azwan ali Archive

[Video]…Azwan Ali dendam hilang “JOB” lepas bergambar sokong Azmin Ali…

SEMALAM muncul video pelakon dan pengacara Azwan Ali mengaku sanggup jadi “barua Umno” tanpa bayaran demi untuk jahanamkan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Hari ini muncul pula gambar artis bermulut laser itu bersama Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Yunos (Jamal Jamban) di Perhimpunan Agung Umno 2017.

Azwan memberitahu wartawan dalam keadaan menangis sebak bahawa dia kehilangan banyak “job” dan turut diharamkan oleh RTM selepas gambarnya berdiri di belakang Azmin Ali dan bersama bendera-bendera pembangkang tersebar 5 tahun lalu.

“Ramai orang kutuk saya, mengapa saya bodoh pergi ambil gambar macam tu awak tu artis, berdiri belakang bendera-bendera pembangkang, masa itu disokong oleh PAS,”

Azwan Ali hadir ke penamaan calon PRU13

“Saya ingat lagi berjuta penyokong PAS di belakang saya, you imagine (bayangkan) lah saya dah rugi banyak, bertahun saya tak ada job kerana dia,” kata Azwan.

Katanya lagi itulah detik yang telah menimbulkan perasaan dendamnya terhadap Azmin Ali.

“Itu sahaja saya nak cakap antara detik yang benar-benar menyinggung dan saya berdendam dengan seorang yang bernama Azmin Ali, kau tunggu, it happen now!” Katanya.

Ini kata-kata garang Azwan Ali dalam videonya..

Sumber : milosuam
video : sinar harian

ZALIMNYA !! Ini Status Azwan Ali Lepas Malaysia Dikejutkan Dengan Berita Datuk Siti Hamil !

Baru-baru rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita Datuk Siti Nurhaliza bakal menimang cahaya matanya yang pertama selepas 11 tahun berusaha.

11 tahun tu, bukanlah suatu jangka masa yang singkat. Sebelum ini Datuk Siti Nurhaliza pernah mengandung, tapi malangnya beliau mengalami keguguran.

Tidak sampai beberapa hari kita menerima khabar gembira ini, pengacara terkenal Malaysia iaitu Azwan Ali ada update status di instagramnya.

Betul ke dia tujukan status ini pada Datuk Siti ? Kalau betul pada Datuk Siti, dia memang sudah melampau. Anda baca sendiri di bawah ini:

Sumber : kecoh.org