya tersenyum dan menyerahkan kepada anak didiknya untuk membuat keputusan.

“Pemain UKM semuanya muda dan masih belajar. Jika selepas ini ada tawaran itu terpulang kepada pemain kerana ia mengenai masa depan mereka.

.

“Tetapi biasanya mereka akan bertanya saya dulu. Perkara pertama yang akan saya tanya pemain, anda bermain bola sepak kerana duit ataupun kepuasan.

.

“Jika kerana duit silakan pergi, tetapi kalau kerana kepuasan bermain bola sepak baik jangan pergi,” ujarnya.

Sumber : BH Online dan Carian Google

“Jika Baginda TMJ Angkat Kaki, Pasti Semua Penaja Akan Tarik Diri” – Setiausaha Agung FAM

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mendedahkan badan induk itu akan berdepan masalah kewangan sekiranya Tunku Ismail Sultan Ibrahim melepaskan jawatan sebagai presiden.

Hamidin menjelaskan, ia termasuk hutang RM49 juta yang ditanggung FAM ketika ini selain tiada duit untuk tahun depan.

“Sekarang ini ada banyak syarikat yang hendak meletakkan duit disebabkan kepimpinan Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail). Jika baginda angkat kaki, pastinya syarikat berkenaan yang hendak membuat pelaburan RM60 juta, RM70 juta atau RM80 juta, semuanya akan menarik diri.

.

“Apabila perkara sedemikian berlaku, maka semakin teruklah pasukan yang bertanding. Kerana ideologi baginda untuk memberi RM6 juta hingga RM7 juta kepada setiap pasukan yang bertanding.

.

“Kemungkinan pada tahun pertama akan diberi RM3 juta dahulu. FAM yang terdahulu memberi paling banyak pun tidak sampai RM400,000, namun Tunku Mahkota hendak memberi RM3 juta untuk tahun pertama dan tahun kedua, seterusnya meningkat sehingga mencecah RM6 juta hingga RM7 juta.

.

“Tetapi jikalau baginda tiada, penaja akan keluar (menarik diri). Baginda tidak akan susah kerana JDT sentiasa berduit, tetapi bagaimana dengan pasukan lain pula? Jadi kalau hendak menilai, buatlah penilaian dari segi realistik,” kata Hamidin dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, Hamidin turut menjelaskan betapa gurauan Tunku Ismail yang mengatakan beliau hanya bekerja separuh masa sebagai presiden FAM adalah benar.

Katanya, semua EXCO bukan sahaja di FAM, malah dalam persatuan negeri juga bekerja separuh masa.

“Jadi ia (gurauan Tunku Ismail) memang betul, kerana tugas dan tanggungjawab pertama baginda adalah berkhidmat kepada negeri Johor.

.

“Baginda adalah Tunku Mahkota Johor. Oleh itu, bola sepak bukanlah kerja sepenuh masa baginda. Mengapa ramai yang begitu mengada-ngada sangat? Saya lihat apabila penyokong kita mencaci, memaki dan segala perkara seperti ini secara jelas menunjukkan negara kita bukan seperti negara maju. Ia seperti ‘low class minded’,” katanya.

Sumber Penuh : Harian Metro

Syafiq Ahmad : ‘Tak salah saya berunding dengan JDT’

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) tidak perlu ‘melatah’ apabila ada di kalangan pemainnya bertindak sendirian mengadakan perbincangan dengan pasukan lain meskipun masih memiliki kontrak sehingga hujung bulan depan.

Sebaliknya, KFA harus menyalahkan diri sendiri apabila masih belum menawarkan kontrak lanjutan kepada beberapa tonggak termasuklah penyerang muda, Muhammad Syafiq Ahmad.

Syafiq Ahmad bersama TMJ

Menerusi gambar yang dimuat naik di laman rasmi Facebook JOHOR Southern Tigers (JST) semalam, Syafiq dilihat bertemu pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali gus memberi petanda kemungkinan bintang muda itu bakal berhijrah ke selatan tanah air musim depan.

Syafiq Ahmad

Dia yang turut beraksi bersama skuad bawah 22 tahun negara (B-22) berkata, tidak menjadi kesalahan untuknya mencari pasukan baharu dengan skuad Helang Merah masih berdiam diri mengenai statusnya.

“Mengikut peraturan, tiga bulan sebelum kontrak berakhir, pemain boleh berbincang dengan mana-mana pasukan.

“Saya dengan KFA pun sekarang masih lagi berbincang mengenai kontrak baharu. Tapi masih belum ada tawaran lanjutan kontrak daripada mereka,” katanya yang tidak menolak kemungkinan bakal menyertai JDT sekiranya ditawarkan tempat oleh juara Liga Super empat musim berturut-turut itu.

Perkembangan itu menunjukkan bahawa KFA sebenarnya tidak pernah belajar daripada kesilapan isu sama yang terjadi kepada tonggak pertahanan kanannya, Rizal Ghazali apabila menandatangani kontrak baharu untuk menyertai FELDA United di penghujung saingan Liga Malaysia.

Bagaimanapun, Rizal membuat pusingan ‘U’ dengan melanjutkan kontrak setahun bersama Kedah yang kemudiannya menyaksikan kes berkenaan dibawa ke Jawatankuasa Status FAM.

Berdasarkan keputusan jawatankuasa itu, Rizal didapati bersalah mengikut artikel 1 (7) (d) dan didenda RM25,000 dengan dia kekal menjadi milik Kedah sekali gus menolak tuntutan FELDA ke atas pemain kelahiran Baling itu.

Sumber : BH Online