Benjamin Netanyahu Archive

Netanyahu tuduh Erdogan bantu pengganas…

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengecam Presiden Turki sebagai pemimpin yang mengebom penduduk kampung Kurdis dan menyokong pengganas.

Benjamin Netanyahu

Kenyataan itu dibuat selepas Recep Tayyip Erdogan melabel Israel sebagai ‘negara yang membunuh kanak-kanak’.

Recep Tayyip Erdogan

“Saya enggan menerima syarahan mengenai moral daripada pemimpin yang mengebom penduduk kampung Kurdis di Turki, yang memenjarakan wartawan, yang membantu Iran mengelakkan sekatan antarabangsa dan yang membantu pengganas, termasuk di Gaza, membunuh orang tidak bersalah.

“Ini bukan orangnya yang akan memberi ceramah kepada kita,” katanya pada sidang media dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Sumber – AFP

Hamas : “Donald Trump buka pintu neraka,”…

HAMAS menegaskan tindakan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel membuka ‘pintu neraka’ terhadap kepentingan Amerika Syarikat di rantau itu.

Ismail Radwan

“Keputusan ini akan membuka pintu neraka terhadap kepentingan Amerika di rantau ini,” kata pegawai Hamas di Semenanjung Gaza, Ismail Radwan.

Sami Abu Zuhri

Pemimpin Hamas, Sami Abu Zuhri, berkata tindakan Trump itu tidak akan berjaya mengubah hakikat Baitulmaqdis berada dalam wilayah Arab.

Mahmud Abbas

Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmud Abbas, berkata Amerika kini tidak lagi boleh terbabit dalam rundingan damai.

“Tindakan tidak boleh diterima ini menjejaskan semua usaha damai,” katanya.

Donald Trump

Menurutnya, tindakan Trump itu adalah pengumuman Amerika menarik diri daripada terbabit dalam usaha damai Israel-Palestin yang ditajanya sejak beberapa dekad lalu.

Benjamin Netanyahu

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menganggap perubahan dasar Trump itu sebagai amat bersejarah.

Sumber : my Metro